'tahi' punca perlawanan JDT vs PHG ditangguh
Bagi yang tak tau berita..kucing ni semalam memang dia berak kt padang..real bukan tipu punya hehehe
Pernikahan Ustaz Azhar Idrus (UAI) Dengan Isteri Ke-3 ^_^
Barakallahulakuma Wabaraka 'alaikuma Wajama'abainakuma Fi Khoir.
Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat dinikahkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak, atas pernikahan beliau dengan isteri ke-3 hari ini.
Kami Mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus, semoga berpanjangan sehingga akhir hayat dan bertambah hendaknya keluarga besar UAI.
Sumber: http://theredzone88.blogspot.com/2013/05/pernikahan-ustaz-azhar-idrus-uai-dengan.html
Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat dinikahkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak, atas pernikahan beliau dengan isteri ke-3 hari ini.
Kami Mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus, semoga berpanjangan sehingga akhir hayat dan bertambah hendaknya keluarga besar UAI.
Accident bas yang pelik
Kenapa orang kaya bertambah kaya
Ringkasan dari video di atas
- Golongan bawahan banyak membelanjakan duit kepada barangan-barangan seperti keperluan rumah, perbelanjaan anak-anak. Di hujung bulan tidak ada simpanan yang dapat disimpan
- Golongan sederhana pula banyak membelanjakan duit kepada lialibiti contohnya seperti kereta, kad kredit, bayaran rumah sewa dan sebagainya. Di hujung bulan kenkadang perbelanjaan golongan sederhana melebihi sedikit dari pendapatan yang diperolehi. Golongan sederhana juga adalah golongan yang paling terbeban dengan cukai.
- Golongan yang kaya pula banyak membelanjakan duit dengan membeli assets seperti rumah-rumah dan perniagaan baru, sebab itulah golongan kaya bertambah kaya kerana mereka banyak membeli asset yang memberi pulangan balik contohnya rumah yang dibeli disewakan dan juga perniagaan lain yang memberi keuntungan.
Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula
Jenama terkenal dunia seperti Coca-Cola, IBM, Miscrosoft, Google, McDonald, Oracle dan Nike diasaskan
oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa.
Kedudukan dan nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu
organisasi antarabangsa yang unggul dikenali sebagai Interbrand.
Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik
untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari.
Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan
yang dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan
patut kita contohi.
American Express (AMEX)
Henry Wells, William Fargo dan John Warren Butterfield adalah pengasas kad AMEX. Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama iaitu dalam bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan AMEX. Nilai AMEX kini mencecah AS13.9 bilion.
http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html
Coca-Cola
Produk
yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan
di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat
jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith
Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam
golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di
medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi
pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk
penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut
permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika
Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan
minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola
di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula
dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik
perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola
pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton
juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya
dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini bernilai AS70.5
bilion.
IBM
Akronim
syarikat ini sangat mudah untuk diingati dan sekilas pandang rata-rata
akan terus teringatkan sistem komputer di pejabat. Bagaimana pula kisah
permulaan IBM yang telah disenaraikan sebagai jenama yang ke dua terkenal antarabangsa pada tahun 2010? Sejarah penubuhan IBM
bermula lebih awal sebelum komputer dicipta. Sekitar 1890-an Herman
Hollerith telah mencipta peranti elektrik untuk ringkasan maklumat yang
kemudiannya diguna pakai untuk ringkasan data-data perakaunan. Pada hari
ini contoh peranti elektrik yang masih diguna pakai ialah mesin punch card.
Hollerith sebenarnya bekerja keras untuk mencipta peranti elektrik yang
hendak diguna pakai untuk proses banci di Amerika Syarikat pada tahun
1890. Kejayaan yang dicatat semasa bancian itu menjadi titik tolak
kejayaan peranti elektrik ciptaan Hollerith. Penggabungan tiga syarikat
berlaku pada tahun 1911. Individu yang bertanggungjawab keatas kejayaan
penggabungan dan seterusnya penubuhan IBM bernama Thomas J. Watson Sr.
Microsoft
Microsoft menduduki
tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa 2010. Bill Gates dan
sahabatnya Paul Allen menzahirkan Microsoft pada tahun 1975. Bill Gates
hanya berumur 13 tahun sewaktu diberi akses kepada komputer. Walaupun
pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen diberhentikan setelah menggodam
komputer syarikat, mereka dipanggil untuk berkhidmat kembali khusus
untuk menyelesaikan masalah virus komputer. Mereka tidak dibayar dengan
wang tetapi diberi akses kepada komputer tanpa had masa sebagai
pampasan. Bill Gates melanjutkan pelajaran di universiti tersohor di
Amerika Syarikat iaitu Havard University. Pada tahun 1974 Paul
Allen berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan
memulakan perniagaan perisian komputer dengannya. Bill Gates dan Paul
Allen terpaksa mengatasi banyak rintangan untuk memajukan perniagaan
mereka. Akhirnya mereka memberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM. Bertitik tolak dari waktu itu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft bernilai AS60.9 bilion pada hari ini!
