Nombor tidak diketahui

Nombor tidak diketahui 1 (SMS)

X : Hye,ade BF x?
Girl: Ade....nape?
X : Ini ayah kamu....ayah akan mengambil tindakan bila sampai rumah nanti...

Nombor tidak diketahui 2 (SMS)

X : Hye, ade BF x?
Girl : X de ....
X : Sanggup u wat I cam nie...i nie BF u tau....
Girl : Sorry laa tadi ayah i yg sms gune nombor laen, i pown takut laa kalau2 ni nombor dia jugak...
X : Ni memang ayah kamu!! Ayah akan mengambil tindakan dua kali lebih berat !

Kehkehkeh

Ajoi dan cikgu

Ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.

Ajoi: Cikgu pandai tak?
cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu..
Ajoi: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka - teki ni,
Cikgu : ha, ape dia?
Ajoi : ulat gonggok berapa kaki?
Cikgu : emmm Kolo mengikut kajian 100 kaki. betul?
Ajoi : salah
Cikgu : 99
Ajoi : salah!
Cikgu : emm da tu berapa kaki,
Ajoi : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu..
Ajoi itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..
Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?
Ajoi : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je.. hehehe

Ajoi vs Kamal

Ajoi : sakit hati kena buang keja lagi...!!
Kamal : laaa...kenapa pulak ?
Ajoi : aku nak minta naik gaji jer,tu pon nak dipecatnya aku,******* punya bos..
Kamal : tak patut,berapa lama dah ko kerja kat situ.?
Ajoi : Sehari...
Kamal :@##$%%

Kesilapan dalam filem




Gadis yg dibawa balik

     Tahun 2020. Namun masih ade gak org yg berfikiran kolot lagik. Kampung Semut Warna Warni.

"Bapak ape ni?.. ape semua ni.. Din cukup tak paham ngan bapak ni.."

"Tak paham apa pulak Din.."

"Ni.. sape pompuan nih? Isteri baru bapak ke ni? Ya Allah.. mak baru je meninggal dah bapak kawin lain.."

"Ni bukan mak tiri kamulah.. Nama dia Ina..ape la kau Din.."

"Ya Allah... ni lagilah teruk.. bawak perempuan bukan muhrim duduk sekali ngan kita.. ape ni bapak?"

"YaAllah ...Din.. ni pembantu rumah kita je.. apsal la kau ni berfikirankolot sangat huh? tula bapak hantar kau ke sekolah dulu kau ponteng."

"Bapak..walupun Din nih tak pandai.. tapi Din masih ingat agama lagi tau! Takkira la dia ni pembantu rumah ke kalu bukan bini kita tak boleh! pahambapak? sudah lah!"

Malam tu...

Din mula ingin menyiasat latar belakang perempuan yang bernama Ina itu.

Apanak jadik ngan bapak nih.. sanggup bawak balik pompuan yang entah darimana demi ingin memuaskan nafsu... cis! Perempuan ni pulak lawa.. drpdbapak buat dosa lebih baik dia kahwinkan aku ngan pompuan ni je.. apelabapak ni..

Sedang Ina sedang bape kali sedang dah.. membancuh kopi si bapak Din tuh.. Din menghampirinya...

Dengan sepantas kilat Din menyelak rambut Ina dan terkejut akan satu kenyataan.

Huh! memang betul jangkaan aku.. ade paku kat leher dia ni...Aku dah agak pompuan ni pontia.."

Apalagi Din terus menangkap Ina dan mencabut paku tersebut..

"DAH!! PERGI KAU DARI RUMAH AKU PONTIANAK!!!




Sekali terkeluar wayar kat leher si Ina...

"Ya Allah ape ni Din... ingat murah ke robot pembantu rumah bapak beli tu hah?!! KOLOT!!!"

Lawak tok ketua


Minta maaf sbg kesulitan


Ingatan kpd customer hotel


Cerita UKE

Masa saya pi Mesir hari tu,ada mak ayah pelajar yg kirim barang2 kpd anaknya,ada yg kirim wang,ada yg kirim makanan,ada yg kirim baju..serunding pun ada..sy bg kiriman ikan bilis kepada seorang pelajar..cepat2 dia sorok..sy tanya kenapa? Dia kata takut kawannya yg bangsa Arab nampak,nnt kena tegur...laa tak kan makan ikan bilis pun kena marah..dia jawab orang Arab tu marah dia makan ikan bilis,zalim katanya..tak sempat ikan tu besar dah kena makan...adoiii..cam comeiii jer

Sumber
Ustaz Kazim Elias

Tapau ikan bakar jalan bellamy yang nyum2....

