WWW 1 Owner
P.S / kalau beli guna duit sendiri sekali pun tetap membazir..kena beza antara keperluan dan bukan keperluan..beli kete buggati veyron tu mungkin lah sbb keperluan supaya sultan boleh bawak laju cepat sampai ke destinasi jd tak lah nampak membazir hehe..no www tu number plate wilayah bukanya plate johor hehe...
Hapus kos pentadbiran PTPTN
G Manimaran
28 Mei 2012
28 Mei 2012
Pungutan suara kendalian Sinar Harian Online (www.sinarharian.com.my), yang diadakan sebaik sahaja berakhirnya Debat Sinar berkenaan tema “Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi” pada Selasa lalu, menunjukkan 45 peratus mahu kos pengurusan PTPTN dihapuskan berbanding 43 peratus yang berpandangan kemudahan pinjaman PTPTN dimansuhkan sama sekali.
Setakat 7.30 petang semalam, seramai 10,501 pengunjung Sinar Harian Online mengambil bahagian dalam bancian atas talian kali ini.
Jumlah mereka yang mengambil bahagian meningkat secara mendadak - dua kali ganda sejak tiga hari lalu.
Pada Khamis lalu, jumlah mereka yang mahu PTPTN dimansuhkan melebihi 65 peratus.
Daripada seramai 10,501 yang menyertai bancian online, hanya 12 peratus atau 1,221 pengunjung berpendapat bahawa PTPTN tidak wajar dimansuhkan.
Soalan itu menyusul satu lagi soalan yang meminta pendirian sama ada pengunjung telah mendapat gambaran yang jelas mengenai isu PTPTN hasil debat Selasa lalu. Seramai 4,424 pengunjung menjawab soalan itu.
Daripada jumlah itu, 3,974 orang atau 90 peratus menjawab bahawa mereka telah mampu membuat pendirian yang jelas berikutan maklumat yang diperoleh tempoh hari. Debat Sinar pada Selasa lalu, menyaksikan kemunculan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Sementara Rafizi berhujah bahawa pinjaman PTPTN harus dimansuhkan dengan disediakan pengajian percuma, Khairy pula berpendapat sebaliknya.
Khairy berkata, kemudahan itu harus diteruskan dengan dimansuhkan kos pengurusan.
P.S / Pendapat aku plak..kerajaan mungkin boleh kurangkan kos yuran pengajian atau beri pendidikan percuma tapi ptptn tak harus dimansuhkan cuma mansuhkan yg riba tu je..kos pentadbiran mansuhkan..kerajaan tanggung..soalannya disini adakah pelajar akan bertambah malas belajar dan sambil lewa belajar atau semakin rajin sbb pendidikan dah percuma?
Matahari tegak di atas Kaabah petang ini
28 Mei 2012
KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat
yang betul pada pukul 5.16 petang hari ini (waktu Malaysia) berikutan
fenomena Istiwa' Matahari di atas Ka'abah, iaitu matahari akan berada
tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah.
Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga pukul 5.28 petang 16 Julai.
Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada 12.16 tengah hari 28 Mei dan 12.28 tengah hari pada 16 Julai.
Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.
"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah," menurut laman itu.- Bernama

Gaji Nazmi sebulan RM300,000?
NORASHIKIN LEMAN
29 Mei 2012
29 Mei 2012
Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.
Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.
"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.
Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.
Budak Maut Di Tali Kasut
RANAU: Kecewa tidak tidak dapat pulang ke kampung bertemu datuknya
sempena cuti sekolah dipercayai punca seorang murid tahun enam nekad
menggantung diri menggunakan tali kasut dalam bilik di rumahnya di
Kampung Lembah Permai, Kundasang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Md Rabin Ginin, 12, ditemui tergantung oleh kakaknya sejurus memasuki bilik adiknya itu untuk menyiasat selepas adiknya tidak keluar dari situ sehari suntuk.
Difahamkan, sebelum kejadian murid berkenaan meminta bapanya menghantarnya pulang ke Kampung Tompios, dekat sini, untuk bertemu datuknya sempena cuti sekolah.
Bagaimanapun, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas mendakwa terlalu sibuk dan tidak sempat membawa mangsa ke kampung.
Ketika kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya beberapa kali, namun tiada jawapan, sebelum mengarahkan anak perempuannya masuk ke bilik mangsa.
Sumber ; http://www.hmetro.com.my/articles/2012052902423620120529024236/Article

