KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menasihatkan orang Melayu tidak terlalu memberi tumpuan pada soal adat
dan budaya sehingga menyusahkan urusan perkahwinan termasuk "terpaksa
berhutang."
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, urusan perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan tidak wajar membiarkan diri dibebani pelbagai 'gangguan' budaya Melayu.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, urusan perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan tidak wajar membiarkan diri dibebani pelbagai 'gangguan' budaya Melayu.
“Soal nikah kahwin dalam Islam adalah perkara yang amat digalakkan dan
boleh disempurnakan walaupun hanya dengan mas kahwin 'cincin besi'.
“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu
ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan
golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut,”
katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, bakal pengantin dan keluarga sepatutnya hanya
memikirkan belanja mas kahwin dan jamuan untuk tetamu sahaja.
Budaya Melayu yang mahu ditonjolkan katanya, menunjukkan banyak duit
tapi pada hakikatnya banyak antara masyarakat yang terpaksa berhutang.
"Kita lihat banyak pameran perhiasan, pintu gerbang perkahwinan yang
sengaja dibuat-buat sedangkan ia memakan banyak belanja," katanya ketika
menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini, hari ini.
Beliau berkata, jika tidak kena caranya, si suami mungkin terpaksa
mengambil semula mas kahwin dan berhutang dengan isteri kerana mahu
melangsaikan pinjaman persiapan majlis perkahwinan.
"Padahal mas kahwin itu seratus peratus milik isteri, tetapi akhirnya
habis di tangan suami dek kerana hutang yang banyak," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz menyelar pihak yang mendakwa Kelantan sebagai negeri termiskin di negara ini.
Katanya, sindiran sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana Kelantan
juga negeri dalam persekutuan Malaysia yang sepatutnya dilayan serupa
dengan negeri-negeri lain.
"Kalau kita berkereta ke sempadan Terengganu di Bukit Yong, Pasir
Puteh, kita dapat lihat dengan jelas perbezaan keadaan jalan antara dua
negeri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana duit yang
dibelanjakan kerajaan persekutuan bukannya milik 'mak bapak' mereka.
"Sebab tu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan seperti
royalti minyak yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal
sesenpun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di
akhirat nanti," katanya.
4 comments:
jgn smpai org laki dapat susah..haa
Setuju la..tp org zaman skang ni susah lah~ :(
betul. no debt..yg penting dpt hbgn yg halal... ^__^
betul =) y penting kehulu kehilir dgn org y sah jadi laki kita ;))
Post a Comment