Koleksi Jenis-jenis dan Fesyen Tudung

Sumber Artikel: http://www.soutulmujahid.com/

Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.

1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan 'Tudung Nasi Lemak'.

2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.


3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan...



4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.



Maksud hadis: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" [HR Muslim]

5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri...


6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana... Tak terkata. Fesyen? Entah... Mungkin pembaca lebih arif


7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.


8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]


*****

Entry sentap lagi. Maaf. Bukan nak menghentam kaum wanita. Cuma nak sentap je. Baguslah kalau anda terasa. Tapi terasa je tak cukup. Semoga kalian menjadi muslimah sejati yang menjadi pendokong deen Allah. Amin... :)

492 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 492 of 492
.. said...

terbayekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..... hahahahahahahahak

Anonymous said...

Assalamualaikum, bagi saya.. entri ini okay2 saja.. sama macam kita dengar ceramah kt surau atau masjid.. kadang kala ustaz juga akan selitkan sesuatu yang berunsur humour.. Kita ada cara menutup aurat yang sebenarnya.. tiada salahnya nak beri tarbiyah.. tentang orang yang tak pakai tudung, kalau mereka lihat pakai mata hati pasti mereka insaf jugak sebab yang bertudung belum tentu sempurna apatah lagi yang tak pakai..

Anonymous said...

yang sentap tu silalah bersyukur ada lagi insan yang sudi beri peringatan.. kalau anda bagus sangat hingga nak tegakkan benang yang basah silakan .

yanalieyana82 said...

hahahaah betul2 . tudung yg bwh sekali tu fashion kapan org yg dh mati .

♥ربيعة عدوية♥ said...

melawak la pulak.
tp kompius aku ! 2 laki ke pmpuan ???

Qaina Qis said...

HAHAHAX serius lwk !! Mintax share ye ...

Anonymous said...

Owh, kalau ketawe terguling2 atau sampai nak pecah perut tu takpe ekk? bagusle sgt ketawakan org...bagi org macam saye ni yg tak rase bende nie lawak, dikatakan sentap! Bwekk!!!

Anonymous said...

Sekurang-kurangnya mereka ada niat utk bertudung, tak perlulah kita sewenang2nya menjatuhkan hukum...Insya Allah,sampai masanya mereka akan menutup aurat sepenuhnya...

Anonymous said...

Nak tanye sket: Yang beri tutorial tu dah bagus sgt ke? Awak tu lelaki kan? Bole imamkan sembahyang? Cermin2 diri dulu, okay?

Solihin Zubir said...

fesyen tudung chipsmore x tersenarai ka? haha..

AMS said...

@Anonymous Ayat stereotype drpd orang yg tak suka bertudung...ROFL !!!

Anonymous said...

Saya ada melihat program Sembang2 Bersama Datuk Dr Mashtah yg membincangkan ttg "Tudung - mengikut syariat atau fesyen?" Saya ingin memetik kata2nya antara lain bermaksud:
(1)Diwajibkan ke atas perempuan Muslim menutup aurat dan bertudung...tapi kalau tidak/belum melakukan sepenuhnya, tidaklah sampai melanggar aqidah spt tak puasa atau sembahyang...lakukan perubahan itu perlahan2...
(2)Beliau memetik ayat Al-Quran yg bermaksud...wajib menutup aurat (rambut) dengan kain tudung dan melabuhkan tudung itu sehingga menutupi leher dan belahan baju (spt belahan leher pada baju kurung, jubah & kebaya).
(3)Beliau mengatakan pada zaman jahilliyyah, wanita memakai tudung tapi tidak dibawa kehadapan utk menutup leher atau belahan baju, ttp dilepaskan ke belakang. Sebab itu turun ayat yg memerintah/mewajibkan kaum muslimah bertudung cara yg lebih baik dan sopan.
Banyak lagi perkara lain yg dibincangkan, misalnya tudung tak jarang, baju tak boleh menampakkan bentuk badan dsbnya...
Fadilat bertudung ni banyak, antaranya: mengelak fitnah dan dpt membezakan antara muslimah dgn org2 kafir...So, kesimpulan dari perbincangan itu, kaum wanita boleh bertudung mengikut trend @ fesyen ttp janganlah sampai melanggar syariat...jgnlah ketawakan atau menyindir org2 pompuan yg bertudung...biarlah mereka melakukan perubahan ini perlahan2...lebih baik channelkan idea anda utk menggalakkan yg belum bertudung untuk memakai tudung...
Sekian.

ishiko said...

senghaalll yg amat nehh

Anonymous said...

