Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa, Sidi Samad, 66, dibaham buaya ketika menjala udang bersendirian dengan menaiki perahu di Sungai Samarahan, kira-kira 25 meter dari rumahnya, pada jam 6.40 pagi.
Beberapa penduduk yang berada di tempat kejadian, turut melihat mangsa bergelut sebelum dilambung dan dihempas tiga kali oleh reptilia ganas yang kemudian menghilangkan diri di tengah-tengah sungai.
Difahamkan, beberapa penduduk kampung dilihat turun ke sungai menaiki bot dan turut membawa senapang patah, manakala ada yang melaungkan azan di tengah sungai sambil menurunkan mata kail besar yang kemudian dihanyutkan. Beberapa ahli keluarga mangsa turut membaca surah Yassin berdekatan lokasi kejadian.
Isnin lalu, selepas operasi mencari sebahagian lagi anggota badan milik mangsa serangan buaya, Sidi Samad, 66, di Sungai Samarahan, dekat Kampung Reban, di sini sejak Isnin lalu, gagal menemui sebarang petunjuk, seorang bomoh buaya terkenal di Simunjan di bahagian ini, menawar diri untuk membantu keluarga mangsa ‘mendapatkan semula’ anggota berkenaan.
Bomoh berkenaan, Chik Lebai Inu, 80, dikatakan berpengalaman dalam bidang berkenaan dan pernah menangkap beberapa buaya yang mengganas sebelum ini.
Ia termasuk menangkap buaya yang membaham seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari rumah Panjang Benat, Simunjan pada 2002 dan kejayaan itu berjaya mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara.
Sumber:Berita Harian
Bomoh ni adalah bomoh yang sama tangkap boya yang makan budak cari ketam kt tepi sungai dulu kt sungai rajang. Bomoh ni guna ayam ngn monyet buat umpan perangkap boya ni..
Kat bawah ni ada video bapak budak tu belah perut boya tu dan kuar kan kaki dan tangan budak
Ikut kepercayaan orang sarawak bapak budak terpaksa makan hati boya tu..tak tahu lah betul
Click sini nk tgnk video tu:Boya Sungai Rajang
No comments:
Post a Comment