Koleksi idea kreatif yang aku rasa macam nak cuba buat

Cantik kan wall box nie
Dalam ni letak pokok cactus yg kecik2 tu mesti lawa giler
Artistic dan berseni sungguh
Aku ada sebijik gitar yg dh tak pakai..rasa boleh tukar jd hiasan mcm ni kot





Kisah brader Lelep yg sgt seram


SERAM : Misteri Wanita, Bayi dan Duit RM1000 Di R&R Temerloh

Satu kisah yang sangat misteri menjadi viral dilaman sosial semalam. Seorang pelajar IPTA dikenali sebagai Rashidah berkongsi pengalaman pelik dan seram ketika berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Beliau yang dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi berhenti rehat kerana mengalami masalah pening kepala dan lapar. Ketika sedang berehat, beliau didatangi seorang wanita yang sedang  mendukung seorang bayi comel. Dengan mata yang bengkak mungkin akibat menangis, wanita itu menyapa beliau dan meminta sedikit duit untuk mengisi minyak kerana kata wanita misteri itu dompetnya telah hilang.



Pada mulanya beliau terus menyatakan "tiada duit" kerana terfikir banyak kes penipuan di zaman sekarang. Wanita misteri itu masih merayu-rayu hingga akhirnya mengalah dan mula beredar. Ketika wanita itu sedang melangkah meninggalkan beliau, bayi tersebut memandangnya dengan muka yang penuh kesian. 

Rashidah yang tiba-tiba merasa tidak sampai hati  terus mengejar wanita misteri itu dan menyerahkan semua wangnya kepada wanita itu. Sempat juga beliau menangkap gambar wanita itu bagaimana pun gambar yang diperolehi agak kabur.

Yang anehnya, selepas wanita dan bayi itu berlalu pergi, sakit kepala dan lapar yang beliau alami sebelum ini terus hilang.

Beliau meneruskan perjalanan memandangkan hari semakin lewat malam. Ketika sampai di Tol Bentong, seorang penjaga tol menyapa beliau sambil berkata "kenapa letak duit dekat wiper dik?". Rashidah kebingunan dan terus memandang wipernya. Selepas selesai membayar tol, beliau terus berhenti ditepi lebuhraya untuk melihat duit yang diberitahu oleh penjaga tol tadi.



Beliau terkejut dan kebingunan apabila mendapati duit berjumlah RM1000 terselit diwiper keretanya. Rata-rata kenalan facebook beliau juga memberi komen terkejut dan tidak kurang juga menyatakan kemungkinan wanita dan bayi misteri itu adalah bunian.


Rashidah juga sempat menceritakan perkara yang sama pernah terjadi ketika beliau berumur 15 tahun. Ia mungkin seakan-akan "dejavu". 


Banyak kemungkinan dan persoalan yang mula timbul dari mana datangnya duit sejumlah RM1000 itu. Mungkin dari bunian?  ada orang tersalah letak? atau mungkin juga ada individu yang kaya raya segaja ingin menguji kebaikan seseorang secara rawak, sambil menguji sambil bersedekah? Semuanya masih menjadi tanda tanya hingga ke hari ini. 

Namun dari kisah ini dapat kita ambil pedoman, hulurkanlah bantuan pada yang memerlukan dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan. 

DIY Kufi art dan almari kasut ikea



Yg biru tu almari kasut ikea tp kami modify letak barang2 lain dgn buat tmpt letak hiasan..

DIY pasang wallpaper


Dh siap pasang wallpaper..tgk mcm masuk dgn sofa..pasang wallpaper jenis sticker je..senang dan murah..frame gambar beli kt ikea

rumah jiran terbakar

Semalam kami pegi pkns nk print gambar harraz..baca je wasap grup ckp rumah jiran kami kuar asap..dh panggil bomba..apa lagi kami terus berlari ke kete sepantas kilat pastu pecut balik..sampai rumah api dh dipadamkan oleh jiran guna fire extigusiher kt bawah..masa tu dlm rumah tu takda org..jd dorang pecahkan pintu..nasib baik dorang masa kuar rumah x pakai padlock..kalau tak memang dh terbakar satu floor kami..