Google
Stanford University
menjadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page
bertemu pada asalnya hanya untuk sesi suai kenal berlanjutan hingga
penubuhan perniagaan yang mencecah nilai AS43.6 bilion. Kedua sahabat
yang merupakan pelajar jurusan sains komputer berkolaborasi untuk
mencipta sistem enjin pencarian yang mereka gelarkan BackRub. Seterusnya nama sistem tersebut ditukar kepada Google iaitu nama yang diadaptasi daripada Googol yang bermaksud nombor 1 diikuti 100 kali nombor 0 dibelakangnya. Pada awalnya Google beroperasi menggunakan kemudahan universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha memajukan Google
walaupun merasa tertekan dan mengganggu pelajaran dan pencapaian di
universiti. Pada tahun 1998 mereka mendapat bayaran untuk bekerja
memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah seorang rakan mereka. Untuk mendapat dana, mereka membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada waktu itu. Akhirnya sekitar tahun 1999, Google mendapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta.
GE (General Electric Company)
Pada
tahun 1876, Thomas Edison membuka makmal di Menlo Park, New Jersey
untuk mencipta mentol lampu. Banyak lagi produk elektrik yang dicipta
beliau dibawah jenama Edison General Electric Company. Kini GE bernilai AS42.8 bilion.
McDonald
Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang
merupakan kafe pandu lalu. Ketika itu kafe tersebut menyediakan terlalu
banyak menu. Selepas lapan tahun beroperasi, mereka mengurangkan menu
kepada hanya sembilan iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi,
kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberi servis yang cepat
kepada pelanggan. Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang
datang ke kafe untuk menjual mesin campuran. Setahun kemudian Kroc
membeli keseluruhan McDonald kafe dan mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Hari ini McDonald mempunyai 32,000 rangakaian restoran. Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman tema Disney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an. Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney
tetapi Walt mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan
sebanyak 5% untuk diberikan kepadanya sebagai balasan. Kroc mempunyai
etika perniagaan yang amat konsisten dan tidak mahu menipu pelanggan
setianya. Oleh kerana itu, sehingga hari ini restoran McDonald tidak dibuka di taman tema Disney.
Intel
Pengasas
Intel ialah Gordon E. Moore dan Robert Noyce. Jenama ini sekarang
dinilaikan sebanyak AS32.0 bilion. Pada tahun 1968, Moore dan Noyce
meninggalkan syarikat kejuruteraan elektrikal untuk memulakan syarikat
mengeluarkan cip memori dan pemprosesan mikro. Moore Noyce adalah nama yang pertama digunakan. Kemudiannya menukar nama tersebut kepada Integrated Electronics atau Intel.
Walaupun mengetahui penggunaan silikon adalah mahal, mereka masih
meneruskan penggunaan silikon untuk menghasilkan produk yang berlainan. IBM menggunakan cip Intel untuk komputer pada tahun 1981.
Nokia
Nokia
bermula dengan perniagaan kertas yang juga merupakan alat untuk
berkomunikasi. Fredrik Idestam seorang anak jati Finland telah membina
kilang kayu pulpa di sepanjang tebing Sungai Tammerkoski dalam tahun
1865. Beliau ialah seorang jurutera dan telah mengaplikasi pengetahuan
dan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan untuk memproses kayu dan
menghasilkan kertas dengan harga yang murah. Proses ini merupakan suatu
revolusi kepada industri pembuatan kertas pada waktu itu. Fredrik
memenangi pingat gangsa di Ekspo Dunia di Paris pada tahun 1867. Selepas
satu abad proses penggabungan dan pengambil alihan beberapa syarikat, Nokia mula melibatkan perniagaannya dalam bidang komunikasi mudah alih sekitar awal tahun 1980-an. Kini Nokia bernilai kira-kira AS29.5 bilion.
Disney
Pada tahun 1923, Walt Disney pada waktu berusia 23 tahun berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartun Alice in the Wonderland. Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang bersetuju untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”. Setelah berjaya dengan siri tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi karaktor kartun yang lain. Karaktor Mickey Mouse yang melonjak dan mendapat perhatian seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun pertama yang bersuara. Kini Disney mempunyai taman tema di banyak negara seluruh dunia dan bernilai AS28.7 bilion.
Hewlett Packard
Bill Hewlett dan David Packard adalah pengasas Hewlett Packard. David memulakan kerjaya di General Electric Company (GE) manakala
Bill meneruskan pengajian di universiti. Pada tahun 1937, David melawat
Bill dan berjaya meyakinkan David untuk bercuti daripada syarikat GE untuk bekerja bersamanya menubuhkan HP. Dalam tahun 1939, produk HP pertama dihasilkan. Salah satu pelanggan pertama HP ialah Walt Disney yang membeli produk HP untuk membangunkan sistem bunyi yang canggih untuk tayangan popularnya Fantasia! Kini HP bernilai AS26.9 bilion.