Hello AMS, jgn main tuduh2, ye? saya wanita dan memakai tudung, okay? saya amat bersetuju dgn komen kawan kita tu yg menyuruh blogger terbabit memberi idea bagaimana utk menarik wanita tak bertudung untuk bertudung!!!

Anonymous said...

pompuan yg tgh period je ckp bnda ni xlawak n nk emo2.. jgn nk serius sgt.. lawak je la.. wkwkkw ayt lu pawel beb

sheema said...

hahahahaaaa... keras pewot ni ketawa la wehhh!!! lawaks gilerrrr!!!

Anonymous said...

hadui..ni namanya melawak smbil berdakwah..yg pnting ikhlas menegur..

Anonymous said...

kejang perut aku....penat dowh gelak

Anonymous said...

Seronok ye mempersendakan org lain?
Inikah cara berdakwah?
Takde cara yg lebih BERHEMAH?
You people are SO pathetic!

Anonymous said...

i juz make my hubby laugh rolling after i show him this.we both cried.lol.....

Mama Zharfan said...

me singgah and then senyum2 dpn lappy bila baca entry ni hehhehe

Anonymous said...

kau ni akak ke laki...ish geli.

Anonymous said...

fuck u! u will never know what they feel until u,urself, be at their place. jgn lah nak kata orang je......... -.-' melayu.

Anonymous said...

huhu.. ingat model tu perempuan td.. dah fikir da.. "eh, dia ni biar betul.. nape nmpak tgn, nmpk rmbut semua? :)" last2 baru perasan, laki rupanya.. :P my bad..

Anonymous said...

ini bukan bahan lawak ok. nampak sangat orang yang gelak ni dan orang yang buat entry ni CETEK AKAL, CETEK AGAMA.

Anonymous said...

nak tumpang tanya....penulis nie peminat fanatik siti norhaliza ke? x komen pun pasal pesen bertutp kepala siti yg dah tersembul2 tu. nampaknye bukan takat anak rambut....bapak rambut pun dah terjuloq keluaq. komen lah sikit rasanye intresting juga pesen serban siti tu.....nampak pun siti pun dah jadi trend setter......

honey said...

mmg camtulah asal tudung kat msia ni,tapi mmg buat aku gelak smpai tjaga org yg tgh tdo,hahahha

Anonymous said...

PESANAN kpd blogger (Kumbang Jingga): Anda seorg lelaki kan? Melihat pada nama 'kumbang' pun dah tahu dah! Suruhlah tunang/isteri anda sendiri untuk mencuba tudung pocong tu, baru best!!! Biar dia jadi trendsetter utk fesyen baru yg anda ciptakan!!! Apa punya ghaplah jingga!!!

Cheek seety said...

Haishhh tak sanggup aku nak gelak dah ! BHAHAHA

Anonymous said...

lahabau tul tul la...

Anonymous said...

menegur biarlah berhemah..jgnlah niat menghalalkan cara, mempamerkan gambar bertujuan mengaibkan..itu juga dosa dan paling akhir tudung jenazah..semua akan menempuhinya termasuk KUMBANG JINGGA so it aint funny huh...

msokenu said...

bagus sangat la tu. awak dok kutuk fesyen2 tudung, nasi lemak la, tudung bukit la, sarung nangka la, papa kedana la, yang awak tu sendiri masa tutorial tu leh pulak ek dedah leher, telinga, lengan, rambut segala. dh tu, dh kutuk tudung nasik lemak tu,awak sendiri buat kat tutorial bangang awak tu. lawak ke tu?


