Invisible Love

Meh bersantai dengan hasil karya cerpen plak....

**Cerpen ini takde kaitan dengan sape2 samada secara langsung atau tak langsung**

“Sewaktu kaki ini melangkah menuju ke muara terlihat sebutir permata yang menyuluh cahayanya ke arah ku aku kabur… aku bertemu sebutir permata… ku ingin untuk menjadikan ia milik ku, permata itu telah menyentuh jiwa ini, akan tetapi, kenapa pelbagai halangan yang menghalang untuk aku menggapainya dan meletakkannya di genggaman…tolonglah aku Ya Tuhan…”

Lama Daniel menyentuh dahinya, bersujud di tikar sembahyang. Bila hati mengadap Tuhan, baru dia sedar banyak kelemahan, terasa kerdil dirinya ketika itu. Tiada yang lebih mendamaikan hati melainkan dapat bertemu dengan yang Maha Pencipta. Selesai solatnya, di lihat jam yang tergantung di dinding, hampir menunjukkan pukul dua pagi, namun matanya seakan enggan untuk di lelapkan. “Mungkin dah lena Farah waktu-waktu macam ni…” Daniel berkira-kira sendiri, hatinya berniat mahu menghantar sms, tapi apalah guna kalau tidak berbalas, dia cuma mahu seorang teman, teman untuk berbual sebelum dia betul-betul dapat melelapkan mata, ada rindu di situ sebenarnya…


Farah berulang kali membaca sms di skrin telefon bimbit miliknya, perasaannya sedikit celaru. Dia tahu, selama dua tahun ni dia amat rapat berhubung dengan Daniel, itu pun gara-gara aktiviti kolej yang terpaksa dijalankan bersama beberapa semester yang lalu, kalau tidak, dia hanya melihat Daniel dari kejauhan dan langsung tidak terlintas di benaknya perhubungan sahabat akan terjalin antara keduanya sekalipun mereka tidak sama jurusan tetapi hanya sama fakulti, Maha Agung kuasa Allah yang merancang setiap kejadian di atas muka bumi ini. Tetapi, perhubungan ini membuatkan Farah sedikit bimbang..sedikit takut..Daniel bukan seperti sahabat yang di jangkakannya…

“Farah…tengah hari nanti aku dengan Akma nak lunch kat foodcourt, kau nak ikut?” Suraya mengajaknya selepas kelas Mikropemproses petang itu, perutnya juga dah berbunyi minta diisikan, tetapi dia perlu segera membuat research untuk assignment Puan Saadah, tapi apalah salahnya mengambil masa 15 minit untuk makan… Farah tersenyum dan mengangguk tanda setuju untuk mengikut keduanya. Mereka mengambil tempat yang sedikit lapang untuk menjamu selera tengah hari itu, maklumlah waktu lunch beginilah ada yang berasak untuk beratur, perut tengah lapar katakan, tempat pula kadangkala terhad, kalau terlambat, hendak tak hendak kena juga bersesak untuk makan. “Eh Farah..itu macam Daniel aje, kita ajak dia makan sama lah…nak? Erm tapikan..” Mata Farah mengarah ke arah yang dilihat Akma dan Suraya, tetapi Nurul Hanna yang berada di samping Daniel terlebih dahulu menyapa pandangannya. Serentak dengan itu juga Akma dan Suraya memandangnya, Farah hanya tersenyum dan menunduk, dia memahami pandangan kedua sahabatnya itu. “Aku kena buat research kat library pulak kejap lagi ni, kalau korang lambat-lambat makan, tergendala la kerja aku.” Farah mengubah topik supaya tiada lagi perkara tentang Daniel yang perlu dia bualkan tengah hari itu…sebenarnya, itulah yang dibimbanginya selama ini, Nurul Hanna…Nurul Hanna pernah menjadi sahabat nya dulu, namun kini Farah menjauhkan dirinya dari Nurul Hanna. Nurul Hanna dan Daniel classmate dan mereka bersahabat baik…

“Assalamualaikum Farah…” Sapaan lembut suara Daniel terdengar di telinganya, Farah mendongak sedikit wajahnya dan mata mereka bertentang. Daniel tersenyum, ramah, tidak susah untuk menjejaki Farah, sudah lama dia tidak melihat alis mata yang menyejukkan pandangannya itu. Daniel menggumam sendirian. “Maaf kalau aku mengganggu, tadi aku terserempak dengan Akma, dia yang bagitahu aku kau ada kat sini.” Daniel menarik kerusi berhadapan Farah tanpa di pelawa terlebih dahulu, dia membuka buku dan meneruskan kerjanya. Farah leka memerhati segala perlakuan Daniel, bersahaja… “Mengapa lelaki ini kerap mengikut aku sejak akhir-akhir ni…” terdetik persoalan dihatinya. “Kiranya ada sesiapa yang tahu, kiranya…Hanna yang tahu…” lebih banyak persoalan di benaknya tika Daniel ada bersama, bukan dia tidak menyukai kehadiran Daniel, bahkan lelaki itulah yang kini hampir mendapat tempat dihatinya. “Daniel..maaf, aku nak pulangkan buku ni di kaunter kat depan kejap…” Farah mengunjukkan buku ditangannya. Mengelak..hanya itu yang terlintas difikirannya..

Daniel mengetuk hujung pen ke meja, apa yang dia study langsung tidak melekat di otaknya, hampir dua jam dia menunggu Farah di library tengah hari tadi, “Katanya hendak pulangkan buku, waktu aku lalu di kaunter tadi takde nampak pulak batang hidung dia, tak sudikah Farah? Atau aku yang keterlaluan?”. “Astaghfirullah…” terdengar keluhan dibibir.

Nurul Hanna ternampak seseorang yang amat dikenalinya dalam library itu. Kaki nya menapak ke arah meja study yang terletak di sebalik rak buku..”Mengeluh nampak kawan kita ni, masalah negara ke Daniel?” Nurul Hanna menyedari tingkah Daniel, dia tahu apa yang bermain di fikiran sahabat yang seorang itu, mesti mengenai seseorang. “Farah?” Daniel mengangguk. “Aku tak kisah kiranya kau mahu luahkan perasaan kau pada Farah…tapi,kau pun tahu Farah asyik mengelak je dari kau. Aku rasa elok kau cuba mengenali diri Farah dengan lebih dekat dulu..jika kau sudah yakin, barulah kau luahkan perasaan kau itu..” Daniel menutup buku di meja, keinginannya untuk study sudah hilang. “Aku tak tahu la Hanna, aku tak tahu kenapa dia cuba jauhkan diri dari aku,,,usah kan nak berkawan, nak study sama-sama macam ni pun tak dapat..asyik nak lari je..tapi, hati aku ni makin dekat dengan Farah, aku cuba buat ***** kalau ternampak Farah, tapi demi Allah, aku rasa seperti tidak mahu jauhkan pandangan dari melihatnya. Aku ikhlas sukakan Farah, Hanna..” Daniel menunduk, dia kalah dengan perasaan sendiri.

Laju kaki Farah menapak menyusuri Dewan Kuliah 5, apa yang didengarinya sebentar tadi dari mulut Badrul, teman sebilik Daniel itu hampir membuatkan langkahnya tersungkur. “Daniel suka kan aku? Daniel menyimpan perasaan pada aku?..Tapi baru sebentar tadi aku terserempak dengan Hanna dan Daniel berjalan beriringan…Hanna, wajahnya yang lembut itu…hm..aku tahu tentang mereka berdua..”

