Suamiku Encik Rider Hati Tisu
Sinopsis Filem - IMDB Rating 8.5/10 Mengisahkan Rudi lakonan Haron Harjit Sing yang mempunyai banyak saman JPJ. Ini disebabkan motor Rudi kerap kali ditahan JPJ kerana abang2 JPJ tak dapat mengenalpasti jenis sebenar motor yang Rudi pakai. Ini semua berpunca daripada sikap Rudi yang suka mengubahsuai motorsikalnya secara ekstrem. Memuaskan nafsu katanya.
Namun segalanya berubah apabila Rudi mendapat tahu beliau sebenarnya dari kecik dah dijodohkan dgn Wawa (lakonan Lisa Suvarnabumi), anak kepada seorang pegawai JPJ yg jugak kawan kepada bapak Rudi. Rudi yg pada mulanya tidak suka pada Wawa akhirnya jatuh cinta setelah Wawa turun 50kg daripada 100kg hari2 makan telur, sayur dan just minum air masak.
Namun segalanya berubah apabila Rudi terjumpa posting FB Wawa yang mengutuk keras tindakan seorang penunggang motorsikal Bajaj Pulsar yang memakai lambang BMW. Malu katanya pakai Bajaj. Rudi pun merajuk lantas melarikan diri ke sebuah pusat urut di Dannok. Mampukah Wawa memujuknya? Adakah Wawa akan jadi isteri Rudi yg sah? Adakah Rudi akan menjual motornya selepas berkahwin? Di hospital manakah Wawa akan bersalin lepas bernikah nanti?
Sumber: https://www.facebook.com/SembangDeras
Jumlah pageviews dah 3 juta lebih
Blogging sejak 2010..jumlah pageviews akhirnya cecah 3 juta...Tp alexa rank jatuh menjunam..page rank je maintain 2/10..dh makin malas nk update blog..org byk tgk wasapngn fb je..huhu..
Kisah berwasap dengan mak
Tak plan pun...
Dapat tak mesej ni?
Chocolate kiss
Sahabat di Tandas Awam
Kisah yang menceritakan tentang kecanggihan teknologi ini berlaku antara
tiga orang sahabat ketika mereka berhenti disebuah tandas awam.
Ahmad, selepas membasuh tangan..
Budi dan Charlie: "Ape bende kat tangan ko tu? Awat bergetaq tangan hang tu tu haa?"
Ahmad: "Ohh ni namanya pager, canggih kan besar tangan aku jerk.."
Budi, semasa dalam tandas.
Budi: "Tolong pegang handphone aku ni.."
Ahmad dan Charlie: "Kalau ade call in caner? Aper yang terlekat kat telinga ko tu?"
Budi: "Ooo.. ni namanyer bluetooth.. kalau ade orang call, dari jauh aku boleh jawab.."
Charlie, selepas keluar tandas dengan membawa tisu tandas yang masih terlekat di punggungnya.
Ahmad dan Budi: "Kenapa tisu iu terlekat disitu, Charlie?"
Charlie : "Ohhh ini mesin fax saya!! Saya bawa kemana-mana sahaja.."

Siapakah pencipta ALLAH s.w.t
Seorang Dahri atau Mulhid (atheis) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama’ berdebat dengan mengatakan:
“Kalian mengatakan Allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang wujud mesti mempunyai tempat”.
Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai:
“Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdepat denganku?”
Mereka menjawab: “Ada, beliau bernama Sheikh Hammad”.
Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya. Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. Gurunya menjawab:
“Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk”.
Imam Abu Hanifah: “Apa yang Tuan Guru mimpikan?”
Sheikh Hammad: “Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya.”
Imam Abu Hanifah: “Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta’bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta’birkannya.”
Sheikh Hammad: “Ta’birkanlah wahai Nu’man” (nama sebenar Imam Abu Hanifah).
Imam Abu Hanifah: “Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Dahri, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya.”
Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami’. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana. Si Dahri datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya:
“Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?”
Imam Abu Hanifah menjawab: “Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya.”
