JANGAN GUNAKAN MINYAK MASAK YANG
DIGUNAKAN BERULANG-ULANG KALI | Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi
amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh
menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
Apabila digunakan berulang kali, tahap
kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan
salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak
yang telah digunakan dan menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan
sekali lagi sebelum dibuang.
Selain itu Pertubuhan Kajian dan
Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah
menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang
ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket
1kg
Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
Selain daripada itu, elakkan dari
membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun
harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga
jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan.
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan
kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar
dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan
sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama
yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati
dijamin berkualiti dan halal.
Rumusannya, mana-mana minyak masak
boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita.
Dan elakkan dari membeli dan makan makanan dari luar, yang status
makanan yang dihidangkan tidak diketahui asal-usulnya.
2 comments:
Iye ke... only once.. ok.. tqvm 4 d info..
woo, ok thanks! bru tahu..
Post a Comment