start to eat clean and work hard

             Sekarang target aku nk turun kan berat badan balik sejak kena darah tinggi.aritu darah aku naik smpi 180..nurse wat muka terkejut siap nk amik wheelchair takut aku pengsan...BMI aku dh kira memang tak normal..slighty overweight..hampir nk masuk ke tahap moderate obese..dh install app food kt hp untuk track berapa jumlah kalori makan..

             Pagi breakfast sikit je..elakkan nasik lemak hehe...tengahari bykkan makan sayur dan buah2..kena stop terus makanan bergoreng..terutamanya kulit ayam..yg tu paling tinggi kalori..mlm makan sikit buah2 atau tak mkn langsung..harap boleh bertahan..

             Jumlah kalori yg kita makan mesti kurang dr jumlah kalori yg kuar bila kita exercise..tu target aku..nk cuba lari sekerap yg mungkin..

Geng croc

Skrang aku dh geng ngn anak aku..pakai croc gak..aku g keje pakai croc ja haha..functional..sesuai ngn tmpt keje aku..kasut ni getah jd dia electric resistance...

Lg satu sbb dia water proof..dan sbb terakhir sbb dia nmpk mcm kasut hehe

Only Hope - Mandy Moore

Tgh2 dengar spotify kt opis..tetiba kuar satu lagu yg buat aku sedeh banget lor...lagu tu lagu Only Hope by Mandy Moore..OST utk filem A walk to remember...filem yg sgt best dan sgt sedeh...sapa2 x tgk lg korang bukan peminat filem sedeh lg haha..filem kedua aku tgk selepas the notebook..

Spotify ni dgr lagu2 online je..omputih ada..melayu ada..premium sebulan rm14 je..beribu lagu ada..just perlu internet je utk streaming je...

Film Review : let me eat your pankreas (Japanese movie)

 Aku baru balik main ping pong..pastu trus bukak channel celestial HD 309..pastu tgk movie ni baru start tajuk dia let me eat your packreas...japan movie

  Unik kan tajuk dia..pas tgk sampai abis bg aku penggemar movie..citer ni sgt sedeh dan best..

  Walaupun agak tipikal tapi details smpi abis best..citer pasal budak sekolah..budak pompuan sakit dan hidup x lama..aku dh tgk byk movie yg bucket list org yg dh tau nk mati bila ni..tp filem ni lain dr yg lain..

  Kisah cinta yg comel antara dorang ni..byk scene2 yang kelakar dlm movie ni..quite unexpected dia punya ending..Penulis movie ni was a genius..

  Utk penggemar movie cinta..this is a must watching list..klau pompuan yg tgk aku rasa mesti nangis kot..hehe

Apa ertinya hidup jika kaya...

Steve Gouves seorang jutawan meninggal dunia, dengan kekayaan $ 7 bilion, pada usia 56 tahun di sebab kan kanser pankreas, dan di sini adalah beberapa perkataan terakhirnya:

Di mata yang lain, hidup saya adalah intipati kejayaan, tetapi selain daripada kerja, saya mempunyai sedikit kegembiraan, dan pada akhirnya kekayaan hanyalah satu fakta kehidupan yang saya biasa.

Pada masa ini, berbaring di atas katil, sakit dan mengingati sepanjang hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan saya yang ada adalah tidak berfaedah dalam menghadapi kematian yang akan berlaku.

Anda boleh mengupah seseorang untuk memandu kereta untuk anda, membuat wang untuk anda - tetapi anda tidak boleh menyewa seseorang untuk membawa penyakit itu untuk anda. Kita boleh mencari benda-benda penting, tetapi ada satu perkara yang tidak dapat dijumpai apabila ia hilang - "hidup".

Rawat diri anda dengan baik, dan menghargai orang lain. Apabila kita semakin tua, kita lebih pintar, dan kita secara perlahan menyedari bahawa jam tangan itu bernilai RM 30 atau RM 300 - kedua-duanya menunjukkan masa yang sama.

Sama ada kita membawa beg duit bernilai RM 30 atau RM 300 - jumlah wang dalam dompet adalah sama. Sama ada kita memandu kereta bernilai RM 150,000, atau sebuah kereta bernilai RM 30,000 - jalan dan jarak adalah sama, kita mencapai destinasi yang sama.

Sekiranya rumah yang kami tinggal di adalah 300 meter persegi, atau 3000 meter persegi - kesepian adalah sama.
Kebahagiaan dalaman sejati anda tidak datang dari benda-benda material di dunia ini. Sama ada anda terbang kelas pertama, atau kelas ekonomi - sekiranya pesawat itu terhempas, anda akan terhempas bersama sama

Jadi, saya harap anda memahami nya, apabila anda mempunyai kawan atau seseorang untuk bercakap dengan nya - ini adalah kebahagiaan yang sebenar!

Lima fakta yang tidak dapat dielakkan-

1. Jangan mendidik anak anda menjadi kaya. Mendidik mereka untuk bahagia. - Jadi apabila mereka membesar, mereka akan pandai menghargai sesuatu perkara, bukan menilai dari sudut wang ringgit semata.