“Terasa berpinar mata Farah dek terik panas matahari tengah hari itu, perutnya pula belum terisi, gara-gara berkeras untuk menyiapkan kerja terlebih dahulu. Langkahnya semakin lemah, tubuhnya terdorong ke depan menyebabkan buku yang dikendongnya bertaburan di jalan. Farah terduduk. “Farah, kau tak apa-apa..?” Lengan Farah diampu seseorang dan dilihat ada jari-jemari kecil mengutip buku-bukunya, dia dipapah ke tempat duduk pondok berhampiran. Farah melihat wajah lembut itu, seraya wajah itu tersenyum. “Aku rasa kau belum makan apa-apa lagi, muka kau pun pucat semacam aje..nak aku belikan makanan..?” Tanpa disuruh, Nurul Hanna menuju ke foodcourt untuk membeli makanan. Farah hanya memerhati, kudratnya betul-betul seperti kehabisan, perutnya kadangkala diselangi bunyi, lapar… “Nah, makanlah, ade karipap dengan kuih lapis, kuih kat foodcourt tu sedap…” Nurul Hanna menghulurkan seplastik kuih dan air kepada Farah. “Terima kasih, Hanna. Hmm…kau sihat?” Wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman itu mengangguk.”Aku sihat. Kau? Aku tengok macam kau busy je akhir-akhir ni. Busy pun busy jugak tapi makan jangan lupa pulak.”nasihat Nurul Hanna kepada sahabatnya itu. “Aku busy sikit je..hmm…dah lama kita tak berbual bersama, kan? Terima kasih sekali lagi sebab tolong aku tadi, aku ingatkan boleh bertahan perut ni.” “Tak ape-ape, mana tahu lain kali aku pulak yang terkena..” Nurul Hanna tersengih. “Oh ya, aku minta diri dulu lah, aku ada kelas kejap lagi. Daniel dah tunggu aku tu.” Nurul Hanna menghalakan pandangannya ke arah kelibat seorang lelaki yang sedang memakirkan motornya dihadapan bangunan yang tidak jauh dari situ, pandangan Farah sedikit terlindung kerana Daniel membelakangi mereka. “Nak aku kirim salam kat Daniel ke?” tanya Nurul Hanna dengan senyum yang manis. “Hah?Eh, tak ape lah…” Farah tergamam dengan pertanyaan itu. Dengan serta merta menghulur tangan bersalaman seraya memberi salam. Moga Allah merahmati mu. Farah menguntum doa buat Nurul Hanna.

“Farah…!Jauh melamun?” Akma menepuk perlahan bahunya. Farah meraup mukanya, tidak mahu sahabatnya melihat apa yang berperang di dalam sanubarinya. Leka dengan ingatannya terhadap pertemuan antara Nurul Hanna dan dirinya secara tidak sengaja suatu waktu dulu. Singkatnya waktu, segalanya berlaku tanpa disedari dan wajah lembut membantunya tika itu adalah Nurul Hanna, sahabatnya yang pernah berkongsi masalah dulu, tapi kini…tidak lagi…terasa bersalah pada sahabatnya itu…air matanya menitis. “Tapi kelihatan sikap Nurul Hanna seperti ingin merapatkan hubungan aku dan Daniel…
"benarkah?”detik hati Farah. Namun, di hatinya berkeras mengatakan Hanna adalah milik Daniel. Mengapa tidak, sedangkan mereka memang rapat dan bersahabat baik. Dia tetap berasa bersalah menyimpan perasaan pada seseorang yang tidak sepatutnya dan kini perasaan itu pula berbalas. Tiba-tiba ingatan nya kembali pada apa yang disampaikan oleh Badrul. “Farah kenapa? Nak berkongsi dengan aku?” Akma tidak senang melihat Farah begitu, sejak pulang dari kelas Dr. Hamdan siang tadi Farah hanya diam tanpa bicara. “Aku perlu nyatakan perkara sebenar pada dia, aku tak mahu rasa bersalah terbukam dalam hati, aku takkan benarkan perasaan ni bermukim seperti sekarang…” Akma memahami kebuntuan sahabatnya itu, perasaan adalah milik Allah dan sebaik-baik perancang juga adalah Dia.

“Bagaikan terdengar bisikan rindu,
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiran mu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan…”

Lama keduanya mendiamkan diri, sebentar tadi, Farah lancar mengingati apa yang hendak dituturkannya…tetapi kini seperti batu besar yang menghalang segalanya terbit dari mulutnya. Daniel hanya memerhati lagak Farah yang sesekali melirik ke arah Akma di meja yang membelakangi mereka. Kepalanya ligat memikirkan apa yang hendak diperkatakan Farah, mungkin mengenai perasaan yang disampaikan melalui Badrul kepada wanita dihadapannya ini atau mungkin juga penolakan. Dia khuatir sendiri. “Maaf Daniel, sebenarnya aku…aku dah terima pesanan kau melalui Arul, bukannya aku tidak menyukai kau, cuma….aku…” Ya Allah, kenapalah susah sangat berkata ‘tidak’!! Daniel menunduk, dia dapat meneka apa yang mahu diperkatakan oleh Farah. “Tak apa lah, aku cuma minta ‘kebenaran’ kau, tak lebih dari itu…tapi kalau keputusan kau tu datangnya dari hati, aku terima dengan baik.” Hati Farah berdetak kencang, bukan itu yang sebenarnya lahir dari hatinya, dia menyukai Daniel….

“Macam mana Daniel? Kau dah jumpa dia?” Badrul cuba mencungkil tentang Farah, dia tahu sahabatnya itu ada berjumpa dengan Farah siang tadi. “Dia cakap, dia tak dapat nak terima aku…sebenarnya..dia tak cakap, tapi aku dapat agak..takpe lah Arul, aku tak harap sangat, lagipun mungkin ada baiknya., cuma aku yang tak sedar…” Badrul memandang sisi Daniel yang sedang menyandarkan tubuhnya ke besi katil, “Daniel…aku rasa Farah keliru tentang kau dengan Nurul Hanna, aku tak rasa ada yang sanggup terima kau kalau dia tahu kau dah ada hubungan dengan orang lain. Mungkin hati nya bersalah pada Hanna…” Daniel memandang tepat ke wajah Badrul, Farah rasa bersalah pada Hanna? Memang pada Nurul Hanna lah tempat dia meluahkan segalanya pasal Farah. Tapi Nurul Hanna hanya sahabat baiknya. Farah sepatutnya sedia maklum tentang dia dengan Nurul Hanna.

“Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan dimana terciptanya cinta
disitu rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

di antara dua kasih,
dimakamnya yang berbeza
mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara
lahir dari ketulusan jiwa
bersuluhkan iman
namun nafsu menodainya….”


Farah menyapa arus malam yang sepi, dia membiarkan segala ingatan dan perasaannya berlalu pergi seperti mana angin malam yang meniup lembut. Daniel, bertuahnya kerana memiliki Nurul Hanna, Farah tidak menyesal melepaskan perasaannya pada seseorang yang mampu memberi lebih dari yang mampu diberikannya kepada lelaki itu. “Dia akan bahagia..” Farah berbisik perlahan. “Perasaan yang suci lahir dari hati ini tidak akan ku padamkan, dengannya aku berasa bahagia sekalipun ianya telah berakhir.” Farah menutup tingkap biliknya seperti mana hati itu telah tertutup buat Daniel.

“Ke mana Hanna ni? Sudah dua jam aku tunggu..mana dia pergi ni?” rungut Daniel. Tiba-tiba datang Badrul dalam keadaan termengah-mengah. “Daniel, Hanna accident! Pendarahan teruk di otaknya..” semput di dada belum hilang, namun di sambung lagi, “Dia sekarang kat hospital. Jom kita pergi hospital.” Daniel yang terkejut mendengar berita itu menurut sahaja sahabatnya pergi ke hospital dengan motor. Daniel muram sepanjang perjalanan ke hospital. Nurul Hanna anak yatim piatu. Sejak kecil, dia tinggal bersama neneknya di kampung. Tiada saudara mara yang dapat di hubungi. Semua nya tinggal jauh dari situ. Hanya Daniel setia menanti Nurul Hanna di hospital. Betapa kasihnya Daniel pada sahabat baik nya itu.

