Pisang dan aku.....

gambar sebenar bukan tipu punya hehe

Ahad lepas aku beli pisang sebab aku baru balik main badminton..pisang ni bagus makan lepas exercise sebab pisang memberi tenaga semulajadi dengan cepat..sebab tu korang tengok tarzan dalam hutan dia banyak makan pisang sebab tu lah...actually tarzan makan pisang sebab gorilla yang jaga dia makan pisang hehehehe

Actually aku suka makan pisang sebab aku ni pemalas..kalau buah lain macam epal ke, jambu ke kena basuh dulu kan..pisang tak yah basuh..ko kopek kulit dia terus makan..senang kan hehe..ikut kajian pisang ni boleh membuat mood seseorang tu jadi happy..sebab tu korang tengok monyet2 yang makan pisang semua ceria2 belaka kihkihkih..tengok, gelak pun dh mcm monyet hihihihihi

Tengah dok makan pisang tu aku dapat yang kembar..yeahhhh..terus aku snap dulu sebelum aku ngap... hehe..orang2 tua cakap kalau makan pisang kembar ni peratusan untuk dapat anak kembar sangat tinggi..oo lupa nak cakap teori ni aku yang reka sendiri hehehe..ni pic pisang kembar tu...

Gambar sebenar jugak

Jom baca kelebihan2 pisang yang lain kat bawah ni...
***********************************************************************
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi -sukrosa, fruktosa dan glukosa- yang digabungkan dgn gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana, pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dlm tubuh manusia, yg menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

Sindrom Pra-Haid (PMS) :
Lupakan pil-pil hospital ,makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dlm darah, yg boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dgn kandungan zat besi yg tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , secara tak langsung membantu dlm kes2 anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yg tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna utk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mrk diberi makan pisang utk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar2 itu lebih alert.

Penghadaman:
Kandungan serat yg tinggi mnjadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik utk mengurangkan keletihan ialah dgn mmbuat minuman pisang susu dicampur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dgn bantuan madu dpt membina semula kandungan gula dlm darah yg brkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Pedih Ulu Hati:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa pedih di ulu hati, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari utk membantu memelihara kadar gula dlm darah utk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dgn lapisan dlm kulit pisang. Ramai yg telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dgn cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yg dpt membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kpd pengambilan makanan spt coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja2 tekanan tinggi. Laporan jg menyatakan, utk mengatasi masalah ini, kita prlu mengawal kadar gula dlm darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam utk mengekalkan kadar yg stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dlm pencegahan ulser krn ia bersifat lembut dan tdk mencederakan organ dalaman kita. Ia jg bertindak sbg peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yg percaya bahawa dgn memakan pisang, ia dpt menurunkan suhu kedua2 fizikal dan emosi kpd ibu2 mengandung. Sbg contohnya di Thailand, ibu mengandung mengambil pisang utk memastikan bayi yg dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yg terjadi akibat drpd kurangnya pendedahan kpd cahaya matahari . Pisang dpt membantu pesakit ini krn ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dpt membantu perokok yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dpt membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kpd otak dan mengimbangi kandungan air dlm tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dpt diimbangi semula dgn bantuan snek pisang yg tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dlm buku -The New England Journal of Medicine-, mengambil pisang sbgi diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, utk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dlm kulit pisang itu pd tempat yg ingin dirawat dgn menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dgn epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A serta zat besi, dan 2 kali vitamin serta mineral lain. Ia jg kaya dgn potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yg mudah didapati.
***********************************************************************

7 comments:

W.o.a.y.I.e.s said...

alergic pisang..=(

Kumbang Jingga said...

ada gak erk org alergic dengan pisang..baru tau hehehehe

Anonymous said...

assalam...1st tergelak dekat monyet2 tuu...2nd banyak giler kajian ko buat...tak pernah dgr "demam pagi"...info yg bagus...hehehe

leeza said...

byk nye khasiat dy..kne mkn pisang nie..pisang sdap:D

feeza macho said...

ta suka pisang !

Syeeda said...

lama xmkn pisang..hii sebab skg musim durian

Anonymous said...

aku alergic nasi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)