DIY tinted sliding door

Aku bubuh sendiri ja tinted ni kt sliding door rumah kami..gelap sikit sbb langsir utk balkoni ni takda lg..tinted ni byk jual kt kedai hardware mcm homedepot.homepro atau ikea..ingt pasni nk beli tinted utk cermin tingkap plak

Pergaulan Roh Di Alam Barzakh

Setiap manusia mempunyai roh. Apabila roh seseorang itu bercerai dari badannya, terbujur kakulah jasad seseorang itu manakala rohnya akan hidup di alamnya sendiri. Kehidupan roh adalah suatu kehidupan yang amat unik. Roh mereka yang meninggal dunia dapat pula bergaul antara satu sama lain di alam mereka sendiri.

Demikianlah uniknya kehidupan roh. Walaupun jasad seseorang itu sudah hancur, rohnya tetap hidup. Berdasarkan keterangan-keterangan hadis tetrnyata roh-roh yang berada di alam barzakh dapat berkenalan antara satu sama lain. Keterangan mengenai perkara itu antara lain boleh dirujuk kepada sebuah hadis dari Ummi Hani yang diriwayatkan oleh Thabarani dengan sanad Hassan yang menjelaskan, beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : “Apakah kita dapat kunjung-mengunjungi bila mana kita telah meninggal dunia dan dapat melihat satu sama lainnya?” Maka jawab Rasulullah SAW : “Adalah nyawa itu menjadi seekor burung yang sukan hinggap pada pohon (dalam syurga) sehingga apabila pada hari kiamat, maka masing-masing roh itu masuk lagi ke dalam jasadnya yang asal.”

Manakala hadis dari Ibnu Abi Dunia dari Abu Laibah mangatakan : Sewaktu Bisyr bin Bara’ bin Mar’ur meninggal dunia, ibunya sangat berasa sedih sekali lalu ia berkata kepada rasulullah SAW : “Ya Rasulullah, sesungguhnya sering orang-orang dari Bani Salamah meninggal dunia, apakah orang mati itu dapat berkenal-kenalan sehingga saya ingin mengirimkan salam kepada Bisyr.” Maka bersabda Rasulullah SAW : “Benar demi Tuhanku yang menguasai diriku sesungguhnya mereka itu dapat berkenal-kenalan bagaikan burung-burung itu dapat berkenalan satu sama lainnya di atas pohon-pohon kayu.”

Dari Tsabit Al-Bunani pula, katanya : “Telah sampai kepada kami bahawa seseorang itu bila telah meninggal, maka ia sangat dirindui oleh keluarganya yang telah mendahuluinya meninggal. Ia bergembira bertemu dengan mereka dan mereka pun lebih bergembira bertemu dengannya bagaikan orang musafir, baru bertemu dengan keluarganya yang baru datang.” Riwayat Bazzar dengan sanad yang sahih dari Abi Hurairah pula menegaskan : “Bahawa orang mukmin yang bakal meninggal dunia dan menyaksikan apa yang ia saksikan (ketika sakaratulmautnya, ia menyaksikan bakal tempat kediamannya di syurga), ia ingin skali kalo rohnya segera keluar dan sedang Allah Taala suka menemui orang Mukmin."

“Sesungguhnya orang Mukmin rohnya dinaikkan ke langit lalu ia didatangi oleh roh-roh yang lain mengeruminya, mereka menanyakan khabar tentang kenalan-kenalannya yang masih tinggal di bumi. Bilamana ia mengatakan : Saya tinggalkan mereka di dunia, maka kata-kata itu menjadikan mereka hairan. Kalau ia mengatakan : Si Fulan itu telah meninggal, lalu mereka berkata : Kenapa tidak didatangkan kepada kita?” Riwayat Ibnu Abi Dunia dengan beberapa sanad dari Ubaid bin Umar pula, katanya : “Seseorang itu bilamana telah meninggal, maka rohnya ditemui oleh roh-roh (yang telah meninggal lebih dahulu) lalu mereka itu menanya-nanya khabar kepadanya bagaikan orang menanya kepada pengenderai tunggangan yang baru tiba : Si Fulan apa kerjanya?"

