Definisi Jiwang Dan Romantik


Kawan aku slalu cakap aku ni jiwang hehe..tapi aku rasa aku tak jiwang pun..hensem tu adalah kot hehe..hensem itu sememangnya dusta semata hehehe...masa sekolah rendah ngn menengah dulu budak-budak jiwang adalah budak yang belah rambut tengah macam tomok new boyz hehe

Haii...saya jiwang hihi
Jarang lah budak laki nak mengaku dia jiwang..mana ada org jiwang cakap dia jiwang kan..org gila pun mana ada cakap dia gila hehe..mereka yang mendengar lagu2 tangkap lentok lagu2 rock kapak dulu juga di anggap jiwang..aku tak dengaq k lagu jiwang2 macam lagu anuar zain ke..aku dengaq lagu wali band cari jodoh...teheee :-P

Jiwang juga dikatakan mereka yang suka membaca novel cinta..novel kasih suci.kihkih.org jiwang juga tengok drama jiwang macam nora elena...ye aku pun tengok drama ni hehe...sebenarnya jiwang dan romantik ni adalah perkara yang sama..dan ia sangat penting di dalam perhubungan suami isteri..cewahhh...

P.S Ramai sekali mengatakan bahawa mereka anti jiwang tetapi tanpa mereka sedar mereka adalah jiwang sebenarnya hahahahaha...

Akhir kata terima lah nukilan jiwang ini kihkih
Cinta sebenarnya tidak buta...Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan......Cinta sering dikatakan ‘buta’ tetapi jangan dijadikan alasan sehingga matahati tidak dapat menilai harga sebuah cinta....Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang...... Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah..... Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya. Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal..... Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi...... Tak usahlah kunci hatinya,,, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.Cinta lelaki selalunya manis Cinta lelaki sukar meminta maaf Cinta lelaki mudah diagih-agihkan Cinta lelaki susah dipamerkan Cinta wanita selalunya pahit Cinta wanita selalunya kudus Setia dan romantis Cinta wanita pandai memujuk Cinta wanita sanggup terseksa Jika terdera Bila dipujuk mudah lupa Cinta Sejati tidak bertambah dengan kebaikan Cinta Sejati tidak bertambah dengan kekayaan Cinta Sejati tidak berkurang dengan keburukan Cinta Sejati tidak berkurang dengan kemiskinan Cinta Sejati tak pernah terancam Cinta Sejati tak pernah curiga

Watak-watak korang dalam NORA ELENA

Ermm aku baru buat satu quiz kat facebook..quiz ni tuk yang ada facebook je..quiz ni tuk mereka yang suka drama nora elena je hehe.yang anti tak yah amik k hehe...ye lah kan skang ni semua org duk cakap pasal nora elena lah..seth tan lah..

Jom ramai2 wat quiz ni...hehehe

Click sini [Link]

Pak Din Satay Jalan Gombak

Semalam kawan aku wan kedah (nama sebenar..dia duk kedah tu panggil wan kedah..kawan lagi sorang wan kelantan sbb dia duk kelantan hehe) ajak g makan satay pak din kat jalan gombak..dia belanja..kalau sendirian berhad jangan harap lah aku nk gi hehehe...mana taknya harga secucuk satay ni lagi mahal dari satay kajang 70 sen secucuk....tapi aku nak g tau kt sini..satay daging dia memang paling sedap pernah aku makan kat malaysia ni..satay kajang pun tak sedap mcm satay ni...satay daging lah..satay ayam aku rasa macam sama je sedap dia ngn satay kajang....satay daging dia empuk dan lembut.fuhhh...kuah satay dia pun sedap..sampai aku tengok kucing pun suka makan satay tu..nmpak kt tepi meja tu dorang bagi kucing mkn satay..betul aku tak tipu hehehe....

Gambaq sebenar hehehe...cedapppppp...

Kanak-kanak ribena tersesat di Tugu Negara !!!

