Resepi Kek Batik Simple dan Best (Step by Step)

Kek batik sudah menjadi fenomena dalam kalangan anak muda masa kini. Hal ini demikian kerana, penyediaannya agak mudah, dan tidak memerlukan kos yang banyak dalam penyediaan bahan. Di tambah dengan rasa yang lazat, tidak hairanlah ianya menjadi sebutan ramai. Berikut merupakan resepi kek batik yang saya cuba sendiri.

Bahan-Bahan

- 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbok koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong 

Langkah-Langkah

1. Patah-Patahkan Biskut Marie.


2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan gunakan api sederhana.


 3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup.


4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.

5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.


6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.


7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba! :-)

Sumber:http://www.kongsiresepi.com/read/11398/0/

0 Budak Comel Komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...