Toyota
Kiichiro
Toyoda adalah pengasas Toyota. Dalam tahun 1924, Sakichi Toyoda
mencipta satu model mesin Toyoda G Automatik untuk menghasilkan
tekstail. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada Sakichi untuk
membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan anak
lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk
menyelidik selok belok pembuatan kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota
menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta
penumpang pada tahun1935. Kini nilai Toyota adalah AS26.2 bilion.
Mercedes Benz
Dilahirkan
di Jerman, Karl Benz dan Gottlieb Daimler merupakan pengasas Mercedes
Benz. Ia bermula pada tahun 1886 apabila Karl mencipta automobil pertama
yang merupakan sebuah basikal beroda tiga yang bermotor. Beberapa bulan
kemudian, Daimler yang berada di kawasan yang berlainan menghasilkan
jentera empat roda yang bermotorkan enjin Daimler. Mereka tidak
menyedari tentang hasil masing-masing. Hanya 40 tahun kemudian Mercedes-Daimler dilahirkan apabila mereka bergabung. Kini nilai Mercedes-Benz mencecah AS25.2 bilion.
Gillette
King
Camp Gillette memerhatikan penutup botol dibuang begitu sahaja selepas
botol dibuka. Kemudian syarikat botol tersebut perlu membeli penutup
yang lain. Bagi King, suatu peluang perniagaan yang baik untuk produk
yang sebegini. King juga menyedari bahawa setiap lelaki memerlukan pisau
cukur hampir setiap hari. Bermula daripada saat itu, King telah
berusaha untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti manakala
pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja. Sejak tahun 1901,
penjualan pisau cukur Gillette meningkat hingga jenama tersebut kini bernilai AS23.3 bilion.
CISCO
Leonard
Bosack dan isterinya Sandra Lerner mencipta teknologi untuk berkomukasi
pada asalnya untuk tujuan kemudahan berkomunikasi antara satu sama
lain. Sekitar tahun 1984, mereka tekad dan membuat pelaburan untuk
memulakan syarikat yang menjual teknologi “internetworking”. Cisco adalah singkatan kepada San Francisco. Kini nilai Cisco mencecah AS23.2 bilion.
BMW
Di Jerman pada tahun 1916, jenama BMW yang
kini bernilai AS22.3 bilion dizahirkan oleh Franz Josef Popp. Ianya
adalah hasil daripada beberapa penggabungan syarikat yang pada awalnya
merupakan pengeluar enjin kapal terbang. Logo BMW adalah lambang kipas kapal terbang. Selepas perang dunia pertama, BMW terpaksa
menghentikan pengeluaran enjin kapal terbang. Mereka mengalihkan
produksi kepada motosikal pada tahun 1923 dan kereta pada tahun 1928.
Louis Vuitton
Pada
usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari
kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau hanya berjalan kaki ke
Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean
III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg pertamanya di Paris. Kini Louis Vuitton bernilai AS21.9 bilion.
Apple
Steve
Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Sekarang
Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina komputer
daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri.
Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan. Selepas
pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.
Marlboro
Pada
tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual rokok
yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk wanita
dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung batang rokok
berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila
merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion.
Samsung
Samsung
mula beroperasi sebagai kedai runcit yang dibuka oleh Lee Byung-chul
pada tahun 1938.Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung
dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Tetapi Lee terpaksa meninggalkan
perniagaannya apabila perang Korea bermula. Lee tidak pernah berputus
asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang bulu pula. Nasib
Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk
melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberi Samsung kelebihan
dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing
selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-hee.
Honda
Sejak
usia muda Soichiro Honda sangat berminat tentang dunia automobil.
Beliau pernah bekerja sebagai mekanik kereta dan membuat reka bentuk
baru untuk omboh kereta. Reka bentuk pertamanya ditolak oleh syarikat
Toyota. Sekitar tahun 1930-an, Soichiro terpaksa menjual barang kemas
isterinya untuk menanggung pengajiannya. Beliau terus berusaha dan
akhirnya Toyota menerima reka bentuk yang diciptanya. Kilang omboh
dibuka tetapi tidak berapa lama selepas beroperasi, gempa bumi
memusnahkan usaha Soichiro. Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol
bekurangan dan ini memberi ide kepada Soichiro untuk menggunakan dua
omboh pada motosikalnya pula. Kemudiannya Soichiro mengumpul dana
daripada pengusaha kedai basikal seluruh Jepun dan membina motosikal Honda Cub. Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar terbesar motosikal dan kini ianya bernilai AS18.5 bilion.
Hennes & Mauritz (H&M)
H&M
diasaskan oleh Erling Perrson pada tahun 1947 di Sweden. Ide untuk
menghasilkan H&M semasa perjalanan beliau ke Amerika Syarikat
selepas perang dunia ke II. Di Sweden beliau merupakan pelopor untuk
hasil pakaian wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz Widforss
yang menghasilkan pakaian untuk lelaki. H&M adalah hasil selepas penggabungan tersebut. Kini H&M bernilai AS16.1 bilion.
