Beliau yang dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi berhenti rehat kerana mengalami masalah pening kepala dan lapar. Ketika sedang berehat, beliau didatangi seorang wanita yang sedang mendukung seorang bayi comel. Dengan mata yang bengkak mungkin akibat menangis, wanita itu menyapa beliau dan meminta sedikit duit untuk mengisi minyak kerana kata wanita misteri itu dompetnya telah hilang.
Pada mulanya beliau terus menyatakan "tiada duit" kerana terfikir banyak kes penipuan di zaman sekarang. Wanita misteri itu masih merayu-rayu hingga akhirnya mengalah dan mula beredar. Ketika wanita itu sedang melangkah meninggalkan beliau, bayi tersebut memandangnya dengan muka yang penuh kesian.
Rashidah yang tiba-tiba merasa tidak sampai hati terus mengejar wanita misteri itu dan menyerahkan semua wangnya kepada wanita itu. Sempat juga beliau menangkap gambar wanita itu bagaimana pun gambar yang diperolehi agak kabur.
Yang anehnya, selepas wanita dan bayi itu berlalu pergi, sakit kepala dan lapar yang beliau alami sebelum ini terus hilang.
Beliau meneruskan perjalanan memandangkan hari semakin lewat malam. Ketika sampai di Tol Bentong, seorang penjaga tol menyapa beliau sambil berkata "kenapa letak duit dekat wiper dik?". Rashidah kebingunan dan terus memandang wipernya. Selepas selesai membayar tol, beliau terus berhenti ditepi lebuhraya untuk melihat duit yang diberitahu oleh penjaga tol tadi.
Beliau terkejut dan kebingunan apabila mendapati duit berjumlah RM1000 terselit diwiper keretanya. Rata-rata kenalan facebook beliau juga memberi komen terkejut dan tidak kurang juga menyatakan kemungkinan wanita dan bayi misteri itu adalah bunian.
Rashidah juga sempat menceritakan perkara yang sama pernah terjadi ketika beliau berumur 15 tahun. Ia mungkin seakan-akan "dejavu".
Banyak kemungkinan dan persoalan yang mula timbul dari mana datangnya duit sejumlah RM1000 itu. Mungkin dari bunian? ada orang tersalah letak? atau mungkin juga ada individu yang kaya raya segaja ingin menguji kebaikan seseorang secara rawak, sambil menguji sambil bersedekah? Semuanya masih menjadi tanda tanya hingga ke hari ini.
Namun dari kisah ini dapat kita ambil pedoman, hulurkanlah bantuan pada yang memerlukan dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
No comments:
Post a Comment