Senarai Filem Yg Di Haramkan Oleh Finas

Filem 1: BERAK KHAS THE MOVIE
Filem
ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka
mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah
memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang
ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini
diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan
opis mereka setelah dibuang kerja.

Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG-Sebuah Cinta Jagung
Hang
Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung
Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal
puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah
mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika,
terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring,
termengorat nenek tua yang sedang ‘melepas’ dan akhir sekali tersepak
kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang
tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan
syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat
dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang
Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.

Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT
Filem
arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak
ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia
memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu
dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun
habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa
sebenarnya motif filem ini.

Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI)
Filem
ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan
kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji
Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama
Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut)
perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee…
Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat
satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Naza Aziz)
menguap sambil ternganga.

2 Budak Comel Komen:

Nana Eddy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hak hak kreatif. tapi menguap org nye mulut slalu tertutup ke?

Suara Hati Ini.... said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha..menarik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...