Al-Baihaqi pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud : “Usahakanlah kain kafan untuk orang yang meninggal daripada kamu itu dari kafan yang baik-baik kerana itu akan bermegah-megah dengannya dan akan kunjung-mengunjungi satu dengan yang lainnya di dalam kuburan.” Demikianlah keterangan dari hadis-hadis Rasulullah SAW mengenai roh yang tentunya amat unik sehingga mereka dapat bergaul dengan baik di antara satu sama lain di alamnya sendiri meskipun jasad seseorang itu sudah sekian lama hancur dimakan bumi.

Berhubung dengan persoalan dimanakah tempat tinggal atau atau tempat ketentuan roh seseorang itu, Ibnul Qayyim dalam kitabnya telah membahaskan perkara itu dalam satu bahagian yang khusus dengan menyebut beberapa pendapat ulama yang paling rajah. Antara lain, beliau menegaskan : roh-roh itu ditempatkan dalam alam barzakh dan ia berbeza-beza pula kedudukannya. Menurut beliau, beberapa roh ditempatkan pada A’la illiyin di Amalail A’laiaitu roh-roh para nabi dan tempat kediaman masing-masing pula berbeza-beza. Perkara itu telah dilihat sendiri oleh Rasulullah SAW pada malam israk.

Beberapa roh telah ditempatkan di dalam tembolok burung hijau yang melayang-layang di udara syurga seenak-enaknya iaitu roh-roh sebahagian dari para shuhada. Jadi bukan seluruhnya kerana ada di antara mereka itu yang rohnya ditahan sementara (untuk memasuki syurga) disebabkan hutangnya yang belum dibayarkan atau lainnya. Ibnul Qayyim di dalam kitabnya yang berjudul Al-Musnah Muhammad bin Abdillah bin Jahsy menyebut : Bahawa seorang lelaki datang berkunjung kepada kepada Nabi SAW lalu ia berkata : "Ya Rasulullah, apa yang saya dapat jika saya gugur pada jalan Allah? Maka sabda Rasulullah SAW : “Ialah Syurga”. Manakala orang itu telah pergi. Rasulullah SAW bersabda lagi :“Kecuali kerana hutang, Jibril baru sahaja membisikkannya kepadaku tadi.”

Ada pula roh yang dipenjarakan pada pintu syurga. Perkara itu telah diterangkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “Saya melihat teman kamu itu (yang baru sahaja meninggal), ia dipenjarakan pada pintu syurga.”Menurut Ibnul Qayyim, di antara roh-roh itu terdapat juga roh yang dipenjarakan di dalam kuburnya. Perkara itu diterangkan dalam hadis tentang seorang yang telah mencuri sesuatu dari ghanimah sebelum dibahagi tetapi tidak lama kemudian ia gugur sebagai syahid. Orang-orang mengucapkan kata-kata selamat tentang kematiannya itu : “Alangkah senangnya ia mendapat syurga”, Namun Nabi SAW menerangkan : “Demi Tuhan yang menguasai diriku, sesungguhnya syamlah (sejenis pakaian) yang telah dicurikan itu, akan menyalakan api atasnya di dalam kuburnya.”

Ada pula di antara roh itu berada dekat dengan pintu syurga. Perkara itu disebutkan dalam hadis Ibnu Abas r.a. yang diriwayatkan oleh Ahmad : “Para Syuhada ditempatkan di tepi suatu sungai dekat pintu syurga di dalam suatu kubah hijau, dikeluarkan mereka rezeki dari syurga setiap petang dan pagi.”Daripada para syuhada tersebut dikecualikan Ja’afar bin Abu Thalib kerana dia telah digantikan oleh Allah Taala kedua tangannya dengan buah sayap yang dapat dipergunakan untuk terbang di dalam syurga semahunya. Ada pula di antara roh itu berada dekat dengan pintu syurga. Perkara itu disebutkan dalam hadis Ibnu Abas r.a. yang diriwayatkan oleh Ahmad : “Para syuhada ditempatkan di tepi suatu sungai yang dekat pintu syurga di dalam suatu khubah hijau, dikeluarkan untuk mereka rezeki dari syurga setiap petang dan pagi.”