Di tepi katil tempat Nurul Hanna terlantar, terdapat beg kepunyaan Nurul Hanna. Dicapainya Daniel beg itu. Dilihat isi dalamnya. Matanya terpandang buku berwarna merah yang tebal kepunyaan Nurul Hanna. Dibeleknya satu persatu. Namun tatapannya terhenti apabila dibacanya…
“Malam ini aku termenung keseorangan, entah mengapa malam ini aku sukar untuk pejamkan mataku…terngiang-ngiang suara gelak tawa dan guarauanmu yang membuat aku rasa tenang bila disampingmu…dapat aku rasakan seperti kau didepan mataku…ahh!!sukarnya memendam perasaan ini…ingin aku luahkan perasaan ini…namun aku tahu diri ku ini hanya sekadar sahabat mu sahaja…setiap masa aku merinduimu, entah kenapa dan mengapa lahirnya perasaan ini dalam diriku…Ya Allah,,tolong lah hambaMu ini..berilah aku petunjukMu, aku hanya insan yang lemah…”
Daniel merenung wajah lembut Nurul Hanna. “Kenapa Hanna? Kenapa kau pendamkan semua ini?” Daniel meraup mukanya, perasaan bersalah kian menghimpit diri….

Setelah dilakukan pembedahan, Nurul Hanna dinasihatkan oleh doktor untuk tinggal lagi dua hari di hospital. Daniel terpaksa kembali ke kolej untuk ke kuliah yang banyak ketinggalan. “Daniel, kau jangan lah bersedih lagi. Aku tahu kau risaukan Hanna. InsyaAllah Hanna akan sembuh. Doktor dah buat operation, nanti lagi 2,3 hari Hanna boleh balik la tu…Pelajaran kau pun dah banyak yang tertinggal. Ini nota yang aku salin masa kau tunggu Hanna kat hospital, kau ambil lah untuk cover balik study kau.” Badrul menghulurkan notanya kepada Daniel.

“Arul, Hanna menyimpan perasaan pada aku” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Daniel. Badrul terlopong mendengar apa yang diucapkan oleh Daniel itu. “Aku bersalah pada Hanna, Rul…selama ini aku ceritakan semua isi hati aku terhadap Farah pada Hanna. Namun di sebalik senyuman dan nasihatnya itu, tersimpan satu perasaan yang mendalam terhadap aku. Aku tak tahu la Arul, aku memang sayang kat Hanna, tapi hati ini masih ade sisa pada Farah…”terhenti di situ ayat yang ingin diluahkan oleh Daniel. “Daniel,aku nasihatkan kau sembahyang Istikharah. Hanya padaNya tempat kita meminta petunjuk.” Daniel tiba-tiba seperti tersedar dari mimpi apabila mendengar nasihat Badrul itu. Betapa lupanya dia pada Tuhan yang menciptanya. PadaNya sahajalah tempat untuk dia merujuk dan membuat keputusan yang terbaik.

“Ya Allah sesungguhnya aku meminta petunjuk
yang baik dariMu, dengan ilmuMu aku meminta
kekuatan dariMu dgn kekuatanMu. Aku meminta
dariMu dari kelebihanMu yang banyak, maka
sesungguhnya Engkau berkuasa aku tidak
berkuasa, Engkau mengetahui aku tidak
mengetahui,dan Engkaulah yg paling mengetahui
perkara-perkara yang ghaib.Ya Allah jika Engkau
mengetahui perkara ini baik untukku pada
agamaku duniaku dan kesudahan urusanku buat
masa kini dan masa akan datang maka
tentukannya untukku dan permudahkan nya
kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara
ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku
dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa
akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan
diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku
di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau
berkuasa di atas segala sesuatu.”


Dengan perlahan pintu bilik pesakit dibuka. Dilihat Nurul Hanna terlantar di atas katil beralaskan cadar putih. Ditariknya kerusi mendekati katil dan duduk menatap wajah sayu Nurul Hanna yang masih terpejam matanya. “Hanna, maafkan aku. Aku bersalah pada kau. Aku tahu, kau cuba untuk rapatkan aku dengan Daniel. Namun, kau lebih layak untuk memiliki hati Daniel. Segala-galanya diluahkan pada kau. Aku bukan sengaja nk jauhkan diri dari kau, cuma aku…aku turut menyimpan perasaan pada Daniel. Tapi aku dah tekad aku nak tengok kau bahagia. Aku dah tutup hati ini buat lelaki bernama Daniel. Semua yang aku pendam hanyalah khayalan..Daniel takkan menyesal dengan ada nya kau kerana kau lebih memahami dia..” tanpa disedari, seorang lelaki berada di pintu sedang mendengar luahan Farah. Dengan segera dia melangkah keluar tanpa disedari oleh Farah.
“Arul, cepatlah. Nanti Hanna tertunggu-tunggu kita kat hospital.” Badrul termengah-mengah menuju ke arah kereta yang disewa mereka semalam. Daniel yang beria-ia menyewa kereta itu untuk mengambil Nurul Hanna di hospital pagi itu.
“Kenapa lambat sangat ni? Lama aku tunggu..” rungut Nurul Hanna. “Ala, jangan la marah-marah sayang oi..” tiba-tiba muka Nurul Hanna menjadi merah apabila mendengar kata-kata Daniel. “Entah angin mana yang bertiup. Tiba-tiba panggil aku ’sayang’ pulak.”detik hati Nurul Hanna.
Hampir setahun lebih telah berlalu,,,hari yang ditunggu-tunggu…hari “KONVOKESYEN”…
Nurul Hanna membaca sms di skrin telefon bimbitnya. Dilihatnya nama Farah tertera di skrin. “Farah ingin jumpa aku?” sudah lama Nurul Hanna tidak mendengar berita tentang Farah. Mereka hanya terserempak dua kali sahaja sejak dia keluar dari hospital walaupun mereka belajar di fakulti yang sama. Apa yang bermain di fikirannya adalah Daniel. Kenapa Daniel sudah lama tidak bercerita dengannya tentang Farah. Sudah putus harapankah Daniel terhadap Farah? Pelbagai persoalan bermain di fikiran Nurul Hanna.

Pada hari Konvokesyen, Nurul Hanna mencari-cari kelibat Daniel. Ingin diberitahunya kepada Daniel tentang Farah. Sebelum itu, dia telah berjumpa dengan Farah. Farah memperkenalkan tunangnya kepada Nurul Hanna. Mereka bakal diijab kabul dua minggu lagi. Nurul Hanna segera bergegas mencari Daniel. Namun, hampa…Tiba-tiba Badrul datang ke arah Nurul Hanna dengan sejambak bunga. “Arul, lawanya bunga ni…kau nak bagi awek ek?Eh, kau ada nampak Daniel tak? Dari tadi lagi aku tak jumpa dia.” tanya Nurul Hanna sambil matanya mencari-cari Daniel. “Ohh,,Daniel ade dengan keluarga dia kat depan dewan sana. Nah, bunga ni untuk kau.” Badrul menghulurkan bunga itu kepada Nurul Hanna. “Eh, mimpi apa kau bagi bunga kat aku? Nanti tak pasal-pasal pulak awek kau jealous kat aku pulak.” perli Nurul Hanna sambil ditilik nya bunga itu. “Ohh,,,sorry,,no budget la nak beli bunga kat kau. Baik aku beli untuk diri aku sendiri. Bunga tu Daniel yang bagi..” Badrul berlalu pergi meninggalkan Nurul Hanna dengan bunga itu. Di sebalik bunga itu terselit sepucuk surat;

