Farah in the houseeee kihkih...
 1. Tahukah anda apabila  350ml air yang  diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang   mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api  bersuhu  100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan  air  masak.
 2.  Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu  bahan asas dalam  pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,  seorang  pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan   semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut  tidak  dapat disiapkan.
 3.  Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak  akan dapat memotong  kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta  tersebut  dipandu dari arah yang bertentangan
 4.  Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,  jurugambar dikenali  sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari  watak paparazzo  dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini  pada  tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
 kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5.  Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta  700 tahun lampau,  menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama  daripada  penggunaan susu cap bendera.
 6.  Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga  digelar besi berani.  Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik  butir-butir  besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik   kereta bukanlah magnet.
 7.  Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila  diganggu. Apabila cicak  menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan  memutuskan ekornya  supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa  ekor sudah  tentu ia tidak akan diekori lagi.
 9.  Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya  walaupun telah keluar  kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya  tanpa sesat atau  silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang  burung  mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.
 sebenarnya.
10.  Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng  adalah hampir sama  walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,  walaubagaimanapun  orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila  dia  berasa lapar.
 11.  Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus  tahun disahkan masih  aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api  elektrik di  rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga   bulan.
 12. Tahukah  Anda orang yang tidak pernah kisah langsung  tentang wang ringgit,  pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
 13. Tahukah Saudara  ABDUL-RAHIM yang ahli sains seluruh dunia bersepakat  jika KFC dimakan sewaktu lapar, perut  kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. KFC juga boleh digunakan sebagai ubat untuk  menggembirakan hati kita bila KFC  yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
 
 

No comments:
Post a Comment