Daripada para syuhada tersebut dikecualikan Ja’far bin Abu Thalib kerana dia telah digantikan oleh Allah Taala kedua tangannya dengan buah sayap yang dapat dipergunakannya untuk terbang di dalam syurga semahunya. Ada pula di antara roh itu yang dipenjarakan di dalam bumi ini sahaja atau tidak diangkat keAlmalail A‘la kerana ia adalah sebangsa roh bumi yang rendah. Roh bumi yang rendah itu tidak akan berhimpun bersama-sama dengan roh langit dan ia sama sahaja halnya dengan keadaannya ketika di atas dunia ini.

Jiwa atau roh seseorang yang ketika di atas dunia ini tidak pernah berusaha untuk mengenal Tuhannya, mendekatkan diri mencari kerelaan rahmat kasih sayangNya, tidak pernah berzikir menyebut-nyebut namaNya, tidak pernah mngerjakan titah perintahNya atau menjauhi laranganNya, ia adalah roh bumi yang rendah. Jadi ia akan tetap sahaja dipenjarakan di bumi. Sebaliknya roh yang di langit iaitu roh yang ketika di atas bumi di dalam dunia ini selalu berusaha sedaya upaya mendisiplinkan dirinya mentaati Tuhannya, mengerjakan perintah dan menjauhi laranganNya. Apabila ia telah berpisah dari badannya, ia akan dapat berhimpun (bergaul) dengan para roh-roh yang sebangsa dengannya.

Roh mereka itu akan bersama-sama dengan roh-roh orang yang dicintainya baik dalam alam barzakh mahupun di hari kiamat kelak. Ada pula roh-roh itu ditempatkan di dalam tempat orang-orang yang suka melakukan zina. Ada pula yang ditempatkan di dalam sungai darah dan dilempari dengan batu dan lain-lain. Yang jelas, roh-roh itu berada di tempat-tempat yang berlainan. Ia bergantung kepada amalan-amalan dan bahagian-bahagian masing-masing. Ibnul Qayyim menerangkan, roh itu meskipun berada di dalam syurga dan di atas langit namun ia tetap mempunyai hubungan dengan kuburnya dan badan yang ada di  dalamnya. Jadi ia mempunyai kekuatan bergerak, berpisah, naik dan turun yang sangat luar biasa.

Menurut keterangan beberapa hadis, si mayat sememangnya dapat mengenali orang-orang yang datang menziarahi kuburnya malahan mereka juga turut terhibur dengan kedatangan orang berkenaan. Ibnu Abi Dunia dari Aishah r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak ada dari seorang lelaki yang menziarahi kubur saudaranya dan ia duduk di sampingnya melainkan ia merasa terhibur dengan dia dan dapat meneladaninya sehingga ia berdiri (berangkat pulang).” Menurut keterangan beberapa hadis, si mayat juga akan mengetahui keadaan orang-orang yang masih hidup iaitu dengan jalan yang menerima laporan-laporan yang disampaikan kepadanya.

Abi Daud Al-Thayalisy dari Jabir bin Abdillah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya amalan-amalan kamu itu akan dilaporkan kepada keluarga kamu yang sedang di alam kubur. Jika amalan kamu itu baik maka mereka bergembira dengannya tetapi bilamana selain daripada itu, mereka berkata : Wahai Tuhan kami, ilhamkanlah kepada mereka agar mereka beramal melakukan perbuatan taat.” At-Tirmidzi Al-Hakim pula dalam Nawadirul Usul meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Dilaporkan amalan-amalan itu pada hari Isnin dan Khamis kepada Allah dan dilaporkan kepada para Nabi dan para ibu bapa pada hari Jumaat. Mereka berasa senang dan gembira dengan adanya kebajikan-kebajikan mereka dan bertambah cahaya wajah mereka berseri-seri. Kerana itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah mengganggu orang-orang yang telah meninggal dunia.”

gelagat suami cemburu

jpj dah upah org lain chek no plet kereta

patutlah dah sejuk kes ni...rupanya dah ada org lain chek no plet..tapi kali ni lebih tegas...mana2 yg tak ikut spec..akan dirampas..jadi hati2 semua ya


Adi Putra - Genius Tak Diiktiraf

PETALING JAYA: Kira-kira sedekad yang lalu negara dihebahkan dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, indeks dan trigonometri.