Assalamualaikum, puteriku…
Maafkan Daniel…selama ini Daniel mengabaikan perasaan Hanna…Sebenarnya Hanna adalah penyeri hidup Daniel. Daniel buta selama ini, rupa-rupanya di depan mata Daniel ini adalah puteri yang benar-benar telah mencuri hati ini. Daniel minta maaf banyak-banyak kerana selama ini Daniel membebankan Hanna dengan perasaan Daniel yang tak tentu arah itu…sedangkan Hanna hanya memendam perasaan yang selama ini Daniel tak tahu…maafkan Daniel kerana membaca diari Hanna ketika Hanna terlantar di hospital…tapi dari situ baru Daniel sedar yang selama ini susah senang hanya Hanna yang berada di sisi Daniel…InsyaAllah dengan izin Allah, Daniel berjanji akan melindungi, mengasihi Hanna sehingga ke akhir hayat…
For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I’ll be forever thankful baby
You’re the one who held me up
Never let me fall
You’re the one who saw me through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith ’cause you believed
I’m everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith; you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I’m grateful for each day you gave me
Maybe I don’t know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you…

Puteramu,
Daniel.

Antara aweks dgn khinzir..

Maaf sbb tajuk entry kali ni agak esktrem hehe...tp just tuk renungan tuk sy dan kita semua

Anda tahu Islam anda tahap kritikal apabila.....

* Perkara terakhir anda pelajari tentang Islam dan Quran adalah daripada berita CNN.

* semua topik perbualan anda dan rakan2 adalah berkisar tantang balak/awek, atau filem atau artis.

* anda lebih banyak menghabiskan masa di kelab2 malam daripada di masjid semasa bulan Ramadhan.

* anda tak ingat pun bilakah kali terakhir anda tanya sesiapa jika anda tidak faham sesuatu perkara tentang Islam.

* anda mempunyai masa untuk menonton 3 filem setiap minggu tapi tak mempunyai masa untuk solat pun.

* Quran anda sudah berhabuk atas almari.

* apabila anda bersendirian dalam keadaan sunyi, suara hati anda hanya menyanyikan lagu2 tangkap cintan.

* Anda mula berasa segan untuk memberi salam "Assalamualaikum" (takut nampak skema)

* jarang sekali terpikir bahawa Allah sentiasa memerhatikan anda.

* anda tau yang mana baik yang mana salah, tapi anda boleh buat sesuka hati anda walaupun ada rasa bersalah.

* anda mula putus harapan untuk mengimpikan syurga kerana anda rasakan anda tidak layak selepas merasakan itu saja takat kemampuan anda.

* anda tidak tahu kenapa anda tidak pernah merasakan kebahagiaan yang sebenar dalam hati anda dan anda tertanya2 kenapakah nasib baik anda tidak berpanjangan (lupa tentang hakikat takdir ketentuan)

* hari yang paling menggembirakan dalam hidup anda setakat ini henyalah masa Valentine's day atau semasa anda berdating bersama awek/balak.

* anda tidak teringatkan Nabi Muhammad s.a.w walaupun sekurang2nya sekali sehari.

* apabila anda mendengarkan seorang Muslim mengalami kesusahan, anda merasakan bahawa anda tiada kaitan dengan mereka (orang Islam kan bersaudara?)

* 'kawan rapat' anda adalah daripada jantina yang berlainan walaupun belum mempunyai sebarang ikatan pernikahan.

* anda tidak bersemangat/berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik.

* anda merasakan bahawa anda memang dilahirkan untuk jadi jahat.

* apabila membaca/mendengar ayat2 Quran terjemahan (bahasa yang anda paham), anda tak rasa apa2 (tak terasa pedas/tersentuh).

* anda berasa bangga dan menjadi lebih gedik apabila ada balak/awek men'usha' atau ajak anda keluar

* rakan2 anda tak pernah tegur perbuatan buruk anda dan anda pun tidak pernah menegur perbuatan buruk rakan anda (sebab dah lali)

* anda tidak kisah jika anda masuk neraka

* anda memisahkan kehidupan anda daripada Islam. Islam dan hidup anda adalah 2 entiti yang berbeza..contoh: anda cuma ikut ajaran Islam utk part2 tertentu cam bab makan halal haram..tapi bab bersentuhan dengan lelaki/perempuan anda tak kesah pun halal/haram.

* anda terima bulat2 segala pendapat ahli2 falsafah barat lebih daripada Quran/ulama' sendiri.

* anda sentiasa berasa tidak tenang

* anda mersakan bahawa 'dosa' sudah sebati dengan diri anda..jadi tak perlu susah2 bertaubat.

* anda bercita2 ingin mengelilingi dunia tapi anda tidak pernah langsung terfikir untuk menunaikan haji di Mekah.

* anda tidak pernah menangis kerana Allah.

Wong Fei Hung, Ulama Dan Jaguh dari Guandong

Wong Fei Hung, Ulama Dan Jaguh dari Guandong



Selama ini kita hanya mengenali Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem "Once Upon A Time in China". Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dipegang oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang ulama, ahli perubatan, dan ahli beladiri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering mengaburi jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenali sebagai salah seorang dari Sepuluh Harimau Kwantung. Posisi Harimau Kwantung ini kemudiannya diwarisi oleh Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjangi keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuatkan keluarga Wong sering turun membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan kebiasaannya datang daripada keluarga miskin yang tidak mampu membayar biaya perubatan. Walaupun begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pilih bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantunya tanpa balasan.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang menumbangan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan dikenali sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang menjadikan Fei Hung berjaya melahirkan jurus "Tendangan Tanpa Bayangan" yang legenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar dilahirkan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terselamat dari peristiwa pembakaran dan serangan oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir menewaskan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang dikenali sebagai Korea). Jika pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggeris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu pasti akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung berguru pula dengan ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun efisien yang dinamakan jurus "Cakar Harimau" dan jurus "Sembilan Pukulan Khusus".

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan secara langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil mengajar lebih dari 30 orang jaguhan pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton yang ingin memukulnya kerana ia membela rakyat miskin diperas ugut mereka.

Dalam kehidupan berkeluarga, Allah banyak mengujinya dengan pelbagai cubaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia yang singkat.

Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendirian sehinggalah ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus untuk orang perempuan di perguruan suaminya. Mok Gwai Lan ini kemudiannya menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dunia pada usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Sesiapa dan berapa ramai jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dunia dengan meninggalkan nama yang harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.

Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Noted: Tq kerana membaca tapi artikel ni hanya lah propaganda semata2 dan tidak benar sama sekali hehehehe..jgn marah nanti kena jual

10 Jenis Anak Syaitan

"Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan":

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth: disko,kelab mlm & tempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke
rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


10. Isetan. ( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar
Lembah klang, singapore, Beijing &.....

Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan

Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang
dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

p/s: klu shopping tu berhati2 skit, nanti banyak duit habis. Membazirlah
sebenarnya amalan syaitan.

Girls Eyes Produce Crystals



P.S I dont wheter this vid are real or fake but its seem like real..videos expertise can analysis the pixel on the vid...its happen in 1996..i dont if she can produce crystals now...

BREAKING NEWS: Prophet Muhammad's Name Found in the Bible



P.S No bad comment here..please discuss with profesional and with no emotion ok hehe..peace

Cerpen : Jodohku di Landasan Komuter

Adaptasi dari kisah sebenar rakan, Fakhruzzaman (bukan nama sebenar), yang setiap hari menggunakan komuter ulang alik kerja. Walaupun kerap sekali gerabak-gerabak 'sardin' itu bermasalah, akan tetapi, bagi Fakhruzzaman, (selepas ini akan dipanggil Zaman saja), masalah yang paling berat baginya adalah... jodoh!

