Sebab kenapa aku dh start datang lambat...

Sejak dua menjak ni aku dh slalu datang lambat terutamanya utk meeting atau kursus..bukan apa aku dh fed up lah datang awal..dh 6 tahun lebih keje tak pernah start on time..mesti 30 minit lewat..so semua dh start lewat aku pun dtg agak2 30 minit lewat..so bila sampai je cantik2 dh leh start..bijak tak aku..hehe

Tak kira lah bangsa apa pun..kalau budaya kt malaysia ni memang lambat..tak sama dgn jepun...kalau start on time boleh balik awai..jalan pun tak jem..ok itu je aku punya bebel..tata..

Review perlawanan badminton antara Lee Chong Wei dan Lin dan

Hoyey hoyey hoyey..chong wei menang.walaupun rubber set janji menang..kali nie chong wei lawan dgn lebih tenang..kurang unforce error bola out..kurang main net sbb lin dan hebat main net..mcm chen long gak hebat main net..memang jurulatih china byk menekankan serangan net..net kills.

kali nie juga smash chomg wei byk yg tepat..iaitu target line kena..kali ni juga chong wei main dgn corak yg berbeza dan byk crosscourt net pastu push ke baseline bila return balik tinggi chong wei smash.

Byk gak point chong wei dpt dr drop shot..kesimpulan utk game ni..chong wei byk dpt angkat smash lin dan..dan chong wei dpt control kepenatan dgn control pernafasan dan dpt control tempo game..

Game ni rally semua panjang2 sbb dorang nak lawan sapa yg akan buat unforce error dulu..tp kali ni rally panjang chong wei menang

Review perlawanan bola Palestin Vs Malaysia

Semalam kita dh dikejutkan dgn kekalahan malaysia di tangan palestin dgn 6 berbalas kosong..pastu aku komen lah kt page harimau malaya pastu admin harimau malaya suruh aku tulis pasal bola kt blog..tak sangka plak admin HM tau aku ada blog..so kt sini aku nk review sikit  lah pasal perlawanan semalam dr pandangan aku seorang pemain badminton ptg2..haha

Dari skill individu kesemua player palestin ada skill yg tinggi..kesemua player palestin mampu mengejar bola dan merampas bola dari malaysia dgn mudah..

Dari segi ketinggian kesemua player palestin lebih tinggi dari malaysia..jd bila bola tinggi byk dimenangi oleh palestin..

Dari segi pertahanan malaysia tak pandai marking..mcm mana marking kalau duduk jauh dr org yg marking tu..pastu lebih ramai player malaysia tgk bola.penat agaknya..palestin bila menyerang sampai ada tujuh org dalam kotak penalti..

Kita tahu semalam palestin pakai player naturalisasi dr uruguay dan paraguay..jd malaysia pun patut pakai player import sementara nk tunggu budak2 NFDP besar..budak2 NFDP ni pun bila dorang besar nanti mungkin dr segi ketinggian akan kurang sikit dr player negara lain tp possesion bola dorang tinggi jd pihak lawan akan kurang peluang utk hntar bola tinggi..

Malaysia dh kena tukar coach..amik kepakaran luar..main tiki kiki lala ke..main one touch ke.main through pass ke..main shot on target dr luar kotak penalti ke...ni tak asyik bola lambung je..

Berbalik kpd gol2 semalam..ada gol disebabkn kesilapan defender..ada gol sebab perangkap offside palestin.ada gol disebabkan clearing yg lemah..ada gol sbb kita kalah bola tinggi tp kebanyakannya sbb marking loose..posession bola yg lemah..ok itu je review dr seorang blogger yg pandai ckp je hahah


Sebab kenapa aku dah tak lepak kedai mamak

" bro, malam ni lepak mamak nak ".
" tak mau lah aku ".
" apsal, bini ko tak kasi ke? ".
" tak lah aku bini aku bg je ".
" mak ayah ko marah ke? ".
" tak de lah ".
" ke ko ni takut hantu? ".
" lagi lah tak ".
" habis tu kenape? ".
" esok pagi² subuh aku dah kena gerak awal ke tempat keje..nk elak tol jd kena guna jalan alternatif bro!!!!".

P.S Lepas ni ada plak oreo goreng cheese.OMG.OMG OMG

Fakta Bukti Kurma Adalah Buah Paling Berkhasiat Di Muka Bumi


Buah kurma adalah buah kegemaran baginda Rasulullah S.A.W di mana baginda sentiasa mengamalkan memakan buah tersebut. Buah kurma bukanlah asing bagi masyarakat Islam di Malaysia kerana buah ini pasti dijual di merata-rata tempat di bulan puasa.

Hebat buah ini telah di ceritakan oleh baginda sendiri melalui hadisnya yang berbunyi:

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Dan,

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". 

Kenapa baginda begitu menekankan pemakanan buah ini, hebat sangatkah buah ini?


Jadi, di sini kami akan berkongsikan kepada anda fakta khasiat dan fungsi buah ini kepada tubuh badan kita.

- Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.
- Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
- Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
- Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
- Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
- Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
- Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
- Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

- Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
- Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
- Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
- Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?
- Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

- Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?
- Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?
- Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?
- Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

- Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?
- Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?
- Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?
- Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?
- Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?
- Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

- Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?
- Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

- Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?
- Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?
- Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

- Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan  mencegah konstipasi?
- Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?
- Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?
- Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?
- Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?
- Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?
- Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

- Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?
- Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari  1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?
- Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?
- Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?
- Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?
- Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?
- Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?
- Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?
- Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

- Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?
- Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

- Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?
- Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

- Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?
- Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?
- Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?
- Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?
- Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

Jadi, persoalan kenapa Nabi Muhammad S.A.W menekan pemakanan buah ini telah terjawab. Sungguh banyak rupanya khasiat buah kurma yang kita tidak tahu.

Jadi terbuktilah buah kurma adalah buah paling berkhasiat di muka bumi

P. S / Bagi yang dh lama tak dapat anak makan kurma tiap2 hari sebiji atau lebih

Jawapan yang kreatif




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)