Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Ubat cirit birit dan pening kepala

Aritu aku cirit birit dan pening kepala sgt..rasa mcm dunia ni berpusing2 bagaikan kuda pusing fun fairf..aku ada terbaca kt tenet. ubat cirit birit minum air coca cola dan hudred plus..aku pun try lah sebotol coca cola original..tak lama lepas tu memang pening kepala aku hilang..dasyat kan coke ni..tapi cirit birit belum hilang lg..tp air coca cola ni memang boleh membunuh virus..pastu aku minum hundred plus original gak yg ada gas tu..dua hari kemudian baru baik cirit birit..pelik kan ubat ni hehehe...

Semoga org yg cirit birit yg mencari ubat kt tenet jumpa blog aku..tata....hahaha

Cepat atau lambat dapat anak...

Arini terbaca dalam facebook luahan sepasang suami isteri tentang bagaimana dorang usaha nk dapatkan anak..aku rasa ada benarnya apa yg dia ckp..aku share balik kt sini dia punya summary:


  • Solat jgn tinggal..aku tambah lg sikit..slalu solat berjamaah suami dan isteri pastu lepas abis solat suami baca doa nabi zakaria bersama2 isteri
  • Slalu beri hadiah kepada kanak2 dan bayi..pegang kanak2 dan bayi amik berkat sbb malaikat akan mendoakan kita sbb kanak2 dan bayi ahli syurga..
  • Jangan bg isteri stress dan sentiasa bg isteri happy..aku tambah lg..isteri juga kena bg suami happy sbb boleh effect sperma hehehe..
Aku tambah lg sikit..makan kena jaga..kurangkan mknana yg byk pengawet dan bahan perisa..gula dan garam kena kurang..bykkan mknan fresh dan semulajadi...lelaki kena byk mkn taugeh dan tembikai..pompuan aku tak ingat dah..mkn buah delima..dan madu

Mentaliti Malu Bawa Bekal 'Time Lunch', Kenapa Hanya Melayu Malu?


Memang sangat pelik apabila mentaliti orang melayu khususnya apabila berbincang mengenai bawa bekal, memang bukan pilihan malah seboleh-bolehnya mengelak untuk membawa bekal ke pejabat.


Lelaki Melayu terutamanya memang  jarang ataupun seakan pupus lelaki membawa bekal ke pejabat yang sememangnya mempunyai banyak manfaat.

Jika kita lihat kaum lain khususnya Cina, mereka bangga dengan bekalan yang dibawa kerana mereka lebih percaya khasiat dari rumah yang sememangnya tidak diragukan.

Penulis sendiri pernah diajukan soalan sebegini oleh rakan kerja seorang lelaki cina yang merasakan fenomena lelaki melayu dengan bekalan adalah sangat jarang malah boleh dikatakan tiada.

Untuk wanita melayu juga jarang-jarang mereka membawa bekal. Jadi apa sebenarnya yang berlegar dalam kepala otak orang melayu yang tidak menggemari aktiviti membawa bekal?

- 'Kau ini tak ada duit sangat ke?'
- 'Kau ini macam perempuan lah bawak bekal.'
- 'Isteri kau queen kontrol ke?'
-' Kesian hari-hari mengadap bekal.'

Biasa kan dengar, dikalangan kita, jika melihat atau berbincang mengenai perkara ini pastinya kita meletakkan diri kita pada kalangan yang tidak menggunakan bekal tersebut.


Antara kebaikan membawa bekal ke pejabat:

1. Jimat
Memang menjimatkan anda kerana, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar dan boleh mengaturkan sendiri diet makanan anda.

2. Makanan yang berkhasiat dan seimbang
Sememangnya, anda akan masak bekalan anda dengan seimbang tanpa perlu memikirkan kolestrol serta minyak dalam masakan.



3.Eratkan hubungan kekeluargaan
Dengan cara membawa bekal, suami dapat menghargai masakan isteri dan mengeratkan hubungan sesama suami isteri.

Ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi, kikis mentaliti bawa bekal sesuatu yang memalukan. Pujian harus diberikan kepada mereka yang mampu menangkis perasaan malu kerana tiada yang salah dengan membawa bekal. Semoga ia menjadi satu budaya yang dibanggakan suatu hari nanti. 

