Adik Aisyah yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat



Gambar bagi membantu mencari Aishah dikongsi dalam laman sosial.

Anak kepada seorang guru matematik, Wan Aisyah Wan Exzam yang dilaporkan hilang, sudah pun ditemui dalam keadaan selamat.

Polis Pulau Pinang menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Rawang baru-baru ini.

Seorang wanita yang menghantar Aisyah ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi tadi berkata, anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi tadi.

Wanita tersebut berkata anak lelakinya, 44, memberitahunya supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran.

Sumber: http://terengganutoday.com/berita-utama/adik-aisyah-yang-dilaporkan-hilang-ditemui-dalam-keadaan-selamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...