Ini adalah kisah benar yang berlaku pada kami sendiri (krew Oh! Media) masa Ramadhan lalu.
Sedang kami syok berbuka puasa di sebuah restoran berdekatan area Menara UOA, Bangsar, kedengaran sebuah kereta VIVA tekan horn bukan main lama lagi. Bila dijenguk rupanya kereta dia kena blocking.
Horn punya horn, sampai horn dia bunyi macam radio habis bateri. Korang bayangkanlah betapa annoying nya orang-orang kat situ dengan dia tekan horn sampai naik kong baterinya. Kalau di kawasan hospital, boleh kena ketuk dengan cota pak guard. LOL!
Dari jauh, kami nampak seorang remaja lelaki awal 20-an dan ibunya (auntie) berbangsa India, mencari pemilik kereta sampai ke meja makan kami pun dia tanya. Habis sahaja makan, terus kami bangun untuk tengok apa yang berlaku dan dengan niat ingin membantu apa yang termampu atau membantu hingga kereta tersebut dapat dikeluarkan walau dalam keadaan yang sempit.
Sampai sahaja di kereta tersebut kami nampak sebuah Toyota Vios yang blocking Perodua Viva tersebut. Pemilik Viva tersebut dah mundar-mandir tidak tentu arah (menahan marah) dan anaknya yang berusia awal 20-an tu nak mencalarkan Vios tersebut mungkin sebagai pengajaran.
Sampai sahaja di kereta Vios tersebut, terus kami jenguk windscreen dia dan berkata, "Hello, you tak nampak ke ada name card atas dashboard kereta dia? Kenapa you tak call dulu?". Terus auntie dan budak tu call pemilik Vios tersebut, seorang lelaki berbangsa Cina.
Tidak sampai 1 minit, pemilik Vios tu pun turun dari atas menara (patut pun dia tak dengar bunyi horn) dan memohon maaf lantas mengalihkan keretanya. Pemilik Viva pun mengucapkan terima kasih pada kami kerana membantu dan berlalu pergi.
Dari kisah ini, ada beberapa perkara yang patut kita ingat;
1. Jangan blocking kereta orang kalau dah tahu ada hal yang mengambil masa yang lama. Carilah parking lain biarpun terpaksa membayar. Jangan pentingkan diri sendiri hanya kerana malas cari tempat parking dan mahu jimat duit dari membayar parking. Silap hari, lagi banyak duit yang perlu anda keluarkan untuk membaiki kereta yang dirosakkan. Macam kes ini, hampir kereta anda dicalarkan.
2. Jika anda blocking kereta orang lain walaupun seketika sahaja, jangan lupa tinggalkan name card atau sebarang nota lain untuk pemilik kereta yang anda halang itu dapat menghubungi anda dengan mudah.
3. Jangan terlalu mudah untuk mencalarkan kereta orang atau memancitkan tayar kereta tersebut. Silap hari tengah anda calarkan, turun tuannya, silap-silap boleh bertumbuk dan mungkin boleh berbunuhan di situ. Mungkin ada hari kita pula terpaksa block kereta orang lain atas sebab yang mendesak.
4. Bila kereta anda dihalang, periksa samaada kereta tersebut ada meninggalkan nota untuk dihubungi dan sebagainya. Jika tiada sebarang nota ditinggalkan, hubungi pihak management bangunan dan mereka akan memanggil tow-truck untuk mengalihkan kereta tersebut. Paling tidak, suruh aje DBKL angkut bawa pergi. Biar dia merasa bayar saman.
Jadi, perkara-perkara seperti ini dapat kita elakkan jika masing-masing punya etika dan sivik dalam kemasyarakatan. Sama-sama menghormati antara satu sama lain di dalam sebuah negara yang aman dan makmur ini. Jangan semua nak berakhir dengan keganasan dan jenayah.
Pesanan kemasyarakatan ini di bawakan oleh www.ohmedia.com.my

No comments:
Post a Comment