Sabtu lepas kawan aku Alan Ash (Nama sebenar di facebook hehe..) ajak gi kenduri khatan kat rawang..eh silap..majlis kahwin sebenarnya hikhik...ingat g satu kenduri je rupa2nya dia ajak g kenduri hulu langat dulu..adeh penatnya walaupun aku hanya jadi bos duk blakang kete..nasib baik kenduri yang kat hulu langat tu makan sedap..maybe makanan tu menjadi sgt sedap gara-gara perut kami dah berbunyi keriangan minta diisi..tapi seyesly memang sedap..nasik minyak, daging masak hitam ngn ayam golek dia memang terbaik..sudah menjadi trend catering2 kahwin skang bersaing mendapatkan tender kahwin dengan promote menu spesel ayam golek..pas makan confirm tergolek kekenyangan hehehe..

Abis tu g kenduri kt rawang plak..kt situ kami makan sekadar menyedapkan hati pengantin ehehe...balik singgah mayang kt masjid negara..time lalu nak balik kami nampak tugu negara..tu yg tersesat g tugu negara tu..walaupun kami semua dah lama duk key ell tapi tak pernah g tugu negara..huhu cedey tak cedey tak hehe..

Pic amik guna handphone xpress music je..hehe..lagi satu pic aku satu pun takde sbb aku tak photogedik hehe..lagi pun aku malu ngn camera tau hee...ngade2 plak aku ni hehe




























P.S Yes aku memang tak pandai amik pic..terutama pic lelaki kihkihkih

Bangga Hilang Dara - Cerita Adinda Evans Masuk Akhbar Harian Metro Pulak

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Beberapa hari kebelakangan ni, kecoh mengenai Adinda Evans (juga dikenali sebagai Datin Milano) mengenai pengakuan berani yang dibuat pada laman blog peribadinya, Facebook dan juga Twitter mengenai kisah dia kehilangan dara. Sehinggakan Juliana Evans sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan di Twitter untuk menafikan bahawa Adinda Evans ini tidak ada hubungan langsung dengan dirinya.
Bila dah masuk paper macam ni, satu Malaya akan tahu. Inikah populariti yang dicarinya?! Mak bapak dia jugak yang akan menanggung malu. Budak-budak zaman sekarang ni, bahaya sungguh!

Sempat menjenguk blog peribadi adik ni, namun entri yang penuh kecaman itu telah pun dibuang dari blognya. Dan satu entri  tentang ketidakpuasan hatinya terhadap publisiti yang diberikan mengenai kisahnya yang menurutnya cuba memalukan dan menjatuhkan maruahnya telah dibuat.
Pic credit: thescriptmylife

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang meningkat remaja tu, awasilah tingkah laku dan setiap gerak geri anak-anak anda.

Cium isteri selepas akad nikah untuk membatalkan wudhu`, adakah amalan ini sunnah Nabi?

Maka jawabnya bukan sunnah, ini hanyalah adab orang melayu yang diambil dari upacara kahwin orang kristian yang mencium isterinya selepas berkahwin.

Dan kini akhir zaman ada juga upacara membaling bunga selepas selesai akad nikah yang juga diambil dari amalan upacara kahwin orang kristian, pengantin yang memakai gaun yang berekor panjang di belakangnya, membunyikan muzik atau bunyi ketika pengantin keluar atau sebagainya.

Tidak mengapalah jika kita inigin bercium tangan tanda mengikut adab orang melayu tetapi janganlah sehingga mencium pipi atau dahi dan seumpamanya kerana di depan orang bukanlah tempat untuk bersuka-ria atau bergurau senda jika kita ingin membatal air solat, cukuplah cium tangan untuk ikut adab orang melayu.

Sejak kebelakangan ini sudah jadi satu trend cium isteri selepas akad nikah. Tentunya dikhalayak ramai.Memanglah ianya dah halal antara suami isteri. Namun sebagai orang islam tentu ada adab dan akhlak yang patut dipatuhi berlandaskan ajaran islam.Saya yakin perbuatan cium ini sudah lari dari akhlak islam.

Ia dilakukan kerana terpengaruh dengan perlakuan orang2 bukan islam seperti orang2 kristian yang bercium mulut selepas upacara kahwin. Cumanya orang2 islam di malaysia belum sampai ketahap itu lagi,dan tidak mustahil ia akan berlaku. Tapi di indonesia sudah berlaku..kris dayanti bercium mulut dengan raul lemos selepas akad nikah..perlu kah aku letak picture itu..aku sendiri malu nk letak..korang leh google pic tu kalau tak caya....pastu dorang nikah dalam masjid plak tu isk2.

