Meh bersantai dengan hasil karya cerpen plak....
**Cerpen ini takde kaitan dengan sape2 samada secara langsung atau tak langsung**
“Sewaktu kaki ini melangkah menuju ke muara terlihat sebutir permata yang menyuluh cahayanya ke arah ku aku kabur… aku bertemu sebutir permata… ku ingin untuk menjadikan ia milik ku, permata itu telah menyentuh jiwa ini, akan tetapi, kenapa pelbagai halangan yang menghalang untuk aku menggapainya dan meletakkannya di genggaman…tolonglah aku Ya Tuhan…”
Lama Daniel menyentuh dahinya, bersujud di tikar sembahyang. Bila hati mengadap Tuhan, baru dia sedar banyak kelemahan, terasa kerdil dirinya ketika itu. Tiada yang lebih mendamaikan hati melainkan dapat bertemu dengan yang Maha Pencipta. Selesai solatnya, di lihat jam yang tergantung di dinding, hampir menunjukkan pukul dua pagi, namun matanya seakan enggan untuk di lelapkan. “Mungkin dah lena Farah waktu-waktu macam ni…” Daniel berkira-kira sendiri, hatinya berniat mahu menghantar sms, tapi apalah guna kalau tidak berbalas, dia cuma mahu seorang teman, teman untuk berbual sebelum dia betul-betul dapat melelapkan mata, ada rindu di situ sebenarnya…
Farah berulang kali membaca sms di skrin telefon bimbit miliknya, perasaannya sedikit celaru. Dia tahu, selama dua tahun ni dia amat rapat berhubung dengan Daniel, itu pun gara-gara aktiviti kolej yang terpaksa dijalankan bersama beberapa semester yang lalu, kalau tidak, dia hanya melihat Daniel dari kejauhan dan langsung tidak terlintas di benaknya perhubungan sahabat akan terjalin antara keduanya sekalipun mereka tidak sama jurusan tetapi hanya sama fakulti, Maha Agung kuasa Allah yang merancang setiap kejadian di atas muka bumi ini. Tetapi, perhubungan ini membuatkan Farah sedikit bimbang..sedikit takut..Daniel bukan seperti sahabat yang di jangkakannya…
“Farah…tengah hari nanti aku dengan Akma nak lunch kat foodcourt, kau nak ikut?” Suraya mengajaknya selepas kelas Mikropemproses petang itu, perutnya juga dah berbunyi minta diisikan, tetapi dia perlu segera membuat research untuk assignment Puan Saadah, tapi apalah salahnya mengambil masa 15 minit untuk makan… Farah tersenyum dan mengangguk tanda setuju untuk mengikut keduanya. Mereka mengambil tempat yang sedikit lapang untuk menjamu selera tengah hari itu, maklumlah waktu lunch beginilah ada yang berasak untuk beratur, perut tengah lapar katakan, tempat pula kadangkala terhad, kalau terlambat, hendak tak hendak kena juga bersesak untuk makan. “Eh Farah..itu macam Daniel aje, kita ajak dia makan sama lah…nak? Erm tapikan..” Mata Farah mengarah ke arah yang dilihat Akma dan Suraya, tetapi Nurul Hanna yang berada di samping Daniel terlebih dahulu menyapa pandangannya. Serentak dengan itu juga Akma dan Suraya memandangnya, Farah hanya tersenyum dan menunduk, dia memahami pandangan kedua sahabatnya itu. “Aku kena buat research kat library pulak kejap lagi ni, kalau korang lambat-lambat makan, tergendala la kerja aku.” Farah mengubah topik supaya tiada lagi perkara tentang Daniel yang perlu dia bualkan tengah hari itu…sebenarnya, itulah yang dibimbanginya selama ini, Nurul Hanna…Nurul Hanna pernah menjadi sahabat nya dulu, namun kini Farah menjauhkan dirinya dari Nurul Hanna. Nurul Hanna dan Daniel classmate dan mereka bersahabat baik…
“Assalamualaikum Farah…” Sapaan lembut suara Daniel terdengar di telinganya, Farah mendongak sedikit wajahnya dan mata mereka bertentang. Daniel tersenyum, ramah, tidak susah untuk menjejaki Farah, sudah lama dia tidak melihat alis mata yang menyejukkan pandangannya itu. Daniel menggumam sendirian. “Maaf kalau aku mengganggu, tadi aku terserempak dengan Akma, dia yang bagitahu aku kau ada kat sini.” Daniel menarik kerusi berhadapan Farah tanpa di pelawa terlebih dahulu, dia membuka buku dan meneruskan kerjanya. Farah leka memerhati segala perlakuan Daniel, bersahaja… “Mengapa lelaki ini kerap mengikut aku sejak akhir-akhir ni…” terdetik persoalan dihatinya. “Kiranya ada sesiapa yang tahu, kiranya…Hanna yang tahu…” lebih banyak persoalan di benaknya tika Daniel ada bersama, bukan dia tidak menyukai kehadiran Daniel, bahkan lelaki itulah yang kini hampir mendapat tempat dihatinya. “Daniel..maaf, aku nak pulangkan buku ni di kaunter kat depan kejap…” Farah mengunjukkan buku ditangannya. Mengelak..hanya itu yang terlintas difikirannya..
