Taktik Pelik Polis Di India

Jika di Malaysia kita ada AES, di India pula ada sistem kawalan trafik yang lebih unik, kreatif dan pastinya lebih murah, iaitu patung polis kadbod.

Baru-baru ini tiga patung polis diperbuat daripada kadbod ini telah diletakkan di kawasan paling sibuk di jalan-jalan di Bangalore, India dengan harapan untuk memperdaya pengguna jalanraya.

Cara ini nampaknya seperti tidak berkesan, tapi menariknya taktik yang simple dan murah ini sebenarnya berkesan dan sesetengah pemandu mengaku akan memperlahankan kenderaan apabila terserempak dengan patung polis ini. Dr M.A. Saleem, pesuruhjaya polis tambahan Bangalore berkata, "anggota polis tidak mampu untuk menjaga setiap jalan kerana kami kekurangan anggota. Kecenderungan bagi kebanyakan pengguna jalan raya adalah apabila mereka mendapati tiada anggota polis yang berkawal, mereka akan cuba untuk melanggar peraturan lalu-lintas."







"Setakat ini kesannya adalah cukup bagus. Kebanyakan orang apabila melihat patung tersebut dari jauh, mereka akan cepat-cepat berpatah balik semula. Malahan, pernah seorang pemandu dilihat berkata-kata kepada patung polis tersebut", tambah beliau lagi.

Walaupun begitu, menurut pihak berkuasa langkah ini hanyalah penyelesaian sementara dan mereka sedang merancang untuk menambah anggota polis sebenar pada masa hadapan. Jika ianya berkesan, boleh kira kreatif juga kerana cara pengawalan ini adalah sangat murah dan simple. Jika di Malaysia agak-agaknya adakah pemandu kita akan terpedaya juga ke tak? Haha.

2 maut, 100 cedera letupan di Maraton Boston








Strategi untuk menjadi kaya

Strategi #1: 9/10 Punca Pendapatan dari Perniagaan. “9/10 punca pendapatan adalah dari perniagaan” maksud hadis. Ada yang kata ini hadis mursal, ada kata hadis dhoif. Tak apa, kita bukan nak bincang atau belajar tentang hadis di sini. Bila menyebut tentang 9/10 punca pendapatan adalah dari perniagaan, biasanya orang akan interpret as:
90% dari income adalah dari business. 10% adalah dari makan gaji.
jadi marilah kita semua buat business.
Tidak salah sama sekali. Malah 10 orang terkaya di dunia semuanya adalah businessman, dan bukan orang makan gaji. Tapi bukan semua orang boleh menjadi business man. Makan gaji dahulu untuk menimba pengalaman. Makan gaji dahulu untuk mempunyai duit bagi membina modal perniagaan.

Strategi #2: Bebas hutang untuk menjadi kaya. Ya orang yang bebas hutang adalah orang yang kaya. Ini adalah kenyataan. Tapi semua orang mesti ada hutang tapi bagaimana kita meminimakan hutang tersebut. 

Strategi #3: Mula menyimpan sedikit demi sedikit. Mula simpan duit dari gaji walaupun sedikit. Memang agak sukar tapi kena istiqamah (berterusan). Kita amik contoh simpan duit untuk anak kita yang baru lahir. Pada setiap bulan simpan RM200 dari duit gaji kita. Setahun 12XRM200=RM2400. Pada umur anak kita 12 Tahun RM2400X12 tahun=28800. Kita dah berjaya simpan RM28800 untuk anak kita.

Adalah lebih baik kita bukak account bank yg berasingan untuk simpanan.

Strategi #4: Melabur. Ada banyak cara untuk melabur. Ada yang berisiko tinggi dan sederhana. Risiko sederhana contohnya mcm unit amanah trust mcm ASB, Public Mutual, CIMB, Maybank dan sebagainya. Keuntungannya selalu 2 kali ganda dari nilai yang dilaburkan. Klau yang berisiko tinggi mcm saham yang biasa didagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Keuntungan lebih tinggi tapi risiko juga lebih tinggi.

Menyimpan emas juga adalah salah satu bentuk melabur. Beli emas bila harga emas berada paling rendah dan jual kembali bila emas berada pada harga yang paling tinggi. Menyimpan emas dengan banyak di rumah sgt berisiko tinggi tapi kalau simpan di bank pula kena bank kenakan bayaran.

Membeli rumah juga adalah bentuk pelaburan yang baik. Adalah lebih baik sekiranya beli rumah di kawasan yang membangun contohnya berdekatan dengan kemudahan kerana ia akan menaikkan harga rumah dengan cepat. Selepas beli rumah sewakan kepada orang lain. Ini bermakna duit bulanan pinjaman rumah tersebut akan dibayar dengan sewa rumah yang dikutip. Jadi kena pastikan rumah yg dibeli ada permintaan untuk disewa dahulu.

