Enam sebab korang perlu lari dari awek korang jika dia…

Enam sebab korang perlu lari dari awek korang jika dia….
1) Hari-hari gi shopping.
2) Kuat mengumpat. Kalau gian sangat dengan kambing pun dia boleh ajak ngumpat…kui.kui.
3) Pakai mekap tebal cam kamus dewan. Korang nak keluar ngan hantu?..heheeeee.
4) Cemburu melampau-lampau sampai nak cakap ngan nenek korang pun kena pakai bahasa isyarat.
5) Hari-hari datang bulan..
6) Suka kentut!..wakakaka…..

Kisah seram si pemancing…..

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi,
kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing
kat situ.

Satu
hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2
sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui
kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman
sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari
tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap
pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm
raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak
kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai,
teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir,
karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak
lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan
sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada
orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa
Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang
ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?”
bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala &
tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker,
sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya
Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan
cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org
ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis
dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke
kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke
dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe…rupa-rupanya dia
terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau
nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa,
rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang
Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler
kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

PENGALAMAN PERTAMA SEORANG GADIS, MUNGKIN JUGA ANDA!…

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula
menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia
enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia
bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan
kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati.
Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia
menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya
dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia
janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda
percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

Dia
terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula
merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya
dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum.
Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak.
Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia
merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata
anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu
dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan.
Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi
merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan
sesuatu
memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah
yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan
mengatakan anda adalah antara
yang terdegil tetapi telah memberinya
banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah
pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan
terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

zorro robin hood dan orang asli

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan
kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat
masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan
untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka.
Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum
orang asli yang sungguh cantik.

Mereka
berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat
perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan
meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak
mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan
itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu.
Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro
jerit… “I AM ZORRO… ..”

Kemudian giliran Robin Hood plak.
Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye.
Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli
tu. Dengan jobonye jugak… . si Robin Hood kata… “I AM ROBIN HOOD…”

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.

Dia
merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak
kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk
pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter,
kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP… … … … .!!!!
PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata…
“I AM SORRY… .!!”

Kentut Yang Tak Boleh Di Tahan

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,”Doggy!”

Si gadis berfikir, “wah ini bagus!” dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, “Celaka Doggy!”

Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, “bagus!” beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, “Celaka Doggy!”, cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)