Jgn block kereta org lain!!!
Ini adalah kisah benar yang berlaku pada kami sendiri (krew Oh! Media) masa Ramadhan lalu.
Sedang kami syok berbuka puasa di sebuah restoran berdekatan area Menara UOA, Bangsar, kedengaran sebuah kereta VIVA tekan horn bukan main lama lagi. Bila dijenguk rupanya kereta dia kena blocking.
Horn punya horn, sampai horn dia bunyi macam radio habis bateri. Korang bayangkanlah betapa annoying nya orang-orang kat situ dengan dia tekan horn sampai naik kong baterinya. Kalau di kawasan hospital, boleh kena ketuk dengan cota pak guard. LOL!
Dari jauh, kami nampak seorang remaja lelaki awal 20-an dan ibunya (auntie) berbangsa India, mencari pemilik kereta sampai ke meja makan kami pun dia tanya. Habis sahaja makan, terus kami bangun untuk tengok apa yang berlaku dan dengan niat ingin membantu apa yang termampu atau membantu hingga kereta tersebut dapat dikeluarkan walau dalam keadaan yang sempit.
Sampai sahaja di kereta tersebut kami nampak sebuah Toyota Vios yang blocking Perodua Viva tersebut. Pemilik Viva tersebut dah mundar-mandir tidak tentu arah (menahan marah) dan anaknya yang berusia awal 20-an tu nak mencalarkan Vios tersebut mungkin sebagai pengajaran.
Sampai sahaja di kereta Vios tersebut, terus kami jenguk windscreen dia dan berkata, "Hello, you tak nampak ke ada name card atas dashboard kereta dia? Kenapa you tak call dulu?". Terus auntie dan budak tu call pemilik Vios tersebut, seorang lelaki berbangsa Cina.
Tidak sampai 1 minit, pemilik Vios tu pun turun dari atas menara (patut pun dia tak dengar bunyi horn) dan memohon maaf lantas mengalihkan keretanya. Pemilik Viva pun mengucapkan terima kasih pada kami kerana membantu dan berlalu pergi.
Dari kisah ini, ada beberapa perkara yang patut kita ingat;
1. Jangan blocking kereta orang kalau dah tahu ada hal yang mengambil masa yang lama. Carilah parking lain biarpun terpaksa membayar. Jangan pentingkan diri sendiri hanya kerana malas cari tempat parking dan mahu jimat duit dari membayar parking. Silap hari, lagi banyak duit yang perlu anda keluarkan untuk membaiki kereta yang dirosakkan. Macam kes ini, hampir kereta anda dicalarkan.
2. Jika anda blocking kereta orang lain walaupun seketika sahaja, jangan lupa tinggalkan name card atau sebarang nota lain untuk pemilik kereta yang anda halang itu dapat menghubungi anda dengan mudah.
3. Jangan terlalu mudah untuk mencalarkan kereta orang atau memancitkan tayar kereta tersebut. Silap hari tengah anda calarkan, turun tuannya, silap-silap boleh bertumbuk dan mungkin boleh berbunuhan di situ. Mungkin ada hari kita pula terpaksa block kereta orang lain atas sebab yang mendesak.
4. Bila kereta anda dihalang, periksa samaada kereta tersebut ada meninggalkan nota untuk dihubungi dan sebagainya. Jika tiada sebarang nota ditinggalkan, hubungi pihak management bangunan dan mereka akan memanggil tow-truck untuk mengalihkan kereta tersebut. Paling tidak, suruh aje DBKL angkut bawa pergi. Biar dia merasa bayar saman.
Jadi, perkara-perkara seperti ini dapat kita elakkan jika masing-masing punya etika dan sivik dalam kemasyarakatan. Sama-sama menghormati antara satu sama lain di dalam sebuah negara yang aman dan makmur ini. Jangan semua nak berakhir dengan keganasan dan jenayah.
Pesanan kemasyarakatan ini di bawakan oleh www.ohmedia.com.my

Tindakan Jinping mengejutkan rakyat China
Jinping (kiri) menikmati roti kukus sambil berbual dengan beberapa pelanggan di sebuah restoran di Beijing.
Beijing: Presiden China, Xi Jinping, mencetuskan kegemparan apabila beliau dilihat beratur dan membeli roti kukus di sebuah restoran di Beijing hujung minggu lalu.
Dalam langkah bertujuan menonjolkan sikap rendah dirinya, Jinping singgah di kedai roti kukus popular Qingfeng kelmarin dan membayar dengan duit sendiri roti campuran daging dan bawang, sayur hijau dan hati goreng yang berharga 21 yuan (RM11.38), lapor Beijing News.

