Jenjalan kt quill mall kl

Seronok betul harraz main kt sini..sekali masuk rm40 takda had masa..masuk skali ngn mak ayah..tp semua kena pakai stokin termasuk kanak2..sampai tak mau balik lah dia main kt sini...org utaqa kata perak buihhh hehehe..aku pun skali jd perak buihhh..jakun org ckp..klau dalam bahasa baku dewan bahasa..berasa pelik dengan sesuatu yang baru...hehe


Pinjaman peribadi BSN

Nk share sikit story pasal personal loan ni...dulu masa aku nk kawin dulu aku buat personal loan dgn BSN...ye la kan klau nk kumpul sikit2 mau lambat lah aku kawin kan..aku pinjam rm15k je..

Minggu ni aku tambah lg personal loan BSN ni utk byr deposit rumah teres yg kami beli kt nilai..tak dpt guna acount 2 kwsp sbb dh guna utk rumah yg ada skrang..itu lah kesilapan kami..beli rumah jenis tak bertanah dulu pastu nk beli rumah teres dh tak leh pakai kwsp..sbb tu terpaksa pakai personal loan

Klau korang nk buat personal loan dgn BSN ke..bg email korang kt komen bwh ni..nanti aku bg num phone org BSN tu kt email korang..tak leh publish kt sini..salah dr segi etika..nk tolong org melayu kita gak..

Tips:guna acount 2 kwsp utk byr ansuran bulanan rumah..account 2 kwsp hanya boleh kuarkan utk deposit rumah sekali je..jd guna kan utk beli rumah teres..sbb rumah teres harga lebih mahal

Cepat atau lambat dapat anak...

Arini terbaca dalam facebook luahan sepasang suami isteri tentang bagaimana dorang usaha nk dapatkan anak..aku rasa ada benarnya apa yg dia ckp..aku share balik kt sini dia punya summary:


  • Solat jgn tinggal..aku tambah lg sikit..slalu solat berjamaah suami dan isteri pastu lepas abis solat suami baca doa nabi zakaria bersama2 isteri
  • Slalu beri hadiah kepada kanak2 dan bayi..pegang kanak2 dan bayi amik berkat sbb malaikat akan mendoakan kita sbb kanak2 dan bayi ahli syurga..
  • Jangan bg isteri stress dan sentiasa bg isteri happy..aku tambah lg..isteri juga kena bg suami happy sbb boleh effect sperma hehehe..
Aku tambah lg sikit..makan kena jaga..kurangkan mknana yg byk pengawet dan bahan perisa..gula dan garam kena kurang..bykkan mknan fresh dan semulajadi...lelaki kena byk mkn taugeh dan tembikai..pompuan aku tak ingat dah..mkn buah delima..dan madu

Misteri Kehilangan DJ Radio Akhirnya Terjawab

"Saya ingat saya hilang sehari rupanya dua bulan", demikian cerita DJ sambilan, Azhar Muhammad, 45, atau dikenali DJ Kahong yang hilang dua bulan di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang, Jalan Kapar, Klang.

Gambar oleh Sinar Harian 

Dia yang ditemui oleh orang ramai dalam keadaan berlumpur di lokasi sama telah menceritakan bertemu seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim yang mengajaknya bersembang serta menyerahkan kepadanya rantai leher dan tangan berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil tertulis ayat al Quran.

Sebelum hilang, dia mencari siput di kawasan hutan bakau di pengkalan nelayan dan disahkan hilang pada 10 Ogos lalu.

Baca selanjutnya : Sinar Harian

Masih relevan ke blogging ni?

Erm dh lama tak menaip kt blog nie entah lah tiap2 hari asyik main facebook dan wasap je...ramai dah tak tulis blog..ramai duk online fb je 24 jam...aku ingat pasni dalam blog aku nk tulis review game2 badminton atau bola sepak yg aku tengok lah..

Ataupun tulis review pasal movie2 yg aku tengok...Check duit nuffnang pun sejak 2 tahun lepas naik sikit je..sampai sekarang 2 ratus lebih je..nuffnang pun dh kurang income kot..zaman dah berubah..

Traffic blog ni byk dtg dr google je skrang..

Kereta apa yang sesuai untuk lepasan graduan?

Ok ikut pengalaman aku dulu..byk kengkawan aku yg lepas grad beli kete myvi..tak kira lah dia lepasan diploma atau degree.ada gak yg beli persona.yg gaji besar sikit ada yg beli honda city.ada yg masih pakai kete kelisa sejak dari uni lg tapi gaji dia 3.5k masa first gaji..

Persoalannya di sini kereta apa yg sesuai utk yg lepas grad??

Aku plak beli vios hehe.menyesal?taklah cuma rasa kurang sesuai sbb komitmen bulanan yg agak tinggi...so base dari penglaman kete yg paling sesuai dibeli selepas grad adalah kete perodua viva/axia atau proton saga sebab kete2 ni lebih murah komitmen tiap2 bulan..jangan beli kete second..biar kecik takpa janji baru..

Biar first impression kurang janji kita ada lebih kewangan untuk beli rumah yg lebih besar..yup..rumah lebih penting sekarang..komitmen rendah bermakna kita ada duit yg banyak utk menyimpan dan berbelanja..

Ok itu je..bye2..