Daniel mengetuk hujung pen ke meja, apa yang dia study langsung tidak melekat di otaknya, hampir dua jam dia menunggu Farah di library tengah hari tadi, “Katanya hendak pulangkan buku, waktu aku lalu di kaunter tadi takde nampak pulak batang hidung dia, tak sudikah Farah? Atau aku yang keterlaluan?”. “Astaghfirullah…” terdengar keluhan dibibir.
Nurul Hanna ternampak seseorang yang amat dikenalinya dalam library itu. Kaki nya menapak ke arah meja study yang terletak di sebalik rak buku..”Mengeluh nampak kawan kita ni, masalah negara ke Daniel?” Nurul Hanna menyedari tingkah Daniel, dia tahu apa yang bermain di fikiran sahabat yang seorang itu, mesti mengenai seseorang. “Farah?” Daniel mengangguk. “Aku tak kisah kiranya kau mahu luahkan perasaan kau pada Farah…tapi,kau pun tahu Farah asyik mengelak je dari kau. Aku rasa elok kau cuba mengenali diri Farah dengan lebih dekat dulu..jika kau sudah yakin, barulah kau luahkan perasaan kau itu..” Daniel menutup buku di meja, keinginannya untuk study sudah hilang. “Aku tak tahu la Hanna, aku tak tahu kenapa dia cuba jauhkan diri dari aku,,,usah kan nak berkawan, nak study sama-sama macam ni pun tak dapat..asyik nak lari je..tapi, hati aku ni makin dekat dengan Farah, aku cuba buat ***** kalau ternampak Farah, tapi demi Allah, aku rasa seperti tidak mahu jauhkan pandangan dari melihatnya. Aku ikhlas sukakan Farah, Hanna..” Daniel menunduk, dia kalah dengan perasaan sendiri.
Laju kaki Farah menapak menyusuri Dewan Kuliah 5, apa yang didengarinya sebentar tadi dari mulut Badrul, teman sebilik Daniel itu hampir membuatkan langkahnya tersungkur. “Daniel suka kan aku? Daniel menyimpan perasaan pada aku?..Tapi baru sebentar tadi aku terserempak dengan Hanna dan Daniel berjalan beriringan…Hanna, wajahnya yang lembut itu…hm..aku tahu tentang mereka berdua..”