Daripada Asma' binti U'mais ra, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah datang untuk berjumpa dengan Aisyah binti Abu Bakar (isteri baginda Saw),dan bersama Aisyah pada ketika itu saudara perempuannya (iaitu saudara perempauan Aisyah) , Asma' binti Abu Bakar.Pada ketika itu Asma' memakai pakaian orang Syam (sejenis pakaian arab) yang lengannya agak luas terbuka (yang mungkin menampakkan lengan dan bahagian badan yang lain).Apabila Rasulullah Saw melihat keadaan Asma' sedemikian,lantas Rasulullah Saw bangun dan keluar dengan cepat.Apabila Aisyah melihat Rasulullah Saw keluar dengan cepat,maka dia berkata kepada kepada Asma' (mungkin Aisyah perasan apa yang tidak disenangi oleh Rasulullah Saw ) : ”Beredarlah,sesungguhnya Rasulullah Saw telah melihat perkara yang tidak disenanginya." Setelah Asma' beredar,maka Rasulullah Saw datang kembali untuk berjumpa dengan Aisyah.Maka Aisyah terus bertanya,mengapa baginda bangun dan terus keluar?Maka jawab baginda Saw : ADAKAH KAU TIDAK MELIHAT KEADAANYA (IAITU KEADAAN ASMA' BERPAKAIAN) ?SESUNGGUHNYA SEORANG PEREMPUAN MUSLIMAH ITU TIDAK BOLEH MENAMPAKKAN SESUATU DARI TUBUH BADANNYA MELAINKAN INI DAN INI (RASULULLAH SAW MENUNJUKKAN PERGELANGAN TANGANNYA DAN MENGGENGGAMNYA DAN JUGA RASULULLAH SAW MENEKAPKAN KEDUA TANGANNYA KE PIPINYA UNTUK MENUNJUKKAN MUKA SAHAJA).

ShadDean said...

Salam'alaik.... hah..! memey terbaik dr sawah kt kedah tu... heeee~ kalau deme idOk terasa dgn entri ni atenye mmg teman tak tahu la~ hahaa...~ mmg best~ menarik, tertarikkkk~ :D

Anonymous said...

hhahahahahah~~

Anonymous said...

terbaaaeeeeekkkkkkkkkkkkkk..!!

Anonymous said...

Aku heran la mcm mana korang boleh kata tutorial tudung tu sbg lawak giler, terbaekkk, bla bla bla!!! kalau penulis blog (yang sebenarnya bangang) tu nak berdakwah atau nak menegur, cuba berdakwah kpd gadis2 yg ternyata masih mendedahkan aurat tu...baru dpt pahala! Ini tak, menambahkan dosa lagi adalah! Mengutuk org pompuan dan fesyen2 tudung mrk, dan mengheret orang2 lain (followers) menjadi BANGANG mcm ko jgk!!!

nazaluvaholic said...

copy dari blog kak senduk...eeeeee

erniemusliana said...

orang yang pakai style macam tu je terasa. haha tapi gambar mmg tak boleh blah! hahaha!

Anonymous said...

tak tahu nak cakap but very FUNNY..... lawak giler gelak sampai ke tandas n tahan ayaq mata dr kuaq... mmg salute lah utk gaya tudung SENDUK... cayalah akak.... kah kah kah kah.....

Anonymous said...

adooooyai!!! sabo je akak!! cam buang tebiat plak dok tesengih sorang2..hurmmmm

kebaikan adalah fitrah setiap insan. semua mahukan kebaikan bukan?? so, sama-samalah kita ambil iktibar dari pengisian di atas. dalam melawak ad nilai yang boleh kita ambil. sy fikir kita boleh menilai mn baik buruknya.. pasal bertudung.. ramai y bertudung tp tidak mengikut cara yang betul y mn disyriatkan islam.

skg sy berusaha untuk menjadi muslimah yang bukan sj baik dari segi elok pakainya, baik budinya malah segala2nya.

kepada wanita-wanita d luar sana. sama2 lah kita beusaha berubah ke arah kebaikan. Cayok cayyok!!

Anonymous said...

kepada pembaca2 y xpuas ati ngan entry ni.. eg; ad y katakan xslh bfashion, bersederhana dalam berpakaian (xperlu melabuhkan tudung menutupi dada dll)...
mungkin ada sesiapa termasuklah sy y x begitu faham cara penutupan aurat spt y disyariatkan islam. ap y sy th menutp aurat bukan sekadar bertudung menutupi rambut, tetapi menutupi badan dengan pakaian yang longgar serta tidak menampakkan susuk tubuh. sy menyeru kepada semua tidak kira lelaki mahupun perempuan, kita sama2 mendalami agama serta beramal dengannya coz kita semua xbole lari dari tanggungjawab tentng pkara ini.

md_saf said...

salam...WOW!

creative betul la entry ni...hahahaha

jom singgah :
Sampaikan dariku walau satu ayat

LianaDiana :) said...

Hahahhhh , Sekett pouns takk tersaa ;)
Thanks bgi tutoo , Btww cantekk tudungg xD Hhahahhh .

