Adaptasi dari kisah sebenar rakan, Fakhruzzaman (bukan nama sebenar), yang setiap hari menggunakan komuter ulang alik kerja. Walaupun kerap sekali gerabak-gerabak 'sardin' itu bermasalah, akan tetapi, bagi Fakhruzzaman, (selepas ini akan dipanggil Zaman saja), masalah yang paling berat baginya adalah... jodoh!
Kerja bagus, jurutera. Rumah dah ada. Kereta ada. Tapi awek tak ada. Umurnya pula sudah mencecah...
"Kau dah 29 Zaman," maknya berleter di dalam tajuk biasa, "dah tua tapi tak laku. Muko bukan tak ensem, adalah sikit2 iras abah kau, tapi apesal sampai la ni sorang awek pun takde?"
"Ntahla mak," ada keluhan kecil keluar dari hidung Zaman, "jodoh di tangan Tuhan mak."
"Senang ko cakap man, jodoh tangan Tuhan..." Hajah Monaliza terkesiap dengan paradigma salah anak jantannya, nadanya mulai meninggi, "haa... rezeki pun di tangan Tuhan ko tau, sat gi ko tak payah balik Kolumpo, tak payah keje, ko semayang aje kat kampung ni. Doa byk2.." Dia makin ligat menenyeh-nenyeh sirih gambir ke gigi kapaknya. Ekspresi orang tua yang sedang marah meluap-luap.
"Ish mak ni..." Zaman mengisar dan mengalihkan punggungnya yg berasap, mencari lantai yang lebih sejuk di beranda kayu itu. Balik kampung untuk meringankan otak, melihat alam hijau. Tapi masalah ini pula timbul. Haih.
"Ni... mak ada cadangan..." nada Hajah Monaliza kembali normal, "anak pak Mail tu dah besar pjg kau tau Man.."
"Yang mana mak?"
"Si Siti Maisarah tu..." Wajah maknya serius. Tetapi berseri-seri.
Ah sudah, mak ada calon baru! Cepat cari idea untuk menepis... bersilat patah kata dengan mak. Tapi, siapa itu... "Siti Maisarah?" Zaman memperlihatkan muka ayam berak kapur, muka blur. "Anak pak Mail yang mana satu tu mak?" Anak pak Mail ada tiga belas kesemuanya.
"Alah adik pada Pe'ah kawan sekolah kau tu."
"Oo..." Ces, si Pe'ah (Siti Saffiah) tomboi kampung dusun itu ada adik perempuan rupanya. Peah tu... kalau betul2 perempuan... cantik juga. Tapi...
"Ha la.. Peah yang nak langgar kau dengan kubota bapak dia tu." Hajah Monaliza menelan sirehnya. Nikmat betul. Dengan wajah penuh nikmat itu dia ketawakan Zaman. "Huhuhu... Tapi kan Man, walaupun kakak dia si Pe'ah tu ganas semacam, tapi adik dia si Sarah tu mak tengok bagus, rajin dan lemah lembut bila bercakap dengan orang tua. Mmg mak berkenan la Man... bla bla.. manis...bla.. bla... lesung pipit... bla.. blaa... 34 28 32... bla.. takde jerawat.... bla.. bla..."
Maknya bercakap bersungguh-sungguh, tapi sorang2. Zaman larut merenung pokok gajus di laman rumah. Telinganya temporarily disabled. Kerana renungan itu tembus jauh ke 10 thn lampau. Melihat dirinya sendiri terkial-kial mengelak kubota Pe'ah. Zaman tersenyum sendirian. Aku bukan sengaja nak sepak kambing kau Pe'ah. Kambing kau yang nak sondol aku dulu. Kambing kau... dan tuan dia... sama saja!
"Heh. Man. Ko dengar tak apa mak cakap ni?!"
"Eh..." Zaman tersedar, "Ah ye mak... Pe'ah tu mmg ganas mak!"