Mayat Gembala Lembu Diratah Anjing
DI SINI...Amanshah (tiga dari kanan) menunjukkan tempat abangnya, Mahadi ditemui mati.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Amanshah dimaklumkan seorang jiran bahawa abangnya, Mahadi Sadri, 30, yang hilang sejak pagi kelmarin, mungkin berada dalam parit kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Batu 54, Jalan Machap-Johor Bahru, di sini.
Amanshah berkata, Mahadi yang mengembala lembu sejak lima tahun lalu, seperti biasa keluar rumah pada jam 9 pagi kelmarin untuk mengawasi 10 lembu miliknya di ladang kira-kira 50 meter dari rumah mereka.
Bagaimanapun, katanya, mereka pelik apabila arwah yang juga anak keempat dalam keluarganya tidak pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Lahapbahammayat/Article
KISAH BENAR: Misteri Lembaga Wanita Dalam Kereta Wartawan Sinar
KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.
Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.
Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.
Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.
Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.
Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.
Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.
Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.
“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.
“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.
“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.
“Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya. (Sinar Harian)
Sumber : http://mynewshub.my/2012/05/28/kisah-benar-misteri-lembaga-wanita-dalam-kereta-wartawan-sinar/
Kucing Jingga
P.S / Aku suka benda2 yg jingga ni termasuk lah kucing jingga...buku jingga 13 yg pasal politik tu je aku tak minat haha..
Kenapa Baca Al-Quran Walaupun Tak Faham Maknanya?
Nabi SAW dah pesan dalam sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh ibnu Umar r.a:
“Rasulullah
s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang
dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula.
Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”
Berita: Bas Terbalik Di Balik Pulau
Bas terbalik: Seorang jemaah tabligh maut, enam parah
May 26, 2012 00:23:23.
BALIK PULAU – Sebuah bas yang disewa sekumpulan jemaah tabligh warga Myanmar terbalik di Jalan Bukit dekat sini malam ini.
Kejadian kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan seorang daripada 44 jemaah tabligh yang menaiki bas itu mati di tempat kejadian.
Menurut jurucakap bomba, siasatan awal
mendapati, selain seorang mangsa yang mati di tempat kejadian, enam
orang termasuk pemandu bas cedera parah.
Sinar Harian difahamkan, mayat mangsa
dan yang parah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala yang
cedera dirawat di Hospital Balik Pulau.
Rombongan itu difahamkan menuju ke
Masjid Sungai Rusa untuk mengikuti program keagamaan yang dihadiri
ahli-ahli jemaah tabligh selama tiga hari bermula hari ini.
Difahamkan pemandu berusia 40-an berada dalam keadaan kritikal, bagaimanapun anak mangsa yang bersama mengikutinya selamat.
Gempar ! KFC diserang oleh sekumpulan anggota polis
Berita terkini
Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali KFC telah diserang sekumpulan anggota polis kerna disyaki mempunyai bahan terlarang...
Sebelum membeli :
Semasa membeli :
Depa pon lapar setelah penat bertugas kat Karnival Jutaan Belia
P.S/ ari ni kan 25hb, gaji org gomen dah masuk, tu yg depa ramai2 serbu kfc..hehehe

Pokok Pandan Kesayangan Aku...
Ermm..mesti korang rasa takjub kan sbb tetiba je aku tulis pos entry sendiri..slalu copy paste je haha..jgn kata korang..aku pun sendiri dh bosan copy paste takde org baca..hehe..pas kawin ni tenet kt umah dah takde..so guna tenet opis je..
Skang kami dh menyewa kt apartment..tingkat lima..takde lift..escalator pun takde hehe...entry ni entry kosong je mcm lagu najwa latif tu kosong kosong..bini aku suka nyanyi lagu tu bila bangun tido sbelum solat subuh hehehe....actually aku nk post pic pokok pandan kesayangan aku ni..hehe..aku suka mkn nasik lemak..sbb tu aku tanam pokok pandan..terpaksa tanam dlm pasu sbb rumah apartment tingkat lima mane de tanah..
Pokok pandan adalah bahan semulajadi untuk menghalau lipas..kagum tak kagum tak..hehehe..actually byk lagi kegunaan pokok pandan nie..jom baca kt bawah ye kalau korang memang tgh takde keje hehe..
Kegunaan pokok pandan
1) Makanan.
a) Airperahan daunnya daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti
kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka
(bengkang,kata orang utara)
b) Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam
c) Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih,
sirap, berbagai jenis bubur
2) Pelbagai:
a) Pewangi bedak sejuk
b) Pewangi asli bunga rampai
c) Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
d) Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.
3) Ubatan:
a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan
hingga susut menjadi 2 gela). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi
butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan
muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga
ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan
2/3 kali sehari.
c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis
dan minum 2/3 kali sehari.
d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya
berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3
biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan
3/4 kali seminggu.
f) Kelemumur: ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan
air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan
air sekali lagi.
byk tak byk tak..pas korang baca artikel aku ni mesti korang rasa membuak2 nk tanam pandan kan hahaha...

Nota kaki :
Nama pandan diambil dari sempena nama scientifiknya Pandanus amaryllifolius
Antara Kelisa dan Civic mana lagi power
Antara Kelisa dan Civic mana lagi power????kalau korang perasan dlm pic civic tu ada kelisa kaler same gak hehehe
Ciri-ciri suami terbaik mengikut Ustaz Azhar Idrus
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli
beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh
bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu
dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar
ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang
mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib
dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi
mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat
“Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehem. Ramainya kawan laki kat opis. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam, tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan
manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia
mengata-ngata orang lain.
12. Pergi ke masjid, paling kurang pun dalam sehari tu 2 kali pada waktu Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz
Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di
masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba
isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam
sampai pagi.
15. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
16. Jenis senyum sokmo.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)