Oracle
Larry
Ellison membaca laporan mengenai pengkalan data pada tahun 1970 yang
ditulis oleh Edward F. Codd. Ia telah menjentik minda beliau bahawa ada
satu peluang besar menanti dalam sistem pengurusan pengakalan data.
Bertitik tolak daripada saat itu, Ellison berusaha untuk membangunkan Software Development Laboratories (“SDL”) dengan Bob MMiner dan Ed Oates. Selepas menukar nama syarikat selama tiga kali, Oracle adalah pembekal terbesar perisian untuk dunia perniagaan yang kini bernilai AS14.9 bilion.
Pepsi
Pada tahun 1898, Caleb Bradham seorang ahli farmasi dan mempunyai kedai ubat mencipta resipi baru untuk minuman yang dinamakan “Brad’s Drink”.
Campuran ekstrak biji kola, vanila dan minyak yang jarang diperolehi
dikatakan boleh menyegarkan badan, membantu penghadaman serta
meningkatkan tenaga si peminum. Pada tahun 1903, Bradham menukar nama
minuman kepada Pepsi -Cola dan memulakan kerja pembotolan di
gudang sewaan. Tahun 1909 merupakan satu tahun keramat yang melonjak
naik nama Pepsi apabila perintis pelumba automobil mengesahkan Pepsi-Cola
adalah minuman yang menyegarkan dan sesuatu yang harus di ambil sebelum
beliau memulakan perlumbaan. Namun begitu Bradham mengalami kegagalan
dalam perniagaannya sekitar 1920-an hingga 1930-an sehingga beliau
diistihar bankrup. Bradham tetap cekal dan berjaya menaikkan kembali
nama Pepsi setelah memperkenalkan saiz botol minuman yang baru. Sehingga kini Pepsi diberi nilai AS14.1 bilion.American Express (AMEX)
Henry Wells, William Fargo dan John Warren Butterfield adalah pengasas kad AMEX. Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama iaitu dalam bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan AMEX. Nilai AMEX kini mencecah AS13.9 bilion.
Nike
Selepas
tamat pengajian di universiti, Philip Knight mengambil keputusan untuk
menjelajah sekitar negara Jepun. Di Jepun Knight bertemu pembuat kasut
Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga universiti, Knight
bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika
Syarikat. Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan
syarikat yang diberi nama Blue Ribbon Sports (“BRS”). Pada
akhir tahun 1963 pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan
hati yang cekal Knight memulakan perniagaannya secara jualan daripada
kereta sahaja. Stok pula disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya.
Perniagaan terus berkembang apabila Knight bersama rakan kongsi Bill
Bowerman bekerjasama bermula tahun 1964. Mereka mula menyewa premis
perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan pekerja menjual kasut di
kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger berakhir sekitar
tahun 1971 dan bertititik tolak dari waktu itu Knight dan Bowerman
memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike sempena dewi kemenangan Greek yang kini bernilai AS13.7 bilion. http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html
ADA SPM PUN BOLEH JADI JUTAWAN
SIAPA sangka, anak kampung tidak memiliki pendidikan tinggi ini akan
bergelar jutawan dan memiliki rangkaian perniagaan yang bukan
calang-calang.
Buktinya, dia berjaya membina empayar perniagaan yang mungkin tidak dapat dicapai individu berijazah mahupun berkelulusan tinggi lain yang lebih gemar kerja makan gaji. Tidak pernah lupa asal usulnya, bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata, kejayaan dikecapi tidak datang bergolek, sebaliknya ia hasil kerja keras dan sikap tidak pernah putus asa yang tertanam dalam dirinya.
Menceritakan kembali zaman kesusahannya waktu itu, Jamal berkata, keluarganya bukan daripada kalangan orang senang. Bapanya hanya bekerja kampung manakala ibunya penjual kuih.
“Seawal usia 10 tahun, saya menolong abang menjual hasil tangkapan laut di Pasar Sekinchan menaiki basikal sejauh lima kilometer dari rumah.
“Selain itu saya melakukan pelbagai kerja kampung seperti kopek kelapa, kait kelapa dan menolong rakan menjual burger bagi mencari duit poket,” katanya.
Sebaik tamat sekolah di Sekolah Menengah Datuk Mustafa Pasir Panjang, Sabak Bernam, dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.
Berbekalkan wang hasil kerja kampungnya sebanyak RM80, dia berazam mengubah nasib dirinya dan keluarga, apatah lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang memberangsangkan.
Meskipun disuruh ibunya mengambil semula peperiksaan itu, dia enggan kerana minatnya lebih terdorong ke arah kemahiran, terutama perniagaan.
“Pada mulanya ibu melarang saya ke Kuala Lumur sebab dia mahu saya mengambil SPM kali kedua, namun saya ‘terpaksa’ tipu mengatakan saya hanya mahu berjumpa kawan di sana.
“Tiba di Kuala Lumpur, saya menumpang di rumah seorang rakan dan bekerja sebagai budak penghantar surat dengan gaji RM7 sehari.
