Kisah seram si pemancing…..

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi,
kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing
kat situ.

Satu
hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2
sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui
kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman
sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari
tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap
pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm
raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak
kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai,
teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir,
karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak
lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan
sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada
orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa
Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang
ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?”
bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala &
tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker,
sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya
Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan
cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org
ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis
dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke
kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke
dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe…rupa-rupanya dia
terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau
nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa,
rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang
Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler
kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

0 Budak Comel Komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...