Pokok gajus sudah hilang dari pandangan. Muka mencuka maknya kini pula ada. "Pe'ah tengkorak kau Man, adik dia la adik dia..."
"Ye mak adik dia... adik dia... Siti Sarah tu kan." Zaman sengih. Mak masa muda dulu mesti lebih ganas daripada Pe'ah kan. Macam mana la abah boleh sangkut.
"Siti Maisarah lah... mak ingat," Hajah Monaliza pula merenung pokok gajus, kalau pokok itu ada muka seperti manusia, pasti sudah tersipu-sipu ditenung begitu bergilir-gilir, " kira jadi la ye Man."
"Eh... aaa..." Zaman hilang kata-kata. Lidahnya terasa seperti dikepit pengepit baju seberat satu tan. "Tapi mak..."
"Sudah lah ko Man, susah sangat... biar mak buat keputusan... Muktamad."
Zaman melihat maknya bangkit terus ke dapur. Zaman menelan liur. Terasa kelat.
Tapi mak... Zaman dah ada calon sendiri... cuma tak pasti. Kerana, Zaman cuma pernah melihatnya sekali, di atas...
Komuter.
Apa? Zaman... kau memang sudah gila!
“Hmm... Nak kata gila tu takla... tapi sikit2 tu ada he he...”
“Apsal? Tak boleh?” Zaman kelihatan serius.
Apa kau betul-betul serius? Zuhri merenung tajam ke anak mata temannya. Seolah-olah seorang doktor menyuluh dan memeriksa kedudukan dan warna anak mata pesakitnya kalau-kalau pesakit itu mengidap sawan atau gila. Dia lalu menyeringai, “Lantak kau Man, hahaha.”
“Aku rasa aku akan jumpa dia lagi...” Zaman mengeluarkan dompetnya, “aku dapat rasa...”
Zuhri turut mengeluarkan dompetnya. Dia berbisik, “awek kaunter ni pun boleh tahan Man. He he.”
“Hmm... Nak kata gila tu takla... tapi sikit2 tu ada he he...”“Apsal? Tak boleh?” Zaman kelihatan serius.Apa kau betul-betul serius? Zuhri merenung tajam ke anak mata temannya. Seolah-olah seorang doktor menyuluh dan memeriksa kedudukan dan warna anak mata pesakitnya kalau-kalau pesakit itu mengidap sawan atau gila. Dia lalu menyeringai, “Lantak kau Man, hahaha.”“Aku rasa aku akan jumpa dia lagi...” Zaman mengeluarkan dompetnya, “aku dapat rasa...”Zuhri turut mengeluarkan dompetnya. Dia berbisik, “awek kaunter ni pun boleh tahan Man. He he.”
“Ya abang nak pergi mana?” Si gadis cantik tersenyum manis. Ada tahi lalat di hujung bibir sebelah kiri.
Zaman membalas dengan senyuman menggoda, “Shah Alam satu. Rawang satu.”
Gadis KTM berbaju biru di kaunter terus tangkas menekan-nekan mesin tiket. Beberapa saat, duit Zaman dan Zuhri bertukar menjadi sekeping tiket komuter. Mereka lalu mencelahi tampang-tampang manusia yang bergegas-gegasan ke sana ke mari untuk ke pintu masuk platform.
“Zaman sekarang… awek cun ada di mana-mana Man. Nak cari yang cantik luar dan dalam itu yang susahnya.” Zuhri mencucuk tiket dan melepas pagar automatik.
“Yap." Zaman senyum, "Ok lah jumpa besok.” Zaman dan Zuhri lalu mengambil haluan masing-masing. Destinasi mereka ada di tren di platform berbeza.
Platform tren ke Seremban (Platform 6) seperti biasa – orang ramai nak mampus. Macam-macam bau boleh dihidu. Bersesak-sesak untuk mendapatkan tren adalah perkara biasa bagi mereka. Maklumlah, murah.