Kerja bagus, jurutera. Rumah dah ada. Kereta ada. Tapi awek tak ada. Umurnya pula sudah mencecah...


"Kau dah 29 Zaman," maknya berleter di dalam tajuk biasa, "dah tua tapi tak laku. Muko bukan tak ensem, adalah sikit2 iras abah kau, tapi apesal sampai la ni sorang awek pun takde?"

"Ntahla mak," ada keluhan kecil keluar dari hidung Zaman, "jodoh di tangan Tuhan mak."

"Senang ko cakap man, jodoh tangan Tuhan..." Hajah Monaliza terkesiap dengan paradigma salah anak jantannya, nadanya mulai meninggi, "haa... rezeki pun di tangan Tuhan ko tau, sat gi ko tak payah balik Kolumpo, tak payah keje, ko semayang aje kat kampung ni. Doa byk2.." Dia makin ligat menenyeh-nenyeh sirih gambir ke gigi kapaknya. Ekspresi orang tua yang sedang marah meluap-luap.

"Ish mak ni..." Zaman mengisar dan mengalihkan punggungnya yg berasap, mencari lantai yang lebih sejuk di beranda kayu itu. Balik kampung untuk meringankan otak, melihat alam hijau. Tapi masalah ini pula timbul. Haih.

"Ni... mak ada cadangan..." nada Hajah Monaliza kembali normal, "anak pak Mail tu dah besar pjg kau tau Man.."

"Yang mana mak?"

"Si Siti Maisarah tu..." Wajah maknya serius. Tetapi berseri-seri.

Ah sudah, mak ada calon baru! Cepat cari idea untuk menepis... bersilat patah kata dengan mak. Tapi, siapa itu... "Siti Maisarah?" Zaman memperlihatkan muka ayam berak kapur, muka blur. "Anak pak Mail yang mana satu tu mak?" Anak pak Mail ada tiga belas kesemuanya.

"Alah adik pada Pe'ah kawan sekolah kau tu."

"Oo..." Ces, si Pe'ah (Siti Saffiah) tomboi kampung dusun itu ada adik perempuan rupanya. Peah tu... kalau betul2 perempuan... cantik juga. Tapi...

"Ha la.. Peah yang nak langgar kau dengan kubota bapak dia tu." Hajah Monaliza menelan sirehnya. Nikmat betul. Dengan wajah penuh nikmat itu dia ketawakan Zaman. "Huhuhu... Tapi kan Man, walaupun kakak dia si Pe'ah tu ganas semacam, tapi adik dia si Sarah tu mak tengok bagus, rajin dan lemah lembut bila bercakap dengan orang tua. Mmg mak berkenan la Man... bla bla.. manis...bla.. bla... lesung pipit... bla.. blaa... 34 28 32... bla.. takde jerawat.... bla.. bla..."

Maknya bercakap bersungguh-sungguh, tapi sorang2. Zaman larut merenung pokok gajus di laman rumah. Telinganya temporarily disabled. Kerana renungan itu tembus jauh ke 10 thn lampau. Melihat dirinya sendiri terkial-kial mengelak kubota Pe'ah. Zaman tersenyum sendirian. Aku bukan sengaja nak sepak kambing kau Pe'ah. Kambing kau yang nak sondol aku dulu. Kambing kau... dan tuan dia... sama saja!

"Heh. Man. Ko dengar tak apa mak cakap ni?!"

"Eh..." Zaman tersedar, "Ah ye mak... Pe'ah tu mmg ganas mak!"

Pokok gajus sudah hilang dari pandangan. Muka mencuka maknya kini pula ada. "Pe'ah tengkorak kau Man, adik dia la adik dia..."

"Ye mak adik dia... adik dia... Siti Sarah tu kan." Zaman sengih. Mak masa muda dulu mesti lebih ganas daripada Pe'ah kan. Macam mana la abah boleh sangkut.

"Siti Maisarah lah... mak ingat," Hajah Monaliza pula merenung pokok gajus, kalau pokok itu ada muka seperti manusia, pasti sudah tersipu-sipu ditenung begitu bergilir-gilir, " kira jadi la ye Man."

"Eh... aaa..." Zaman hilang kata-kata. Lidahnya terasa seperti dikepit pengepit baju seberat satu tan. "Tapi mak..."

"Sudah lah ko Man, susah sangat... biar mak buat keputusan... Muktamad."

Zaman melihat maknya bangkit terus ke dapur. Zaman menelan liur. Terasa kelat.

Tapi mak... Zaman dah ada calon sendiri... cuma tak pasti. Kerana, Zaman cuma pernah melihatnya sekali, di atas...

Komuter.

Apa? Zaman... kau memang sudah gila!


“Hmm... Nak kata gila tu takla... tapi sikit2 tu ada he he...”

“Apsal? Tak boleh?” Zaman kelihatan serius.

Apa kau betul-betul serius? Zuhri merenung tajam ke anak mata temannya. Seolah-olah seorang doktor menyuluh dan memeriksa kedudukan dan warna anak mata pesakitnya kalau-kalau pesakit itu mengidap sawan atau gila. Dia lalu menyeringai, “Lantak kau Man, hahaha.”

“Aku rasa aku akan jumpa dia lagi...” Zaman mengeluarkan dompetnya, “aku dapat rasa...”

Zuhri turut mengeluarkan dompetnya. Dia berbisik, “awek kaunter ni pun boleh tahan Man. He he.”

“Hmm... Nak kata gila tu takla... tapi sikit2 tu ada he he...”“Apsal? Tak boleh?” Zaman kelihatan serius.Apa kau betul-betul serius? Zuhri merenung tajam ke anak mata temannya. Seolah-olah seorang doktor menyuluh dan memeriksa kedudukan dan warna anak mata pesakitnya kalau-kalau pesakit itu mengidap sawan atau gila. Dia lalu menyeringai, “Lantak kau Man, hahaha.”“Aku rasa aku akan jumpa dia lagi...” Zaman mengeluarkan dompetnya, “aku dapat rasa...”Zuhri turut mengeluarkan dompetnya. Dia berbisik, “awek kaunter ni pun boleh tahan Man. He he.”



“Ya abang nak pergi mana?” Si gadis cantik tersenyum manis. Ada tahi lalat di hujung bibir sebelah kiri.

Zaman membalas dengan senyuman menggoda, “Shah Alam satu. Rawang satu.”

Gadis KTM berbaju biru di kaunter terus tangkas menekan-nekan mesin tiket. Beberapa saat, duit Zaman dan Zuhri bertukar menjadi sekeping tiket komuter. Mereka lalu mencelahi tampang-tampang manusia yang bergegas-gegasan ke sana ke mari untuk ke pintu masuk platform.

“Zaman sekarang… awek cun ada di mana-mana Man. Nak cari yang cantik luar dan dalam itu yang susahnya.” Zuhri mencucuk tiket dan melepas pagar automatik.

“Yap." Zaman senyum, "Ok lah jumpa besok.” Zaman dan Zuhri lalu mengambil haluan masing-masing. Destinasi mereka ada di tren di platform berbeza.

Platform tren ke Seremban (Platform 6) seperti biasa – orang ramai nak mampus. Macam-macam bau boleh dihidu. Bersesak-sesak untuk mendapatkan tren adalah perkara biasa bagi mereka. Maklumlah, murah.