“Terasa berpinar mata Farah dek terik panas matahari tengah hari itu, perutnya pula belum terisi, gara-gara berkeras untuk menyiapkan kerja terlebih dahulu. Langkahnya semakin lemah, tubuhnya terdorong ke depan menyebabkan buku yang dikendongnya bertaburan di jalan. Farah terduduk. “Farah, kau tak apa-apa..?” Lengan Farah diampu seseorang dan dilihat ada jari-jemari kecil mengutip buku-bukunya, dia dipapah ke tempat duduk pondok berhampiran. Farah melihat wajah lembut itu, seraya wajah itu tersenyum. “Aku rasa kau belum makan apa-apa lagi, muka kau pun pucat semacam aje..nak aku belikan makanan..?” Tanpa disuruh, Nurul Hanna menuju ke foodcourt untuk membeli makanan. Farah hanya memerhati, kudratnya betul-betul seperti kehabisan, perutnya kadangkala diselangi bunyi, lapar… “Nah, makanlah, ade karipap dengan kuih lapis, kuih kat foodcourt tu sedap…” Nurul Hanna menghulurkan seplastik kuih dan air kepada Farah. “Terima kasih, Hanna. Hmm…kau sihat?” Wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman itu mengangguk.”Aku sihat. Kau? Aku tengok macam kau busy je akhir-akhir ni. Busy pun busy jugak tapi makan jangan lupa pulak.”nasihat Nurul Hanna kepada sahabatnya itu. “Aku busy sikit je..hmm…dah lama kita tak berbual bersama, kan? Terima kasih sekali lagi sebab tolong aku tadi, aku ingatkan boleh bertahan perut ni.” “Tak ape-ape, mana tahu lain kali aku pulak yang terkena..” Nurul Hanna tersengih. “Oh ya, aku minta diri dulu lah, aku ada kelas kejap lagi. Daniel dah tunggu aku tu.” Nurul Hanna menghalakan pandangannya ke arah kelibat seorang lelaki yang sedang memakirkan motornya dihadapan bangunan yang tidak jauh dari situ, pandangan Farah sedikit terlindung kerana Daniel membelakangi mereka. “Nak aku kirim salam kat Daniel ke?” tanya Nurul Hanna dengan senyum yang manis. “Hah?Eh, tak ape lah…” Farah tergamam dengan pertanyaan itu. Dengan serta merta menghulur tangan bersalaman seraya memberi salam. Moga Allah merahmati mu. Farah menguntum doa buat Nurul Hanna.
“Farah…!Jauh melamun?” Akma menepuk perlahan bahunya. Farah meraup mukanya, tidak mahu sahabatnya melihat apa yang berperang di dalam sanubarinya. Leka dengan ingatannya terhadap pertemuan antara Nurul Hanna dan dirinya secara tidak sengaja suatu waktu dulu. Singkatnya waktu, segalanya berlaku tanpa disedari dan wajah lembut membantunya tika itu adalah Nurul Hanna, sahabatnya yang pernah berkongsi masalah dulu, tapi kini…tidak lagi…terasa bersalah pada sahabatnya itu…air matanya menitis. “Tapi kelihatan sikap Nurul Hanna seperti ingin merapatkan hubungan aku dan Daniel…
"benarkah?”detik hati Farah. Namun, di hatinya berkeras mengatakan Hanna adalah milik Daniel. Mengapa tidak, sedangkan mereka memang rapat dan bersahabat baik. Dia tetap berasa bersalah menyimpan perasaan pada seseorang yang tidak sepatutnya dan kini perasaan itu pula berbalas. Tiba-tiba ingatan nya kembali pada apa yang disampaikan oleh Badrul. “Farah kenapa? Nak berkongsi dengan aku?” Akma tidak senang melihat Farah begitu, sejak pulang dari kelas Dr. Hamdan siang tadi Farah hanya diam tanpa bicara. “Aku perlu nyatakan perkara sebenar pada dia, aku tak mahu rasa bersalah terbukam dalam hati, aku takkan benarkan perasaan ni bermukim seperti sekarang…” Akma memahami kebuntuan sahabatnya itu, perasaan adalah milik Allah dan sebaik-baik perancang juga adalah Dia.
“Bagaikan terdengar bisikan rindu,
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiran mu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan…”
Lama keduanya mendiamkan diri, sebentar tadi, Farah lancar mengingati apa yang hendak dituturkannya…tetapi kini seperti batu besar yang menghalang segalanya terbit dari mulutnya. Daniel hanya memerhati lagak Farah yang sesekali melirik ke arah Akma di meja yang membelakangi mereka. Kepalanya ligat memikirkan apa yang hendak diperkatakan Farah, mungkin mengenai perasaan yang disampaikan melalui Badrul kepada wanita dihadapannya ini atau mungkin juga penolakan. Dia khuatir sendiri. “Maaf Daniel, sebenarnya aku…aku dah terima pesanan kau melalui Arul, bukannya aku tidak menyukai kau, cuma….aku…” Ya Allah, kenapalah susah sangat berkata ‘tidak’!! Daniel menunduk, dia dapat meneka apa yang mahu diperkatakan oleh Farah. “Tak apa lah, aku cuma minta ‘kebenaran’ kau, tak lebih dari itu…tapi kalau keputusan kau tu datangnya dari hati, aku terima dengan baik.” Hati Farah berdetak kencang, bukan itu yang sebenarnya lahir dari hatinya, dia menyukai Daniel….