Zaman berbaris menunggu tren, platform 5 (Shah Alam) masih belum sesak, hanya beberapa orang sedang berbaris. Sambil-sambil itu, matanya melilau mencari-cari apa yang dia cari. Mencari jodoh di situ bukan satu perkara yang gila, fikir Zaman. Ini namanya peluang di setiap kesempatan, kebarangkalian keberhasilan adalah tinggi.
Awek yang dicari, tiga orang lelaki Arab yang ditemui. Tiga orang lelaki berbulu dada di bukaan kemeja bawah leher itu melilau-lilau berpusing-pusing seperti kesesatan. Zaman kesian. Sesat di negara orang, sangat sukar kalau orang awam negara itu tidak peramah menunjuk jalan.
“Afwan, where are you going?” Zaman menegur salah seorang daripada mereka yang paling tenang. Lagi dua orang muka merah padam membebel dalam bahasa arab.
“Kajan... Kajan...” Mat Arab itu senyum pahit.
“Err… Kajang?” Zaman kontrol ketenangan (cool). Alamak, tren mana ek pergi Kajang? Ceh, aku pun tak tau konon nak tolong orang.
“Na’am… Yes.” Senyuman mat arab itu lebih berseri-seri.
Zaman pula senyum pahit. Platform mana pergi Kajang? Aduh! Dia memusingkan otaknya mencuba mengingati stesen-stesen di empat laluan komuter. Di platform 3 kah, 4 kah, 5 kah, atau 6 kah? Berputar-putar, dia kabur. Mengeluh. “Err… Afwan… Kajang, I am not sure. Sorry.” Suara Zaman kedengaran di dalam tekak, “but… It is not at this platform, you may look at another platform, okay?”
Lelaki Arab yang tenang menggaru kepala.
Dia ni paham ke tak ni? Zaman turut mahu menggaru kepala. Dia melihat dua orang arab yang lain terus mendengus-dengus seperti memarahi KTM Berhad kerana menulis papan tanda di dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, bukan bahasa Arab. Mereka ingat ini negara nenek moyang mereka barangkali.
Hei, ini Malaysia tau, bukan Jeddah.
Tidakkah mereka tahu untuk sabar dan bertenang? Berkelakuan tidak bertamadun sebegitu boleh menyelesaikan masalah? Zaman menggeleng kepala. Boleh jadi keturunan nabi-nabi, boleh jadi keturunan... fir'aun.
“Kajang?” Satu suara halus kedengaran dari sebelah kirinya (lelaki-lelaki arab di sebelah kanan). “Platform 6 lah awak.”
Zaman berpaling melihat seorang gadis tersenyum manis. Gulp!
Dengan wajah yang tersenyum manis itu, gadis berkurung biru bunga besar2 dan bertudung biru muda itu mengisyaratkan Zaman agar memberitahu lelaki arab bertiga yang mulai berwajah gusar yang amat seperti kaki judi kalah judi.
“Err…” Zaman kembali kepada mat arab yg tenang, "akhii... platform six... sittah... over there."
"Sohih?... Sure?"
"Na'am... platform six to Kajang."
"Thank you... thank you..." Lelaki arab yang tenang itu lalu menyalami Zaman dengan ghairah. Dua rakannya yang baran buat tak tahu saja. Tak hairanlah fir'aun angkuh semacam.
Masakla korang nak naik tren sardin tu. Heh.
Dup dap dup dap. Zaman berpaling.
Gadis itu masih di situ, tersenyum. Semua manusia yang bersesak-sesak seperti di neraka jahanam (oh! neraka lebih panas daripada ni beribu kali ganda! ingat tu Zaman) hilang dari derianya...
Yang ada cuma si gadis yang jelita pada pandangannya.