ShunXdvsion said...

nais gile...
serious best.. :)

Sukaceritaku said...

hahaha..lawak dowh

nur abidah ismail said...

muahaha... pengajaran bt menangis... sbb sangat lawak...

LycanthropeFF said...

Yg last tu plg nice~~ :D

Anonymous said...

dah kalau semua benda nk cakap lembut mmg smpi mati pun xda sorang nk terasa. nabi walau dia cakap baik dan lembut, dia tegas. tapi kita cuma manusia biasa. kita bukan nabi. dah cukup baik dah dia tegur cara yg lawak. dari dia terus maki caci lagi korang bengang en? pompuan skarang mmg camni. wlupun aku pun pompuan gak, aku xpaham pehal nk sensitip sgt. betul kot amende yg dia cakap. geli ah nk suruh2 org cakap cara baik ni. kenapa? sikit pun xboleh kena tegur. xboleh nk kena sindir. ish nyampah betul. sbb tu budak2 skarang naik lemak. tau? yg kat atas2 tu, kalau nk tggu smorg bertudung baru boleh tegur cara pakaian tudung, baik xyah tegur je terus. bongok betul statement tu. "oh, at least dia pakai tudung. kalau xpki salah, dah pki pun salah. then korg nk apa?" eeee~ gediknyaa! ye, at least korang dah pakai, but pakai pun ada cara dia kan? so? watdaheck? xboleh nk cakap? nk kena diam je? biarkan je? tulah. org cakap sikit pun xboleh. semua nk lembut2 je cakap. cakap kasar2 marah, cakap baik2 xmau dengar. sudahlah korang.

Anonymous said...

entah lah bebudak ni,,pls be + ok,,ambik pngajaran skadar y mampu,,bukannye dok cabar n cari ksalahan org,,buat pe ang soh empunye blog ni cari entry pasal org laki pakai sluar pendek,,sendiri mau pikir la,,xkan xpnah blajo pai kot,,anyw,,entry tudung ni terbaik ah,,

Anonymous said...

tengok semua contoh mcm pelik2 tp bila tgk tudung muslimah. sejuk hati memandang. manis je muka.

chema said...

terbaik la . kelakar

Anonymous said...

hahahaaa...lawak..lawak..

nora said...

tq ...for the gud info ..sngt2 bermanafaat...walau gelak tergolek sampai keluo air mata ...tapi pesen yg last tu memang semua orang akan tiru ...

Lemangcute Comel Yang Dilindungi said...

hahahah... mampuhh lawakkkk

Anonymous said...

bengong punye lawak la..yg jadik model tu lg xtahan hahaha

Anonymous said...

erm... betol la tu

Anonymous said...

Lawak sangat ke? Setakat nak naikkan traffic blog kau takyah lah der.Kau nk tegur pempuan psl diorang pakai tudung mcm tu? habis tu kau tu dah menyerupai wanita? Pikir ah sikit. Kan dah dpt dosa free. Malu do kalau bukan non-muslim tengok. Tak kisahlah kau nk tegur. tapi takpayah lah nak mempersenda sampai buat tutorial bodoh tu.

Anonymous said...

Oi nk kutuk ppuan pakai tudung plak...mmg la pakai tudung kena ikut trend....xkan nk pakia tudung sama je dr zaman dulu...yg org laki pun ade trend jgk kan?kalau dah laki 2 xpyh la nk pakai tudung...ko 2 xbau syurga!!!!

Anonymous said...

tutorial yg sangat osem!!! bravo!!...hahahaha

Faznali said...

tak elok lelaki tu menyerupai perempuan dan perempuan tu menyerupai lelaki. awak nk tegur pemakaian tudung perempuan then tpi awak sendiri yg pakai tudung tu. apecer?

Saujanahati said...

memang gud job,,lawak tp ada pengajarnnya..tp nape mcm ader yg terasa kat sni...ada yg kata dia bkn islam,,tp ayat2 dia mcm org islam..masyaAllah..bertaubatlah..renung2knlah dn selamat beramal.

Anonymous said...

HAHAHAHHAHAHAHHHHHAAH....Seram ler plak...

maiomar67 said...

aduhai...macam2 pesen yek...tomey sangat tudung ada kerongsang atas kepala tu.... tudung gi ziarah org meninggal tu ok gak... boleh baring sebelah menyebelah nnt... mana lah tau timbul keinsafan dlm diri kan.. model ni ahkak ke abg? cute dowwww......hahaha

Anonymous said...

fuck.