puncanya adalah dryer baju jenama elba..dryer tu ada lah mesin khas utk keringkan baju jd tak payah jemur..pengajaran dan tauladan utk kitak semua adalah jgn tinggalkan dryer berfungsi tanpa ada pengawasan pihak dewasa..jgn biarkan suis2 elektrik on masa kuar rumah..jgn kongsi plug elektrik lebih dr  point..beli jenama yg lebih selamat terutamanya dari jepun..

kisah misteri homestay

Kisah ni berlaku time cuti buruh aritu..kami x balik kg sbb kak long aku nk buat family day kt area perak.mak.adik ngn kak ngah semua berkumpul.jd kak long dh tempah lah sebuah homestay..masa kami sampai trus g mandi ayaq terjun..best habaq hang..ayaq sejuk gila..balik rumah homestay aku  g kedai ngn bini aku beli ayaq hundred plus..smpai rumah tgh aku duk minum botol ayaq yg aku tgh pegang tu jatuh ke lantai sbb mcm ada org tepis..

So aku tak pikir apa2 lah sbb ingt mcm bese ja..mlm tu tgh duk sembang ngn mak ngn kak long semua kt doi kt bwh rumah dengaq lg bende jatuh kt dapuq sbb anak menakan duk main kt dapuq..pastu mak ckp awat bende asyik jatuh ja dlm rumah ni sejak masuk.rupanya bukan aku ja kena..bini aku,mak,adik, kak long semua pernah kena bende yg tgh pegang semua kena tepis jatuh..

so kesimpulannya disini rumah homestay tu ada daya tarikan graviti yg paling tinggi kt malaysia heheh..sapa x caya g homestay tu..ada kt perak..kena kuar ikut tol behrang kalau dr kl hehehe

zone parking paling dekat dengan mid valley gsc

Aritu kami g tgk expo hartanah bumiputra kt mid valley..cari rumah landed. Tp harga gt mayal..kami kuar awal sbb midvalley susah parking..jd dtg awal trus g zone parking G level 3 dan 4..kuar pintu trus jumpa gsc midvalley..genius tak kami hehehe...

Kenapa tajuk entry ni panjang..sbbnya seo keyword hehehe..bijak tak aku...hehe

Jawapan Drmaza Tentang Isu Keharusan Suami Rogol Isteri

Isu rogol suami isteri dibangkitkan oleh sesetengah pihak dan beberapa media. Di sini, saya ingin mengulas seperti berikut;

1. Islam mewajibkan suami menunaikan kehendak seks isteri. Suami yang enggan menggauli ataupun melakukan hubungan seks dengan isterinya tanpa sebab yang sah telah melakukan dosa kecuaian tanggungjawab sebagai suami.

2. Demikian juga isteri yang enggan melakukan hubungan seks dengan suaminya tanpa sebab yang boleh diterima maka ia merupakan satu dosa.

3. Pun begitu, hubungan seks suami dan isteri hendaklah berlaku dalam keadaan yang harmoni dan tidak menyakiti antara satu sama lain. Ini memenuhi perintah al-Quran: (maksudnya) "Kamu semua bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) secara baik" (Surah al-Nisa: 19).

4. Maka, hubungan seks secara kasar dan menyakitkan antara satu sama lain adalah dilarang di dalam Islam. Untuk itu semua pasangan hendaklah mencari cara seks yang terbaik yang memenuhi naluri keinsanan kedua pihak.

5 Para sarjana ketika berbincang hukum 'azal (suami mencabut zakar dari faraj isteri sebelum keluar air mani untuk mengelakkan hamil) menyatakan bahawa walaupun perbuatan itu dibenarkan dalam hadis, namun hendak mendapatkan persepakatan dari isteri kerana bimbang isteri tidak sempat menikmati persetubuhan. Ini menunjukkan persetubuhan secara paksa dan kasar yang satu pihak tidak menikmati sudah tentu dilarang dalam hubungan rumahtangga.

5. Isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya jika suami itu boleh memberikan mudarat kepadanya seperti suami yang pengidap aids dan penyakit -penyakit lain yang boleh membahayakan isteri. Ini jelas dalam pelbagai dalil syarak.

6. Isteri juga boleh menghalang suami menyetubuhinya jika suami gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak memberikan nafkah kepadanya.

7. Hubungan suami isteri dalam Islam dibina di atas mawaddah wa rahmah (cinta dan kasih) seperti yang disebut dalam Surah al-Ruum ayat 21. Maka semua hadis berkaitan suami dan isteri hendaklah ditafsirkan dalam konteks dan panorama cinta dan kasih. Mana-mana tafsiran yang tidak berlatarkan konsep ini maka akan membawa maksud yang salah faham terhadap maksud hadis-hadis Nabi s.a.w tentang hubungan rumahtangga.

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10153327172292990 

Hak Milik Strata – apa yang perlu anda tahu?

Hakmilik strata merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau
Rumah Flat - Strata Title
blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah berimilik. Perkataan ‘strata’ merujuk kepada unit yang dipecah bahagi pada berbilang lapisan.
Hakmilik strata mulanya telah diperkenalkan pada 1966 melalui Kanun Tanah Negara Malaysia 1965, untuk meningkatkan perundangan bagi pemilikan bangunan berbilang tingkat. Sebelum ini ia dikenali sebagai hakmilik subsidiari dengan rujukan bangunan yang didirikan di atas tanah berimilik. Pada pindaan 2007, konsep hakmilik strata telah
diperluaskan bagi kegunaan petak-petak tanah di atas tanah berimilik.
Skim hakmilik strata mengandungi petak-petak individu dan harta bersama yang ditadbir secara ‘self-governance
oleh sistem perbadanan strata yang dikenali sebagai Perbadanan Pengurusan. Petak-petak samada apartmen, kondominium, rumah Bandar, kompleks komersil, GACOS dan lain-lain ditunjukkan diatas hakmilik sebagai dipunyai oleh Pemilik Petak. Harta Bersama ditakrifkan sebagai semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori seperti tanggan, bumbung, taman dan sebagainya.
Glosari Hakmilik Strata

PETAK
Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.
AGREGAT UNIT SYER
Jumlah unit syer bagi petak-petak (termasuk blok sementara).
KELAYAKAN UNIT SYER
Setiap petak diumpukkan unit syer dan ditunjukkan di dalam pelan strata. Jumlah umpukan unit syer adalah berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti saiz petak, lokasi petak, harga jualan petak, harga pasaran petak dan lain-lain. Pembayaran caruman adalah berdasarkan umpukan unit syer bermaksud semakin besar unit syer makin
tinggi caruman yang dibayar.
HARTA BERSAMA
Kawasan tanah dan bangunan di dalam skim strata yang tidak terdiri daripada petak atau petak aksesori.
PERBADANAN PENGURUSAN
Terdiri daripada pemilik-pemilik petak di dalam skim strata. Ia terbentuk secara automatik bila hakmilik strata didaftarkan melalui Buku Daftar Strata.
PETAK AKSESORI
Di dalam skim strata, unit yang digunakan bersama-sama petak.
KUMPULAN WANG PENGURUSAN
Caruman dibayar ke dalam kumpulan wang ini untuk menampung perbelanjaan harian perbadanan pengurusan seperti elektrik, insurans, penyenggaraan dan pembaikan harta bersama dan lain-lain lagi.
AKAUN KHAS
Caruman yang dibayar ke dalam akaun ini untuk menampung perbelanjaan lain (periodic account) seperti
penggantian dan penukaran seperti mengecat, permaidani tangga, sumbangan untuk menampung perbelanjaan luar jangka dan lain-lain.
AGENDA
Senarai usul yang diundi semasa mesyuarat.
UNDANG-UNDANG KECIL
Undang-undang yang diwujudkan dalam Jadual Ketiga, Akta Hakmilik Strata 1985 yang perlu dipatuhi oleh penduduk (pemilik dan penyewa). Ia boleh ditambah dalam mesyuarat agung perbadanan pengurusan. Semua undang-undang kecil tambahan tidak sama, adalah dinasihatkan untuk menyimpan salinan undang-undang kecil sedia ada bagi skim strata terbabit.
KEGUNAAN EKSLUSIF
Merupakan hak istimewa yang diberikan kepada pemilik untuk menggunakan sebahagian harta bersama seperti kegunaan khas tempat meletak kenderaan yang terletak di atas harta bersama.
AHLI-AHLI MAJLIS
Dipilih mewakili pemilik petak. Pemilihan dibuat pada mesyuarat agung tahunan. Kuasa untuk ahli-ahli majlis terhad seperti dikenakan oleh perbadanan pengurusan.
MESYUARAT AGUNG
Mesyuarat pemilik petak dan pihak-pihak berkepentingan (seperti daftar strata) yang dimaklumkan melalui notis panggilan mesyuarat. Perbadanan pengurusan dikehendaki mengadakan mesyuarat sekali dalam setahun.