Arini bini aku nak makan ikan bakar jalan bellamy..kami memang slalu g situ sbb ikan bakar kt situ murah dan agak sedap..gerai no 3..yg tengah tu...yg lain kureng sikit kot...arini aku keje pagi so on da way balik boleh lah singgah beli jap..dekat je..kt blakang istana negara yang lama tu..bukit petaling..

Jom kita layan pic2 yg aku selamba je kebas kt google hihi..keje giler ke time beli nk amik pic..nanti org ckp aku jakun...










Sokong keputusan jumaat dan sabtu cuti umum di johor

Semalam sultan johor dah umum hari jumaat ngn sabtu sbg cuti umum..memang sgt sokong lah sbb tiap2 jumaat cedeh aku tgk ramai org melayu islam duk makan lagi time solat jumaat..takkan asyik musafir je kot dorang nie hehe....

Patut bende ni kena laksana di seluruh malaysia supaya senang sikit bila kita nk buat urusan keje ngn negeri lain yg cuti sabtu ahad...lagipun bila ayah tak keje jumaat boleh lah ayah bawak anak2 dorang g masjid..kita ni negara islam..tp kita ikut british buat cuti sabtu ahad sbb dulu british nak g church setiap pagi ahad...tp tak ramai pun aku tgk g church pg ahad..patut negara islam kena utamakan dulu org islam yg nak pergi solat jumaat...

Lagi satu skarang nie kelantan dah nak laksanakan hudud..aku rasa bende ni memang bagus..negeri lain pun patut contohi..Kita boleh tgk skang berita bunuh dan rompak tiap2 hari berlaku kat malaysia..ada org ckp org islam potong tangan dan org bukan islam tak kena potong tangan tak adil..sbenarnya bila laksanakan hudud org yang bukan islam pun kena potong tangan gak..kuasa di tangan pemerintah. Sampai bila nk tunggu suasana kondusif baru nk buat hudud..hanya org jahil je yg akan sentiasa mencari alasan supaya tak dpt buat hudud...buat skang..brunei pun dh mula buat...


Petanda atau hanya kebetulan kejadian alam...

BAKRI Awang, 45 menunjukkan ikan puyu yang telah mendarat di padang Sekolah SK Sri Rantau Panjang Satu. Ianya petanda awal banjir akan tiba dalam masa terdekat mengikut ramalan penduduk kampung di sekitar Sungai Golok, Rantau Panjang. FOTO Fathil Asri

P.S / Petanda atau hanya satu kebetulan kejadian alam yg tidak dpt kita rungkaikan..cewah ayat aku hehe..

Binatang yang hidupnya hanya 3 jam




Palingenia Longicauda atau dikenali juga dengan nama Tisa’s Flower adalah sejenis spesies serangga purba. Spesies serangga ini dianggarkan hidup 200 juta yang lalu. Salah satu tempat kemunculan serangga ini adalah di Tisa River.

Tisa River atau Sungai Tisa adalah salah satu tempat terakhir di mana setiap tahun serangga ini muncul dalam jumlah yang sangat besar. Kemunculannya menjadi tontonan menarik, “wedding dance” di atas Sungai Tisa.

Hanya beberapa hari di bulan Jun setiap tahun (mungkin juga tidak setiap tahun) Tisa’s Flower menetas, bersama pasangan dan mati. Hanya selama 3 jam segalanya akan berakhir, hidup yang sangat singkat. Serangga jenis ini tidak mempunyai mulut, mereka hidup hanya untuk bersama pasangan lalu mati.

 

Hidup yang sangat singkat, tapi sangat indah Ini benar-benar pemandangan menarik yang susah untuk diceritakan hanya melalui gambar atau kata-kata.

Sangatlah menarik untuk menyaksikan fenomena tersebut, yang merupakan salah satu fenomena terindah yang hanya berlangsung selama 5 hari saja di bulan Jun. Ribuan serangga ini terbang dengan semangatnya memenuhi seluruh sungai.