(Aku nampak biasa aje, tapi bak kata orang... itulah cinta. Cantik itu subjektif, kan? Of course bini aku 10 kali ganda cantiknya he he he - Khairi)
"Err..." Zaman tergagap. Adrenalin memenuhi darah. Jantung pantas. Tekanan darahnya 200 mmHg. Mahu kata apa? Aduh Zaman, fikir-fikir... Jangan salah cakap nanti melepas... err... "Ahah, saya tahu tren tu pergi kajang... cuma lupa he he he." Zaman sengih-sengih.
Senyuman gadis menipis, berpaling ke lain.
Alamak... apa aku cakap ni? Zaman berpeluh. Come on Zaman, you can do it.
Zaman menarik nafas panjang, bau ketiak bangla yang pahit ada terhidu sikit-sikit, dia menghembus cepat-cepat. Berikan ketenangan ya Tuhan. "Oh ya... Maaf last week terlanggar awak... dekat lif."
Mata gadis membulat memandang Zaman. "Jadi, itu... awak?"
Cantik. Zaman angguk kecil... Mak, aku jatuh cinta.
Menilik Zaman, si gadis menyepetkan matanya, sebentar kemudian membulat pula. "Jadi, itu... awak?"
Zaman angguk kecil... Cantik. Mak, aku jatuh cinta.
***
“Ya saya.” Zaman semakin yakin menguasai diri. Berlagak selamba agar dirinya kelihatan jantan yang cool. “Oh ya, saya Zaman, awak?”
Gadis senyum nipis. “Siti.”
“Ooo… okey hehehe.” Siti? Siti Nurhaliza? Ah, gadis cantik selalunya bersikap dingin tanda jual mahal. Atau dia sudah berpunya?
Zaman mendiamkan diri apabila merasai umpan tidak dimakan. Hasrat cintanya surut andar.
si gadis menyepetkan matanya, sebentar kemudian membulat pula. "Jadi, itu... awak?"Zaman angguk kecil... ***“Ya saya.” Zaman semakin yakin menguasai diri. Berlagak selamba agar dirinya kelihatan jantan yang . “Oh ya, saya Zaman, awak?”Gadis senyum nipis. “Siti.”“Ooo… okey hehehe.” Ah, gadis cantik selalunya bersikap dingin tanda jual mahal. Atau dia sudah berpunya?Zaman mendiamkan diri apabila merasai umpan tidak dimakan. Hasrat cintanya surut andar.
“Tong... Tongg... Tonggg...” Pengumuman bergema di pembesar suara. “Tren ke Pelabuhan Klang akan tiba dalam masa 10 minit. Sila beratur di garisan biru. Biru ye, bukan merah. Sila tunggu pintu tren terbuka baru masuk. Terima kasih.”
10 minit? Zaman melihat jam. 6.45 petang... + 10 + 35, ah, terlepas sin Chan.
Seminit berlalu.
Dua minit berlalu.
Tiga minit berlalu.
Emp-
“Oh ya... hari tu kenapa? Terburu-buru sangat sampai terlanggar orang?”
Tersentak kecil Zaman. Huh?Dia bercakap dengan aku?
Bagai lilin sebentar tadi padam tiba-tiba kembali menyala, Zaman kembali bersemangat. Zaman senyum kecil walhal di dalam hati dia melompat-lompat gembira.
Tenang Zaman. Cool Zaman. “Err... saya lewat kerja… kalut sikit. Harap buku awak yang jatuh tu takde apa-apa… err… I mean terlipat ke, terkoyak ke.”
“Hihihi… nasib buku saya jatuh. Kalau saya jatuh?”
Yahoo!! “Oh, itu saya tak tahu hehehe.” Zaman ketawa agak-agak. Berharap ketawanya menawan. “Anyway, kerja sini ke?”
“Aah.” Siti menjenguk jauh ke kanan. “Oh, tren dah sampai.”
Kelihatan tren tua badan biru kepala kuning terhegeh-hegeh masuk ke platform. Lampu di kepalanya terang benderang hatta kuman seberang laut pun nampak.
