Cerpen nie aku amik Malaysian Gags..
Jam Menunjukkan Jam 6.40 petang. Setelah selesai menunaikan solat Asar, 
aku merenung ke siling. kulihat lampu yang menyala, kulihat kipas yang 
berpusing. aku sungguh terharu. lalu ku berlari keluar rumah. sambil 
menitiskan air mata, aku tersenyum melihat lampu jalan yang nyalaannya 
macam hidup segan mati tak mahu. lalu aku panjatkan kesyukuran ke atas 
kerajaan Barisan Nasional kerana telah melimpahkan kurnia tenaga 
elektrik pada bumi yang tercinta ini.
sesudah penat mendongak ke lampu, aku pun tunduk. kulihat jalan yang 
kelabu. aku melutut dan tekapkan tapak tanganku ke atas jalan. aku 
geselkan pipiku ke atas jalan tar yang kasar itu. sambil menangis aku 
berkata. aku bersyukur dengan kehadiran jalan ini. tanpa jalan buatan 
kerajaan Barisan Nasional, hidup aku mungkin punah dimamah tanah merah.
setelah ditegur oleh jiranku seorang pembangkang, "woi orang gila. kau 
tonggeng tengah jalan dah kenapa?" aku pun masuk ke dalam untuk 
menjenguk ibuku yang berada di dapur. ku lihat tong gas! dengan rasa 
kesyukuran aku memeluk tong gas itu seerat-eratnya. tiada barisan 
nasional, tiadalah tong gas. ibuku kehairanan. dia menyuruhku masuk ke 
bilik sebelum perkara yang lebih tak senonoh akan berlaku. 
lalu aku ke ruang tamu. ku buka TV untuk melihat rancangan kegemaranku. 
Buletin Utama. aku menangis keriangan. tak dapat aku halang air mata 
kesyukuran ini bila melihat wajah Perdana Menteri kesayanganku Dato' 
Seri Rosmah Mansor di kaca TV. rasa syukurku kepadanya membuak buak. 
tanpa beliau mungkin kita semua akan dibunuh komunis. dengan menggunakan
 smartphone yang ditebus dengan RM200, aku merakam setiap bicaranya.
aku sungguh bersyukur kerana mempunyai pemimpin sebegini. dia telah bina
 hospital, sekolah, jalan raya, traffic light dan papan tanda 
menggunakan duitnya sendiri. dia juga telah melimpah kurniakan BR1M yang
 tak terhingga nilainya. aku rasa diri aku begitu hina jika tidak dapat 
membalas budi beliau. aku tak layak digelar manusia!
sedarlah saudara saudari sekalian. tanpa Barisan Nasional, mungkin 
negara kita akan menjadi padang jarak padang tekukur. kosong kosong 
kosong. kita semua akan jadi seperti masyarakat primitif. berbogel 
sahaja. jadi marilah kita sama-sama membalas budi mereka.
Pagi. Aku terjaga dari lenaku. Kedengaran sayup bunyi ayam digoreng 
datang dari dapur. Aku melihat jam 1Malaysia yang tergantung di dinding 
bilikku, bersebelahan poster wira negara kesayanganku, Datin Paduka Sri 
Dr. Rosmah Mansor. Oh, sudah tengah hari rupanya. Lewat aku bangkit ini 
mungkin gara-gara berjaga hingga lewat malam semalam, melakukan operasi 
copy paste link lucah ke page-page pencacai-pencacai PR. Aku tersenyum 
sendiri. Pasti mereka semua sudah insaf setelah melihat link-link yang 
aku berikan.
Aku lirikkan kembali mataku memandang poster Datin Paduka Sri Dr. Rosmah
 Mansor. Wanita tabah dan berkaliber itu sememangnya sudah menjadi 
idolaku, semenjak beliau memeluk Lee Chong Wei lagi. Aku menitiskan air 
mata. Tersentuh jiwa lelakiku mengenangkan sifat kasih dan sayang beliau
 yang tiada tolok bandingnya. Kerana itu aku tidak kisah beliau 
berbelanja sakan menggunakan wang rakyat. Aku sebagai rakyat merelakan. 
Aku anggap itu adalah hadiah kepada beliau yang telah kuanggap sebagai 
ibu. Aku bangun dari katilku untuk melakukan rutin harian, mencium 
gambar Datin Rosmah kesayanganku. Ketika itulah ibu kandungku masuk ke 
bilik. "Apa kejadahnya kau pergi cium gambar pompuan tu?" tanya ibuku 
kehairanan. "DATIN ROSMAHLAH! DATIN ROSMAH!". yaa. aku memang pantang sekiranya ada yang 
tidak memanggil wira pujaanku dengan panggilan yang selayaknya.