Ketika berusia hanya enam tahun pada ketika itu, Adi Putra Abdul Ghani mengakui bahawa kepintaran luar biasa yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah untuknya.

Kepintarannya dalam bidang matematik mendapat perhatian banyak pihak khususnya mengenai bantuan dan bimbingan yang wajar diberikan kepadanya bagi memastikan kebolehannya digilap dengan sebaik mungkin.

Bagaimanapun beberapa tahun selepas itu ramai pihak mula melahirkan kebimbangan apabila Adi Putra mengambil keputusan untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak selepas menyifatkan sistem pendidikan sedia ada tidak sesuai dengannya.

Malah masih teringat kata-katanya ketika itu apabila beliau mengumpamakan dirinya seperti ‘kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil’.

Selepas 10 tahun, mStar Online kembali menjejaki Adi Putra, 16, bagi mengetahui perkembangan terkini genius matematik itu yang seakan menyepi daripada sebarang publisiti.

Menurut Adi Putra, beliau kini banyak menghabiskan masa memenuhi undangan daripada sekolah, universiti mahupun kumpulan tertentu untuk mengajar ilmu matematik luar biasa yang dimilikinya sejak lebih 10 tahun lalu.

Bukan itu sahaja, anak kepada pasangan suami isteri, Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias ini turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Brunei Darussalam.

Namun di kala remaja seusia dengannya sedang giat mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, Adi Putra pada ketika ini masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik secara bertulis.

Malangnya, remaja yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini juga tidak mempunyai sijil sah pengajian di peringkat A-level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu.
Dakwa Adi Putra, beliau berjaya menghabiskan kursus yang diikutinya selama dua tahun di UIA, namun pembelajarannya tidak diiktiraf atas faktor usia.
“Adi nak cakap lebih pun tak tahu sangat, tapi Adi memang sudah habis belajar selama dua tahun di UIA. Tapi Adi tak pernah dapat sijil. Senang cerita…Adi pergi belajar, bukan untuk dapatkan apa-apa.
“Adi belajar lima subjek iaitu fizik, kimia, biologi, matematik dan matematik tambahan, tapi memang Adi tak ada kelayakan bertulis, alasan yang diberitahu masa itu ialah sebab Adi bawah umur,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada mStar ketika ditemui sewaktu mengadakan program matematik bersama kanak-kanak di Subang baru-baru ini.

Ditanya bagaimana beliau mampu meneruskan kehidupannya dengan menjadi tenaga pengajar walaupun tanpa kelulusan akademik, Adi berkata beliau hanya bersandarkan kepada nama dan popularitinya sebelum ini.

“Memang tak ada kelayakan…tapi orang kenal Adi kerana nama ‘Adi Putra’. Orang tahu sejarah dan latar belakang Adi,” ujarnya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini, Adi Putra bagaimanapun melahirkan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Ujarnya, cita-cita sejak kecil untuk menjadi seorang profesor matematik Islam tidak pernah terpadam daripada sasaran hidupnya.

“Memang niat Adi pun insyaAllah kalau ada dana dan ada masa, Adi nak juga sambung belajar.
“Sasaran Adi ingin belajar di Monarch University, Australia. Memang dari dulu lagi Adi nak ke sana sebab mereka ada modul (pembelajaran) untuk kanak-kanak seperti Adi. Malah mereka ada dana untuk Adi buat kajian dan sebagainya,” katanya.



Bagaimanapun menurut Adi Putra, beliau berhadapan masalah dana bagi membantunya melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan matematik yang diminatinya.

“Masalahnya ialah dana…Adi perlu cari sendiri. Dari dulu sampai sekarang memang tak dapat sokongan atau dana dari mana-mana pihak.

“Semuanya Adi kena bergerak sendiri.  Buat masa sekarang Adi masih tak boleh tinggalkan Malaysia dan tak boleh tinggalkan keluarga,” katanya.
Bercerita mengenai projek terbaharunya pada ketika ini, Adi Putra berkata, beliau kini sedang menumpukan perhatian kepada Kelab Inovasi Matematik hasil inisiatifnya sendiri.
Cerita Adi Putra, kelab berkenaan bertujuan melatih golongan pelajar untuk mencipta formula matematik terkini mengikut kreativiti masing-masing.

