Pierre sudah lima bulan masuk tabligh

UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.
"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.
Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'
"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.
Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.
Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.
"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.
"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.
Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.
Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.
Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?
Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.
Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.
Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.
Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.
Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.
Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.
Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

Download Adam dan Hawa Episod 49, 50, 51 dan 52

Sabar ye belum kuar lg kt tv hehehe...peace..bye bye bye(gaya bye 5 days mc) hehe

Israel kerah 16,000 tentera simpanan

AFP
BARISAN kereta kebal dan anggota tentera Israel dihantar ke sempadan Israel-Genting Gaza semalam. Pihak berkuasa Israel menyatakan ia bersedia untuk melancarkan serangan darat ke atas Genting Gaza jika keadaan memaksa.


BAITULMUQADDIS - Tentera Pertahanan Israel (IDF) dilihat mula mengerahkan kira-kira 16,000 anggota tentera simpanannya semalam sebagai persiapan untuk menyerang Genting Gaza.
"Proses memanggil anggota tentera telah pun dimulakan. Sebagai sebahagian daripada Operasi Tiang Pertahanan, IDF akan mula merekrut 16,000 anggota simpanan," kata kementerian terbabit dalam satu tweet rasminya.

AFP
GAMBAR yang dirakam dari sempadan Israel menunjukkan api dan kepulan asap tebal keluar dari bangunan selepas tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandar Gaza semalam.


Pada Khamis lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak meluluskan proses untuk memanggil 30,000 tentera simpanan yang boleh dikerah bagi terlibat dalam operasi ketenteraan pada bila-bila masa.
Langkah itu dibuat ketika Israel terus memberi tekanan ke atas pejuang Palestin yang dilihat bakal meningkatkan serangan roket kepada operasi ketenteraan darat selepas sebutir roket mengenai pantai tidak jauh dari Tel Aviv. Roket kedua pula meletup di bahagian selatan bandar tersebut.

AFP
IBU kepada kanak-kanak perempuan Palestin yang terbunuh, Hanen Tafesh ditenangkan oleh suami dan saudara-maranya sebelum mayat anaknya itu dikebumikan di Bandar Gaza. Serangan udara tentera Israel setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 23 orang warga Palestin.


"Kami kini dalam proses meningkatkan operasi ketenteraan. Menteri Pertahanan sudah memberi kelulusan berdasarkan kepada permintaan tentera iaitu penambahan 30,000 anggota lagi.
"Kami akan mengenal pasti berapa ramai tentera yang perlu dipanggil. Ini bermakna kami mempunyai semua pilihan," kata jurucakap ketua tentera Israel, Brigedier Jeneral Yoav Mordechai kepada televisyen Israel, Channel 2.

AFP
ANGGOTA polis antirusuhan Israel menahan seorang lelaki Palestin dalam satu protes membantah operasi ketenteraan Israel ke atas Genting Gaza di di Gerbang Damsyik, Bandar Lama Baitulmuqaddis semalam.


Menteri Kanan Kabinet Israel, Moshe Yaalon turut menyatakan bahawa pihaknya sedang menimbang semua pilihan operasi ketenteraan. Ini termasuklah amaran akan menyerang Gaza bagi menghentikan serangan roket pejuang Palestin.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang warga Palestin terbunuh dan seorang lagi cedera akibat serangan udara Israel di bandar Khan Yunis semalam. "Ismail Qandil telah mati syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan," jelas kenyataan perkhidmatan kecemasan Genting Gaza.

AP
SEKUMPULAN tentera simpanan Israel berkumpul di kem Mishmar Hanegev, selatan Israel semalam. Pihak berkuasa Israel pada Khamis telah meluluskan kerahan sehingga 30,000 tentera simpanan jika ia mahu menyerang Genting Gaza.


Jurucakap perkhidmatan kecemasan Genting Gaza, Adham Abu Selmiya memberitahu, dua orang penduduk Palestin telah meninggal dunia kerana cedera dalam serangan udara Israel di bahagian utara wilayah tersebut.
Menurutnya, tiga kematian pada Jumaat menyebabkan jumlah mangsa meningkat kepada 23 orang dengan 250 yang lain cedera.

Reuters
PASUKAN bomba Palestin bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah kilang yang terbakar selepas terkena bedilan roket tentera udara Israel semalam.