“Macam mana Daniel? Kau dah jumpa dia?” Badrul cuba mencungkil tentang Farah, dia tahu sahabatnya itu ada berjumpa dengan Farah siang tadi. “Dia cakap, dia tak dapat nak terima aku…sebenarnya..dia tak cakap, tapi aku dapat agak..takpe lah Arul, aku tak harap sangat, lagipun mungkin ada baiknya., cuma aku yang tak sedar…” Badrul memandang sisi Daniel yang sedang menyandarkan tubuhnya ke besi katil, “Daniel…aku rasa Farah keliru tentang kau dengan Nurul Hanna, aku tak rasa ada yang sanggup terima kau kalau dia tahu kau dah ada hubungan dengan orang lain. Mungkin hati nya bersalah pada Hanna…” Daniel memandang tepat ke wajah Badrul, Farah rasa bersalah pada Hanna? Memang pada Nurul Hanna lah tempat dia meluahkan segalanya pasal Farah. Tapi Nurul Hanna hanya sahabat baiknya. Farah sepatutnya sedia maklum tentang dia dengan Nurul Hanna.
“Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan dimana terciptanya cinta
disitu rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
di antara dua kasih,
dimakamnya yang berbeza
mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara
lahir dari ketulusan jiwa
bersuluhkan iman
namun nafsu menodainya….”
Farah menyapa arus malam yang sepi, dia membiarkan segala ingatan dan perasaannya berlalu pergi seperti mana angin malam yang meniup lembut. Daniel, bertuahnya kerana memiliki Nurul Hanna, Farah tidak menyesal melepaskan perasaannya pada seseorang yang mampu memberi lebih dari yang mampu diberikannya kepada lelaki itu. “Dia akan bahagia..” Farah berbisik perlahan. “Perasaan yang suci lahir dari hati ini tidak akan ku padamkan, dengannya aku berasa bahagia sekalipun ianya telah berakhir.” Farah menutup tingkap biliknya seperti mana hati itu telah tertutup buat Daniel.
“Ke mana Hanna ni? Sudah dua jam aku tunggu..mana dia pergi ni?” rungut Daniel. Tiba-tiba datang Badrul dalam keadaan termengah-mengah. “Daniel, Hanna accident! Pendarahan teruk di otaknya..” semput di dada belum hilang, namun di sambung lagi, “Dia sekarang kat hospital. Jom kita pergi hospital.” Daniel yang terkejut mendengar berita itu menurut sahaja sahabatnya pergi ke hospital dengan motor. Daniel muram sepanjang perjalanan ke hospital. Nurul Hanna anak yatim piatu. Sejak kecil, dia tinggal bersama neneknya di kampung. Tiada saudara mara yang dapat di hubungi. Semua nya tinggal jauh dari situ. Hanya Daniel setia menanti Nurul Hanna di hospital. Betapa kasihnya Daniel pada sahabat baik nya itu.