“Waktu itu baru saya tahu bagaimana peritnya bekerja di kota besar dengan gaji yang tak seberapa hinggakan dalam keadaan terdesak, saya pernah makan baki nasi bungkus ditinggal rakan yang dihurung semut dalam keadaan gelap untuk alas perut kerana tidak berselera menelannya dalam keadaan terang,” katanya.
Tambah Jamal, hanya tuhan tahu perasaannya waktu itu sebab mahu buang tidak sampai hati, manakala mahu beli nasi baru dia tiada wang.
Selepas dua bulan menjadi budak penghantar surat, dia berhenti kerja akibat tidak tahan leteran majikan sebelum bekerja di kilang Ramly burger di Cheras dengan pendapatan RM10 sehari.
Bosan dengan kerja makan gaji, pemilik syarikat pengimport dan penjual kenderaan import baru dan terpakai IBM Automobiles Sdn Bhd ini tekad memulakan hidup baru dengan membuka perniagaan menjual burger di sekitar Bandar Baru Sentul.
Waktu itu dia menggunakan kayu terpakai mendirikan gerai mengikut kreativitinya sendiri, termasuk mengecat sebagai langkah permulaan.
Tidak menyangka sambutan diterima di luar jangkauan, bermula hanya sebuah gerai ia berkembang menjadi 11 gerai menjual burger sekitar Lembah Klang dalam tempoh dua tahun beroperasi.
Dalam tempoh itu juga Jamal mampu membeli tujuh van digunakan sebagai kemudahan berniaga di 13 lokasi pasar malam yang beroperasi serentak.
“Selepas perniagaan burger maju, saya mengembangkannya dengan membuka syarikat menyediakan perkhidmatan khemah dan membekalkan alat tulis kepada Kementerian Pertahanan dan jabatan kerajaan selain menceburi bidang pembinaan.
“Pada 1995, minat saya lebih terarah ke bidang automotif pula dan berpeluang menjadi pengarah di sebuah syarikat permotoran,” katanya.
Prestasi baik yang ditunjukkan membolehkan Jamal ditawarkan jawatan eksekutif jualan kepada beberapa syarikat pengimport kereta.
Jawatan itu juga membolehkan dia menjelajah ke Itali, Jepun dan negara Eropah lain bagi mengetahui lebih lanjut mengenai dunia automotif.
Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Nasib tidak menyebelahi Jamal apabila negara dilanda kegawatan ekonomi pada 1997.
Jamal terpaksa menggadaikan semua aset sedia ada bagi melangsaikan hutang tertunggak. Tidak mampu menghadapi tekanan, dia melarikan diri ke Jakarta selama setahun.
Berbekalkan RM100,000 di sana, dia memulakan hidup baru dengan menjual kain pasang yang dieksport ke Malaysia dan perniagaannya maju.
“Mungkin ini ujian Allah supaya berkongsi rezeki dengan mereka yang berhak. Namun saya reda dan ia benar-benar memberi pengajaran supaya tidak lalai dengan nikmat diberi.
“Pun begitu saya bersyukur walaupun aset tergadai, segala hutang berjaya dilangsaikan dan pulang saja ke Malaysia, saya tekad membuka semula perniagaan secara perlahan sebelum berjaya membuka IBM Automobiles Sdn Bhd,” katanya.
Kini Jamal mampu tersenyum puas apabila jualan keretanya menjangkau 30 kereta sebulan, malah semua anak syarikatnya juga dalam keadaan stabil.
PROFIL
NAMA: Datuk Jamal Md Yunos
UMUR: 33 tahun
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif IBM Automobiles Sdn Bhd
ASAL: Sungai Leman, Sekinchan
ISTERI: Nurhanizatul Shida Mat Hassan
ANAK: Mohd Amin Danial (10)
MESKIPUN memiliki rangkaian perniagaan besar dan bertaraf jutawan, ia bukan satu tiket untuk Jamal mendabik dada, sebaliknya rezeki diperoleh dikongsi bersama mereka yang berhak.
“Saya akan mengadakan seminar selama seminggu yang diadakan di IBM di Kuala Lumpur, malah segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.
“Daripada 50, 10 yang terbaik dipilih mengikuti kursus automotif di Itali dan Jepun sebagai persediaan apabila pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pekerja serba boleh.
“Di sana, mereka akan diajar cara penyelenggaraan kenderaan yang pelbagai bentuk dengan betul dan lebih terperinci,” katanya.
Dalam pada itu, IBM Automobiles terus mengorak langkah apabila bakal membuka dua cawangan sekitar Lembah Klang dan di negeri yang belum diputuskan.
Menariknya, ia bukan sekadar pusat jualan kereta, malah turut disediakan bengkel dan kemudahan alat tukar ganti di tempat sama.
Paling membanggakan, IBM Automobiles turut memiliki rangkaian di United Kingdom (UK). Bukan mudah bagi anak Melayu menembusi pasaran luar negara jika tidak memiliki kedudukan ekonomi kukuh.