Akhir zaman ini orang2 islam akan mengikut cara hidup yahudi dan nasrani.

Kita mesti ingat lebih2 lagi kalau akad nikah tu di jalan kan dalam masjid kena lah jaga adab di dalam masjid..saudara mara yang masuk masjid mesti menutup aurat semua.jangan duk buat bising tak tentu hala,,.sebab tu dulu ada alim ulamak pertikaikan nikah dalam masjid..sebab kalau tak kena cara dan adab boleh merosakkan kesucian masjid..

Mengikut adab sopan dan tatatertib lebih manis upacara batal air semayang tu buat kat umah..kesucian masjid pun terjaga..dulu2 bg pasangan yang alim lagi soleh mcm ustaz2.contoh kawan aku kt kampung parit buntar..satu sekolah rendah..dia ustaz.satu2nya kawan aku yg berpangkat ustaz hehe...aku tengok dorang ni upacara batal air semayang pun cuma buat salam dan cium tangan..dah cukup batal air semayang tu..ada gak yang buat dalam bilik sambil disaksikan ibubapa dan saudara terdekat je...wah kagum betul aku dengan sifat dorang yang menjaga sifat2 malu di hadapan orang ramai...

Pandangan penulis Hafiz Quran

Saya dari dulu tidak pernah bersetuju dengan adegan-adegan tersebut. Mungkin ada yang panas telinga bila isu begini ditimbulkan. Mungkin ada yang beranggapan saya terlalu keras dan tak sporting.

Harus diingat, saya di sini tidak menghukum halal atau haram. Tetapi saya katakan ; apa barang cium-cium bini depan orang? Apa barang suap menyuap depan orang?

Tak kiralah hari akad nikah ke, hari berkahwin ke, yang penting adegan tersebut tidak patut sama sekali dibuat di hadapan orang.

Alah, cium dahi je pun!

Bukan soal tempat mana yang dicium. Soalnya, sifat malu kena jaga. Adab depan orang kena jaga. Macam mana nak ada keberkatan, kalau begitu rupanya permulaan?

Suami dengan isteri di hadapan orang sama sahaja dengan lelaki dan perempuan lain. Depan masyarakat, adab pergaulan kena jaga. Kalau anda pergi ke kedai makan, tiba-tiba ada satu pasangan suami isteri di meja sebelah. Berpegangan tangan , kemudian si suami tanpa segan silu mencium isterinya padahal orang sekeliling melihat.

Agak-agak, apa anda akan cakap?

Ish, mana ada orang buat macam tu. Pengantin baru yelah.

Pelik kan? Pengantin baru buat tak ada masalah, sebab baru. Tapi pengantin lama, janggal jadinya. Sebabnya mudah. Mindset kita menetapkan demikian. Kita yang menganggap perkara itu sebagai perkara biasa, lalu kita membolehkan.

Tetapi saya tidak. Dan saya tahu, pendapat saya dikongsi oleh begitu ramai orang bujang yang tidak seronok melihat adegan tersebut dalam majlis perkahwinan, terutama melibatkan orang agama.

Setakat sarung cincin, bersalaman cium tangan sudahlah. Potong kek sama-sama pun tak ada masalah. Salam cium tangan, ok lagi. Tapi bab cium-cium, suap menyuap , simpan sajalah dalam rumah. Romantik ke tidak, untuk apa ditonjolkan kepada orang?

Bimbangnya, orang yang melihat bukan seronok, sebaliknya meluat. Jadi sebaiknya, jauhilah adegan-adegan sedemikian. Kadang-kadang, yang menyuruh lebih sudu dari kuah. Saya masih ingat waktu akad nikah saya dahulu, ada juga suara-suara yang suruh cium dahi isteri. Tetapi saya tak endahkan.

Saya punya isteri, hari ini jadi tanggungjawab saya. Kalau timbul dosa, saya yang kena, bukan yang galak menyuruh. Meraikan tidak salah, tetapi biarlah berpada-pada. Apa yang penting, kita nak cari keberkatan dalam berumahtangga.

Cium bini depan orang?

P.S Apa yang saya nyatakan mungkin ada kekurangan, rujuk alim ulamak untuk keterangan yang jelas lagi..
P.S.S Keberkatan perkahwinan tu akan memberi keberkatan di dalam rumah tangga...