"Selalunya kita biasa dengar inovasi dalam bidang sains. Sejak dari dulu tak banyak kita dengar orang cipta formula baharu dalam matematik.

"Formula yang kita belajar di sekolah adalah formula lama. Tapi Adi cuba dan menggalakkan pelajar untuk mencipta cara baharu. Banyak sebenarnya formula baharu yang boleh dicipta," katanya.
Setakat ini, menurut Adi Putra kelab berkenaan berjaya ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan.
"Sekarang pun Adi sendiri sudah cipta sebanyak 286 formula. Mungkin ramai lagi orang di luar sana yang boleh mencipta formula-formula baharu dalam matematik.

"Setakat ini permintaan pun Alhamdulillah. Ada lagi sekolah-sekolah yang mahu Adi tubuhkan Kelab Inovasi Matematik ini di sekolah mereka.

"Adi sudah siapkan modul untuk sekolah menengah. Pada peringkat awal ini Adi sendiri yang akan mengajar bersama guru bimbingan kelab itu nanti," katanya.-mstar

DIY:Pakai protection sbelum musnah!

Aritu pas balik kg kami bawak mai kt bangi pokok pandan ngn pokok cabai nak tanam kt umh..tgk2 tiap2 hari burung duk mkn daun pokok cabai nie..sedap katanya daun cabai ni..jd aku terpaksa buat perlindungan utk pokok cabai supaya tak musnah...itu je nk ckp..hehe tajuk kemain gempak..tehee..lupa nk ckp lg..pasu plastik tu beli kt kedai rm2..satu rm2 je ..murah kan..kt parit buntaq ja ada noh..

Mak aku pesan pagi siram skali..ptg siram skali..pastu sebulan skali buh baja..alamak..baka x beli lg..ok kuar beli baja jap

pesanan kpd budak u

sesiapa yg msuk U mngharapkn bertemu jodoh krn trlanggar bahu,kertas assignment berterabur,lupaknlh niat suci anda itu..assignment lani semua duk dlm pendrive belaka😝

Heboh sekarang pasal MLM

jgn kutuk org MLM .kawan aku sorang join MLM..masa join dulu dia pakai ex5..aku pulak pakai wave125...dia cerita kat semua org dia dah booking audiTT...5 tahun berlalu..Alhamdulillah hari ini..ex5 dia dah pasang box givi+sportrim racing boy...audi TT ada jd wallpaper laptop dia

p.s siapa lagi nak tipu orang melayu kalau bukan org melayu sendiri

Foto Cerpelai ‘Tunggang’ Belatuk Jadi Viral Di Media Sosial


Oleh kerana elemen unik dan humor, satu imej yang memaparkan seekor cerpelai dan burung belatuk terbang bersama-sama menjadi viral di media sosial kini.

Mana taknya, kejadian tersebut hampir tidak boleh dipercayai oleh banyak pihak sehinggakan ada yang menuduh si penyebarnya telah melakukan ubah suai terhadap gambar itu.

Namun, individu tersebut kemudiannya menafikan tentang andaian yang dibuat lantas menerangkan kisah di sebalik foto terbabit.


Menurut Martin Le-May, seorang jurugambar sambilan yang menetap di London, dia menyaksikan sendiri kejadian tersebut sebelum mencapai kameranya dan merakamkan momen berharga itu.
Ceritanya lanjut, kejadian tersebut telah berlaku pada Isnin lalu ketika dia bersama isterinya sedang beriadah di Hornchurch Country Park.

Niat asalnya, dia ingin menyaksikan sendiri burung belatuk hijau yang berkeliaran di situ, namun tak menyangka terserempak dengan dua haiwan itu serentak.

Foto tersebut kemudiannya dimasukkan ke salah sebuah akaun Twitter sebelum menerima banyak reaksi dari jurugambar dan peminat burung.

Walaupun nampak comel, namun terdapat kisah ‘hitam’ di sebalik insiden tersebut. Rupa-rupanya, cerpelai yang ‘menunggang’ si belatuk sedang cuba untuk menjadikan unggas itu sebagai mangsa santapannya.

Walau bagaimanapun, belatuk itu berjaya meloloskan diri kerana kehadiran Le-May dan isterinya disedari oleh cerpelai lalu dia melepaskan burung itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)