Mana taknya, kejadian tersebut hampir tidak boleh dipercayai oleh banyak pihak sehinggakan ada yang menuduh si penyebarnya telah melakukan ubah suai terhadap gambar itu.
Namun, individu tersebut kemudiannya menafikan tentang andaian yang dibuat lantas menerangkan kisah di sebalik foto terbabit.
Ceritanya lanjut, kejadian tersebut telah berlaku pada Isnin lalu ketika dia bersama isterinya sedang beriadah di Hornchurch Country Park.
Niat asalnya, dia ingin menyaksikan sendiri burung belatuk hijau yang berkeliaran di situ, namun tak menyangka terserempak dengan dua haiwan itu serentak.
Foto tersebut kemudiannya dimasukkan ke salah sebuah akaun Twitter sebelum menerima banyak reaksi dari jurugambar dan peminat burung.
Walaupun nampak comel, namun terdapat kisah ‘hitam’ di sebalik insiden tersebut. Rupa-rupanya, cerpelai yang ‘menunggang’ si belatuk sedang cuba untuk menjadikan unggas itu sebagai mangsa santapannya.
Walau bagaimanapun, belatuk itu berjaya meloloskan diri kerana kehadiran Le-May dan isterinya disedari oleh cerpelai lalu dia melepaskan burung itu.
1 comment:
mereka ni best fren. mcm cerita stuart little. kihkih
Post a Comment