Deja Vu


Hampir semua dari kita pernah mengalami apa yang dinamakan deja vu iaitu sebuah perasaan aneh yang mengatakan bahawa peristiwa baru yang sedang kita rasakan sebenarnya pernah kita alami sebelumnya. Peristiwa ini biasanya merupakan sebuah tempat baru yang sedang dikunjungi, percakapan yang sedang dilakukan, atau sebuah acara TV yang sedang ditonton. Lebih aneh lagi, kita juga seringkali tidak mampu untuk dapat mengingat bila dan bagaimana pengalaman sebelumnya itu terjadi secara terperinci. Yang kita tahu hanyalah adanya perasaan sensasi yang membuatkan kita tidak merasa asing dengan peristiwa baru itu.

Keanehan fenomena deja vu ini kemudian melahirkan beberapa teori metafizik yang cuba menjelaskan sebab musababnya. Salah satunya ialah teori yang mengatakan bahawa deja vu sebenarnya berasal dari kejadian serupa yang pernah dialami oleh jiwa kita dalam salah satu kehidupan sebelumnya(reincarnation) di masa lampau.

Pada awalnya, beberapa ilmuan beranggapan bahawa deja vu terjadi ketika sensasi optik yang diterima oleh sebelah mata sampai ke otak (dan ditakrifkan) terlebih dahulu daripada sensasi yang sama yang diterima oleh sebelah mata yang lain, sehingga menimbulkan perasaan biasa(familiar) pada sesuatu yang sebenarnya baru pertama kali dilihat. Teori yang dikenali dengan nama “optical pathway delay” ini dibuktikan pada bulan Desember tahun lalu bahawa orang buta sekalipun boleh mengalami deja vu melalui indera hidu, dengar, dan sentuhannya.

Selain itu, sebelum ini Chris Moulin dari University of Leeds, Inggeris telah menemui pula pesakit deja vu yang kronik: orang-orang yang sering dapat menjelaskan secara terperinci peristiwa-peristiwa yang tidak pernah terjadi. Mereka merasa tidak perlu menonton TV kerana merasa telah menonton acara TV tersebut sebelumnya (padahal belum), dan mereka bahkan merasa tidak perlu pergi berjumpa doktor untuk merawat ‘penyakit’nya kerana mereka merasa sudah pergi ke doktor dan dapat menceritakan hal-hal tersebut selama kunjungannya!

Baru-baru ini, sebuah eksperimen pada tikus mungkin dapat memberi pencerahan baru mengenai asal-usul deja vu yang sebenarnya. Susumu Tonegawa, seorang neuroscientist MIT, membiakkan sejumlah tikus yang tidak memiliki dentate gyrus, sebuah bahagian kecil dari hippocampus, yang berfungsi normal. Bahagian ini sebelumnya diketahui berkait dengan ingatan episodik, iaitu ingatan mengenai pengalaman peribadi kita. Ketika menjumpai sebuah situasi, dentate gyrus akan mencatat tanda-tanda visual, audio, bau, waktu, dan tanda-tanda lainnya dari panca indera untuk disuaikan dengan ingatan episodik kita. Jika tidak ada yang sesuai, situasi ini akan ‘didaftarkan’ sebagai pengalaman baru dan dicatat untuk pembandingan pada masa depan.

Menurut Tonegawa, tikus normal mempunyai kemampuan yang sama seperti manusia dalam menyuaikan persamaan dan perbezaan antara beberapa situasi. Namun, seperti yang telah diduga, tikus-tikus yang dentate gyrus-nya tidak berfungsi normal kemudian mengalami kesulitan dalam membezakan dua situasi yang serupa tapi tak sama. Hal ini, tambahnya, dapat menjelaskan mengapakah pengalaman deja vu meningkat seiring bertambahnya usia atau munculnya penyakit-penyakit degeneratif seperti Alzheimer: kehilangan atau rosaknya sel-sel pada dentate gyrus akibat kedua hal tersebut membuat kita susah untuk menentukan apakah sesuatu ‘baru’ atau ‘lama’.

Sumber:https://www.facebook.com/note.php?note_id=236075689747848

P.S Entry ni spesel untuk doraemon dan pingu yang mengalami dejavu semasa semasa memandu hehe..cing..

2 comments:

wonderpet said...

huhu...kdg2 bukan dejavu,...tp mmg rasa cm realiti..huhuhu~~~...mayb ilusi kot....

HusnaShuib said...

selalu gk jd deja vu cmni! nice info! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)