Si Dahri: “Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina.”
Imam Abu Hanifah: “Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud:
Dan (Allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Surah Al-Mujadalah (58) : 11
Si Dahri: “Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?”
Imam Abu Hanifah: “Aku akan menjawab dengan taufiq Allah.”
Si Dahri pun mula bertanya: “Adakah Allah itu wujud?”
Imam Abu Hanifah: “Ya.”
Si Dahri: “Di mana?”
Imam Abu Hanifah: “Allah tidak bertempat.”
Si Dahri: “Bagaimana mungkin Dia wujud tapi tidak bertempat?”
Imam Abu Hanifah: “Dalilnya ada pada diri anda.”
Si Dahri: “Mana dia?”
Imam Abu Hanifah: “Bukankah kamu mempunyai nyawa?”
Si Dahri: “Memang.”
Imam Abu Hanifah: “Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamu? Atau di kaki kamu?”
Si Dahri tercengang-cengang tidak tahu jawab. Kemudian Imam Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air dengan mengatakan:
“Bukankah air susu itu mempunyai lemaknya?”
Si Dahri: “Ya.”
Imam Abu Hanifah: “Di manakah terletaknya lemak itu di dalam susu? Adakah di sebelah atas atau di sebelah bawah?”
Sekali lagi Si Dahri tidak dapat menjawab. Imam Abu Hanifah menambah: “Sebagaimana roh juga tidak bertempat di dalam tubuh, lemak tidak bertempat di dalam susu, maka Allah juga tidak bertempat di alam buana ini.”
Si Dahri menyoal lagi: “Apa yang ada sebelum Allah dan apa yang ada selepas-Nya?”
Imam Abu Hanifah: “Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesiapa selepas-Nya.”
Si Dahri: “Bagaimana dapat memahami tiada sesuatu yang mendahului yang wujud dan tiada sesuatu selepasnya?”
Imam Abu Hanifah: “Buktinya ada pada anggota badanmu.”
Si Dahri: “Apa dia?”
Imam Abu Hanifah: “Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua’lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya.”
Si Dahri: “Ada satu lagi soalan yang ingin aku tanyakan.”
Imam Abu Hanifah: “Kemukakanlah, Insya Allah aku akan menjawabnya.”
Si Dahri: “Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?”
Imam Abu Hanifah: “Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah.”
Si Dahri pun turun, Imam Abu Hanifah pula di mimbar. Setelah beliau duduk, si Dahri itu pun bertanyakan soalan tadi.
Imam Abu Hanifah menjawab: “Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.”
Si Dahri rasa tertewas dan hujahnya dipatahkan.
Pantai timur akan lahirkan ramai penerjun berbakat
Generasi baru di pantai timur ramai berbakat yang menggantikan panda lela renong..mcm2 style ada.terjun tiruk pun ada hehe
UFO terhempas punca ikan mati
Okinawa: Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas ke dalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu.
Berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran.
Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan di bahagian mata.
Laman web Veteran Today melaporkan, wartawan mereka menghubungi dengan sumber boleh dipercayai pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu.
Kesan kemalangan UFO
“Saya dapat mengesahkan bahawa jutaan ikan yang mati di perairan Okinawa adalah kesan daripada ‘kemalangan’ UFO terbabit.
“Kami mempunyai pakar yang ditempatkan di kapal JS Kurama di laut Jepun yang bertanggungjawab membawa bangkai UFO itu ke permukaan,” kata sumber itu yang dipetik laman berkenaan.
Sumber itu juga menyatakan Perdana Menteri Jepun sudah dimaklumkan bahawa cecair misteri yang mengalir dari UFO terbabit menyebabkan asap beracun naik ke permukaan laut.
Katanya, cecair itu bukan saja membunuh ikan tetapi asap yang dihasilkan menyebabkan anggota penyelamat sukar menaikkan bangkai UFO terbabit.
Halang media siar
“Pakar turut menyatakan kebimbangan bahan kimia UFO itu boleh mencemarkan air laut dan membunuh hidupan di sekitarnya. Malah ketika diangkat, air laut di sekitar UFO terbabit mendidih,” kata sumber itu.
Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda dilaporkan menandatangani perintah menghalang media di negara itu melaporkan mengenai nahas yang berlaku. - Agensi
P.S / Tak sangka UFO masih lagi melawat bumi hehe..secanggih pesawat UFO pun boleh terhempas..

Dunia hadapi krisis obesiti
Davos: Pakar kesihatan menggesa pemimpin dunia menangani masalah obesiti dengan tidak hanya menyalahkan penduduk sebagai kurang semangat untuk menurunkan berat badan.
Mereka menyifatkan obesiti kini satu pandemik global kerana menjangka lebih separuh penduduk dunia akan obes dalam tempoh dua dekad.
Pakar kesihatan, pemakanan dan kecergasan memberi gambaran itu ketika berucap di Forum Ekonomi Dunia di sini.
Mereka percaya, dunia perlu menangani krisis obesiti dengan menggunakan pendekatan sama seperti dalam usaha membanteras tabiat merokok.
Oleh kerana semakin banyak makanan tidak baik untuk kesihatan dan kian ramai memilih untuk tidak bersenam, dunia perlu mencari jawapan kepada masalah penyakit jantung dan diabetes yang membunuh 2.8 juta orang setahun, kata mereka.
Pada masa ini, angka rasmi menunjukkan 1.4 bilion orang dewasa sudah mempunyai berat badan berlebihan dan angka itu akan meningkat.
Perkara itu dijelaskan oleh dekan Kajian Kesihatan Awam Mailman di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, Linda Fried kepada panel mengenai obesiti di forum berkenaan.
“Dalam tempoh 20 tahun lagi, jika keadaan dibiarkan, 50 hingga 60 peratus penduduk dewasa dunia akan mempunyai berat badan berlebihan.
Meningkat dengan pantas
“Jika ini adalah penyakit berjangkit, kita tentu menggelarnya pandemik. Ia juga bukan terhad kepada wilayah tetapi global. Ia juga meningkat dengan pantas dan berterusan, suatu takrif pandemik,” kata Fried.
Punca utama ialah makanan berkalori tinggi dan gaya hidup kurang aktif, kata pakar.
Naib Presiden Sukan Nike, Lisa MacCallum Carter, berkata obesiti ada kaitan dengan krisis ‘gaya hidup tidak aktif’ disebabkan arus kemodenan.
Beliau merujuk kepada penyelidikan menunjukkan warga Amerika kurang aktif 32 peratus berbanding 1967 dan boleh mencapai 50 peratus menjelang 2030. - AGENSI

Petua petua yang boleh diguna pakai
Petua-petua untuk diamalkan.
✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.
✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
Copy & paste untuk saudara mara dan kawan-kawan........
****Jangan kedekut ilmu.
Sila kongsi untuk manfaat bersama....

Cara mengelakkan tv yang dibeli supaya tidak cepat rosak
1. Gunakan plug soket khas untuk tv sahaja
-Jangan sambungkan plug tv yang dikongsi dengan peralatan elektrik lain kerana elektrik spark kenkadang boleh menyebabkan tv rosak.
2. Jauhkan tv dari peralatan yang ada elektromagnetik
-Jauhkan tv dari peralatan yang ada gelombang elektromagnetik macam kipas, penyedut hampagas dan sound speker kerana ini boleh merosakkan gambar dan warna
3. Jangan biarkan tv 'ON' untuk masa yang lama
-Peralatan elektrik boleh rosak sekiranya menjadi terlalu panas
4. Jangan buka tv semasa kilat
- Ini bahaya kerana kilat boleh menyambar sambungan ground bumi
5. Beli tv yang diperbuat di negara Jepun
-Negara jepun adalah negara yang memastikan setiap barangan yg dibuat mempunyai kualiti yg tinggi
Nota:Adalah lebih baik setiap kali membeli tv pastikan warranty disimpan dan beli warranty beberapa tahun tambahan untuk lebih selamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)