Gambar dan video lawatan Jinping segera tersiar di internet China dengan sebahagian pengguna terkejut dengan berita itu di negara yang menyaksikan pemimpin jarang kelihatan di khalayak ramai.
Seorang pragmatik
“Jinping ialah seorang pragmatik yang mahu bergaul dengan rakyat. Penduduk perlu menyokong cara ini,” tulis seorang pengguna.
Sementara itu beberapa pihak lain memberi reaksi curiga dan berpendapat, kakitangan restoran dan pelanggan lain ketika lawatan Jinping ialah pelakon dan pengawal peribadi.
Ia juga dilihat peluang rakyat biasa untuk bergambar dengan beliau dan tidak membicarakan mengenai sama ada pemimpin itu bergaul dengan rakyat biasa.
“Tanya beliau berapa harga satu paun roti kukus. Anda rasa beliau tahu?” tulis seorang penulis yang tidak kagum dengan keadaan itu.
“Jangan kata presiden, tetapi pernahkah anda lihat pegawai di mukim ini membeli roti sendiri?” tulis seorang lagi.
Jarang keluar
Presiden China dan pemimpin atasan lain jarang keluar melepasi Zhongnanhai, pekarangan dikawal ketat yang menempatkan beberapa ibu pejabat kerajaan pusat, untuk bercampur dengan penduduk Beijing.
Sebahagian lain mengaitkan tindakan itu dengan lawatan mengejut ke restoran oleh pemimpin Amerika Syarikat, Naib Presiden Joe Biden dan Setiausaha Perbendarahaan, Jack Lew, yang menjadi tajuk utama ketika lawatan ke China beberapa tahun lalu dengan meminta makanan murah di sebuah restoran di Beijing.
Seorang pengguna yang memberi reaksi kepada perbandingan itu menulis: “Kemajuan adalah kemajuan. Kita tidak perlu selalu membandingkan negara ini dengan Amerika.” - AFP

Hoyeyy...shopping barang baby..
Arini kami g shopping barang baby kt bangi...beli sikit2..tak lah terasa sgt nanti bila baby lahir..td g jumpe doktor g scan 3D/4D kat klinik najwa bangi..murah gak RM80 je sbb ada promotion dia ckp...dh nampak jantina..doktor ckp baby boy..hehe
Pasni nk beli bottle baby,topi baby lupa beli.car seat..stroller..ngn katil baby yg ada kelambu..jenama apa yg bagus erk..murah dan berkualiti..
Desas-desus kadar tol naik
Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
berita@kosmo.com.my
berita@kosmo.com.my
SEBANYAK 13 lebuh raya dikatakan akan terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR – Selepas siri kenaikan harga petrol, diesel dan gula pada tahun ini, pengguna perlu bersedia kemungkinan kadar tol dinaikkan bermula tahun depan. Menurut sumber, desas-desus kenaikan kadar tol itu dijangka antara 30 sen sehingga RM1 melibatkan beberapa lebuh raya di Malaysia. Katanya, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014 malahan terdapat cadangan kenaikan sekitar 20 peratus sehingga 40 peratus. Kenaikan tersebut dikatakan tidak dapat dielakkan memandangkan pada akhir tahun ini terdapat beberapa syarikat pengendali lebuh raya yang perlu mematuhi perjanjian konsesi yang telah ditandatangani. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terdapat semakan semula struktur kadar tol pada tahun depan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2mw1K0IAp Hakcipta terpelihara
P.S / Tak patut lah tol dinaikkan...takkan nak pakai alasan harga tol malaysia masih rendah di kalangan negara asean kot..harga tol skang pon dh mahal
Bila harga tol naik harga barang pun akan naik..sbb penghantaran barang byk guna highway gak..secara tak langsung inflasi akan naik..maybe dorang pakai alasan nak kurangkan jem kt higway kot hahaha...
Sebelum pilihan raya aritu siap ada tol lg yg mansuh..lepas menang je terus naik...janji dicapati betul lah hehehe
|
Ajoi dan ayah
Ajoi : Ayah, tadi Ajoi balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Ajoi ke hari ni?
Ajoi : Tak.
Ayah : Ajoi ada duit ke nak bayar tambang?
Ajoi : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Ajoi : 60 sen.
Ayah : Ajoi ada berapa sen?
Ajoi : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macam Ajoia Ajoi bayar tambang?
Ajoi : Ajoi ada 50 sen, Ajoi buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : !@#$%^&*