Sementara itu, Presiden Mesir, Mohamed Mursi menyifatkan serangan Israel ke atas Genting Gaza sebagai pencerobohan kejam terhadap kemanusiaan, sambil menegaskan Mesir tidak akan membiarkan Gaza bersendirian.
Mursi membuat kenyataan itu dalam satu khutbah Jumaat di sebuah masjid di tengah Kaherah, lapor agensi berita Mena. Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil pulang semalam mengadakan lawatan selama tiga ke Genting Gaza.
"Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza seorang diri. Mesir hari ini bukannya Mesir semalam. Masyarakat Arab hari ini juga bukan masyarakat Arab seperti sebelum ini," tegas Mursi. - Agensi

Najib: Malaysia bimbang keganasan di Gaza

17 November 2012 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia amat bimbang dengan perkembangan keganasan yang tercetus di Gaza.
  
"Kami menggesa kedua-dua pihak yang terlibat supaya menghentikan segala aktiviti keganasan itu agar tidak ada lagi nyawa orang awam terkorban," katanya menerusi entri terkini dalam blog 1Malaysia, hari ini.
  
Beliau berkata aktiviti keganasan itu sekaligus menunjukkan betapa perlunya proses perdamaian di Asia Barat.
  
"Untuk itu, kami juga menggesa campur tangan daripada kuasa besar dunia bagi menjamin keamanan di wilayah itu," katanya.   

Perdana menteri berkata Malaysia juga sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa jua keadaan agar proses perdamaian yang diharap dapat dilaksana. - Bernama

47 kanak-kanak maut kereta api rempuh bas sekolah di Mesir

ASSIUT (Mesir): Sekurang-kurangnya 47 kanak-kanak maut apabila kereta api merempuh sebuah bas dipenuhi kanak-kanak tadika di selatan Mesir, hari ini.

Pegawai kerajaan berkata, nahas berlaku ketika bas berkenaan sedang menyeberangi landasan di sebuah perkampungan di Daerah Manfaloot di Wilayah Assiut, kira-kira 356 kilometer dari Kaherah.
Beliau berkata, ketika kejadian pintu lintasan kereta api tidak ditutup.


“Jumlah kematian kini mencecah 47 orang manakala 13 kanak-kanak lagi cedera,” katanya.

Bas berkenaan membawa 60 kanak-kanak berusia antara empat dan enam tahun, dalam perjalanan untuk satu program lawatan anjuran tadika berkenaan. - AP

4 maut serangan terbaru Israel di Gaza

WARGA Palestin melalui kawasan pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel bagi yang membantah operasi ketenteraan Israel di Gaza, di pusat pemeriksaan Qalandia berhampiran bandar Tebing Barat Ramallah, hari ini. - Foto REUTERS  
WARGA Palestin melalui kawasan pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel bagi yang membantah operasi ketenteraan Israel di Gaza, di pusat pemeriksaan Qalandia berhampiran bandar Tebing Barat Ramallah, hari ini. - Foto REUTERS
 
GAZA CITY: Empat rakyat Palestin terbunuh dalam siri serangan terbaru Israel ke atas Gaza hari ini, demikian menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas.

“Tiga orang terkorban akibat serangan udara di Kem Maghazi dan mayat mereka sudah dihantar ke Hospital Shuhada al-Aqsa,” kata jurucakap berkenaan, Ashraf al-Qudra.
Beliau berkata, sebelum itu seorang lagi maut dalam serangan awal tentera udara Israel.

Beliau berkata, serangan terbaru tertumpu di tengah Semenanjung Gaza yang mensasarkan rumah penduduk.

Beliau berkata, dua daripada yang terbunuh itu adalah adik beradik tetapi setakat ini tidak jelas sama ada yang terbunuh adalah orang awam atau pejuang.

Jumlah terbaru itu menjadikan semua yang terkorban sejak Israel melancarkan serangan Rabu lalu meningkat kepada 28 orang denga nsekurang-kurangnya 270 cedera.

