Bawak kete sambil....

                                           Jackie chan pun belum buat aksi ni

Air nyor mutus

                                                                    Air kelapa putus bekalan...berok meninggal dunia...

Takda beg?no problem...


Bini masuk wad sebab bleeding

Semalam bini aku kena admit ke hospital sbb bleeding..skang kandungan bini aku dah 8 bulan lebih...malam tu dalam kul 12 lebih bini aku ckp ada kuar darah kaler merah sikit pas check pad.

Apa lagi panik lah kami dua2..tak tau nk wat apa..nk g check esok pagi ke mlm tu gak..teragak2..last2 kami g check mlm tu gak sbb tak nak amik risiko..first g hospital swasta kt bangi.pastu dorang ckp takda doktor pompuan..doktor laki je ada..itu pun tak reti check bab sakit puan..guna mesin scan pun tak reti..adehhh

So kami pecut kat hospital putrajaya plak..so sampai sana..punya lah ramai orang nak beranak...so pas check doktor dlm kul 3 pagi..doktor ckp air ketuban leaking sikit..jadi kena tahan wad.pastu kena cucuk ubat apa ntah nk bagi peparu baby matang..takut2 baby kuar awal..

Bini aku duk kat wad 3 malam..Arini doktor check dah tak leaking dah..so dah leh kuar wad..syukur..so pasni tunggu je lah time baby nk kuar baru g hospital balik...hehehe

Ais krim goreng buatan sendiri


Ptg ni bini aku wat ais krim goreng kt aku..sodap giler sbb jakun jarang makan hehehe..senang je cara buat dia..beli roti gardenia bagi kemek dulu supaya minyak tak meresap... pastu letak ais krim vanilla tekap ngn cawan sampai putus then goreng atas minyak yg panas selama 4 saat belah atas..4 saat belah bawah.jd masak 8 saat lah..siap..cepat kan

Rasanya memang sedap..rasanya ais krim klau makn dgn bende yg ranggup mcm roti gorng memang sedap lah...so selamat mencuba...

Bagaimana saya tahu bila sudah tiba masa bersalin?

Skang ni bini aku dh pregnant masuk bulan 8 dah..aku plak yang nervous lebih..al maklum lah anak first..so memang takda pengalaman lah..skang aku dh start belajar tanda2 bersalin..hehe mcm aku plak yg nk bersalin..aku baca kt tenet setiap org tu tanda nk bersalin tu berbeza setiap org..pulak dah..pening r mcm ni hehehe...

Bagaimana saya tahu saya sudah hendak bersalin?

Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi.

Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:
  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:
  • samada anda pernah bersalin sebelum ini;
  • bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
  • bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.

Bilakah saya perlu menghubungi doktor saya?

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam pelahiran. Tetapi jika anda tidak pasti samada masanya sudah tiba ataupun belum, jangan malu untuk menghubungi doktor anda.

Doktor sudah biasa mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti samada mereka sedang berada dalam proses kelahiran ataupun tidak dan mereka yang memerlukan panduan. Ia adalah sebahagian daripada tugas mereka.

Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi wad bersalin dan bercakap dengan jururawat atau bidan yang boleh memberi nasihat kepada anda.

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya:

Semaklah senarai simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda.

Apa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran?

Ini bergantung kepada waktu ia berlaku, apa yang anda suka lakukan dan bagaimanakah perasaan anda. Sentiasa tenang dan relaks boleh membantu proses kelahiran berjalan dan membantu anda menangani kontraksi. Buatlah apa sahaja yang dapat membantu anda kekal tenang.

Anda boleh menonton filem kegemaran anda, berehat atau meminta rakan atau ahli keluarga untuk menemani anda. Anda boleh berjalan dan berehat secara berganti-ganti, atau anda boleh mandi air suam untuk melegakan lenguh-lenguh dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk anda bekerja keras nanti.

Dalam fasa awal kelahiran, anda mungkin rasa lapar, oleh itu makan dan minumlah jika anda berselera. Ini dapat menenangkan hati dan membantu anda berehat.

Peringkat awal kelahiran juga adalah masa yang sesuai untuk mencuba posisi yang berlainan dan teknik-teknik pernafasan untuk melihat samada ia boleh membantu anda menangani kontraksi, memandangkan kini anda sedang melaluinya! Jika anda mempunyai mesin TENS, inilah masanya untuk menggunakan mesin ini.

Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam pelahiran?

Ya. Semasa sakit bersalin, serviks anda beransur-ansur menjadi nipis (effacement) dan membuka (dilation). Penipisan dan pengembangan serviks berlaku serentak pada wanita yang pernah melahirkan sebelum ini. Sesetengah wanita sensitif terhadap kesakitan kontraksi sebelum serviks mula membuka. Jururawat atau bidan dapat mengesahkan samada perubahan serviks telah bermula atau sebaliknya melalui pemeriksaan.

Sekiranya bayi anda dalam posisi posterior (kepala di bawah tetapi membelakangi anda), masa akan diambil lebih lama untuk kepala bayi terletak kejap dalam serviks (engaged) dan untuk proses kelahiran bermula dengan sempurna. Kontraksi anda mungkin tidak sekata dan tidak begitu kuat, dan anda mungkin rasa sakit belakang.

Doktor anda mungkin akan memberi nasihat tentang kaedah menangani peringkat awal di rumah sebelum sakit bersalin menjadi lebih kuat. Anda boleh cuba mandian hangat atau urutan untuk melegakan kesakitan.

Bolehkan saya tahu jika pelahiran akan berlaku dalam masa terdekat?

Mungkin. Tanda-tanda pelahiran termasuk:
  • Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
  • Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
  • Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
  • Pembuangan najis lebih mudah.

http://www.babycenter.com.my/a1029325/bagaimana-saya-tahu-bila-sudah-tiba-masa-bersalin#ixzz2sJDFpDHr

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)