Ajoi dan bas 2 tingkat
Pada tahun 80-an di sebuah bandar... terdapat sejenis pengangkutan baru berupa bas dua tingkat. Lalu orang ramai berpusu-pusu menaikinya untuk mencuba kehebatan bas dua tingkat ini. Antaranya termasuklah warga-warga dari kampung.
Pada suatu hari ada seorang lelaki bernama Ajoi yang datang dari kampung bercadang untuk menaiki bas dua tingkat tersebut. Kebetulan pada masa itu bas penuh sesak dengan penumpang terutamanya di tingkat bawah.
Lalu di konduktor bas pun menyuruh Ajoi naik ketingkat atas. Baru berjalan beberapa meter ajoi turun ketakutan ketingkat satu semula
Si konduktor terkejut dan bertanya “ada apa???”
Sambil melompat turun Ajoi menjawab “takut.. tak ada pemandu diatas!!!!!!"

Audi, BMW dan VW ranking 10 terbawah dalam kajian reliabiliti enjin
Menurut satu kajian terbaru oleh Warranty Direct, dikatakan kereta buatan Jerman tidaklah sehebat yang disangka ramai. Warranty Direct telah mengkaji data tuntutan bagi menyusun senarai pengeluar kereta yang memiliki enjin paling “reliable”, dan mendapati bahawa Audi, BMW dan Volkswagen berada di 10 tangga terbawah daripada sejumlah 36 jenama pengeluar kereta.
Malah , satu-satunya firma yang mempunyai kadar kegagalan enjin yang lebih teruk daripada Audi adalah MG Rover. MINI pun tidaklah hebat mana, menduduki tempat ketiga dari bawah , manakala syarikat induknya BMW berada di tangga ketujuh dari bawah. Dan, walaupun memiliki reputasi reliabiliti hebat , Volkswagen hanya mampu berada di tannga kesembilan dari bawah.
Honda berjaya mengalung pingat emas, di mana kajian tersebut mendapati bahawa hanya satu dalam setiap 344 enjin Honda gagal berbanding satu dalam setiap 27 enjin Audi. Toyota menduduki tempat kedua dan Mercedes berjaya mengatasi jenama-jenama senegaranya di tangga ketiga.
Duncan McClure, Pengarah Urusan Warranty Direct, berkata bahawa kegagalan enjin adalah yang perkara paling teruk bagi seseorang pemilik kenderaan, kerana pembaikan seperti ini boleh membawa kepada kos yang sangat tinggi kerana komponen dan masa yang diperlukan untuk membaikinya. Tambahannya lagi, suatu kegagalan enjin pada Range Rover Evoque suatu ketika dahulu, pernah membawa kepada tuntutan tertinggi yang pernah diproses oleh Warranty Direct, iaitu sebanyak £ 13,000.
Bagaimana, apa kata anda? Tidak hairanlah jualan Honda dan Toyota hebat di Malaysia, bukan?
SUMBER : Autoexpress
Bush, Obama dan Ajoi
Ajoi datang dekat dan bertanya – Apa yang korang bincangkan?
Bush: “Kami sedang merancang Perang Dunia ke-3.
Ajoi: “Really? Apa yang akan terjadi? “.
Bush: “Ya, kali ini kita akan membunuh 140 juta orang Arab & Angelina Jolie!”
Ajoi: “Angelina Jolie ..!!! Mengapa Angelina Jolie? ”
Bush menoleh ke Obama & berkata: “Tengok! aku dah kata , tak seorang pun yang ambil kisah tentang 140 juta orang yang terkorban.
P.S/ Sapa baca balik maknanya dia sama mcm ajoi..hehe..kisah kt angelina jolie je

Subscribe to:
Posts (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)