“Di sana ada tiga kakitangan memantau segala urusan mengenai kereta yang bakal dibawa ke Malaysia. Saya bersyukur sebab selama ini tidak pernah bermimpi memiliki perniagaan seperti sekarang,” katanya.
Sewaktu ditanya mengenai kehidupan hariannya yang banyak dihabiskan di pejabat berbanding di rumah, Jamal menjelaskan ia rutin biasa.
“Memandangkan isteri turut menjalankan perniagaan, jadi tiada masalah sebab kami faham kesibukan masing-masing. Selalunya jika ada masa lapang kami mengambil cuti dan bersantai bersama anak.
“Setakat ini dia (isteri) tidak pernah merungut, malah kami sentiasa memberi kata-kata sokongan antara satu sama lain untuk bergelar usahawan berjaya,” katanya sambil tersenyum.
Buktinya, dia berjaya membina empayar perniagaan yang mungkin tidak dapat dicapai individu berijazah mahupun berkelulusan tinggi lain yang lebih gemar kerja makan gaji. Tidak pernah lupa asal usulnya, bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata, kejayaan dikecapi tidak datang bergolek, sebaliknya ia hasil kerja keras dan sikap tidak pernah putus asa yang tertanam dalam dirinya.
Menceritakan kembali zaman kesusahannya waktu itu, Jamal berkata, keluarganya bukan daripada kalangan orang senang. Bapanya hanya bekerja kampung manakala ibunya penjual kuih.
“Seawal usia 10 tahun, saya menolong abang menjual hasil tangkapan laut di Pasar Sekinchan menaiki basikal sejauh lima kilometer dari rumah.
“Selain itu saya melakukan pelbagai kerja kampung seperti kopek kelapa, kait kelapa dan menolong rakan menjual burger bagi mencari duit poket,” katanya.
Sebaik tamat sekolah di Sekolah Menengah Datuk Mustafa Pasir Panjang, Sabak Bernam, dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.
Berbekalkan wang hasil kerja kampungnya sebanyak RM80, dia berazam mengubah nasib dirinya dan keluarga, apatah lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang memberangsangkan.
Meskipun disuruh ibunya mengambil semula peperiksaan itu, dia enggan kerana minatnya lebih terdorong ke arah kemahiran, terutama perniagaan.
“Pada mulanya ibu melarang saya ke Kuala Lumur sebab dia mahu saya mengambil SPM kali kedua, namun saya ‘terpaksa’ tipu mengatakan saya hanya mahu berjumpa kawan di sana.
“Tiba di Kuala Lumpur, saya menumpang di rumah seorang rakan dan bekerja sebagai budak penghantar surat dengan gaji RM7 sehari.
“Waktu itu baru saya tahu bagaimana peritnya bekerja di kota besar dengan gaji yang tak seberapa hinggakan dalam keadaan terdesak, saya pernah makan baki nasi bungkus ditinggal rakan yang dihurung semut dalam keadaan gelap untuk alas perut kerana tidak berselera menelannya dalam keadaan terang,” katanya.
Tambah Jamal, hanya tuhan tahu perasaannya waktu itu sebab mahu buang tidak sampai hati, manakala mahu beli nasi baru dia tiada wang.
Selepas dua bulan menjadi budak penghantar surat, dia berhenti kerja akibat tidak tahan leteran majikan sebelum bekerja di kilang Ramly burger di Cheras dengan pendapatan RM10 sehari.
Bosan dengan kerja makan gaji, pemilik syarikat pengimport dan penjual kenderaan import baru dan terpakai IBM Automobiles Sdn Bhd ini tekad memulakan hidup baru dengan membuka perniagaan menjual burger di sekitar Bandar Baru Sentul.
Waktu itu dia menggunakan kayu terpakai mendirikan gerai mengikut kreativitinya sendiri, termasuk mengecat sebagai langkah permulaan.
Tidak menyangka sambutan diterima di luar jangkauan, bermula hanya sebuah gerai ia berkembang menjadi 11 gerai menjual burger sekitar Lembah Klang dalam tempoh dua tahun beroperasi.
Dalam tempoh itu juga Jamal mampu membeli tujuh van digunakan sebagai kemudahan berniaga di 13 lokasi pasar malam yang beroperasi serentak.
“Selepas perniagaan burger maju, saya mengembangkannya dengan membuka syarikat menyediakan perkhidmatan khemah dan membekalkan alat tulis kepada Kementerian Pertahanan dan jabatan kerajaan selain menceburi bidang pembinaan.
“Pada 1995, minat saya lebih terarah ke bidang automotif pula dan berpeluang menjadi pengarah di sebuah syarikat permotoran,” katanya.
Prestasi baik yang ditunjukkan membolehkan Jamal ditawarkan jawatan eksekutif jualan kepada beberapa syarikat pengimport kereta.
Jawatan itu juga membolehkan dia menjelajah ke Itali, Jepun dan negara Eropah lain bagi mengetahui lebih lanjut mengenai dunia automotif.
Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Nasib tidak menyebelahi Jamal apabila negara dilanda kegawatan ekonomi pada 1997.