Di tepi katil tempat Nurul Hanna terlantar, terdapat beg kepunyaan Nurul Hanna. Dicapainya Daniel beg itu. Dilihat isi dalamnya. Matanya terpandang buku berwarna merah yang tebal kepunyaan Nurul Hanna. Dibeleknya satu persatu. Namun tatapannya terhenti apabila dibacanya…
“Malam ini aku termenung keseorangan, entah mengapa malam ini aku sukar untuk pejamkan mataku…terngiang-ngiang suara gelak tawa dan guarauanmu yang membuat aku rasa tenang bila disampingmu…dapat aku rasakan seperti kau didepan mataku…ahh!!sukarnya memendam perasaan ini…ingin aku luahkan perasaan ini…namun aku tahu diri ku ini hanya sekadar sahabat mu sahaja…setiap masa aku merinduimu, entah kenapa dan mengapa lahirnya perasaan ini dalam diriku…Ya Allah,,tolong lah hambaMu ini..berilah aku petunjukMu, aku hanya insan yang lemah…”
Daniel merenung wajah lembut Nurul Hanna. “Kenapa Hanna? Kenapa kau pendamkan semua ini?” Daniel meraup mukanya, perasaan bersalah kian menghimpit diri….
Setelah dilakukan pembedahan, Nurul Hanna dinasihatkan oleh doktor untuk tinggal lagi dua hari di hospital. Daniel terpaksa kembali ke kolej untuk ke kuliah yang banyak ketinggalan. “Daniel, kau jangan lah bersedih lagi. Aku tahu kau risaukan Hanna. InsyaAllah Hanna akan sembuh. Doktor dah buat operation, nanti lagi 2,3 hari Hanna boleh balik la tu…Pelajaran kau pun dah banyak yang tertinggal. Ini nota yang aku salin masa kau tunggu Hanna kat hospital, kau ambil lah untuk cover balik study kau.” Badrul menghulurkan notanya kepada Daniel.
“Arul, Hanna menyimpan perasaan pada aku” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Daniel. Badrul terlopong mendengar apa yang diucapkan oleh Daniel itu. “Aku bersalah pada Hanna, Rul…selama ini aku ceritakan semua isi hati aku terhadap Farah pada Hanna. Namun di sebalik senyuman dan nasihatnya itu, tersimpan satu perasaan yang mendalam terhadap aku. Aku tak tahu la Arul, aku memang sayang kat Hanna, tapi hati ini masih ade sisa pada Farah…”terhenti di situ ayat yang ingin diluahkan oleh Daniel. “Daniel,aku nasihatkan kau sembahyang Istikharah. Hanya padaNya tempat kita meminta petunjuk.” Daniel tiba-tiba seperti tersedar dari mimpi apabila mendengar nasihat Badrul itu. Betapa lupanya dia pada Tuhan yang menciptanya. PadaNya sahajalah tempat untuk dia merujuk dan membuat keputusan yang terbaik.
“Ya Allah sesungguhnya aku meminta petunjuk
yang baik dariMu, dengan ilmuMu aku meminta
kekuatan dariMu dgn kekuatanMu. Aku meminta
dariMu dari kelebihanMu yang banyak, maka
sesungguhnya Engkau berkuasa aku tidak
berkuasa, Engkau mengetahui aku tidak
mengetahui,dan Engkaulah yg paling mengetahui
perkara-perkara yang ghaib.Ya Allah jika Engkau
mengetahui perkara ini baik untukku pada
agamaku duniaku dan kesudahan urusanku buat
masa kini dan masa akan datang maka
tentukannya untukku dan permudahkan nya
kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara
ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku
dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa
akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan
diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku
di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau
berkuasa di atas segala sesuatu.”
Dengan perlahan pintu bilik pesakit dibuka. Dilihat Nurul Hanna terlantar di atas katil beralaskan cadar putih. Ditariknya kerusi mendekati katil dan duduk menatap wajah sayu Nurul Hanna yang masih terpejam matanya. “Hanna, maafkan aku. Aku bersalah pada kau. Aku tahu, kau cuba untuk rapatkan aku dengan Daniel. Namun, kau lebih layak untuk memiliki hati Daniel. Segala-galanya diluahkan pada kau. Aku bukan sengaja nk jauhkan diri dari kau, cuma aku…aku turut menyimpan perasaan pada Daniel. Tapi aku dah tekad aku nak tengok kau bahagia. Aku dah tutup hati ini buat lelaki bernama Daniel. Semua yang aku pendam hanyalah khayalan..Daniel takkan menyesal dengan ada nya kau kerana kau lebih memahami dia..” tanpa disedari, seorang lelaki berada di pintu sedang mendengar luahan Farah. Dengan segera dia melangkah keluar tanpa disedari oleh Farah.