Zaman berbaris menunggu tren, platform 5 (Shah Alam) masih belum sesak, hanya beberapa orang sedang berbaris. Sambil-sambil itu, matanya melilau mencari-cari apa yang dia cari. Mencari jodoh di situ bukan satu perkara yang gila, fikir Zaman. Ini namanya peluang di setiap kesempatan, kebarangkalian keberhasilan adalah tinggi.

Awek yang dicari, tiga orang lelaki Arab yang ditemui. Tiga orang lelaki berbulu dada di bukaan kemeja bawah leher itu melilau-lilau berpusing-pusing seperti kesesatan. Zaman kesian. Sesat di negara orang, sangat sukar kalau orang awam negara itu tidak peramah menunjuk jalan.

“Afwan, where are you going?” Zaman menegur salah seorang daripada mereka yang paling tenang. Lagi dua orang muka merah padam membebel dalam bahasa arab.

“Kajan... Kajan...” Mat Arab itu senyum pahit.

“Err… Kajang?” Zaman kontrol ketenangan (cool). Alamak, tren mana ek pergi Kajang? Ceh, aku pun tak tau konon nak tolong orang.

“Na’am… Yes.” Senyuman mat arab itu lebih berseri-seri.

Zaman pula senyum pahit. Platform mana pergi Kajang? Aduh! Dia memusingkan otaknya mencuba mengingati stesen-stesen di empat laluan komuter. Di platform 3 kah, 4 kah, 5 kah, atau 6 kah? Berputar-putar, dia kabur. Mengeluh. “Err… Afwan… Kajang, I am not sure. Sorry.” Suara Zaman kedengaran di dalam tekak, “but… It is not at this platform, you may look at another platform, okay?”

Lelaki Arab yang tenang menggaru kepala.

Dia ni paham ke tak ni? Zaman turut mahu menggaru kepala. Dia melihat dua orang arab yang lain terus mendengus-dengus seperti memarahi KTM Berhad kerana menulis papan tanda di dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, bukan bahasa Arab. Mereka ingat ini negara nenek moyang mereka barangkali.

Hei, ini Malaysia tau, bukan Jeddah.

Tidakkah mereka tahu untuk sabar dan bertenang? Berkelakuan tidak bertamadun sebegitu boleh menyelesaikan masalah? Zaman menggeleng kepala. Boleh jadi keturunan nabi-nabi, boleh jadi keturunan... fir'aun.


“Kajang?” Satu suara halus kedengaran dari sebelah kirinya (lelaki-lelaki arab di sebelah kanan). “Platform 6 lah awak.”

Zaman berpaling melihat seorang gadis tersenyum manis. Gulp!

Dengan wajah yang tersenyum manis itu, gadis berkurung biru bunga besar2 dan bertudung biru muda itu mengisyaratkan Zaman agar memberitahu lelaki arab bertiga yang mulai berwajah gusar yang amat seperti kaki judi kalah judi.

“Err…” Zaman kembali kepada mat arab yg tenang, "akhii... platform six... sittah... over there."

"Sohih?... Sure?"

"Na'am... platform six to Kajang."

"Thank you... thank you..." Lelaki arab yang tenang itu lalu menyalami Zaman dengan ghairah. Dua rakannya yang baran buat tak tahu saja. Tak hairanlah fir'aun angkuh semacam.

Masakla korang nak naik tren sardin tu. Heh.

Dup dap dup dap. Zaman berpaling.

Gadis itu masih di situ, tersenyum. Semua manusia yang bersesak-sesak seperti di neraka jahanam (oh! neraka lebih panas daripada ni beribu kali ganda! ingat tu Zaman) hilang dari derianya...

Yang ada cuma si gadis yang jelita pada pandangannya.

(Aku nampak biasa aje, tapi bak kata orang... itulah cinta. Cantik itu subjektif, kan? Of course bini aku 10 kali ganda cantiknya he he he - Khairi)

"Err..." Zaman tergagap. Adrenalin memenuhi darah. Jantung pantas. Tekanan darahnya 200 mmHg. Mahu kata apa? Aduh Zaman, fikir-fikir... Jangan salah cakap nanti melepas... err... "Ahah, saya tahu tren tu pergi kajang... cuma lupa he he he." Zaman sengih-sengih.

Senyuman gadis menipis, berpaling ke lain.

Alamak... apa aku cakap ni? Zaman berpeluh. Come on Zaman, you can do it.

Zaman menarik nafas panjang, bau ketiak bangla yang pahit ada terhidu sikit-sikit, dia menghembus cepat-cepat. Berikan ketenangan ya Tuhan. "Oh ya... Maaf last week terlanggar awak... dekat lif."

Mata gadis membulat memandang Zaman. "Jadi, itu... awak?"

Cantik. Zaman angguk kecil... Mak, aku jatuh cinta.



Menilik Zaman, si gadis menyepetkan matanya, sebentar kemudian membulat pula. "Jadi, itu... awak?"

Zaman angguk kecil... Cantik. Mak, aku jatuh cinta.


***

“Ya saya.” Zaman semakin yakin menguasai diri. Berlagak selamba agar dirinya kelihatan jantan yang cool. “Oh ya, saya Zaman, awak?”

Gadis senyum nipis. “Siti.”

“Ooo… okey hehehe.” Siti? Siti Nurhaliza? Ah, gadis cantik selalunya bersikap dingin tanda jual mahal. Atau dia sudah berpunya?

Zaman mendiamkan diri apabila merasai umpan tidak dimakan. Hasrat cintanya surut andar.

si gadis menyepetkan matanya, sebentar kemudian membulat pula. "Jadi, itu... awak?"Zaman angguk kecil... ***“Ya saya.” Zaman semakin yakin menguasai diri. Berlagak selamba agar dirinya kelihatan jantan yang . “Oh ya, saya Zaman, awak?”Gadis senyum nipis. “Siti.”“Ooo… okey hehehe.” Ah, gadis cantik selalunya bersikap dingin tanda jual mahal. Atau dia sudah berpunya?Zaman mendiamkan diri apabila merasai umpan tidak dimakan. Hasrat cintanya surut andar.



“Tong... Tongg... Tonggg...” Pengumuman bergema di pembesar suara. “Tren ke Pelabuhan Klang akan tiba dalam masa 10 minit. Sila beratur di garisan biru. Biru ye, bukan merah. Sila tunggu pintu tren terbuka baru masuk. Terima kasih.”

10 minit? Zaman melihat jam. 6.45 petang... + 10 + 35, ah, terlepas sin Chan.

Seminit berlalu.

Dua minit berlalu.

Tiga minit berlalu.

Emp-

“Oh ya... hari tu kenapa? Terburu-buru sangat sampai terlanggar orang?”

Tersentak kecil Zaman. Huh?Dia bercakap dengan aku?

Bagai lilin sebentar tadi padam tiba-tiba kembali menyala, Zaman kembali bersemangat. Zaman senyum kecil walhal di dalam hati dia melompat-lompat gembira.

Tenang Zaman. Cool Zaman.
“Err... saya lewat kerja… kalut sikit. Harap buku awak yang jatuh tu takde apa-apa… err… I mean terlipat ke, terkoyak ke.”

“Hihihi… nasib buku saya jatuh. Kalau saya jatuh?”

Yahoo!! “Oh, itu saya tak tahu hehehe.” Zaman ketawa agak-agak. Berharap ketawanya menawan. “Anyway, kerja sini ke?”

“Aah.” Siti menjenguk jauh ke kanan. “Oh, tren dah sampai.”

Kelihatan tren tua badan biru kepala kuning terhegeh-hegeh masuk ke platform. Lampu di kepalanya terang benderang hatta kuman seberang laut pun nampak.