Jamal terpaksa menggadaikan semua aset sedia ada bagi melangsaikan hutang tertunggak. Tidak mampu menghadapi tekanan, dia melarikan diri ke Jakarta selama setahun.
Berbekalkan RM100,000 di sana, dia memulakan hidup baru dengan menjual kain pasang yang dieksport ke Malaysia dan perniagaannya maju.
“Mungkin ini ujian Allah supaya berkongsi rezeki dengan mereka yang berhak. Namun saya reda dan ia benar-benar memberi pengajaran supaya tidak lalai dengan nikmat diberi.
“Pun begitu saya bersyukur walaupun aset tergadai, segala hutang berjaya dilangsaikan dan pulang saja ke Malaysia, saya tekad membuka semula perniagaan secara perlahan sebelum berjaya membuka IBM Automobiles Sdn Bhd,” katanya.
Kini Jamal mampu tersenyum puas apabila jualan keretanya menjangkau 30 kereta sebulan, malah semua anak syarikatnya juga dalam keadaan stabil.
PROFIL
NAMA: Datuk Jamal Md Yunos
UMUR: 33 tahun
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif IBM Automobiles Sdn Bhd
ASAL: Sungai Leman, Sekinchan
ISTERI: Nurhanizatul Shida Mat Hassan
ANAK: Mohd Amin Danial (10)
MESKIPUN memiliki rangkaian perniagaan besar dan bertaraf jutawan, ia bukan satu tiket untuk Jamal mendabik dada, sebaliknya rezeki diperoleh dikongsi bersama mereka yang berhak.
“Saya akan mengadakan seminar selama seminggu yang diadakan di IBM di Kuala Lumpur, malah segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.
“Daripada 50, 10 yang terbaik dipilih mengikuti kursus automotif di Itali dan Jepun sebagai persediaan apabila pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pekerja serba boleh.
“Di sana, mereka akan diajar cara penyelenggaraan kenderaan yang pelbagai bentuk dengan betul dan lebih terperinci,” katanya.
Dalam pada itu, IBM Automobiles terus mengorak langkah apabila bakal membuka dua cawangan sekitar Lembah Klang dan di negeri yang belum diputuskan.
Menariknya, ia bukan sekadar pusat jualan kereta, malah turut disediakan bengkel dan kemudahan alat tukar ganti di tempat sama.
Paling membanggakan, IBM Automobiles turut memiliki rangkaian di United Kingdom (UK). Bukan mudah bagi anak Melayu menembusi pasaran luar negara jika tidak memiliki kedudukan ekonomi kukuh.
“Di sana ada tiga kakitangan memantau segala urusan mengenai kereta yang bakal dibawa ke Malaysia. Saya bersyukur sebab selama ini tidak pernah bermimpi memiliki perniagaan seperti sekarang,” katanya.
Sewaktu ditanya mengenai kehidupan hariannya yang banyak dihabiskan di pejabat berbanding di rumah, Jamal menjelaskan ia rutin biasa.
“Memandangkan isteri turut menjalankan perniagaan, jadi tiada masalah sebab kami faham kesibukan masing-masing. Selalunya jika ada masa lapang kami mengambil cuti dan bersantai bersama anak.
“Setakat ini dia (isteri) tidak pernah merungut, malah kami sentiasa memberi kata-kata sokongan antara satu sama lain untuk bergelar usahawan berjaya,” katanya sambil tersenyum.
Petua Murah Rezeki
- Banyakkan memberi sedekah dan wakaf. Banyak memberi sedekah bukan membuatkan kita bertambah miskin tetapi membuatkan kita bertambah kaya. ALLAH s.w.t akan mengandakan sebanyak 10 kali ganda dari nilai yang kita sedekahkan sama ada dalam bentuk wang, kesihatan ataupun lain-lain perkara contohnya dijauhkan dari bala seperti kemalangan dan sebagainya.
- Memberi duit kepada ibubapa. Banyakkan memberi duit kepada ibubapa kita, sekiranya diberi kelapangan balik lah ke kampung sekerap mungkin dan beri duit kepada ibubapa kita
- Banyakkan solat dhuha. Mereka yang istiqamah melakukan solat duha akan dimurahkan rezeki.
- Membaca surah Al-waqiah pada setiap malam. Sesiapa yang membaca surah Al-waqiah sekurang-kurangnya sekali pada setiap malam tidak akan fakir dan miskin. Ini adalah hadis yang sahih maka kita hendaklah yakin dengan janji ALLAH s.w.t kerana setiap rezeki itu datangnya dari ALLAH s.w.t.
- Memberi makan dan minum kepada haiwan yang lapar dan dahaga. Contohnya jika ada kucing minta makanan di kedai makan maka hendaklah kita memberi sedikit makanan kepada kucing tersebut. Kucing tersebut akan mendoakan kita supaya murah rezeki.
- Banyakkan berdoa. Banyakkan berdoa kepada ALLAH s.w.t agar kita dimurahkan rezeki. Lebih afdal di waktu-waktu yang mustajab seperti semasa sujud yang terakhir dalam solat, selepas solat, di antara dua kutbah, semasa gerhana matahari dan bulan dan pada bulan puasa.