2. Makan makanan anda sebagai ubat, jika tidak, anda perlu makan ubat anda sebagai makanan.

3. Siapa yang mengasihi anda tidak akan meninggalkan anda, walaupun dia mempunyai 100 alasan untuk berputus asa. Dia akan sentiasa mencari satu sebab untuk terus bertahan.

4. Terdapat perbezaan yang besar antara manusia dan manusia yg baik.

5. Jika anda mahu pergi pantas - pergi sendiri! Tetapi jika anda mahu pergi jauh - pergi bersama-sama!

Dan kesimpulannya,
Enam doktor terbaik di dunia.
1. cahaya matahari
2. Kerehatan
3. Beriadah
4. Makanan seimbang
5. Keyakinan diri
6. Kawan

Simpan mereka dalam setiap peringkat kehidupan mu dan nikmati kehidupan yang sihat.

"Sayanglah mereka yang dihantar oleh Allah kepadamu, suatu hari nanti dia akan kembali kepada pencipta nya."

*Pesanan ikhlas buat kita semua*
*Selamat menjalani kehidupan dgn sisa kehidupan yang masih berbaki dengan perkara yg berfaedah dan selamat beribadat*
Moga Allah merahmati kita semua...

Belajar bahasa penang hokkien part 1

        Untuk entry kali ni aku nk kumpul koleksi bahasa penang hokkien yg aku ingt kat sini..baru aku paham napa ada antara cina ngn cina dorang speaking english..bukan sebab dorang nk menunjuk yg dorang terer english tapi sbb antara dorang dialect tak sama jadi dorang tak paham antara satu sama lain..ada yg dialect hakka, ada yg cantonese mcm kt hong kong..ada yg pakai mandarin je..

Saya-Wa
Awak-Lu
Them-Ee

How are you?-Lu Ho Bo?
You want to go back?-Lu ai twi liao?
What?-Ha Mik
What is the problem?-Hami su?
Have you eaten yet?-Lu Chiakba Abuii?
Excuse me, can you let me through?-Jiok guei
Thank you-Kam xia
I'm feeling unwell- Wa lang Bo Song
Excuse Me-Paiseh
Nevermind-Biao kin




Tanam rasa syukur...

Pagi2 drive lalu kawasan kilang nampak warga asing jalan kaki je g keje sambil bwk bekal..trus rasa syukur dgn apa yg aku tgh ada...

Walaupun tekanan mcm mana skalipun kt tmpt keje kena rasa syukur dgn apa yg ada..skrang ramai org mengangur takda keje..

Walau byk keje skali pun..walau bos asyik marah skali pun..syukur kita masih ada lg keje..keje demi sesuap nasik..usah pedulikan org lain..

Org lain keje berat bawah terik matahari..syukur kita keje dlm akon lg..

Muhasabah diri...daa...


Bisnes online yang baru

       Huh lama benor x update blog ni..ye lah klau update pun bukan ada orang baca dah blog2 ni..ok balik kpd citer bisnes online ni..first bisnes online ni blogging lah..x serius sgt..dpt lah sikit2..skrang pun nuffnang pun x bg byk dh..ekonomi meleset.ni je history bersama nuffnang, tq nuff

        Skrang ada passion baru..jual barang kt ebay..aduh byk halangan nk start niaga kt ebay ni..account kena suspended lah..account seller untuk shopee ngn lazada pun aku dh create tp shopee ngn lazada ni takda order langsung lg..ebay dh pecah telur..2 barang dh jual ke US.Ebay ni aku wat style dropship gak lah..tp mula2 acount baru tak leh wat style drop ship lg sbb nnti dia suspend forever and ever..

   Kena beli barang setiap satu pastu amik pic pastu list..memang susah..kt rumah aku dh jd mcm kedai runcit penuh barang sbb nk amik gambar..tp semua beli satu2 je..x leh amik risiko tinggi

        Bila berjinak2 ngn bisnes online baru tau susah payah nya niaga ni..kita dh sediakan stok tapi stok tu laku..duduk terperuk lah dlam stor rumah..future plan aku nk try drop ship plak..tgk camna perginya..nnti aku update lg..

Mexican mint aku dh gemok

Mexican mint aku dh gemuk..trick dia senang ja..pakai tanah baja yg hitam tu..pastu 2 minggu skali bubuh baja organik..pastu letak tempat redup..

Bagus utk batuk dan asma..budak demam leh bagi mandi air daun ni..batuk leh wat teh daun ni.. Ada org panggil pokok hati-hati..

Bau dia wangi..leh wat pewangi natural dlm kereta..lipas pun lari..pewangi natural x sama mcm kita beli kt kedai..x pening kepala bau dia..cara dia letak dlm bekas plastik apa2 pastu tebuk lubang kecik2

Pesuruh jaya sumpah parit buntar

Ok ni entry untuk seo keyword search engine hehe..sbb dulu fedup aku cari dalam tenet pesuruh jaya sumpah kat parit buntar tapi takda...

Setahu aku kat parit buntar cuma ada dua ja pesuruh jaya sumpah..satu kat dalam mahkamah parit buntar..cuma kat sini kenkadang ramai orang..

Satu lagi pesuruh jaya sumpah kt bulatan jam besar parit buntar..kedai dia betul2 dalam bulatan tu..tepi kedai kraftangan tak silap aku..haha..tu pun aku cari tak jumpa..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)