Tren dah sampai tapi…

Apasal kau tak dibatalkan hari ni? Time aku lewat kerja batallah, jemlah, rosaklah. Hishhh! Memang tak boleh tengok orang senang.
Zaman, sebaliknya, mendengus.

Sesungguhnya seorang gadis boleh membuat seorang lelaki menjadi gila. Seperti Zaman.

Tren merapat. Orang ramai menghimpit-himpit nak masuk. Bukankah pembesar suara sudah beritahu, 'Sila tunggu pintu tren terbuka baru masuk?'

“Awak... ini kad saya.” Zaman menghulurkan kad kepada Siti di celah-celah orang ramai yang berhimpit-himpit. Orang terlampau ramai tersumbat di pintu komuter.

Zaman merasa kad bersambut. Yes!

Siti tertolak ke dalam ke sebelah kiri gerabak. Zaman pula sangka Siti ke sebelah kanan, jadi dia mati-matian berhimpit ke sebelah kanan. Ketiak bangla yang hangit tidak menjadi kudis lagi. Asak dia mengasak tapi... hampa betul Zaman bila Siti tak pula dijumpai. Rupa-rupanya baju kurung biru yang disangka kelibat Siti itu adalah baju seorang makcik. Zaman tepuk dahi. Nasib... nasib.

Sebulan berlalu. Siti tidak menghubungi Zaman. Siti juga tidak lagi dijumpai. Puas Zaman melangut di platform 5, tiap-tiap hari, kadang-kadang sampai maghrib, kelibat tudung Siti pun tidak nampak. Zaman putus asa.

***

Di Rawang. Seminggu selepas itu... I mean, selepas Zaman putus asa.

“Kerana putus asa kau pindah ke Rawang ni duk ngan aku Man?” Zuhri sengih sambil mengunyah kuaci. “Ke kau nak edar bussiness kad kau kat platform 4 plak hehehe.”

“Hish! Kan aku dah cakap aku pindah ke sini sebab housemate aku kawin.” Zaman meradang.

Sudah seminggu Zaman berpindah dari Shah Alam ke Rawang. Ahli rumah sewa Zuhri bertambah dari dua kepada tiga.

“Cun juga Nurul Syuhada Nurul Ain ni.” Zuhri tertancap matanya ke kaca tivi. Pengacara majalah tiga itu sedang beraksi. “Apa kata kau ngorat dia Man.” Zuhri sengih lagi.

Zaman diam. Meluat.

“Okey... okey,” Zuhri membaca mood Zaman yang sudah down. “Isnin nanti kita tunggu kat platform 5 tu sama-sama. Lagipun aku boleh keluar awal sikit. Kita jalan dari kiri ke kanan platform sampai jumpa. Amacam?”

“Aku rasa dia dah kawin ler.”

“Ceh.”

“Persiapan kau amacam?”

“Okey. Berjalan lancar. Minggu depan cari cincin.”

“Best la kau.” Suara Zaman datar.

Zuhri menjeling Zaman. “Come on la kawan. Kat Malaysia berapa banyak Siti ada. Apatah lagi Nurul, Nur, Wan Nur, Nik, Dang. Rilek la beb. Kau baru 29, belum tiga puluh. Heh.”

“Aku rilek. Mak aku membebel.” Aku? Rilek? Hanya Tuhan saja tahu!

“Ooo… Patutlah kau tak balik kampung weekend ni, kau takut mak kau heret kau ke rumah si Peah ek hahaha.” Zuhri gelak. “Eh, buatnya Siti Komuter tu Siti Maisarah. Melepas kau tolak calon mak kau Zam.”

“Banyak la siti kau.”

Hp Zaman tiba-tiba berbunyi.

Zaman menyeluk poket dan mengeluarkan telefon Sony C902 kepunyaannya. Nombor tidak dikenali tertera. Zaman tersenyum... Fuh... Fuh... minta-minta Siti Komuter... Panjang umur kau Siti.

"Hello." Zaman Jawab.

"Hello. Assalamualaikum." Suara gadis. Lembut.

"Waalaikummussalam. Sapa ni?" Zaman berdebar. Menjauhi Zuhri, beredar masuk bilik.

"Err... ni Zaman ke?"

"A'ah, Zaman sini." Semakin berdebar, Zaman duduk di birai katil bujangnya, tangan kiri menggaru tulang kering. "Sapa ni?"

"Huhu... tak cam suara sayeee kee?" Si gadis gelak besar.

"Errk... tak cam la. Bagitahu la sapee." Zaman senyum simpul.

"Ooo... mentang-mentang ko keje KL Zaman ko dah tak kenal aku yee. Ko bila nak balik kampung?"

Huh? Senyum simpul Zaman mati. Suara yang macam ini aku kenal... Aku kenal sangat... Mengeluh Zaman mengeluh. Ingatkan Siti Komuter, tapi rupa-rupanya... Siti Saffiah... Pe'ah! Tapi...

"Mana dapat nombor aku?" Zaman berkerut.

"Heh... ada la." Suara Pe'ah menggambarkan dia sedang tersenyum.

Pe'ah tak menjawab soalan. Lantak dia la mana dapat, Zaman mendengus kekecewaan. "Lama tak jumpa ko Pe'ah, keja mana sekarang?"

"Aku keje KL jugak tau. Tu la kau, langsung tak kontek aku. Mentangla keje dah best."

"Ish, mcm mana nak kontek nombor takde."

"Ha... Raya lepas lupa nak ambik nombor kau. Err... kau betul nak tau mana aku dapat nombor kau?"

"Ye lah."

"Aku jumpa atas meja rumah sewa aku ni. hahaha." Pe'ah gelak lagi. Mengingatkan Zaman ketika dia terjatuh ke dalam parit berlumpur kerana mengelak kubota Pe'ah. Ketika itu, Pe'ah gelak sakan sampai keluar air mata. "Aku tilik-tilik kad nama atas meja tu, aku nampak nama kau, takut-takut orang lain, aku try la call. Bila aku dengar suara kau... huh, confirm, kau Zaman."

"Tapi... macam mana kad nama aku ada atas meja rumah kau?" Zaman teringatkan siti komuter.

"Itulah... aku tanya member aku... hmm..." Pe'ah diam kejap, "hmm... dia cakap..."

Pe'ah diam lagi. Zaman tak sabar. "Dia cakap apa?"

"Dia cakap adik aku dapat. Aku tanya adik aku, dia cakap dia dapat kat kl central."

Haaa? Zaman melompat. Teringatkan Mak dia. Teringatkan pokok gajus.

"Adik aku cakap mamat tu kiut gak... bila aku tahu nombor ni nombor kau... aku rasa nak muntah hahaha... Apa ke rabun adik aku tuh.. aku-"

"Teettt... teetttt... teetttt..." Peah menilik telefon tangannya. Putus? Bertuah punya kawan! Pe'ah merengus... Balik kg nanti aku langgar kau lagi.

Zaman berlari-berlari keluar bilik mahu mencium Zuhri...

Zuhri mengelak... "Zaman! Kau gila ke?"

"Betul kata kau Zuhri... Siti komuter adalah Siti Maisarah!" Zaman meloncat setempat kerana dirasuk hantu kaler pink, "dia kata aku KIUT! aaauuwww...Mak... aku nak kawin!"

Zaman mendail nombor maknya. Tamat.



by kayree

Aku mengidam mengalahkan pompuan pregnant

Ini first time aku tulis entry pasal aku mkan ape..hehe..dh menjadi mcam satu kebiasaan kpd blogger2 picisan yang lain pun menulis pasal arini makan ape lah, kuar g mana lah..nasib baik g tandas tak citer dlm blog ahaha..