Strategi #5: Mendalami ilmu perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan kita mesti lah ada ilmu. Contohnya sekiranya kita ingin menternak ikan keli maka kita haruslah pergi kursus menternak ikan keli terlebih dahulu. Klau kita pakar tentang cendawan butang boleh buka bisnes tanam cendawan. Adalah penting untuk buat perniagaan atas apa yang paling kita mahir dan minat sekali. Contohnya kita suka main badminton dan futsal boleh buka court futsal dan badminton. Kalau kita pandai menjahit boleh buat bisness pakaian dan sebagainya.

Strategi #6: Mengatasi masalah modal. Modal adalah masalah utama dalam membentuk perniagaan. Adalah sesuatu bonus sekiranya kita mempunyai tanah walaupun di kampung. Kita boleh guna tanah tersebut untuk ternak lembu atau kambing contohnya.

Kaedah yang paling senang adalah menyewa terlebih dahulu kedai tersebut. Tapi kena pastikan income bulanan adalah melebihi dari jumlah sewa yang dikenakan.

Kaedah ketiga adalah membuat proposal untuk pinjaman dari bank. Sudah tentulah byk faktor diambil kira dlm penentuan kelulusan proposal tu contohnya kedudukan strategik dan permintaan.

Strategi untuk bebas hutang

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi. Selagi kita boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu. Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% - 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”. Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai "pokok" jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai "pokok" + "interest"!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu. Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik! Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.


Sumber : http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html

Seriusly x paham...


Geng-geng samseng di malaysia




Bagaimana pelakon wat watak sedih

Simpan dalam poket belakang

Ini semua POYO!!!


Anda semua pernah dengar tak perkataan POYO? Lagi-lagi remaja. Mereka memang suka sangat dengan perkataan POYO ini. Actually, anda semua tahu tak POYO itu membawa istilah apa?


Setelah penat menggoogle pak cik google, mengikut wikipedia POYO membawa maksud sebuah desa di Jabatan Iolonioro dari Bougouriba Wilayah di Burkina Faso selatan-barat. Desa ini memiliki penduduk sebanyak 805. Laa... Nama desa ke? Hahaha...


Pernah cuba cari dalam kamus dewan. Dalam kamus dewan, POYO itu membawa maksud cantik. Jadi, jangan hangin kalau ada kawan-kawan cakap anda POYO sebab POYO itu maknanya cantik. Hehehe...


Sebenarnya asal-usul perkataan POYO ini tak diketahui sebab perkataan POYO ini lebih kepada slang rakyat Malaysia. Lebih kepada macam "Hek-eleh", "Bajet la ko ini". Something macam itu lah.


Tapi nak tahu tak? Ada satu karakter kartun yang nama dia POYO. Comel. Ini kartun tuh.. Hihihi...


Nama kartun ini ialah KIRBY POYO.
Comel kan? Hahaha...

Facts of the day: POYO sebenarnya ada ringkasan dari bahasa inggeris iaitu Proud Of Your Own!!!

Aku sibuk lah jangan kacau!!!

Ada kemungkinan besar org lekatkan tanpa sedar..atau memang dia lekat kan sendiri sbb tak mau org kacau dia keje

Rasa sedeh...


Sedeh tapi benar

Rasa pelik...

Tadi aku tgk anugerah bintang hairan...cuma entah kenapa tetiba aku rasa pelik..rasa mcm tak sesuai plak..tapi tak tahu lah pandangan korang kan..aku pelik bila artis yang menang tu masa dia bagi ucapan..dia ckp syukur ke hadrat ilahi.ada yang cakap alhamdulilah..

Bg pandangan aku..kenapa nk ucap syukur atas tropi yg dimenangi atas hasil lakonan..dah lah lakonan tu semua siap ada pegang2 tangan.peluk2 lah...pastu ckp alhamdulilah syukur semua dengan baju seksi rambut perang plak..pastu ada yg ucap bismillah sambil memakai baju seksi..rasa mcm tak sesuai lah..aku pun lagha gak g duk tgk ABP ni..dh confirm ramai tak tutup aurat hahahaha...

Kenkadang aku sedih tgk orang2 melayu kita..rambut karat..mcm mana dorang solat..klau mandi wajib dah confirm2 tak sah mandi wajib tu..mungkin dorang takde ilmu kot..sedih kan.

Kesimpulannya di sini nasihat aku ialah..jangan kita ucap kan syukur dan alhamdulilah tu ke atas maksiat yg kita lakukan ok..sama2 kita saling ingatkan diri termasuk aku sendiri insan yg lemah lg hina ini..cewah hehe


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)