“Arul, cepatlah. Nanti Hanna tertunggu-tunggu kita kat hospital.” Badrul termengah-mengah menuju ke arah kereta yang disewa mereka semalam. Daniel yang beria-ia menyewa kereta itu untuk mengambil Nurul Hanna di hospital pagi itu.
“Kenapa lambat sangat ni? Lama aku tunggu..” rungut Nurul Hanna. “Ala, jangan la marah-marah sayang oi..” tiba-tiba muka Nurul Hanna menjadi merah apabila mendengar kata-kata Daniel. “Entah angin mana yang bertiup. Tiba-tiba panggil aku ’sayang’ pulak.”detik hati Nurul Hanna.
Hampir setahun lebih telah berlalu,,,hari yang ditunggu-tunggu…hari “KONVOKESYEN”…
Nurul Hanna membaca sms di skrin telefon bimbitnya. Dilihatnya nama Farah tertera di skrin. “Farah ingin jumpa aku?” sudah lama Nurul Hanna tidak mendengar berita tentang Farah. Mereka hanya terserempak dua kali sahaja sejak dia keluar dari hospital walaupun mereka belajar di fakulti yang sama. Apa yang bermain di fikirannya adalah Daniel. Kenapa Daniel sudah lama tidak bercerita dengannya tentang Farah. Sudah putus harapankah Daniel terhadap Farah? Pelbagai persoalan bermain di fikiran Nurul Hanna.
Pada hari Konvokesyen, Nurul Hanna mencari-cari kelibat Daniel. Ingin diberitahunya kepada Daniel tentang Farah. Sebelum itu, dia telah berjumpa dengan Farah. Farah memperkenalkan tunangnya kepada Nurul Hanna. Mereka bakal diijab kabul dua minggu lagi. Nurul Hanna segera bergegas mencari Daniel. Namun, hampa…Tiba-tiba Badrul datang ke arah Nurul Hanna dengan sejambak bunga. “Arul, lawanya bunga ni…kau nak bagi awek ek?Eh, kau ada nampak Daniel tak? Dari tadi lagi aku tak jumpa dia.” tanya Nurul Hanna sambil matanya mencari-cari Daniel. “Ohh,,Daniel ade dengan keluarga dia kat depan dewan sana. Nah, bunga ni untuk kau.” Badrul menghulurkan bunga itu kepada Nurul Hanna. “Eh, mimpi apa kau bagi bunga kat aku? Nanti tak pasal-pasal pulak awek kau jealous kat aku pulak.” perli Nurul Hanna sambil ditilik nya bunga itu. “Ohh,,,sorry,,no budget la nak beli bunga kat kau. Baik aku beli untuk diri aku sendiri. Bunga tu Daniel yang bagi..” Badrul berlalu pergi meninggalkan Nurul Hanna dengan bunga itu. Di sebalik bunga itu terselit sepucuk surat;
Assalamualaikum, puteriku…
Maafkan Daniel…selama ini Daniel mengabaikan perasaan Hanna…Sebenarnya Hanna adalah penyeri hidup Daniel. Daniel buta selama ini, rupa-rupanya di depan mata Daniel ini adalah puteri yang benar-benar telah mencuri hati ini. Daniel minta maaf banyak-banyak kerana selama ini Daniel membebankan Hanna dengan perasaan Daniel yang tak tentu arah itu…sedangkan Hanna hanya memendam perasaan yang selama ini Daniel tak tahu…maafkan Daniel kerana membaca diari Hanna ketika Hanna terlantar di hospital…tapi dari situ baru Daniel sedar yang selama ini susah senang hanya Hanna yang berada di sisi Daniel…InsyaAllah dengan izin Allah, Daniel berjanji akan melindungi, mengasihi Hanna sehingga ke akhir hayat…
For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I’ll be forever thankful baby
You’re the one who held me up
Never let me fall
You’re the one who saw me through it all
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith ’cause you believed
I’m everything I am
Because you loved me
You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith; you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I’m grateful for each day you gave me
Maybe I don’t know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you…
Puteramu,
Daniel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)
No comments:
Post a Comment