SEGMEN MO : AKU INGIN BERUBAH

Ini adalah segmen dan contest pertama KJ join...KJ duk tengok nape lah yang gadis2 comel ni duk join segmen abang hensem Ben Ashaari.hehe..KJ tengok tak rasa nak join pun..pelik kan...hehe..tapi kali ni KJ terbuka hati nk join segmen MO....



Sapa nak join, boleh klik [SINI]

Aku berubah sedikit demi sedikit sejak mak aku call masa hari jadi aritu....tapi bukan ikut kalendar omputih tapi kalendar islam....

Mak:Selamat hari jadi iz (mak aku panggil aku iz sbb nama penuh aku faaiz)

Aku:Eh arini hari jadi iz ke...

Mak:Ye lah arini kan 12 rabiul awal..maulud nabi..time hang beranak dulu hari isnin...

Aku:O ye ke mak...tima kacih..minggu depan iz balik hehe...(terharu2 hehe)

Sejak tu aku duk pikir eh mak aku ingat plak arijadi aku dalam bulan islam..bulan omputih mak aku tak ingat plak hehe..so apa kaitan call tu ngn ngn entry aku ingin berubah ni...aku baru ingat yang besday aku ikut bulan islam sama dengan maulidur rasul...tarikh lahir nabi muhammad S.A.W.....hari isnin 12 rabiul awal..tetiba aku rasa malu sangat..tarikh lahir sama ngn nabi tapi peribadi aku jauh tak setanding nabi...sejak tu aku mula berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik

Dari segi blogging plak..aku dah tak post lagi entry-entry pasal artis ke..ataupun entry yang mempunyai gambar pompuan yang tak menutup aurat..entry-entry yang yang menjerumus ke arah kapel sebelum nikah pun aku dah tak post lagi dah...

Walaupun aku laki..tapi aku dah buang semua gambar-gambar aku dari facebook dan blog....dan prinsip baru yang aku cuba tanamkan skang tak mo kapel sebelum nikah..yup dulu aku pernah kapel..even pernah kapel dengan gadis yang free hair...skang aku dah tanam kan azam nak jadi baik dan soleh sebab aku nak dapat gadis yang baik jugak..skang kriteria wajib calon isteri aku mestilah menutup aurat dan beragama....

Selain tu aku berusaha tuk menjadikan lagi solat aku lebih kusyuk dan tawadduk....solat di awal waktu selain solat jemaah bersama...skang aku dah paham maksud-maksud bacaan dalam sembahyang terutamanya al fatihah..dulu aku rasa malu sebab aku belajar hingga ke sarjana muda tapi maksud bacaan al fatihah pun tak ingat huhuh....even ada yang ada master atau PhD tapi maksud bacaan al fatihah pun tak tahu...ada orang boleh main badminton atau bola 2 jam tanpa henti tapi solat 4 rakaat tak tertunai.renung2 kan lah hehe...

Skang aku ingin memperbanyakkan sedekah amal jariah..aku rasa malu sebab tiket wayang sebelas ringgit boleh aku beli tapi nak sedekah seringgit pun ketaq tangan hehe....ada orang boleh beli tiket konsert harga beratus tapi nak sedekah seringgit ke masjid pun tak mampu...

Sekian...

7 comments:

Unknown said...

haha kelakar gak, keep it up.i follow your blog.!!

Lulu Rahman said...

amin :)

Kumbang Jingga said...

amin :)

fRaMe+LenSeS said...

selamat berjaya. tahniah, dan syukur kehadrat ALLAH, sebab dia beri rasa insaf dan "ingin berubah" tu kepada kita, moga berkekalan hendaknya, kita jaga DIA, DIA akan jaga kita juga, :D

- pemilik tinta hati - said...

berubah demi kebaikan..ada ganjarannya..

Solihin Zubir said...

besday aku dlm bulan Islam, Awal Muharram.. heheh..

Muslimah Optimis said...

tahniah dilahirkan sama tarikh dengan Rasulullah.. semoga kita semua berubah menjadi lebih baik setiap hari dan semoga kita istiwamah dengan perubahan yang kita lakukan..

terima kasih sudi join..sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO ya..tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)