T-Team said...

adoiii.. nak tercabut usus gelak tengok yg last tuh..

DekWan EdiSon said...

hahahaha!, lawak gegiler tahap dewa dah nie eh!, muahahahahah!

Anonymous said...

nice try..;-)

Anonymous said...

sumpah..mmg saket perot..smpy nangis..haha

Anonymous said...

Aku suka, aku suka! sampai kuar airmata aku gelak!! congrats admin, I'm really enjoy it! for haters, WHY SO SERIUS? ha ha ha ha

PaNdA PeRiAnG said...

hahahahaha .... lawak siak!! .... sakit perot aku gelak! astaghfirullah ....

nurul huda said...

hahaha..hanye mampu ketawa jelahhh ak ni..hahhaha..

nurul huda said...

hahahahahahahahahaha..(hanye mampu ketawa je lahhh~)

ⓔⓜⓞⓛⓨⓝⓐ said...

TERBAEEEEKKK !! hahahahhaha

Anonymous said...

terbaeeeeek

Anonymous said...

x perlu cari nas psl benda len..pakai je tudung cam yang diajar & dituntut dalam Islam..sekurang2nya xdela waheeda 2 tanggung dosa sbb dedah aurat,dosa hancurkan rumahtangga org je..tu pn klu betul dia hancurkan rumahtangga org...

Pojie said...

adoyai... 1st time ketawa sampai nangis!! hahaha

Pojie said...

1st time ketawa sampai nangis!! hahaha

sHa AhM@d said...

gelak dokkk..tengok model tudung ni menggayakan pelbagai tudung..terbaikkk..

Anonymous said...

Hahaha... celaka btul..apsal aku lambat tau psl entry bertudung nie...
kah..kah..semputtt...xleh bgi ceramah dah lps nie...

Anonymous said...

tak leh tidur malam aku di buat nya

Adeela Oh Lala said...

woi. sakit perot aku gelak tau tak? nasib baik tak kelur ape-ape. bahaya ar kau nie buat entry bagi org sakit perut je.

Rakan Blog said...

yang ni best kalo share kat rakanblog...huhuhuhu...

Anonymous said...

hahhahaa... gilew lawak dye pyer muka cm nk kentot jew!! kihkih

mak jemah said...

bagus tegur tu..tapi...elok lah bertudung, dari tidak langsung kan???lelaki pon harus ditegur, cuba kamu buat entry lelaki yg suka pakai seluar ketat sehingga TERSEMBUL benda yg tak sepatutnya ditunjukkan di khalayak ramai??dan lelaki yang pakai selua lohe lohe sampai nmpak seluar dalam??amacam???ada berani???tegur kaum sendiri juga...hemmm stresss hakuuu tengok laki yang suka pos entry pasal tudung ni tau...

CT FATIHAH said...

hhahahahahaahha! aku suke sgt entry ko yg ni, hahahahaha! terbaek! mmg kene lah ngan blogger yg suke fesyen tah pa pe, ngan artis yg tak pndai pkai tudung!

Anonymous said...

Memang mengelikan hati eden nie. Kena tgk yang pasti berguling2 ketawa bila saksikan gaya2 pemakaian tudung. Tgk sendiri and komen. Terbaeeekkkk. Wahkahkahkahkah...... (gelak besar punya)

Anonymous said...

aku x bleh blah tngk pic last skali..hahaha

Anonymous said...

xlawak pon...aku cube nk gelak,tp xleh gak...xpe ar...tp model tu cm laki jer

Puan Surina Rashid said...

panjang gak entry ni.. hehehehe ambil pengajaran

Anonymous said...

zzzzzzzzz
camne nak tahu jenis camne utk budak perempuan pakai kalu contoh nya ada kawad kaki atau perbarisan di.....?

ps: ni lelaki......

Anonymous said...

seelok-eloknya kita muhasabah diri kita...x payah nak kata kat org...insyaallah kita akan jd hamba yg rendah diri..

Unknown said...

tudung siput tuh ingat lak kat penutup makanan yg buluh tuh...mungkin penutup makanan mak siti dh ilang dowg pkai buat fesyen

«Oldest ‹Older   401 – 492 of 492   Newer› Newest»

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)