Makanan goreng yang berminyak penyebab utama gemuk!!!!

Aku cuba menahan godaan utk tidak makan makanan bergoreng mcm ayam goreng dan apa2 je lah yg bergoreng sbb berat badan meningkat sedikit demi sedikit haha..makanan berminyak ni adalah sebab number satu gemuk..kedua adalah nasik..adehh..dua2 ni dah lah sedap plak tu..

Nak jogging mcm takda masa plak..nak makan ubat diet takut kesan sampingan plak..dilema dilema...camni kena lah cari byk sikit makanan yg rebus2 ke..stim2 ke..yg tak guna minyak..lagipun bende2 minyak dan goreng2 ni boleh menyebabkan kolestrol tinggi dan senang kena penyakit jantung...

Ermmm..rasanya aku nk g beli mangga lah..bukan majalah magga k..buah pelam..nk buat magga asam boi..takpun senang beli epal hijau buat epal asam boi..sedap kot aku buat dulu..

5 makanan yang membuatkan anda semakin bijak


1. Oily Fish-Salmon, Mackerel and Sardines




2. Dark leafy green-spinach, kale and brocolli




3. Eggs





4. Green Tea




5. Chocolate



Cara terhebat dan selamat untuk menguruskan badan

  1. Jangan makan ayam dan daging. makan ikan ngn sayur2 je.hehe..leh tahan ke..
  2. Jangan makan nasi. Korang jgn pelik lah org malaysia ramai gemuk2..sbb org malaysia suka makan nasi..so kurangkan makan nasik ye hehe...tp kalau seminggu tak makan nasik boleh tak keruan dibuatnya..rasa mcm tak makan sepuloh hari..rindu je kt nasik.hehe
  3. Jangan makan ubat kurus..walaupun ada ubat kurus yg selamat tp cuba elakkan sbb ubat kurus ni ada side effect kpd kesihatan..jd korang exercise je lah erk..
  4. Banyakkan makan buah-buahan..bila kenyang makan buah jd kurang lah sikit korang makan nasik hahaha
  5. Banyakkan minum air. Sebenarnya bila korang lapar tu bukan lapar sebenarnya tapi dahaga..so try minum air dulu tgk.bini aku slalu ckp "abg tak lapaq lah..tu dahaga je..perasaan abg je tu...nah minum ayaq ni byk2" sedaq2 je perut aku dh kembung haha
  6. Banyakkan lauk sayur dari lauk lain..bila kenyang mkn sayur so lauk lauk tak laku lah
  7. Jangan makan fast food dah..ataupun makanan yg bergoreng guna minyak..mkn yg rebus2 atau kukus je
  8. Sebelum makan minum air dulu ye..rasa lapar kurang sikit..so makanan yg diambil kurang
  9. Exercise sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit..paling senang kemas rumah ke..cuci baju ke..mop lantai ke..cuci bilik air ke..kan senang exercise dlm rumah..
  10. Minum air limau atau jus oren. Bini aku ckp ayaq ni leh potong lemak hehe.. 
  11. Jangan makan bende manis mcm gula, air gas, coklat dan sebagainya.. sbb penyebab utama gemuk adalah gula..percayalah..ini citer betul bukan bohong haha..

Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella

Agen penyebab
Bakteria dari kumpulan Salmonella Punca
  • Usus manusia dan haiwan (terutamanya usus ayam)
  • Haiwan perosak (tikus, lipas dan lalat)
  • Haiwan liar
Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini
  • Daging unggas dan yang berasaskan unggas
  • Telur dan hasil telur
  • Susu dan hasil tenusu
  • Hasil tenusu (keju, krim, kastard)
Cara rebakkan
  • Makanan tercemar samada semasa penyimpanan atau semasa penyediaan.
  • Pengendali makanan yang dicemari oleh haiwan (tangan ke mulut)
Tanda-tanda
  • Demam
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Muntah-muntah
  • Loya
  • Sakit kepala
Tempoh jangkitan
Antara 6 jam ke 72 jam (kebiasaannya 12 - 36 jam)
Cara pencegahan
  • Masak daging, unggas dan telur dengan sempurna
  • Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separuh masak
  • Gunakan peralatan yang berbeza (pisau, papan pemotong) untuk daging mentah dan yang telah dimasak
  • Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas yang berbeza