Tren dah sampai tapi…
Apasal kau tak dibatalkan hari ni? Time aku lewat kerja batallah, jemlah, rosaklah. Hishhh! Memang tak boleh tengok orang senang. Zaman, sebaliknya, mendengus.
Sesungguhnya seorang gadis boleh membuat seorang lelaki menjadi gila. Seperti Zaman.
Tren merapat. Orang ramai menghimpit-himpit nak masuk. Bukankah pembesar suara sudah beritahu, 'Sila tunggu pintu tren terbuka baru masuk?'
“Awak... ini kad saya.” Zaman menghulurkan kad kepada Siti di celah-celah orang ramai yang berhimpit-himpit. Orang terlampau ramai tersumbat di pintu komuter.
Zaman merasa kad bersambut. Yes!
Siti tertolak ke dalam ke sebelah kiri gerabak. Zaman pula sangka Siti ke sebelah kanan, jadi dia mati-matian berhimpit ke sebelah kanan. Ketiak bangla yang hangit tidak menjadi kudis lagi. Asak dia mengasak tapi... hampa betul Zaman bila Siti tak pula dijumpai. Rupa-rupanya baju kurung biru yang disangka kelibat Siti itu adalah baju seorang makcik. Zaman tepuk dahi. Nasib... nasib.
Sebulan berlalu. Siti tidak menghubungi Zaman. Siti juga tidak lagi dijumpai. Puas Zaman melangut di platform 5, tiap-tiap hari, kadang-kadang sampai maghrib, kelibat tudung Siti pun tidak nampak. Zaman putus asa.
***
Di Rawang. Seminggu selepas itu... I mean, selepas Zaman putus asa.
“Kerana putus asa kau pindah ke Rawang ni duk ngan aku Man?” Zuhri sengih sambil mengunyah kuaci. “Ke kau nak edar bussiness kad kau kat platform 4 plak hehehe.”
“Hish! Kan aku dah cakap aku pindah ke sini sebab housemate aku kawin.” Zaman meradang.
Sudah seminggu Zaman berpindah dari Shah Alam ke Rawang. Ahli rumah sewa Zuhri bertambah dari dua kepada tiga.
“Cun juga Nurul Syuhada Nurul Ain ni.” Zuhri tertancap matanya ke kaca tivi. Pengacara majalah tiga itu sedang beraksi. “Apa kata kau ngorat dia Man.” Zuhri sengih lagi.
Zaman diam. Meluat.
“Okey... okey,” Zuhri membaca mood Zaman yang sudah down. “Isnin nanti kita tunggu kat platform 5 tu sama-sama. Lagipun aku boleh keluar awal sikit. Kita jalan dari kiri ke kanan platform sampai jumpa. Amacam?”
“Aku rasa dia dah kawin ler.”
“Ceh.”
“Persiapan kau amacam?”
“Okey. Berjalan lancar. Minggu depan cari cincin.”
“Best la kau.” Suara Zaman datar.
Zuhri menjeling Zaman. “Come on la kawan. Kat Malaysia berapa banyak Siti ada. Apatah lagi Nurul, Nur, Wan Nur, Nik, Dang. Rilek la beb. Kau baru 29, belum tiga puluh. Heh.”
“Aku rilek. Mak aku membebel.” Aku? Rilek? Hanya Tuhan saja tahu!
“Ooo… Patutlah kau tak balik kampung weekend ni, kau takut mak kau heret kau ke rumah si Peah ek hahaha.” Zuhri gelak. “Eh, buatnya Siti Komuter tu Siti Maisarah. Melepas kau tolak calon mak kau Zam.”
“Banyak la siti kau.”
Hp Zaman tiba-tiba berbunyi.
Zaman menyeluk poket dan mengeluarkan telefon Sony C902 kepunyaannya. Nombor tidak dikenali tertera. Zaman tersenyum... Fuh... Fuh... minta-minta Siti Komuter... Panjang umur kau Siti.