Sumber rujukan:
1)http://sahabatmusleem.blogspot.com/2009/12/cium-isteri-selepas-akad-nikah-untuk.html
2)http://hafizquran.blogspot.com/2011/06/apa-barang-cium-bini-depan-orang.html

Antara Aku, Bowling dan Badminton

 Botak ni bukan aku k...aku comel lg hehe

Antara bowling ngn badminton aku lebih fanatik badminton..bowling ni main saje2..main pun kadang2 je..itu pun kalau ada org ajak..takkan nak g main sesorang kot bowling hehe..pelik tu..lain lah kalau aku pemain professional..main sorang2 pun tak kisah sbb power..bawak beg bowling mcm beg pramugari bawak tu tarik masuk shopping complex..hehe poyo je kan...

Aku main pakai bola kat situ je hehe..baru lah mencabar sikit hehe..aku start main bowling masa kat matrik penang..masa tu kengkawan aku satu praktikum F6P1 (kuliah last skali paling tak pandai dan poyo kt matrik hehe) buat pertandingan bowling..anjur sendiri je..satu team ada 5 org.campur laki pompuan..nak dijadikan cerita semua dalam team aku tu semua first time main termasuk aku...

Kami g main kat megamall butterworth..lane bowling dlm shopping complex terbanyk masa tu kt penang...aku main bowling pakai dua tangan sbb tiap2 kali aku baling guna sebelah tangan bola tu pergi ke belakang hehe..dorang apa lagi punya gelak mcm nk runtuh shopping complex tu..siut tul...sejak tu aku dh trauma lagi dan phobia nk baling satu tangan..so aku balik guna satu tangan...

Sampai skang aku main bowling guna dua tangan..bila pikir2 balik ada gak positifnya sebab aku dah boleh buat spin maut guna dua tangan walaupun selalu gak masuk longkang hehe...nak tengok camne baling dua tangan?aku baling cam budak ni main hehe..yup cara ni memang tuk bebudak k hehe...ada aku kesah aku main guna dua tangan!!..(eh dah macam entry panas ada aku kesah aku virgin tu hehe)



P.S Aku pelik ngn pemain professional wanita negara kita..terutamanya zandra aziela ngn shalin zulkifli..takkan main bowling nk pakai suar pendek..bukannya gerak bnyk sgt pun.tak berpeluh pun aku tengok.pelik2..

Aku dan Sami Buddha

Gambar Hiasan

Aku bukan nak citer pasal sami yang tengah ngorat miss phuket tu hehehe..tapi nk citer pasal sorang sami buddha yang berjaya kencing aku..bukan kencing betul lah..memang basah lencun aku kena kelentong ngn sami tu...masa tu aku kat sekolah menengah dulu.form 4 tak silap aku..aku dulu duk asrama..nama sekolah tu teknik tunku abdul rahman putra (memang nama sebenar hehe) ...kejadian ni berlaku masa aku nak balik kampung..

Aku kena amik dua bijik bas utk sampai kt umah aku kat paris (bukan tempat sebenar)..so bas tu singgah dulu kat komtar..komtar ni dulu tak yah cakap lah tempat bebudak skin head lah, black metal lah, hip hop lah melepak kat situ..so masa aku duk tunggu bas tu ngn baju batik sekolah aku ada sorang sami buddha duk sebelah aku..dia pakai baju sama mcm kt gambaq atas nuh sambil bawah beg kain...

Dia tegur aku dulu..macam ni lebih kurang dialog aku ngn sami tu

Sami:U nak pegi mana?
Aku: Nak balik kampung
Sami:Saya mau bagi U duit ribu2 U mau?
Aku:(Dengan muka terkejut aku geleng2 kan kepala)

Sape tak terkejut tetiba ada org cakap nak bagi duit ribu2 kt kita..pastu dia sambung lg


Sami:Betul ke ni u tak mao..saya mao bagi no ekor kat u..bukan semua olang saya bagi woo..
(pastu dia duk citer dia bertapa kat tokong mana tah..sambil tunjuk bukti2 titik2 simbol buddha kt tangan.bla bla...buat seketika aku tertipu)
Aku:Ermmm..dalam islam haram judi maen no ekor semua ni...
Sami:Beli no ekor tu haram tapi duit menang tu tak haram lor..u tak payah risau
Aku:Ooo...
(Eh tahu plak sami ni halal haram..masa tu aku iye je kan walaupun aku tahu duit menang tu pun hasil dari sumber yang haram)
Sami:Duit tu u jgn lah beli makanan..beli barang2 lor
Aku:(Lagi sekali aku terkejut sbb sami tu tau tak baik makan bende yg dibeli dari sumber yang haram)