Awal hari ini, Menteri Kesihatan Hamas, Mufid al-Mukhalalati memberi amaran bahawa Hospital Shifa di Gaza kini mengalami kekurangan ubatan dan bantuan perubatan yang teruk.
Beliau merayu negara Arab dan badan dunia lain akan memberi bantuan perubatan ke Semenajung Gaza. - AFP

SENARAI PEMENANG AIM19

KEPUTUSAN TERKINI AIM 19 ADALAH:

1# Calon Lagu Nasyid Terbaik
1. Asmaulhusna (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Mawi
2. Allah (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Hafiz Hamidun
3. Garisanmu (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Izzat Mahadi
4. Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
5. Erti Al-Fatihah (Johan Nawawi/Johan Nawawi)
– Voice of Ummi

PEMENANGNYA IALAH: Doa
(Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora


2# Calon Lagu Pop Etnik Terbaik
1. Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad Logan
/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
2. Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/
Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
3. Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya)
– Noraniza Idris
4. Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
5. Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya)– Noraniza Idris

PEMENANGNYA IALAH: Kuasa Cinta

(Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya)

– Noraniza Idris


3# Calon Lagu Hip Hop Terbaik
1. Teman Pengganti (Malique) – Black & Malique
2. Sendiri Di Kuala Lumpur (Belle Fatah/Filsuf/
Bob Yusof) – Filsuf
3. Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/
Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique
4. Just You And Me (Saph/Shazrina Azman) – MizzNina
5. Tenang Sayang (DJ Jocular/Saph & NBE) – SSK
PEMENANGNYA IALAH: Aku Maafkan Kamu
(Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique)
– Jamal Abdillah & Malique

4# Calon Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1. Memo (Yuna) – Yuna
2. Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor
3. Stand Up (Bryan Bouro) – Siti Nurhaliza
4. Haircut (Sarah Zainal Abidin) – ZE!
5. Photo Of You (Yuna) – Yuna
PEMENANGNYA IALAH: Counting Days
(Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen)
– Jaclyn Victor

5# Calon Artis Baru Terbaik
1. Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
2. Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
3. SalamMusik (Alamak feat Altimet)
4. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
5. The Malayan (Aku Bukan Lagenda)
PEMENANGNYA IALAH: Mojo
(Andai Ku Bercinta Lagi)

6# Calon Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
1. Firdaus (Saat Terindah)
2. Forteen (Seperti Dulu)
3. GX4 (Kerana Kasihmu)
4. Prince of Pop (Main Jauh Jauh)
5. SleeQ feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)
PEMENANGNYA IALAH: Forteen
(Seperti Dulu)

7# Calon Video Muzik Terbaik
1. Sahak – Firdaus (Kerna-nya Aku Menolakmu)
2. Michael Weicker/Marcus Weicker – Goldfish and Blink (Bila Seharusnya feat Noh Saleh)
3. Ghaz Abu Bakar – Stacy (Pelangi Senja)
4. Jeremy Zainal – Suki Low (Terlalu Mencintaimu)
5. Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)
PEMENANGNYA IALAH: (Sparkle)
Quek Shio Chuan – Yuna

8# Calon Lagu Pop Terbaik
1. Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
2. Harapan (Hyper Act/Frozen) – Hyper Act
3. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna
5. Jagalah Diri (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
PEMENANGNYA IALAH:
Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah

9# Calon Lagu Rock Terbaik
1. Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer
2. Buta (Audi Mok/Faizal Tahir) – Faizal Tahir
3. Simetri (Audi Mok/Omar K) – Hazama
4. Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim) – Silent Death
5. Bebas (Sam) – The Azenders
PEMENANGNYA IALAH:
Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer

10# Calon Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang
Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

1. Tentang Rasa (Astrid)
2. Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
3. Aku Bersahaja (Rossa feat Taufik Batisah)
4. Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Rossa feat Ungu)
5. Aku Kembali (Sammy Simorangkir)
PEMENANGNYA IALAH:
Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)

11# Calon Kulit Album Terbaik
1. Anuar Sujud (Raunajud) – Filsuf (Muka Surat Satu)
2. Sanjay – Hujan (Sang Enemy)
3. Wing Meng – Love Me Butch (World Wide Transgression)
4. Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
5. Zul Amran Hilmi – Yuna (Terukir Di Bintang)
PEMENANGNYA IALAH:
Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)

12# Calon Rakaman Album Terbaik
1. Hafiz Hamidun/CL Toh – Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)
2. Eddie Slam/Greg Henderson/Voodoo/Illegal – Jamal Abdillah (Raja Pop 2)
3. Edry Hashim/Manusia Putih/Cat Farish – Kat Hassan (Menggoda)
4. Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
5. Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/Arief Renald – Shanel (Perjalanan)
PEMENANGNYA IALAH:
Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)

