Seluruh tubuhku berasa amat sakit. Hendak berjalan pun ku rasakan tidak
berdaya lagi. Kepalaku seakan-akan hendak pecah dan cuping telingaku
berdarah. Akhirnya aku terperosok di stor di belakang rumah, terbaring
di atas lantai simen yang kotor dan berdebu. Ku cuba pejamkan mata yang
sudah hilang sinarnya ini, tetapi suara mak encikku yang menengking di
luar sana memaki hamun diriku masih kedengaran.
Beginilah
nasibku sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa aku mendapat mak encik yang
tak macam orang lain. Lengan dan betisnya sama besar. Maknanya sama ada
aku kena penampar atau penendang, kesannya sama sahaja. Wajahnya pula
tak ayu langsung. Muka bulat dengan permukaan berlubang-lubang, hidung
pesek kembang pulak tu! Bibirnya saja ku kira lima inci tebal dan
lebarnya pula usahlah cerita, lebih-lebih lagi bila dia memekik.
Lainlah aku. Kadangkala aku terfikir jugak, entah-entah mak encik aku
cemburu dengan kecomelan dan kemontokkan tubuh aku ini berbanding
dengan tubuhnya yang bak tut tut…malas aku nak menyebutnya…
Jelingannya
pula cukup membuat aku kebas kaki dan tangan. Tatkala dia mula menerjah
aku memang rasa nak mati jam itu juga dan apabila dia mula
menghampiriku sambil menyingsing kain, aku yang terlantar seperti ini.
Pedih dan sakit. Tetapi mujurlah kepedihan dan kesakitan itu terubat
apabila aku memandang Syah Fazwan. Renungan matanya bagai ubat yang
menyembuhkan lukaku. Senyumannya memang amat kudambakan.
Kadangkala
aku terfikir mengapa Syah Fazwan terlalu jauh beza dengan emaknya, mak
encikku itu? Bukan setakat perbezaan perangai tapi juga paras rupa.
Gamaknya Syah Fazwan ikut baka ayahnya yang sudah meninggal dunia itu.
Syah Fazwan adalah satu-satunya anak teruna mak encikku dan
satu-satunya insan yang begitu mengambil berat tentang diriku serta
satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hatiku!
Tetapi aku
sedar bahawa aku cuma menumpang di rumah ini. Darjat Syah Fazwan
terlalu tinggi dan tak setaraf denganku. Namun aku terharu dengan
layanan Syah Fazwan. Dia tidak mengira pangkat dan darjat. Dia
membuatkan diriku begitu berharga.
Mengenangkan kebaikan Syah
Fazwan kepadaku membuatkan aku melupakan saja kekejaman emaknya.
Biarlah tubuhku dibalun mak encikku, aku rela asalkan Syah Fazwan masih
menyayangi aku. Demi Syah Fazwan, aku sanggup bertahan di sini walaupun
nyawaku terancam setiap hari.
Mas! Mas! Mastura!!!” Tiba-tiba
aku terdengar namaku diseru. Syah Fazwan? Syah Fazwan dah balik? Aku
cuba bangun tetapi tubuhku amat lemah. Hari ini aku paling teruk
ditibai mak encik. Pintu stor tiba-tiba terkuak. Aku tahu Syah Fazwn
yang datang dan dia juga tahu aku disini sebab stor inilah tempat aku
bersembunyi apabila mak encik naik angin.
“Ya Allah…Mas.kenapa
berdarah-darah ini?” Syah Fazwan terkejut sungguh melihat keadaanku.
Aku cuma mendiamkan diri. Buat-buat memandang ke arah lain agar Syah
Fazwan tahu yang aku merajuk.
“Mak saya buat awak lagi ye?
Sabarlah Mas…nanti saya tarukkan ubat ye!” Tak lama kemudian Syah
Fazwan keluar. Di luar aku dengar Syah Fazwan bersoal jawab dengan
emaknya.
“Emak tak patut buat Mas macam tu..dia pun ada perasaan, mak!” Lembut sekali suara Syah Fazwan.
“Eleh,
apa yang dia tahu?!” Kasar sekali suara mak encik. “Kesianlah kat Mas,
mak..saya sayang dia!” Ucapan Syah Fazwan yang last itu sungguh membuat
aku bahagia.
Seminggu kemudian hidupku bagaikan di syurga. Mak
encikku tak ada di rumah kerana ikut rombongan persatuan wanita ke
Langkawi. Hanya tinggal aku dan Syah Fazwan. Dia melayan aku bagaikan
puteri. Namun, dia tak pernah mengambil kesempatan ke atasku. Ada suatu
ketika Syah Fazwan merenung ke dalam mataku. Indahnya saat itu!
Mak
encikku balik semula ke rumah. Aku mula tak senang duduk. Tetapi apa
yang ku jangka tidak terjadi. Mak encikku benar-benar berubah. Dia
tidak lagi memaki hamun diriku apatah lagi mendera
aku seperti biasa. Air gamat cap apa yang dia minum kat Langkawi itu hari?
Entahlah.
Aku benar-benar tak faham tapi aku bahagia jika betul mak encikku
berubah laku. Agaknya dia sudah boleh menerimaku dan aku juga cuba
mengambil hatinya. Aku senyum sendiri.
Pagi itu mak encikku
kelihatan gembira betul. Wajahnya berkilat-kilat. Syah Fazwan pun
nampak riang semacam. Tak henti-henti dia mengusikku. Mak encik nampak
tak kisah.
Tengah hari itu ada tamu mengunjungi rumah mak
encikku. Seorang gadis yang…eleh, taklah cun sangat. Tapi Syah Fazwan
layan dia dengan mesra sekali. Gadis itu pun nampak macam miang je. Aku
terbakar oleh api cemburu. Mak encikku sekejap tersengih sekejap
ketawa. Seronok le tu!
Aku memberanikan diri muncul di ruang
tamu. Cuba melenggang-lenggukkan langkahku di depan mereka. Syah Fazwan
perasan akan kehadiranku. “Ha..Mas..mari sini, saya nak kenalkan awak
dengan seseorang.”
Gadis itu nampak tercenggang melihatku tapi akhirnya tersenyum sambil menjeling manja pada Syah Fazwan
“Inilah Sharifah, bakal tunang saya!” Kata Syah Fazwan sekaligus merentap jantungku.
“Ooooo..inilah Mastura yang you cerita tu ye? Dan mereka pun ketawa beramai-ramai. Berdekah-dekah.
Gelaklah.
Gelaklah. Aku sedar siapalah aku, cuma seekor kucing betina jalanan
yang sekadar singgah di sini dan diberi nama olehmu, Syah Fazwan!
Mastura konon!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)
No comments:
Post a Comment