Keracunan Makanan

Apa itu keracunan makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).
Apa yang menyebabkan keracunan makanan?
Punca keracunan makanan:
  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
  • Keracunan tersebut
  • Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit itu mungkin akan mengalami :
  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).
Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  • Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna.
  • Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  • Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna.
  • Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih.
  • Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun.
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
  • Sentiasa menjaga kebersihan
    • Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
    • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
    • Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
    • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
    • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
    • Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
    • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
  • Sentiasa masak dengan sempurna
    • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
    • Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
    • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
    • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
    • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
    • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
    • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
    • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?
  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai kesihatan
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Bakteria & Keracunan Makanan

Apa itu bakteria?
Bakteria adalah sejenis organisma yang sangat halus yang hanya dapat dilihat dengan mata kasar tanpa menggunakan mikroskop. Kebanyakan bakteria adalah tidak merbahaya, tetapi sebahagian lagi boleh menyebabkan makanan menjadi basi dan keracunan makanan Bakteria penyebab keracunan makanan boleh ditemui di mana-mana. Di antara sumber bakteria adalah:
  • Makanan mentah
  • Manusia
  • Serangga
  • Tikus
  • Haiwan peliharaan
  • Sisa makanan
  • Tanah
  • Udara
Fakta penting
Makanan yang dicemari oleh bakteria keracunan makanan mungkin mempunyai rupa, rasa dan bau yang normal.
Jenis-jenis bakteria keracunan makanan
  • Kumpulan Salmonella
  • Staphylococcus Aureus
  • Escherichia coli
  • Baccilus cereus
  • Vibrio parahaemolyticus
  • Campylobacter

Sisi mistik kaburi manfaat



SAAT Siti Patimah Mohammad masih kecil, beliau sering mendengar kisah yang disampaikan bapanya tentang mitos ikan puyu. Antara cerita yang masih segar dalam ingatannya ialah fungsi ikan itu ketika wanita hendak bersalin.

"Orang dulu-dulu bungkus ikan puyu yang masih hidup dalam kain. Kemudian, mereka gantung pada pintu rumah waktu perempuan melahirkan anak. Ikan tersebut dibiarkan di situ sehingga ia kering.
"Saya kurang jelas kegunaan ikan tersebut tapi apa yang diberitahu ia dapat mengelakkan benda jahat daripada mengganggu proses kelahiran.

"Biasalah, zaman dahulu orang tua banyak pantang larang dan mungkin ia kepercayaan mereka bagi mengekang gangguan makhluk halus. Sejauh mana kebenarannya saya sendiri tidak pasti," bersahaja nada wanita berusia 58 tahun itu ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor.

Sambil memperbetulkan umpan berupa cengkerik pada mata kailnya, Patimah tidak henti-henti berkongsi kisah menarik tentang ikan yang dilabelkan 'ikan longkang' oleh kebanyakan orang itu. Menurutnya, beliau sendiri kurang mengambil berat sisi mistik puyu yang digembar-gembur masyarakat. Baginya, adalah lebih baik sekiranya ciri-ciri positif hidupan air itu yang diperbesarkan.

Tambah Patimah, tidak ramai orang di negara ini memilih puyu sebagai lauk, malah ada tanggapan yang menyifatkan pilihan itu sebagai pelik. Namun bagi beliau, puyu yang dimasak gulai lemak kuning mampu menambat selera siapa sahaja yang tidak pernah merasai keenakan ikan air tawar itu.

"Saya sudah mengenali ikan puyu ini sejak kecil lagi. Mungkin kerana saya dilahirkan, dibesarkan dan menetap di sini membuatkan ikan tersebut tidak asing dalam menu hidangan keluarga saya.

"Tambahan pula, kawasan kami dikelilingi sawah padi dan tali air iaitu lubuk paling sesuai buat puyu membiak. Sejak dahulu, saya gemar menangkap puyu tidak kira di sawah ataupun di parit kecil.