Serangga Palingenia Longicauda ini merupakan salah seekor serangga “mayfly” yang terbesar di Eropah. Jenis serangga jantan panjangnya dapat mencapai 12 cm, dari kepala sampai ke ekor. Serangga ini berada pada masa larva selama 3 tahun. Selama 3 tahun tersebut, larva berada di dasar sungai.

Tetapi masa hidupnya sangat singkat iaitu 3 jam saja. Bermula muncul membesar dewasa, berpasang-pasangan kemudian terus mati. Serangga ini mempunyai sayap yang unik, sayap mereka akan berganti kulit setelah mancapai fungsi utamanya.







Fenomena tersebut dikenali dengan nama Tissa Blooming atau Pemekaran Tisa. Setelah membesar dewasa secara normal (setelah beberapa saat berganti kulit), serangga jantan hanya memiliki beberapa jam saja untuk bersama pasangan betina sebelum mereka mati.

Setelah bersama, serangga betina terbang menyusuri sungai untuk memastikan telurnya sudah berada di dalam sungai dan jatuh ke dalam dasar sungai. Kemudian telur tersebut akan menjadi larva dalam waktu 45 hari dan akan menetas setelah 3 tahun.

Serangga ini merupakan serangga yang sensitif. Jika berada di sungai, pastilah sungai tersebut merupakan sungai yang bersih. Disamping sebagai indicator lingkungan, serangga ini juga makanan yang bagus buat ikan, sehingga beberapa pemancing menggunakan serangga ini sebagai umpan pada pancing mereka.

Pada masa ini serangga Palingenia longicauda sudah musnah di beberapa Negara Eropah dan hanya boleh ditemui di Serbia dan Hungari.storypricearea/Tulahan

10 HAIWAN TERKUAT



HARIMAU
Haiwan ini boleh mengangkut sesuatu benda 2 kali berat badannya sambil melompat halangan setinggi 10 kaki. Beratnya mencapai 600 pound dan mampu membawa benda seberat 1200 pound.




KEPAH

Haiwan ini boleh menahan benda seberat 2 kali badannya. Cengkerangnya sangat kuat dibandingkan ukuran tubuhnya.



ANACONDA
Haiwan ini boleh mencekik haiwan yang sama dengan berat tubuhnya sampai mati. Berat tubuhnya boleh mencapai sehingga 550 pound.



HELANG
Helang adalah burung terkuat. Mereka mampu mengangkat benda 4 kali berat badannya sambil terbang.



GAJAH
Haiwan ini adalah haiwan mamalia terkuat. Berat badannya boleh mencapai 12 000 pound dan boleh mengangkat benda seberat 20 000 pound, sama dengan 130 orang dewasa.



GORILLA
Haiwan ini mampu mengangkat benda 10 kali berat badannya. Beratnya sekitar 450 pound dan mampu mengangkat benda seberat 4600 pound, atau sama dengan 30 orang dewasa.



BERUANG

Beruang ini adalah haiwan dikawasan pergunungan yang terkuat, boleh mengangkat 0.8 kali berat badannya. Berat badan mereka adalah sekitar 1500 pound dan mampu mengangkat benda seberat 1200 pound.



KERENGGA
Semut ini boleh mengangkat benda 50 kali berat badannya, sama seperti seorang yang sanggup mengangkat truk.



GNU
Haiwan ini mampu menarik dan membawa benda 1.5 kali berat badan mereka. Berat badannya mencapai 1300 pound dan boleh menarik dan membawa benda seberat 2000 pound.



KUMBANG BADAK
Haiwan ini bukan sahaja serangga terkuat, malah juga merupakan haiwan terkuat di dunia kalau dibandingkan dengan ukuran tubuhnya. Mereka mampu mengangkat benda seberat 850 kali berat badannya.

P.S / Kumbang Jingga plak sgt kuat hingga mampu mengabiskan 3 pinggan nasik tanpa sebarang masalah hehehe

Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?

Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak?

Kenapa seluar dalam lelaki biasanya dijual dalam kotak sedangkan panties perempuan pulak selalunya dijual longgok, berlipat atau bergantung?

Hurmm… kenape ye??

Korang nak tau??

Boleh tengok jawapannyer tat bawah….

‘First’ kita tengok macam mana orang perempuan memilih seluar dalam:


 





Sekarang kita tengok pulak macam mana orang lelaki memilih seluar dalam:



So, tu lah jawapannya.


Sumber:http://mynewshub.my/2012/08/13/spender-lelaki-di-kotak-spender-perempuan-berselerak/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)