13# Calon Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
1. Arman, Alex, Aye, Rifai & Andy (OST Gerimis Mengundang – Brenda & Budi)
2. Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
3. Edry Abdul Halim (Kasanova – Stacy)
4. Azlan Abu Hassan (Bertemu Di Syurga – Stephen Rahman Hughes)
5. AG Coco (Terukir Di Bintang – Yuna)
PEMENANGNYA IALAH:
Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)

14# ANUGERAH KEMBARA
PEMENANGNYA IALAH:
MIZZ NINA


15# ANUGERAH SRI WIRAMA
PEMENANGNYA IALAH:
KUMPULAN ALLEYCAT


16# Calon Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

1. Azlan & The Type Writer (Idola)
2. Faizal Tahir (Buta)
3. Hazama (Majnun)
4. Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
5. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
PEMENANGNYA IALAH:
Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

17# Calon Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
1. Jaclyn Victor (Counting Days)
2. Nora (Doa)
3. Shila Amzah (Patah Seribu)
4. Siti Nurhaliza (I Cry Out)
5. Jaclyn Victor (Jagalah Diri)
PEMENANGNYA IALAH:
Jaclyn Victor (Jagalah Diri)

18# Calon Album Terbaik
1. Sang Enemy (Noh Salleh/AG Coco – Hujan)
2. Hikmah (Johan Nawawi – Nora)
3. Take Off (Pesawat – Pesawat)
4. SalamMusik (Salam – SalamMusik)
5. Stay-C (Muhammad/Kunci Demak – Stacy)
PEMENANGNYA IALAH:
SalamMusik (Salam – SalamMusik)

19# Calon Lagu Terbaik
1.Patah Seribu - Shila AMzah
2.Doa - Nora
3.Kuasa Cinta - Noraniza Idris
4.Counting Days - Jaclyn Victor
5. Idola - Azlan & The Type Writer
6. Aku Maafkan Kamu - Jamal Abdilah
PEMENANGNYA IALAH:
Patah Seribu - Shila Amzah

P.S / Actually aku nk tau result tuk yg nasyid tu je hehehe...

Bodoh mcm lembu?



oghang slalu ckp perumpamaan bodoh macam lembu. lepas tengok gamba ni, releven kah lg perumpamaan itu hihihi..lembu moden alaf baru..hehe

"Macam lah binatang lain tu pandai sangat!", kata Encik Lembu. Kredit pic utk szlihin.com

P.S  : Kenapa mesti lembu? Kasihan lembu... Sering diperbodohkan... lol

AES sejuk pakai selimut


AES sejuk pakai selimut hehe

Cerita Ustaz Azhar Dikacau Hantu - UAI



Poket note :
Ngosek = mengacau/mengusik/menakut-nak­utkan
Saing = Kawan

Adam dan Hawa Episod 45 , 46 , 47 dan 48

Adam dan Hawa Episod 45



Adam dan Hawa Episod 46



cara download video dari dailymotion


Mula2 copy link video tu dari dailymotion...


Paste kan link yg korang copy tadi kat 'Or enter URL of the file you want to convert to MP4:'...


Pastu tekan enter. tunggu la sampai die berjaya convert. tapi amek masa gak la, dalam beberapa minit. tunggu jer la...


Cara kedua kena pakai browser firefox guna addon unplug

untuk sape2 yg nak guna UnPlug -->
buka firefox anda. pergi link nie : https://addons.mozilla.org/en-us/firefox/addon/unplug lpas tu klik kat button Add to Firefox. lpas siap installation boleh restart firefox supaya changes take place ok.
 
 
 
cara nak guna unplug nie senang aje..buka youtube  plih satu video yg korang nak download lpas tu klik kanan dkt mana2 ruang kosong dalam tu n plih unplug.

lpas tu klik kanan pada unplug pnye window (dkt perkataan download tu) n klik save as..n nie yg plg ssh : korang kne tggu video tu siap didownload..bhahaha..kacang je kan..x keluar duit..


Kumpulan Melayu Ter'Hangat'


 Wajah ahli kumpulan ini yg hampir sama dengan orang korea..bluerkkkkkk..hihih

P.S / tahniah diucapkan...selepas kejayaan max 24:7, kini tiba satu lagi kumpulan
yang bersedia untuk memberi pendarahan dalam telinga dan barah otak peringkat ke-3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)