"Hello." Zaman Jawab.
"Hello. Assalamualaikum." Suara gadis. Lembut.
"Waalaikummussalam. Sapa ni?" Zaman berdebar. Menjauhi Zuhri, beredar masuk bilik.
"Err... ni Zaman ke?"
"A'ah, Zaman sini." Semakin berdebar, Zaman duduk di birai katil bujangnya, tangan kiri menggaru tulang kering. "Sapa ni?"
"Huhu... tak cam suara sayeee kee?" Si gadis gelak besar.
"Errk... tak cam la. Bagitahu la sapee." Zaman senyum simpul.
"Ooo... mentang-mentang ko keje KL Zaman ko dah tak kenal aku yee. Ko bila nak balik kampung?"
Huh? Senyum simpul Zaman mati. Suara yang macam ini aku kenal... Aku kenal sangat... Mengeluh Zaman mengeluh. Ingatkan Siti Komuter, tapi rupa-rupanya... Siti Saffiah... Pe'ah! Tapi...
"Mana dapat nombor aku?" Zaman berkerut.
"Heh... ada la." Suara Pe'ah menggambarkan dia sedang tersenyum.
Pe'ah tak menjawab soalan. Lantak dia la mana dapat, Zaman mendengus kekecewaan. "Lama tak jumpa ko Pe'ah, keja mana sekarang?"
"Aku keje KL jugak tau. Tu la kau, langsung tak kontek aku. Mentangla keje dah best."
"Ish, mcm mana nak kontek nombor takde."
"Ha... Raya lepas lupa nak ambik nombor kau. Err... kau betul nak tau mana aku dapat nombor kau?"
"Ye lah."
"Aku jumpa atas meja rumah sewa aku ni. hahaha." Pe'ah gelak lagi. Mengingatkan Zaman ketika dia terjatuh ke dalam parit berlumpur kerana mengelak kubota Pe'ah. Ketika itu, Pe'ah gelak sakan sampai keluar air mata. "Aku tilik-tilik kad nama atas meja tu, aku nampak nama kau, takut-takut orang lain, aku try la call. Bila aku dengar suara kau... huh, confirm, kau Zaman."
"Tapi... macam mana kad nama aku ada atas meja rumah kau?" Zaman teringatkan siti komuter.
"Itulah... aku tanya member aku... hmm..." Pe'ah diam kejap, "hmm... dia cakap..."
Pe'ah diam lagi. Zaman tak sabar. "Dia cakap apa?"
"Dia cakap adik aku dapat. Aku tanya adik aku, dia cakap dia dapat kat kl central."
Haaa? Zaman melompat. Teringatkan Mak dia. Teringatkan pokok gajus.
"Adik aku cakap mamat tu kiut gak... bila aku tahu nombor ni nombor kau... aku rasa nak muntah hahaha... Apa ke rabun adik aku tuh.. aku-"
"Teettt... teetttt... teetttt..." Peah menilik telefon tangannya. Putus? Bertuah punya kawan! Pe'ah merengus... Balik kg nanti aku langgar kau lagi.
Zaman berlari-berlari keluar bilik mahu mencium Zuhri...
Zuhri mengelak... "Zaman! Kau gila ke?"
"Betul kata kau Zuhri... Siti komuter adalah Siti Maisarah!" Zaman meloncat setempat kerana dirasuk hantu kaler pink, "dia kata aku KIUT! aaauuwww...Mak... aku nak kawin!"
Zaman mendail nombor maknya. Tamat.
by kayree
Cerpen : Jodohku di Landasan Komuter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)
3 comments:
fairy tale sungguh =_=
bila baca dengan nada yang betul dan imaginasi yang betul,rasa lawak! ketawa xhabis2.para pembaca,sila baca dengan wild imagination ye. :D
cinta komuter...hmmmm...menarik....cmne ngn cinta fesbuk lak...=)
Post a Comment