Tips Soalan dan Jawapan Temuduga
Soalan: Sila perkenalkan diri anda
Jawapan: Tak perlu diperkenalkan lagi. Saya kan sudah terkenal. Encik saja yang belum kenal saya lagi.
Soalan: Kenapa awak memilih company ini?
Jawapan: Jangan perasan, temuduga ini saya anggap sebagai latihan sahaja. Saya ada temuduga kerja untuk company yang lebih besar dari ini.
Soalan: Apa kelebihan awak berbanding orang lain?
Jawapan: Saya lebih bagus dari encik.
Soalan: Kenapa saya perlu mengambil awak bekerja?
Jawapan: Kerana dalam masa satu tahun saya telah bekerja dengan 100 company.. Saya ada banyak pengalaman.
Soalan: Adakah awak mampu bekerja dalam pasukan?
Jawapan: Ya saya mampu. Dan sayalah ketua pasukan itu. Arahan saya adalah yang terbaik.
Soalan: Apa yang awak boleh lakukan untuk company ini dalam masa 5 tahun?
Jawapan: Saya rasa company ini akan muflis dalam masa 2 tahun. Jadi dengan adanya saya, company ini akan muflis dalam masa 5 tahun.
Soalan: Ada apa2 yang awak nak tanya?
Soalan: Erm.. berapa umur encik?
Jawapan: 50 tahun. Kenapa?
Kenyataan: Encik perlu berhenti kerja.
Skill dalam LRT
Pak gard genius
Genius kan..yg real tu lemah tak bermaya je tp yg dlm gambar siap boroi sambil pegang shortgun lg kihkih...
Kisah Inspirasi: Syeikh Mokhtar Al-bukhary
Ramai
yang pernah mendengar tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary iaitu
individu bumiputera yang paling kaya di Malaysia. Asetnya dianggarkan
bernilai 10.6 billion dan beliau berkedudukan nombor 5 dalam senarai 10
orang paling kaya di Malaysia menurut Majalah Malaysia Business.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli
perniagaan ini dan bagaimana beliau membina empayar perniagaannya.
Latar Belakang Kehidupan
Tan
Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951.
Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan
menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk
berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an,
barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor
Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
Tan
Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak
yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba
kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan
Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan
beliau susah hendak menelaah.
Walaupun
demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga
mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah
satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya
bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar
mendapat faedah daripada program tuisyen itu.
Pendidikan
Tan
Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila
beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan
bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari
darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar
kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung
persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.
Sebenarnya,
Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau
tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak
bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh
melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia
perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan
keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar
membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan
keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga
menjual roti canai di pasar yang sama.
Semasa
waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan
memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed
Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat
kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak
menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada
tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami
kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak
ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang
ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar
mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi
melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging
secara kecil-kecilan.
Sebenarnya,
Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli
daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu
bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan
restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan
itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri
dalam dunia perniagaan.
Daripada
perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan
pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat
buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000
daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori
Mercedes 911LS.
Sebenarnya,
seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang
tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit
itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed
membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan
Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan
Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan
beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan
memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada
tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di
Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau
Perbadanan Kemajuan Bandar.
Seterusnya,
pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen
perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali
sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA
Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas
berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama
dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan.
Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.
Dalam
syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus
kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus
dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd.
itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan
Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembang
Daripada
beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi
lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui
Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah
RM250 juta.
Setahun
selepas Bukhary Sdn Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan
Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas
bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan
kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di
rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui
perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan
Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung
coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah
pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Apabila
beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan
Susu Mas Sdn Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat
usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan
New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu
Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Pada
tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso
Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar
menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari
China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara
besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit
dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian
Selepas
mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke
pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah
kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat
pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu
adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan
330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu,
beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus
daripada pengilang.
Selepas
membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan
menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan
kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian
Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan
Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila
Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur
pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya
bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan
pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings
mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee
Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak
cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan
perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya
dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker
kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed
Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada
harga USD1 juta.
Kapal
yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari
Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu
mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya
pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta –
USD600,000).
Pada
masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor
pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar
dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary
Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau
terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn Bhd. dan Johor
Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada
harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada
harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan
projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini,
Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan
dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari
Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan
Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Projek
penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau
menubuhkan Equiventure Sdn Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara
syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis,
Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49
peratus.
Kepentingan
Beliau
membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3
sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar
juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu
syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM
Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain
itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat
dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas
International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam
banyak sektor perniagaan. Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma
Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik
serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan
pengedaran buku.
Sumber
Berlajarlah untuk berkata CUKUP... .ALHAMDULIL-LAH
Kisah ini adalah kisah benar dari seorang hamba Allah s.w.t
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam.-..
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP... .ALHAMDULIL-LAH ... .."
Wassalam....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)