Mentaliti Malu Bawa Bekal 'Time Lunch', Kenapa Hanya Melayu Malu?


Memang sangat pelik apabila mentaliti orang melayu khususnya apabila berbincang mengenai bawa bekal, memang bukan pilihan malah seboleh-bolehnya mengelak untuk membawa bekal ke pejabat.


Lelaki Melayu terutamanya memang  jarang ataupun seakan pupus lelaki membawa bekal ke pejabat yang sememangnya mempunyai banyak manfaat.

Jika kita lihat kaum lain khususnya Cina, mereka bangga dengan bekalan yang dibawa kerana mereka lebih percaya khasiat dari rumah yang sememangnya tidak diragukan.

Penulis sendiri pernah diajukan soalan sebegini oleh rakan kerja seorang lelaki cina yang merasakan fenomena lelaki melayu dengan bekalan adalah sangat jarang malah boleh dikatakan tiada.

Untuk wanita melayu juga jarang-jarang mereka membawa bekal. Jadi apa sebenarnya yang berlegar dalam kepala otak orang melayu yang tidak menggemari aktiviti membawa bekal?

- 'Kau ini tak ada duit sangat ke?'
- 'Kau ini macam perempuan lah bawak bekal.'
- 'Isteri kau queen kontrol ke?'
-' Kesian hari-hari mengadap bekal.'

Biasa kan dengar, dikalangan kita, jika melihat atau berbincang mengenai perkara ini pastinya kita meletakkan diri kita pada kalangan yang tidak menggunakan bekal tersebut.


Antara kebaikan membawa bekal ke pejabat:

1. Jimat
Memang menjimatkan anda kerana, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar dan boleh mengaturkan sendiri diet makanan anda.

2. Makanan yang berkhasiat dan seimbang
Sememangnya, anda akan masak bekalan anda dengan seimbang tanpa perlu memikirkan kolestrol serta minyak dalam masakan.



3.Eratkan hubungan kekeluargaan
Dengan cara membawa bekal, suami dapat menghargai masakan isteri dan mengeratkan hubungan sesama suami isteri.

Ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi, kikis mentaliti bawa bekal sesuatu yang memalukan. Pujian harus diberikan kepada mereka yang mampu menangkis perasaan malu kerana tiada yang salah dengan membawa bekal. Semoga ia menjadi satu budaya yang dibanggakan suatu hari nanti. 

Rumah Dikelilingi Terusan Tanpa Jalan Raya

Tenang rasanya jika anda berada di Giethoorn di Belanda ini, hampir seluruh bandar di kelilingi oleh terusan yang menggunakan perahu kecil sebagai jalan perhubungan.
Terletak di wilayah Overijssel, bandar Giethroon mempunyai terusan sepanjang 6.5 km dengan rumah-rumah tradisional khas Belanda disekelilingnya. Tidaklah menghairankan apabila Giethroon telah menjadi daya tarikan pelancongan di Belanda dengan gelaran Venice dari Belanda. Bandar ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelarian dari kawasan Mediterranean sekitar tahun 1230. Giethroon menjadi terkenal dalam tahun 1958 apabila difilemkan oleh Bert Haanstra dan ditayangkan dalam festival filem Fanfare.


sumber: dairishare




















10 Sebab Mengapa Lelaki Masih Terus Membujang

"Eh bro, bila kau nak kahwin ni?", itu adalah satu soalan cepu emas kepada lelaki diluar sana yang boleh dikategorikan sebagai bujang terlajak.  

Namun masing-masing mempunyai alasan tersendiri kenapa masih membujang hingga kini. Kahwin awal atau lambat itu hak masing-masing, janji kahwin kan.

Nah, ini adalah beberapa sebab mengapa lelaki terus membujang ataupun kahwin lambat :


1. Hilang keyakinan diri dan masih tiada teman wanita.
wVgGdnV.jpg
Sumber foto : www.huffingtonpost.com

2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Terlalu mencintai seseorang tapi cinta tak kesampaian.
images (2).jpgSumber foto : pergghhhhhtiptoplah.blogspot.com

3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda.
images (3).jpgSumber foto :www.livestrong.com


4. Takut tak bahagia apabila berkahwin nanti.o-DIVORCE-facebook.jpgSumber foto :www.huffingtonpost.com


5. Belum sedia beri komitmen.marriage-trust-commitment.jpg
Sumber foto :www.techipedia.com


6. Merasakan lebih bebas dan selesa hidup seorang diri.aku.jpg
Sumber foto : soepolenk.wordpress.com



7. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya.busy-work.jpgSumber foto :www.10x10coach.com


8. Tak sampai seru lagi kot.jodoh.jpg
Sumber foto : www.febriantialmeera.com

9. Masalah hutang dan kewangan yang tidak stabil.masalah kewangan.jpgSumber foto : www.cetusansuara.com


10. Memang tiada nafsu terhadap wanita. Minat kaum sejenis?homosexual.jpg
Sumber foto : www.spektanews.com


Tidak perlulah peningkan kepala fikirkan soal jodoh, jika sudah sampai masanya nanti pasti berjodohan jua akhirnya. Semoga pembaca yang masih bujang tidak hanya menunggu jodoh tiba, sebaliknya kena lah juga usaha.kan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)