Perutku perlu diisi. Perjuanganku masih belum selesai. 
Aku mencapai kitab suci harian kaum melayu, Utusan Malaysia. Sebagai 
melayu tulen, wajib bagi aku membaca Utusan setiap hari. Keimananku 
terhadap BN mesti dijaga di setiap ketika. Aku bawa kitab suci itu ke 
dapur, sebagai bacaanku ketika mengisi perut. Makanan sudah terhidang, 
dan aku mula membaca kitab kesayanganku itu. Aku terbaca kenyataan wira 
kesayanganku yang ke-2, Dato Sri Najib Razak. Walaupun beliau tidak 
sehebat Datin Paduka Sri Dr. Rosmah Mansor, aku masih lagi mengagumi 
aspirasi-aspirasi beliau. Konsep 1Malaysia yang beliau terapkan, berjaya
 menjadikan aku seorang yang bertoleransi. Malangnya, kaum-kaum 
pendatang cina dan india ramai yang tidak mengenang jasa. Sudah diberi 
tumpang negara, masih nak melawan kerajaan pilihan Tuhan, BN.
Berbalik kepada kenyataan Dato Sri Najib Razak, beliau mengatakan, 
pertukaran kerajaan mengundang bahaya kepada negara. Katanya matawang 
akan jatuh, inflasi akan meningkat, sektor pelancongan akan lumpuh, dan 
keselamatan akan tergugat. Kenyataan ini datang dari pemimpin parti 
kerajaan yang dipilih Tuhan, tiada sebab untuk aku ragukan. Kemarahanku 
semakin meluap-luap pada pencacai-pencacai PR. ***** sungguh mereka 
kerana perkara semudah ini pun masih tak dapat nak fikir. Masih mahu 
menukar kerajaan. Dasar Khawarij!!
Seusai makan, aku log in facebook. Aku lihat ramai yang post tentang 
Syria dan Palestine. Aku kesedihan. Sedih kerana di Negara mereka, tiada
 BN. Sekiranya mereka diperintah BN, pasti aman damai bumi mereka. Ada 
masalah pun hanya seperti kes membawa anak ke demonstrasi. Hatiku panas 
kembali, mengenangkan ketidak syukuran pencacai pembangkang, cuba 
melakukan huru-hara dengan berdemo. Kalau tak suka BN, Keluarlah dari 
Malaysia!! Aku meneruskan scroll down newsfeedku. Sambil-sambil itu, aku
 buka notepad di mana telah aku savekan link-link gambar dan video lucah
 yang akan kugunakan untuk membalas hujah ilmiah puak pembangkang.
Akhirnya aku terjumpa satu post dari sebuah page yang kelihatan pro 
pembangkang. Agak ramai likers. lebih ramai dari page kesayanganku, Isu 
Pornlitik Semasa. Aku memulakan tugasku, copy paste link-link yang telah
 aku save. Smileys aku gunakan supaya aku nampak tidak emosional dan 
cool. semakin ramai yang reply pada komenku, ada yang ketawa. Aku bangga
 kerana mereka anggap aku kelakar dan cool. Kemudian ada seorang reply 
dengan menggunakan hujah dan fakta. Aku mengetap tanganku, bersedia 
untuk membalas hujah beliau. Maka beratus-ratus perkataan "liwat" telah 
aku tulis demi membalas hujah pencacai tersebut. Smileys tidak aku 
lupakan. Aku terasa cool lagi.
Aku semakin hebat dihentam oleh fans page tersebut. Namun aku masih 
bertahan. Aku bercakap menggunakan ilmu. Aku tahu aku dipihak yang 
benar. Masakan pihak yang menggunakan isu-isu lucah itu salah. Menjaja 
kisah lucah itu adalah perkara mulia. Menuduh orang berzina dan meliwat 
tanpa bukti itu adalah perjuangan Islam yang sebenar. Dan aku adalah 
Islam Melayu yang paling tulen. Tak mungkin aku salah! Demi perjuangan, 
aku rela korbankan apa sahaja, termasuklah maruah.
Eh, ada orang ketuk pintu bilik. Mengganggu perjuangan aku betullah.
*** Ini adalah catatan terakhir Arwah Amri Akif (Bukan nama sebenar) 
sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir keesokan harinya akibat 
dibelasah oleh adik beradiknya setelah diketahui beliau tidak lekang mulutnya 
menyebut "Hidup BN" sambil membuat jari 1Malaysia, namun dibalas dengan 
jari tengah oleh orang sekeliling ***
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger  Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)
 
 

1 comment:
eh? btul ke? =.='
Post a Comment