Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari !!

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
iLuvislam.com

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam

Info Penulis

Saudara Zulhafidz Yahaya merupakan Ketua Team Designer bagi iLuvislam.com. Beliau merupakan anak kelahiran Grik, Perak. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Selangor (2006).

14 comments:

miejigsaw said...

Normal tu lelaki cepat terangsang, kalau ko bagi fakta 30 kali sehari aku rasa lebih. Sebab apa yang aku baca lelaki akan fikirkan seks setiap 5 minit. So cuba bayangkan....Ha3 anywhere nice fact. Kalau lelaki normal memang macam tu tapi kalau ada masalah seks tak le sekerap macam tu....

izzati wanie said...

huhu..takut jgk ble BS baca entri mcm ni...so kne waspada selalu la,kn

Mss Ieza said...

erkk..??
hahaha..

tiqosmile said...

eeee.... yeke? sampai lebih dr 30???
dahsyat nye bnyak!!!
fikir kan ttg ape??? spesifik ckit ... bagi contoh...
seram betul!

Sarah said...

haha..

A.I said...

wahh. susah cam nih..
tp ye lah, ada reason kan allah buat cam nih.
He wants woman be more alert lalu dapatlah masuk ke syurga.
tp tp...

okk aku naif lagik. doa kan aku KJ. inshallah one day....

kaizenshinobi said...

jap2... betul ke kau Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah? same subject yang aku amek kat Uia nih, sociology of development... nak mintak note bleh? hahaha

p/s: betul2, kesilapan pompuan bertudung... dorang ingat bertudung dan menutup aurat tuh same... tapi sebenarnya 2 benda berlainan.

Kumbang Jingga said...

kaizen itu bukan saya hehe..dia penulis i luv islam dot com hehehe

Muta'allim said...

قُل لِلمُؤمِنينَ يَغُضّوا مِن أَبصٰرِهِم وَيَحفَظوا فُروجَهُم ۚ ذٰلِكَ أَزكىٰ لَهُم ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبيرٌ بِما يَصنَعونَ ﴿٣٠﴾

An-nur:30

(30) Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

‎"Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Allahumma inna nau'dzubika minal fitnatin nisaa' wa a'dzabil qobri...

Kami laki2 tidak akan terpedaya pd wanita sedemikian...

my everyday life said...

x sngka kn????uishhh..byk btol...

Anonymous said...

@Abdullah
br nk quote ayat 30 surah annur tu..Allah suruh laki jg pndangan..kalo tgk aurat wanita dpt dosa..that ayat comes 1st then br ayat menyuruh wanita menutup aurat..surah annur ayat 31.yes wanita mmg wajib tutup aurat tp Allah tegaskn dulu supaya laki jg pndangan sbb adanya wanita yg agak jahil dan sengal dlm bab aurat ni..so kesimpulannya sama2 la kita mengamalkn suruhan Allah..

Anonymous said...

kite sbgai manusia perlu sling mnerima jgn ktuk mngutuk atau kta mngata.. sesungguhnya ALLAH S.W.T telah mnciptakn kaum adam dan kaum hawa berlainan.. xperlu di persoal kn.. msing2 sudah tahu jwapan nye.. pmpuan 9 nafsu mnakala lelaki 1 saja jadi sbgai pmpuan prlu mnjaga btas2 smase brgaul atau kwn ngn kaum adam nie.. bkn sye nk mmbnding2kn antara pmpuan yg pkai tdung dan tidak pkai tdung.. tetapi pda pngalaman sya jika ssorg itu tidak jge prtuturan dan prgaulan ktika brkwn tidak kira sma ada pkai ataupn tidak sumenye sme sje.... saya hnye ingin mluahkn pndpt sye... yg baik dtgnye dri ALLAH!! yg bruk dtgnye pda DIRI SENDIRI!!!!

IbnU_ShaFie said...

@tiQo...(-_-'')

da geli tapi nak tau jugak contoh...????? rasenye da cukup jelas da..

V said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)