Sami:U mao tak no ni..
Aku:Orang islam tak boleh masuk kedai sport toto beli no ekor
Sami:takpa sy boleh tolong beli kan....ramai lor org melayu beli no
(Eh nk tolong beli plak..aku tambah pelik)
Sami:U bagi upah kt saya Rm2 je..
Aku:(Dalam hati...la nk duit ke..napa tak habaq awai2..citer punya panjang..adeh lah..mati2 ingt nk bagi free)
Aku:Ok lah nah RM2..
(Aku niat sedekah kat dia je bukan nk no tu pun supaya dia blah cepat hehe)
Sami:Mai tangan U..(Dia tengok tapak tangan aku pastu dia baca apa tah.kumat kamit.nasib baik dia tak ludah kt tangan aku..kalau tak dah kena samak dah tangan aku ni hehe)
 
Pastu tu dia mintak pen ngn kertas kecik..masa tu aku memang bawak beg sekolah gak sbb aku nk stdy kt umah...aku ingt lagi sampai skang no yg sami tu tulis..no tu 2803..dia cakap beli besaq satu kecik satu..aku pun tak paham dia cakap ape... korang jgn g tikam plak no ni hehe..dah tak valid tuk skang hehe...entah2 no tu pun dia main balun je hentam hehe

Pas dia dapat duit tu dia ucap tima kasih pastu blah..g mana tah..bese lah org dh dpt duit mesti muka bnyk happy..hehehe..adakah aku beli no tu???jeng jeng jeng..aku tak beli pun..aku nk check result no ekor pun aku reti masa tu tambah2 lagi nk beli..tak brani wooo hehehe.

P.S Agaknya kalau aku tak bagi sampai kesudah dia x blah hehe..kelakar plak bila aku ingt balik..macam2 taktik org mintak duit nie hehe


Bloglist Untuk Pengomen Setia

Aku nak letak blog2 yang slalu komen entry kt blog aku dalam blog list aku kat bawah ni..ini je yg dapat aku bagi kt korang yang tak pernah kenal erti jemu komen walaupun aku tak reply balik hehe..nak bagi ferari sorang tak mampu hehe...

Aku reply gak komen2 tu bila aku free hehe..walaupun tak ramai pun komen kt blog aku..tapi mereka tu yg mewarnai blog tu..cewahhh...

Pengomen Tegar Top Ten
#1

Aisha Inani [Link]

#2
Cik Ayin [Link]

#3
Fyka Syafika [Link]

#4
Solihin Zubir [Link]

#5
Aku Muzik Filem [Link]

#6
Dunia Hati KukuMalu [Link]

#7
Belogkiter [Link]

#8
Miss Ieeza [Link]

#9
Yatie Awang [Link]

#10
Siti Safiyyah [Link]

Pengomen setia minggu ni pun aku letak dalam bloglist gak hehe

Liyana Zahim [Link]

Frause [Link]

WNFWI [Link]


Mitos dan Fakta Buah dan Sayuran

Pernah dengar kan mitos pasal buah-buahan atau sayur-sayuran, seperti jangan terlalu banyak makan biji jambu nanti kena appendiks. Mitos dengan alasan yang tak masuk akal sampai dengan alasan yang disampai kan dari mulut ke mulut sejak dulu lagi..kadang kala kita rasa serba salah hendak percaya atau tidak..ada yang benar dan ada yang cuma mitos sahaja....

Dibawah ini ada beberapa mitos dan fakta tentang buah dan sayur, semoga bermanfaat.

1. Buah Jambu

Mitos : Memakan buah jambu biji dapat menyebabkan penyakit appendiks.

Fakta: Salah. Penyakit appendiks disebabkan kerana adanya bakteria patogen yang merosakkan usus besar. Biji pada buah jambu tidak akan menyumbat saluran appendiks kerana akan keluar saat buang air besar..x caya leh tengok time buang air besar tengok ada tak hehehe

2. Buah-buahan masam


Mitos: Ketika terkena sakit perut atau cirit birit, sebaiknya tidak makan buah oren dan atau yg masam.