Panduan Pengurusan Stratum
  1. PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN
  2. PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN PENGURUSAN TANAH
  3. PANDANGAN AM PENGARAH STRATA

Apa itu 'Sinking Fund'

Dana tenggelam? Pelik benar bunyinya, tapi rasanya semua refer kepada term 'sinking fund'. Jadi topik blog entry hari ini adalah apa itu 'Sinking Fund'. Selama ni saya bayar sahaja dan dapat pemahaman yg duit tu digunakan bila cat dah pudar dan bangunan perlu di cat semula. Tapi pada suatu hari, ada tertampal di maintenance office satu artikel yang bertajuk 'What is Sinking Fund'

Dalam artikel itu, tanpa memberi jawapan terus, artikel ini bermula dengan memberi satu kenyataan yang Semua Orang Perlu Membuat Simpanan, tak kiralah untuk apa jua tujuan seperti berkahwin, bercuti mahupan beli tv lcd 60 inci. Begitu jugak untuk apartment, satu dana yang dinamakan 'sinking fund' ini telah diwujudkan simpanan untuk tujuan tertentu dimasa akan datang. Data ini tidak melibatkan perbelanjaan harian sebaliknya disimpan dalam satu akaun berasingan dan hanya digunakan apabila perlu

Antara contoh tujuan tertentu di masa akan datang ialah sekiranya lif dah berkarat teruk sehingga perlu digantikan. Duit dalam dana inilah yg akan digunakan, kalau nak kutip duit apabila telah terjadi tentunya ramai yg keberatan. Lagipun dana ini adil sebab setiap orang bayar sepanjang tahun dan kos pembaikan dibahagi sama rata. Mana adil baru beli apartment, tiba2 lift kene tukar dan perlu bayar beribu untuk baiki lift.

Jadi dengan mudah, sinking fund ada fund yg digunakan utk membaiki atau menukar terus benda atau kemudahan yg terdapat didalam apartment itu sendiri yang mana tak melibatkan perbelanjaan berkala (harian, tahunan dan bulanan). Berikut adalah senarai perkara yg boleh menggunakan sinking fund.

1) Sistem Alarm Api
2) Pam
3) Tangki Air
4) Atap
5) Longkang
6) Cat Baru Common Area (Haha, ni yg sy 1st understand)
7) Karpet baru di common area
8) Repair work to kerbstones, footpath (apa ekk?)

Now you know.  chewahh...

Keyword Carian Minggu Ini


Antara keyword minggu ini datangnya dari pelajar biologi SPM yg nk tau tentang pernafasan kumbang..insyallah next entri aku pasal sistem perkumuhan kumbang..hehe..

Keyword lagi satu yg pelik dan jelik ialah binanatang lanka kokang..asal usul binatang ni sebenarnya berasal dari negeri langkasuka dan hobi binanatang ni ialah suka naik tongkang..

P.S Maaf tiada video kak mah kt sini ye hehehe..bluekkk..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)