"Walaupun sudah bergelar warga emas, saya masih kerap memancing puyu di longkang hadapan rumah saya ini. Selalunya saya memancing untuk tempoh beberapa jam bermula dari pukul 2 petang hingga 4 petang.

"Jika cuaca panas, saya hanya turun selepas pukul 5 petang," tutur Patimah yang mendedahkan waktu tengah hari merupakan jangka masa terbaik menangkap puyu kerana ia tempoh puyu memburu umpan.

Hasil tangkapan beliau kemudiannya dipecahkan mengikut saiz ikan tersebut. Puyu bersaiz besar akan dimasak manakala yang kecil dibela di dalam akuarium atau telaga kecil di belakang rumahnya.

Elak pukau



KAWASAN bendang dan tali air menjadi tempat permainan ikan puyu.


Suami Patimah, Buani Roski, 63, juga penggemar ikan air tawar terutama puyu. Pesara syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) itu menyifatkan puyu sebagai ikan tahan lasak yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Rasa lemak yang tinggi daripada ikan itu cukup menyelerakan tekaknya.

Berbalik pada kepercayaan misteri yang dikaitkan dengan ikan itu, Buani hanya tertawa kecil saat dijentik persoalan sedemikian. Katanya: "Ikan puyu dan perkara mistik tidak dapat dipisahkan. Ia umpama cerita turun-temurun dalam masyarakat tempatan tidak mengira bangsa.

"Keupayaan ikan puyu sebagai pelindung rumah ialah versi paling kerap didengar. Ramai membela puyu bagi mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri yang menggunakan ilmu pukau," ujarnya.

Mereka yang terikut-ikut akan kepercayaan itu bersandar kepada teori bahawa pukau tidak akan berkesan jika terdapat benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga.

"Puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Sebab itulah, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah," jelas Buani mengenai dakwaan tersebut, namun dia lebih percaya pada kuasa dan ketentuan Allah SWT.

Lebih menguji akal logik, ikan yang mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan itu dikatakan sebagai alat mainan yang digemari toyol dan orang bunian!

Dalam penceritaan lain, ciri fizikal ikan yang mampu mencecah usia lima tahun itu juga dipercayai digeruni makhluk halus termasuk syaitan dan jin. Duri tajam yang terdapat pada puyu dikatakan menyekat kebal makhluk tersebut untuk masuk ke dalam rumah manusia.


MASAKAN ikan puyu boleh dipelbagaikan mengikut selera.


Dalam dunia perdukunan, puyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu. Begitupun, ada juga yang menjadikannya sebagai objek untuk menyantau orang lain.

Puyu sawah

Seperti yang diketahui umum, kawasan bendang dan tali air menjadi tempat permainan ikan puyu. Selepas tempoh menuai, air menjadi semakin cetek dan ia merupakan waktu paling seronok bagi orang kampung menangkap puyu yang terperangkap di petak-petak sawah.

Bagi Mohd. Yatim Basri, 59, dua petak sawah miliknya di Kampung Sungai Haji Dorani menjadi kawasan ideal buat ikan-ikan air tawar ditangkap. Tiada kolam khas dibuat untuk pemeliharaan ikan tersebut malah beliau menyerahkan sahaja proses pembiakan spesies itu kepada alam semula jadi.

"Budak-budak kecil paling suka menangkap ikan puyu. Masa air cetek, ikan puyu bertaburan dan mudah ditangkap, berbeza pada waktu air dalam.

"Saya masih ingat ketika tahun 1970-an, ikan puyu yang ditangkap dijual pada harga 50 sen sekati atau kini 600 gram (g). Sekarang pula harganya telah melonjak sehingga mencecah RM12 sekilogram.

"Memandangkan rumah saya dikelilingi sawah, aktiviti menangkap ikan itu bolehlah dikatakan kerap. Anak-anak dan cucu-cucu juga tidak terkecuali memancing puyu. Ia enak dimasak sambal atau digoreng," ujar Yatim yang memancing menggunakan batang buluh kecil buatan sendiri.

Keburukan Akibat Menggunakan Tandas Duduk



Mana Satu Pilihan Anda, Duduk Atau Mencangkung ?

Kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa sekarang nampaknya sudah mula beralih kepada penggunaan tandas duduk, tidak kiralah yang menetap di kampung ataupun tinggal di bandar, masing-masing seakan –akan sudah melupakan tandas tradisional (eastern toilet) iaitu tandas jenis mencangkung. Ramai yang beranggapan tandas sebegitu sudah ketinggalan zaman, malahan kalau di hotel-hotel dan tempat ternama lain, tandas jenis duduk sering menjadi pilihan.



Tahukah anda apa sebenarnya rahsia disebalik tandas cangkung ini dan apa pula keburukan akibat menggunakan tandas jenis duduk?

Lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak apabila duduk semasa menggunakan tandas jenis duduk, berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar

Perkara sebaliknya berlaku sekiranya dalam keadaan duduk, kerana ini akan membawa kepada masalah sembelit. Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi kesukaran membuang air besar, dan kaitannya dengan menggunakan tandas duduk adalah, najis tidak akan habis dikeluarkan kerana laluannya menjadi sempit dan akan terus disimpan lagi sehinggalah untuk waktu seterusnya. Najis yang disimpan akan mengeras (kerana proses pengulangan penyerapan air) dan ini membawa kepada masalah sembelit. Sebab itulah ramai mengadu seringkali tidak berasa puas apabila menggunakan tandas duduk ini.



Disamping itu juga, satu masalah yang akan timbul melibatkan tandas duduk ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya kebocoran ( backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.Ini melibatkan kepada fungsi injap ileo-caecal yang mengawal aliran najis dari usus kecil kepada usus besar. “backflow” ini menyebabkan toxins diserap melalui usus kecil ini (usus kecil untuk menyerap nutrients cernaan dan mengandungi banyak salur darah) dan akan diserap oleh salur darah seterusnya memberi beban kepada hati untuk menyahtoksikkan bahan toxins tersebut.

Sekadar makluman, dalam Islam makruh bagi kita memakan hati (organ dalaman).Ramai mempersoalkan sedangkan hati mempunyai khasiatnya yang tersendiri juga. Jawapannya adalah memandangkan kita tidak tahu di bahagian hati manakah khasiat tersebut disimpan dan salah satu fungsi major hati adalah untuk mengneutralkan toxins/dadah , rasanya lebih wajar kita tidak digalakkan memakannya.


Untuk pengetahuan anda juga, penggunaan tandas duduk merupakan penyebab no2 kepada kanser kolon di United States, kerana semua rakyat US menggunakan tandas duduk,kerana pada fikiran kasar, tandas duduk memberi kemudahan dan kesenangang terhadap penggunanya.

Dan didalam Sunnah Nabi, memang kalau seseorang itu ingin membuang air besar, disunatkan mencangkung dengan bahagian punggung kiri sedikit terangkat.Mengapa? Kerana pada bahagian itulah letaknya rectum, iaitu tempat penyimpan najis sebelum ia dikeluarkan.

Setelah anda membaca artikel ini, adakah anda sudah berfikir untuk menukar tandas anda. Terserahlah, tetapi harus diingat, jangan kalau di rumah tandas jenis duduk tapi kita pergi pulak mencangkung, bahaya tu, boleh menyebabkan kemalangan.Jangan berbuat demikian.

Cedera Parah Akibat Mencangkung Diatas Mangkuk Tandas Duduk (Klik Disini)



Sumber :
1) http://hasnulhadiahmad.com/keburukan-akibat-menggunakan-tandas-duduk/
2) http://en.wikipedia.org/wiki/Defecation_postures

Tip mengurangkan berat badan

Arini tak mau post entry lawak dah..aku dh boring ari2 entry lawak ehehehe..nk post entry kesihatan plak..im on diet okay..lihat pinggang ku ramping kan hehehehe...tak ingt aku iklan ape yg ckp mcm tu..hehe..jom kuruskan badan okey..

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat


Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.

4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.

Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8)Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

Penoreh getah temui ajal disengat lebah



MOHD AZRI melakonkan aksi Ameen menjirus air ke badannya semasa disengat lebah di ladang getah Kampung Tanah Pinggir Meriang, Nyalas, Jasin semalam.

