- Menyamar sebagai pekerja TNB dan ingin melakukan pemeriksaan di dalam rumah
- Menyamar sebagai pekerja Indah Water dan ingin melakukan pemeriksaan di dalam rumah
- Menyamar sebagai anggota polis
- Membaling telur, tanah atau batu ke cermin depan kereta. Apabila kita berhenti untuk membersihkan cermin, penjenayah akan merompak mangsa
- Penjenayah sengaja melanggar bumper belakang kereta dan kemudian akan merompak mangsa. Kejadian selalu berlaku di tempat sunyi
- Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa
- Di sebuah stesen minyak, seorang lelaki datang & memperkenalkan diri beliau sebagai seorang pelukis (artis) kepada seorang wanita, menawarkan diri utk menolong mengisikan minyak petrol, kemudian MEMBERIKAN BISNES CARD.Wanita (mangsa) tanpa sebarang syak wasangka terus menerima bisnes card beliau kerana kebaikan lelaki itu & setelah siap mengisi minyak mangsa masuk ke dalam keretanya untuk beredar.Lelaki itu kemudian masuk ke dalam kereta lain yang sedia dipandu oleh orang lain yang sedang menunggu.Apabila mangsa itu meninggalkan stesen minyak, dia menyedari lelaki tersebut juga keluar dari stesen itu pada masa yang sama.Hampir serta-merta, dia mula berasa pening & tidak dapat menarik nafas dengan sempurna. Dia cuba untuk membuka tingkap & menyedari bahawa ada bau pada tangannya, tangan yang sama menerima kad dari lelaki di stesen minyak tadi.Mangsa kemudian melihat lelaki tersebut mengekorinya di belakang & dia merasakan perlu untuk melakukan sesuatu pada ketika itu. Dia memandu ke jalan masuk rumah orang yang pertama ditemui & mula membunyikan hon berulang kali utk menarik perhatian dan meminta bantuan.Menyedari hal tersebut, lelaki itu terus memandu pergi tetapi mangsa kini merasai keadaan yang agak teruk dan lemah selama beberapa minit barulah dia boleh menarik nafas dengan baik.Setelah penelitian, ada suatu bahan pada kad tersebut yang boleh membahayakan sistem pernafasan manusia.Dadah ini dipanggil 'BURUNDANGA'. (Tidak diketahui orang awam setakat ini) & ia digunakan oleh orang2 yang ingin melumpuhkan mangsa dalam usaha untuk mencuri atau mengambil kesempatan daripada mangsa. Dadah ini dikatakan 4X lebih merbahaya daripada yang biasa. Jadi sila berhati2 & pastikan anda tidak menerima kad daripada seseorang yang tak dikenali ketika anda bersendirian (Kisah benar)
- “papa, mama… tolong saya!” Penjenayah menggunakan rakaman suara kanak-kanak. Taktik penjenayah yang cuba mendapatkan wang tebusan tanpa ada mangsa diculik. (Kisah Benar)
- Tumpang dan samun. Jangan menumpangkan seseorang yang tidak dikenali tanpa usul periksa.Jangan memberhentikan kenderaan apabila ada penunggang motosikal(dinaikki dua orang) menunjukkan sesuatu ke arah tayar. Sekiranya kereta dapat di pandu dengan elok tidak rasa pancit sila berhenti di tempat yang selamat contohnya balai polis.
- Berhati-hati apabila ada orang hendak tukar duit.terutama note yang besar RM100 atau RM50, Kemungkinan duit palsu
P.S / Berhati-hati di tempat seperti ATM dan stesen minyak...penjenayah selalu mengsasarkan tempat-tempat seperti ini.
2 comments:
thanks for the info. bhya nih..
http://myartcrafting.blogspot.com
thanks for sharing.. :)
Post a Comment