Aku nk citer pasal tetiba time bulan posa nie aku nk makan buah yg pernah aku suatu ketika dulu time aku darjah 6 kot last sekali mkn..buah tu bukan lah buah dada k..jgn pk bukan2 plak k..tak baik hehehe...buah delima k..salah satu buah yang disebut dlm al quran..dlm bahasa arabnya ar ruman..ni aku letak sikit pic yang aku snap time mkn hehe.


Aku dh makan sikit hehe

Ini adalah salah satu buah buahan syurga..dan buah nie spesel sbb ustaz aku ckp dlm bnyk2 bijik yg dlm sebijik buah delima tu ade sebijik yang sgt berkhasiat dan penawar penyakit yang sgt mujarab..so kalau korang mkn jgn kongsi ngn org lain ahahaha...buah ni bagus tuk org mengandung mkn..tak caya korang leh baca info kt bawah nie

Apa yang speselnya buah nie kalau korang nk tau leh baca info kt bawah nie kalau korang takde keje hehe
  • orang kata makan buah delima nanti anak cerdik ...
  • orang kata lagi, kalau makan buah delima nanti anak ade lesung pipit!
  • orang kata nanti mata anak cantik & bercahaya...
  • Ustaz kata dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
  • Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
  • Ada orang kata nanti bibir baby masa lahir merah bak delima...
  • Mmg ramai yang bagi petua kalau nak anak bijak, makan buah delima waktu pregnant. Buah delima ni asalnya dari tanah arab...
  • Ada jugak aku dengar dalam satu biji buah delima tu ada satu ulas yang berkat & berguna untuk membinaan otak yang cerdas dan bijak untuk si pemakan, ibu & bayi dalam kandungan...so kalau makan buah delima sebijik tu tak boleh share sebab kita tak tahu ulas yang mana satu yang dikatakan berkat & baik untuk otak...
  • Ada yang kata buah delima baik untuk perkembangan otak bayi, dan ada yang kata, kalau kita makan buah delima semasa mengandung, anak yang lahir akan kelihatan cantik dan comel,
  • diantara hikmah memakan buah delima semasa mengandung ialah apabila orang melihat wajah anak itu nanti, hati orang akan merasa belas dan kasihan kepadanya...
  • A study published in Pediatric Research found that drinking pomegranate juice during pregnancy helped protect newborns' brains during traumatic births.
  • Pomegranate seeds are eaten to have quality and quantity of babies.
  • Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia.
  • Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
  • Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
  • Dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.
  • Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
  • Dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal.
  • Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "
  • Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
  • Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
    Manfaat : membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.
    Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta acid folic yang penting pada tahap awal kehamilan.
  • Boleh mengurangkan berat badan.
  • elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah.
  • Mencegah dr nyanyuk.
  • Mencantikkan kulit.
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung- prevent morning sickness.
  • even ada yg kata -jus buah delima ni adalah "natural viagra"...
bnyk kan.hehe...tp aku rasa tak semua org pernah makan buah nie..especially org bandar hehe

Oman 3 vs 0 Malaysia (Friendly)

Sakit??tapi itu lah hakikatnya.....mengikut pandangan aku dua goal first at least goal keeper boleh save..third goal erm...rasanya hanya goal keeper terbaik dunia je kot leh save hehehe..apa pun second half rajagobal buat percaturan yang bagus..tukar goalie sharbinee alawi..kepada khairul fahmi..sharbanie ni bukan tak bagus..cuma semalam dia ni off kot hahaha..second half.tak bolos sebejik pun goal..so itu kira ada peningkatan..

Lagi satu aku tgnk pemain malaysia lari slow..tak macam time dorang main lawan korea aritu..mungking cuaca effect kot kt sana hehe

Apa pun good try

Bagi yang tak tngk live..leh tgnk highlight dr oman tv kt bawah nie

Tips Beraya Bagi Yang Single dan Takde Kawan

Tips nie hanya sesuai di baca oleh org yg single dan available sahaje..hehe..bg yang tak single boleh lah g main jauh2..shuh shuh..hehe..tips ni juge sesuai di baca bg mereka yang tidak mempunyai kawan oleh sebab faktor2 yg tidak dpt dielakkan..seperti mereka ni slalu berpindah randah ataupun korang nie memang jenis nerd dan tak suka berkawan hehe..apa pun jom baca tip2 yg aku bg nie

Tengok tv sepanjang hari

Dari pagi sampai ptg korang leh habiskan masa dgn tgnk program2 yg menarik di tv. Dgn cara nie mak korang takkan tanya nape korang tak pergi beraya ke rumah kawan mahupun rumah awek hehe..korang boleh jawab begini "sapa nk tgnk citer2 nie mak kalau semua kuar raya hehe..rugi kita bayar astro bulan mak.baik iz yg tgnk.hee"

Tido sepanjang hari

Tips ni amat sesuai bg kaki tido mahupun kaki bangku hehe..korang bukan sahaja tak yah penat2 g raya umah kawan bahkan jimat kerana korang tak makan bnyk sgt makanan kt umah korang..mak korang pun hepi hehe..baiknyaa anak aku ni..anak sape ni erkkk..hehe..

Kuar tngk wayang

Time raya nie mesti bnyk citer2 yg best kt panggung so korang leh lah wat alasan nie hehe..ckp kt mak korang nk g tngk wayang ngn awek tp sebenarnya korang tngk sorang2 hehe..kalau segan nk beli tiket satu je.baik korang beli dua seat terus so tak malu sgt hihi..awek jual tiket pun tak suspius sgt hehe...seat lg satu boleh wat letak pop corn


Kuar g pancing


Beraya dgn g memancing memang sgt best bg kaki pancing mcm aku hehe..time ni tak ramai org mancing dan ikan tak bnyk pilihan nk pilih umpan hehe..port lubuk ikan pun senang nk cari..tapi korang jgn lah ckp ngn family korang nk g mancing kang tak pasal2 ada kasut terbang hinggap kt muka korang yg mcm umah tak siap tu hehe

Pergi melancong time raya

Time ni tiket semua murah sbb tgnh promotion raya so guna kan peluang ni sebaik2 nya bg yg kedekut taik masin hehehe...kalau boleh g melancong luar dr malaysia.. g US ke zimbabwe ke tanzamania ke so korang tak sedeh sgt time raya

Beraya ke rumah org yang tak dikenali

tips nie hanya sesuai dibuat oleh orang yg berhati kering dan bermuka tebal mahupun yang bermekap tebal hehe...cakap kt tuan rumah tu kita sesama muslim adalah bersaudara.tp pastikan tuan rumah tu org islam..korang jgn main redah je..hehe

Bnykan pergi ke rumah terbuka

Sesape je boleh pergi ke rumah terbuka tak kira korang kenal ke tak tuan rumah tu hehehe..cakap kt family korang yg korang nk beraya ke rumah awek or rumah kawan walaupun itu semua dusta semata hehe..mana tahu korang bertemu jodoh time beraya kt rumah terbuka tu hehe..

selamat mencuba!!


Org islam beli TOTO??

Abang ni beli no 4d siap pakai sampin dgn baju melayu hahaha.first time nmpak org melayu beli no pakai baju melayu satu set haha....nk g myg jumaat ke abg oi hihi...

Aku rasa kita patut bersangka baik...maybe kakak nie ingat ni kaunter pertanyaan kot wakakakakakakaka....

Ini Bukan Cerita Porno!!


Cerita 1

Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap
batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit
"...Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..


Cerita 2


Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan
semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa
henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu
yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


Cerita 3

Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia
tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting
itu dan menyedut keluar sedikit susu ..."cehhh masih panas, dah dekat satu
jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi
terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


Cerita 4

Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar
"Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa
henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu
kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi
tempat pertama dalam perlumbaan itu.


Cerita 5

Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang
dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh
manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus
mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama
mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk
membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)