JASIN – Seorang penoreh getah maut apabila diserang sekumpulan lebah ganas ketika dia dalam perjalanan untuk menoreh getah di ladang getah milik ibunya di Kampung Baru, Tanah Pinggir Meriang, Nyalas di sini pada pukul 3.15 petang kelmarin.

Mangsa, Ameen Md. Tahir, 32, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Bekoh selepas terkena lebih 100 sengatan pada muka dan badannya.

Turut disengat lebah tersebut ialah anak saudara mangsa, Mohd. Azri Abdullah, 31, yang tiba di ladang tersebut kira-kira 10 minit selepas mangsa diserang serangga berkenaan.

Dia bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami bengkak pada belakang badan akibat puluhan sengatan lebah tersebut.

Mohd. Azri berkata, mangsa menuju ke ladang berkenaan menunggang motosikal bersendirian dari rumah ibunya di Kampung Abbey kira-kira enam kilometer dari ladang itu pada pukul 3 petang manakala dia hanya keluar 10 minit kemudian juga dengan menunggang motosikal.

“Ketika hampir tiba di ladang, tiba-tiba saya diserang sekumpulan lebah dan disengat pada muka serta badan. Saya terus memecut laju bagi melarikan diri namun lebah-lebah ini berterusan menyengat saya.

“Namun, kira-kira 200 meter, saya memberhentikan motosikal apabila melihat motosikal arwah terbalik di atas jalan manakala arwah sedang kelam-kabut menjirus badannya dengan air di tepi sebuah tong bagi mengelakkan sengatan lebah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, Ameen kemudian melompat ke dalam tong berisi air itu namun, lebah tersebut masih dapat menyengatnya kerana air di dalam tong berkenaan sedikit.

Mohd. Azri memberitahu, akibat tidak tahan sakit disengat, dia dan Ameen yang membonceng motosikalnya beredar dari situ namun, kumpulan lebah tersebut terus mengekori dan menyengat mereka sehingga kira-kira 300 meter lagi.


Bagaimana ini boleh terjadi?

Jadi, hasil dari kejadian tu aku titipkanlah sedikit info pasal benda tu :

Serangga daripada janis lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah mempunyai kepentingan perubatan yang besar kerana gigitan atau sengatannya boleh menyebabkan tindakbalas keracunan mendadak serta alahan yang boleh membawa maut. Sebelum ini pernah terdapat beberapa laporan akhbar tentang kejadian serangan lebah yang telah meragut nyawa kanak-kanak.

Serangga ini adalah jenis serangga dari kumpulan hymenoptera yang mempunyai sengat bersambungan dengan saluran kantung racunnya di tapak sengatan supaya bahan racun terus mengalir ke dalam tubuh mangsanya. Sejenis bahan kimia yang disebut pteromone juga ditinggalkan kepada mangsanya bagi menarik perhatian lebah lain supaya menyerang mangsa tersebut.

Bagi langkah kecemasan pada sebarang gigitan serangga, langkah umum yang diambil adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa setiap gigitan boleh memudaratkan kesihatan mangsa.

Jika ini berlaku, mangsa sengatan boleh menunjukkan salah satu tindakbalas berikut: untuk mangsa yang pertama kali disengat, kesan kesakitan dan rasa panas dirasai pada tapak sengatan. Bengkak merah akan muncul selepas sengatan tersebut dan bengkak ini akan hilang selepas satu hingga dua jam. Bahan beracun himenoptera boleh menghasilkan kesan-kesan reaksi setempat dalam masa beberapa jam, antaranya gerak balas badan (bahagian sengatan kelihatan timbul), rasa gatal, sakit dan bengkak kemerahan. Kesan-kesan ini akan surut dalam beberapa jam kecuali jika sengatan di mulut atau kerongkong yang menyebabkan reaksi ini boleh menyempit saluran pernafasan. Jika mangsa alah kepada bahan racun tersebut, kejutan anafilaksis akan dialami.

