Cium isteri selepas akad nikah untuk membatalkan wudhu`, adakah amalan ini sunnah Nabi?

Maka jawabnya bukan sunnah, ini hanyalah adab orang melayu yang diambil dari upacara kahwin orang kristian yang mencium isterinya selepas berkahwin.

Dan kini akhir zaman ada juga upacara membaling bunga selepas selesai akad nikah yang juga diambil dari amalan upacara kahwin orang kristian, pengantin yang memakai gaun yang berekor panjang di belakangnya, membunyikan muzik atau bunyi ketika pengantin keluar atau sebagainya.

Tidak mengapalah jika kita inigin bercium tangan tanda mengikut adab orang melayu tetapi janganlah sehingga mencium pipi atau dahi dan seumpamanya kerana di depan orang bukanlah tempat untuk bersuka-ria atau bergurau senda jika kita ingin membatal air solat, cukuplah cium tangan untuk ikut adab orang melayu.

Sejak kebelakangan ini sudah jadi satu trend cium isteri selepas akad nikah. Tentunya dikhalayak ramai.Memanglah ianya dah halal antara suami isteri. Namun sebagai orang islam tentu ada adab dan akhlak yang patut dipatuhi berlandaskan ajaran islam.Saya yakin perbuatan cium ini sudah lari dari akhlak islam.

Ia dilakukan kerana terpengaruh dengan perlakuan orang2 bukan islam seperti orang2 kristian yang bercium mulut selepas upacara kahwin. Cumanya orang2 islam di malaysia belum sampai ketahap itu lagi,dan tidak mustahil ia akan berlaku. Tapi di indonesia sudah berlaku..kris dayanti bercium mulut dengan raul lemos selepas akad nikah..perlu kah aku letak picture itu..aku sendiri malu nk letak..korang leh google pic tu kalau tak caya....pastu dorang nikah dalam masjid plak tu isk2.

Akhir zaman ini orang2 islam akan mengikut cara hidup yahudi dan nasrani.

Kita mesti ingat lebih2 lagi kalau akad nikah tu di jalan kan dalam masjid kena lah jaga adab di dalam masjid..saudara mara yang masuk masjid mesti menutup aurat semua.jangan duk buat bising tak tentu hala,,.sebab tu dulu ada alim ulamak pertikaikan nikah dalam masjid..sebab kalau tak kena cara dan adab boleh merosakkan kesucian masjid..

Mengikut adab sopan dan tatatertib lebih manis upacara batal air semayang tu buat kat umah..kesucian masjid pun terjaga..dulu2 bg pasangan yang alim lagi soleh mcm ustaz2.contoh kawan aku kt kampung parit buntar..satu sekolah rendah..dia ustaz.satu2nya kawan aku yg berpangkat ustaz hehe...aku tengok dorang ni upacara batal air semayang pun cuma buat salam dan cium tangan..dah cukup batal air semayang tu..ada gak yang buat dalam bilik sambil disaksikan ibubapa dan saudara terdekat je...wah kagum betul aku dengan sifat dorang yang menjaga sifat2 malu di hadapan orang ramai...

Pandangan penulis Hafiz Quran

Saya dari dulu tidak pernah bersetuju dengan adegan-adegan tersebut. Mungkin ada yang panas telinga bila isu begini ditimbulkan. Mungkin ada yang beranggapan saya terlalu keras dan tak sporting.

Harus diingat, saya di sini tidak menghukum halal atau haram. Tetapi saya katakan ; apa barang cium-cium bini depan orang? Apa barang suap menyuap depan orang?

Tak kiralah hari akad nikah ke, hari berkahwin ke, yang penting adegan tersebut tidak patut sama sekali dibuat di hadapan orang.

Alah, cium dahi je pun!

Bukan soal tempat mana yang dicium. Soalnya, sifat malu kena jaga. Adab depan orang kena jaga. Macam mana nak ada keberkatan, kalau begitu rupanya permulaan?

Suami dengan isteri di hadapan orang sama sahaja dengan lelaki dan perempuan lain. Depan masyarakat, adab pergaulan kena jaga. Kalau anda pergi ke kedai makan, tiba-tiba ada satu pasangan suami isteri di meja sebelah. Berpegangan tangan , kemudian si suami tanpa segan silu mencium isterinya padahal orang sekeliling melihat.

Agak-agak, apa anda akan cakap?

Ish, mana ada orang buat macam tu. Pengantin baru yelah.

Pelik kan? Pengantin baru buat tak ada masalah, sebab baru. Tapi pengantin lama, janggal jadinya. Sebabnya mudah. Mindset kita menetapkan demikian. Kita yang menganggap perkara itu sebagai perkara biasa, lalu kita membolehkan.

Tetapi saya tidak. Dan saya tahu, pendapat saya dikongsi oleh begitu ramai orang bujang yang tidak seronok melihat adegan tersebut dalam majlis perkahwinan, terutama melibatkan orang agama.

Setakat sarung cincin, bersalaman cium tangan sudahlah. Potong kek sama-sama pun tak ada masalah. Salam cium tangan, ok lagi. Tapi bab cium-cium, suap menyuap , simpan sajalah dalam rumah. Romantik ke tidak, untuk apa ditonjolkan kepada orang?

Bimbangnya, orang yang melihat bukan seronok, sebaliknya meluat. Jadi sebaiknya, jauhilah adegan-adegan sedemikian. Kadang-kadang, yang menyuruh lebih sudu dari kuah. Saya masih ingat waktu akad nikah saya dahulu, ada juga suara-suara yang suruh cium dahi isteri. Tetapi saya tak endahkan.

Saya punya isteri, hari ini jadi tanggungjawab saya. Kalau timbul dosa, saya yang kena, bukan yang galak menyuruh. Meraikan tidak salah, tetapi biarlah berpada-pada. Apa yang penting, kita nak cari keberkatan dalam berumahtangga.

Cium bini depan orang?

P.S Apa yang saya nyatakan mungkin ada kekurangan, rujuk alim ulamak untuk keterangan yang jelas lagi..
P.S.S Keberkatan perkahwinan tu akan memberi keberkatan di dalam rumah tangga...

Sumber rujukan:
1)http://sahabatmusleem.blogspot.com/2009/12/cium-isteri-selepas-akad-nikah-untuk.html
2)http://hafizquran.blogspot.com/2011/06/apa-barang-cium-bini-depan-orang.html

3 comments:

RHI said...

betullah anak2 muda sekarang, selambe je kalau berpegangan tangan depan orang ramai, kadang kita yg tengok pulak yg malu....

qasehraihan said...

yang comolot depan orang pun ramai..huhu

Myvitrd said...

mungkin sebagai adat sahaja..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)