Kisah Teh Ais Ajoi


Satu hari Wak Sumardi datang ke rumah Ajoi di Seremban yang kisahnya sudah menjadi kaya raya. Di rumah Semi D tu, macam biasa Ajoi pelawa kawan baiknya tu minum.

Ajoi: Nak minum apa bro.. jus buah, soda, teh, coklat, cappuccino, frapuccino, atau kopi?
Sumardi: Teh saja, terima kasih.

Ajoi: Teh dari teh china, teh Sri Langka, teh india, teh herba, teh madu atau teh hijau?
Sumardi: Teh Sri Langka

Ajoi: Teh Sri Langka tu nak ais atau panas?
Sumardi: Pakai ais jer


Ajoi: Nak ais batu, dikisar kasar, dikisar halus atau dihancurkan?
Sumardi: oh…. tak yah susah2, ais batu saja

Ajoi: ais batunya nak yg bentuk kiub, leper, bulat atau berlubang?
Sumardi: Berlubang tengah pun boleh

Ajoi:  Ok, ko nak air teh hitam atau putih?
Sumardi:  putih

Ajoi: Dengan susu, atau krim segar?
Sumardi:  Dengan susu

Ajoi: Susu kambing, atau susu lembu
Sumardi: Dengan susu lembu maaa!!

Ajoi: lembu New Zealand atau lembu Afrika?
Sumardi: kalau gitu tak jadi putih, hitam saja la

Ajoi: Nak pakai gula atau madu?
Sumardi: Dengan gula

Ajoi: Gula pasir atau gula tebu?
Sumardi: Gula tebu

Ajoi: Gula tebu yang warna putih, coklat atau kuning?
Sumardi: Lupakan tehnya, Beri sla aku segelas air saja.>:O

Ajoi: Air mineral, air rebus atau air suling?
Sumardi: Air mineral

Ajoi: sejuk atau biasa?
Sumardi: yg sejuk jer..

Ajoi: minus 5, 10, 20, 30.. atau berapa?
Sumardi: (Tensen ke tahap cipan) Aku balik jer lah Joi…

Ajoi: (Dalam hati) Selamat air aku
Sumardi: (Dalam hati) Cis patutlah kaya..!

0 Budak Comel Komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...