Untuk mangsa yang pernah mengalami sengatan sebelumnya atau menunjukkan kesan alahan yang keterlaluan, bengkak merah yang muncul akan merebak ke kawasan lain untuk menyebabkan mangsa mengalami kesan-kesan lain seperti pening, sakit kepala, sakit perut dan rasa lemah badan. Jika sengatan yang berlaku meliputi keseluruhan badan seperti di dalam sengatan sekawan besar serangga, tindakbalas alahan menjadi teruk sehingga mangsa boleh mengalami bengkak di saluran pernafasan, susah bernafas dan pengsan.

Kematian mengejut boleh berlaku jika langkah kecemasan tidak dijalankan ke atas mangsa sengatan ini. Reaksi alahan ini menjadi ketara antara 30 minit hingga 24 jam selepas disengat.

Reaksi luar biasa ini hanya terhasil daripada pembabasan bahan kimia yang dapat menghasilkan kejutan (penurunan tekanan darah), penyempitan sistem pernafasan, ruam menyeluruh dan bengak pada saluran darah. Ini membuatkan pesakit merasa sesak nafas, tidak sedarkan diri atau boleh menyebabkan maut. Reaksi ini biasanya dialami pada mangsa alah yang pernah disengat oleh tebuan atau lebah.

Reaksi anafilaksis, walaupun ringan (hanya ruam, lecur dan tidak mengancam nyawa) tetapi masih perlu dirawat di hospital atau klinik. Reaksi anafilaksi selalunya berlaku selepas badan menjadi peka (sensitisasi) apabila sedikit alergen terkandung pada racun yang masuk ke dalam tubuh mangsa menghasilkan reaksi pada sel-sel sistem pertahanan badan. Ini menjadikan sistem pertahanan lebih peka (hipersensitif) kepada bahan tersebut apabila didedahkan seterusnya. Selalunya sengatan pertama atau sengatan sensitisasi ini tidak disedari oleh mangsa kerana ia tidak menghasilkan kesan yang ketara selain reaksi setempat. Keupayaan hipersensitiviti hasil daripada sengatan sensitiasi boleh bertahan dari berberapa bulan hingga beberapa tahun.

Apakah langkah-langkah kecemasan yang perlu dilakukan?

1. Mana-mana bahagian tubuh yang terdedah boleh menjadi sasaran sengatan serangga. Apabila bekerja di luar rumah pastikan anda memakai baju berlengan panjang, seluar panjang dan kasut.
2. Elak memakai pakaian bercorak bunga-bunga dan berwarna-warni kerana ini akan menarik perhatian serangga himenoptera.
3. Pastikan anda tidak memakai bau-bauan atau minyak wangi atau bahan yang berbau kuat kerana ini boleh menarik perhatian serangga himenoptera.
4. Apabila berkelah pastikan makanan yang manis atau sisa makanan tidak terdedah kerana ini boleh menarik perhatian serangga himenoptera.
5. Jangan ganggu sarang serangga. Jika diusik, serangga cenderung untuk menyerang bagi melindungi sarangnya.
6. Gunakan racun serangga atau ubat sapu penghalau serangga di badan untuk mencegah gigitan atau sengatan serangga.

Apabila menghadapi serangga tebuan pergerakan yang perlahan untuk mengelak lebih baik daripada pergerakan cepat untuk melarikan diri atau cubaan untuk membunuh serangga tersebut.

Jika anak anda terkena sengatan serangga

1. Jika disengat oleh serangga, jangan tampar atau bunuh haiwan serangga tersebut. Kebiasaanya, serangga akan meninggalkan pundi sengat ke dalam kulit yang akan tertolak lebih dalam masuk ke kulit dan akan menyukarkan pengeluaran pundi sengat tersebut. Tepis serangga daripada kulit dan perhatikan sama ada pundi sengat masih tertanam di dalam kulit. Jika dapat melihat pundi sengat tersebut, gunakan pengumpil atau penyepit untuk menanggalkan pundi sengat.
2. Guna tali tornikuet untuk mengikat bahagian tangan atau kaki di atas tapak sengatan. Ikatan ini akan menperlahankan sebaran sengat ke bahagian lain tubuh.
3. Basuh kawasan sengatan dengan sabun dan air dan letakkan ais ke atas tapak sengatan untuk mengurangkan bengkak.
4. Hadkan pergerakan kaki atau tangan yang mengalami sengatan. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segara.

Sumber : http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=515

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)