Foto Cerpelai ‘Tunggang’ Belatuk Jadi Viral Di Media Sosial


Oleh kerana elemen unik dan humor, satu imej yang memaparkan seekor cerpelai dan burung belatuk terbang bersama-sama menjadi viral di media sosial kini.

Mana taknya, kejadian tersebut hampir tidak boleh dipercayai oleh banyak pihak sehinggakan ada yang menuduh si penyebarnya telah melakukan ubah suai terhadap gambar itu.

Namun, individu tersebut kemudiannya menafikan tentang andaian yang dibuat lantas menerangkan kisah di sebalik foto terbabit.


Menurut Martin Le-May, seorang jurugambar sambilan yang menetap di London, dia menyaksikan sendiri kejadian tersebut sebelum mencapai kameranya dan merakamkan momen berharga itu.
Ceritanya lanjut, kejadian tersebut telah berlaku pada Isnin lalu ketika dia bersama isterinya sedang beriadah di Hornchurch Country Park.

Niat asalnya, dia ingin menyaksikan sendiri burung belatuk hijau yang berkeliaran di situ, namun tak menyangka terserempak dengan dua haiwan itu serentak.

Foto tersebut kemudiannya dimasukkan ke salah sebuah akaun Twitter sebelum menerima banyak reaksi dari jurugambar dan peminat burung.

Walaupun nampak comel, namun terdapat kisah ‘hitam’ di sebalik insiden tersebut. Rupa-rupanya, cerpelai yang ‘menunggang’ si belatuk sedang cuba untuk menjadikan unggas itu sebagai mangsa santapannya.

Walau bagaimanapun, belatuk itu berjaya meloloskan diri kerana kehadiran Le-May dan isterinya disedari oleh cerpelai lalu dia melepaskan burung itu.

1 comment:

Anonymous said...

mereka ni best fren. mcm cerita stuart little. kihkih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)