Fakta: Benar. Meskipun oren dan buah-buahan masam macam oren mengandungi vitamin C tinggi, ia dapat membuat sakit perut tidak sembuh dan meningkatkan kadar pedih di dalam perut..jgn makan oren mkn pil ceketaun

3. Buah Timun

Mitos: Makan timun boleh menyebabkan keputihan (sape tak tau keputihan itu ape leh g google hehe)

Fakta: Salah. Tidak ada kandungan dari timun yang boleh menyebabkan keputihan. Keputihan terjadi kerana keadaan vagina yang lembab dan sikap malas mengganti seluar dalam sehingga membiakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan keputihan berbau. Keputihan tidak akan berbau jika sebabnya adalah stress.

4. Limau Nipis

Mitos: Air perahan limau nipis yang di campur sedikit kicap boleh menyembuhkan batuk.

Fakta: Benar. Limau nipis memiliki sifat sangat asam sehingga dapat mematikan bakteria penyebab batuk, sedangkan kecap hanya penyeimbang rasa asam dari limau nipis.

5. Bawang Merah


Mitos: Makan bawang mentah serta makanan yang mengandungi bawang dapat menaikkan bau badan.

Fakta: Salah. Bawang hanya menyebabkan suhu tubuh meningkat sehingga lebih mudah berpeluh. Bau badan akan muncul jika peluh bercampur dengan bakteria. Bakteria mudah tumbuh pada daerah lipatan tubuh, seperti ketiak.kihkihkih..

6. Makan Dengan Timun

Mitos: Setelah makan masakan yang dipanggang, seperti sate dan steak harus dineutral kan dengan timun.

Fakta: Benar. Daging yang dibakar dalam suhu tinggi mengeluarkan zat karsinogenik yang berpotensi menyebabkan kanser. Sedangkan timun mengandung zat antikarsinogenik dan flavonoid yang dapat mempertahan tubuh dari kanser.

7. Durian dan Coke

Mitos: Makan buah durian disertai minuman soda macam coke dapat menggangu pencernaan.

Fakta: Benar. Durian matang kandungan alkoholnya sangat tinggi jika ditambah dengan zat berkarbonat dari minuman bersoda, memakan durian akan membuat badan bertambah terasa panas.

8. Limau Nipis
Mitos: Menambahkan perahan air limau nipis pada makanan kuah bersantan dapat menghindari kolesterol dan juga dapat mengurangi berat badan.

Fakta: Benar. Air asam dari limau nipis terbukti dapat memecah lemak dan mudah dilarutkan oleh air saat berada dalam pencernaan kita. Tapi lemak akan lebih cepat terbakar jika diimbangi dengan pola makan sehat serta senaman teratur.

9. Nenas
Mitos: Wanita hamil dapat berisiko keguguran jika memakan buah nanas.

Fakta: Salah. Tidak ada bukti ilmiah mengenai hal ini. Justeru nanas mengandung enzim bromelain yang dapat mencerna protein dalam makanan agar lebih mudah terserap tubuh, oleh itu janin juga berkembang secara maksima kerana mendapat makanan. Makan nanas juga boleh mengurangi risiko kolesterol dalam darah, diabetes dan penyakit jantung.


10. Buah Senkuang

Mitos: Sering makan buah sengkuang dapat menjadikan kulit lebih putih.

Fakta: Benar. Sengkuang mengandung isoflavon yang berfungsi sebagai antioksidan yang bole mencegah kerosakan pada kulit akibat terkena sinar ultra violet dari matahari.


Mitos: Memakan buah salak membuat sembelit kerana tahi menjadi keras.

Fakta: Salah. Salak tidak membuat tahi keras, justeru sebenarnya jumlah serat akan semakin banyak jika salak dimakan dengan kulit arinya.

P.S Ada beberapa mitos yang aku sendiri tak pernah dengaq.mitos tul.hehe..aku tak letak sumber sbb asal sumber entry ni aku aku edit dari dari pelbagai blog indonesia dan pic dari google..penat tul edit bahasa ke bahasa baku malaysia hehe..baku jari jemari aku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)