Pantai timur akan lahirkan ramai penerjun berbakat


Generasi baru di pantai timur ramai berbakat yang menggantikan panda lela renong..mcm2 style ada.terjun tiruk pun ada hehe

Kalau jodoh....


UFO terhempas punca ikan mati

Okinawa: Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas ke dalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu. 

Berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran. 

Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan di bahagian mata. 

Laman web Veteran Today melaporkan, wartawan mereka menghubungi dengan sumber boleh dipercayai pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu. 

Kesan kemalangan UFO 

“Saya dapat mengesahkan bahawa jutaan ikan yang mati di perairan Okinawa adalah kesan daripada ‘kemalangan’ UFO terbabit. 

“Kami mempunyai pakar yang ditempatkan di kapal JS Kurama di laut Jepun yang bertanggungjawab membawa bangkai UFO itu ke permukaan,” kata sumber itu yang dipetik laman berkenaan. 

Sumber itu juga menyatakan Perdana Menteri Jepun sudah dimaklumkan bahawa cecair misteri yang mengalir dari UFO terbabit menyebabkan asap beracun naik ke permukaan laut. 

Katanya, cecair itu bukan saja membunuh ikan tetapi asap yang dihasilkan menyebabkan anggota penyelamat sukar menaikkan bangkai UFO terbabit. 

Halang media siar 

“Pakar turut menyatakan kebimbangan bahan kimia UFO itu boleh mencemarkan air laut dan membunuh hidupan di sekitarnya. Malah ketika diangkat, air laut di sekitar UFO terbabit mendidih,” kata sumber itu. 

Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda dilaporkan menandatangani perintah menghalang media di negara itu melaporkan mengenai nahas yang berlaku. - Agensi

P.S / Tak sangka UFO masih lagi melawat bumi hehe..secanggih pesawat UFO pun boleh terhempas..

Dunia hadapi krisis obesiti

Davos: Pakar kesihatan menggesa pemimpin dunia menangani masalah obesiti dengan tidak hanya menyalahkan penduduk sebagai kurang semangat untuk menurunkan berat badan. 

Mereka menyifatkan obesiti kini satu pandemik global kerana menjangka lebih separuh penduduk dunia akan obes dalam tempoh dua dekad. 

Pakar kesihatan, pemakanan dan kecergasan memberi gambaran itu ketika berucap di Forum Ekonomi Dunia di sini. 

Mereka percaya, dunia perlu menangani krisis obesiti dengan menggunakan pendekatan sama seperti dalam usaha membanteras tabiat merokok. 

Oleh kerana semakin banyak makanan tidak baik untuk kesihatan dan kian ramai memilih untuk tidak bersenam, dunia perlu mencari jawapan kepada masalah penyakit jantung dan diabetes yang membunuh 2.8 juta orang setahun, kata mereka. 

Pada masa ini, angka rasmi menunjukkan 1.4 bilion orang dewasa sudah mempunyai berat badan berlebihan dan angka itu akan meningkat. 

Perkara itu dijelaskan oleh dekan Kajian Kesihatan Awam Mailman di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, Linda Fried kepada panel mengenai obesiti di forum berkenaan. 

“Dalam tempoh 20 tahun lagi, jika keadaan dibiarkan, 50 hingga 60 peratus penduduk dewasa dunia akan mempunyai berat badan berlebihan. 

Meningkat dengan pantas 

“Jika ini adalah penyakit berjangkit, kita tentu menggelarnya pandemik. Ia juga bukan terhad kepada wilayah tetapi global. Ia juga meningkat dengan pantas dan berterusan, suatu takrif pandemik,” kata Fried. 

Punca utama ialah makanan berkalori tinggi dan gaya hidup kurang aktif, kata pakar. 

Naib Presiden Sukan Nike, Lisa MacCallum Carter, berkata obesiti ada kaitan dengan krisis ‘gaya hidup tidak aktif’ disebabkan arus kemodenan. 

Beliau merujuk kepada penyelidikan menunjukkan warga Amerika kurang aktif 32 peratus berbanding 1967 dan boleh mencapai 50 peratus menjelang 2030. - AGENSI

Petua petua yang boleh diguna pakai

Petua-petua untuk diamalkan.

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
Copy & paste untuk saudara mara dan kawan-kawan........

****Jangan kedekut ilmu.
Sila kongsi untuk manfaat bersama....

Cara mengelakkan tv yang dibeli supaya tidak cepat rosak




1. Gunakan plug soket khas untuk tv sahaja
    -Jangan sambungkan plug tv yang dikongsi dengan peralatan elektrik lain kerana elektrik spark kenkadang boleh menyebabkan tv rosak.

2. Jauhkan tv dari peralatan yang ada elektromagnetik
   -Jauhkan tv dari peralatan yang ada gelombang elektromagnetik macam kipas, penyedut hampagas dan sound speker kerana ini boleh merosakkan gambar dan warna

3. Jangan biarkan tv 'ON' untuk masa yang lama
    -Peralatan elektrik boleh rosak sekiranya menjadi terlalu panas

4. Jangan buka tv semasa kilat
    - Ini bahaya kerana kilat boleh menyambar sambungan ground bumi

5. Beli tv yang diperbuat di negara Jepun
   -Negara jepun adalah negara yang memastikan setiap barangan yg dibuat mempunyai kualiti yg tinggi

Nota:Adalah lebih baik setiap kali membeli tv pastikan warranty disimpan dan beli warranty beberapa tahun tambahan untuk lebih selamat.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)