Arlene Tan tampil buat kenyataan: I AM WRONGLY ACCUSED!!!!

Kenyataan dari Arlene Tan
I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment.

Kalau tengok statement ni aku rasa bukan dia..tengok dalam blog Arlene pun dia guna full english..tak campur sikit pun melayu..dalam website mak cik sitt tu guna bahasa melayu..lagi pun bahasa melayu yang mak cik tu pakai agak kemelayuan sikit hehehe...tatabahasa mak cik tu pun tinggi sangat sampai ketaq lutut baca blog mak cik sitt tu hehe..seram siot...memang tak takut mati betul mak cik sitt al wuzara tu

Kalau tengok kaedah team gaysec siasat tu pun cuma googling je..aku ingatkan team gaysec tu hack masuk website mak cik tu ke..hack masuk email mak cik tu ke.hack masuk komputer mak cik tu ke..track ip adress mak cik tu ke...baru terer hehe..ini cuma berdasarkan comment2 kt facebook je..adeh

So nasihat aku kepada bloggers2..jgn terburu2 duk post sape identiti mak cik sitt tu..kita sendiri takde bukti yang betul2 kukuh.....takut2 nanti jadi fitnah plak...even mak cik sitt tu pun dah keluarkan kenyataan arlene tu bukan dia..hahaha....

Dia

Di dalam kesamaran mimpi
Dia hadir menguntum senyuman
Aku terpana lantas tersedar
Ku pasti itu adalah petunjuk...

Hadirnya tidak diduga
Ku dekati dirinya
Ku selami lubuk hati nya
Bagi mencari secebis ruang kosong...


Berapa ramai antara mereka yang tahu dia menderita?
Berapa ramai yang tahu dia sengsara?
Tahukah mereka tawanya itu hanya dusta?
Menutup helai-helai duka yang ada di setiap lapis hatinya...

Lupa kan duka dan kisah lama mu
Berikan aku peluang untuk mengasihi mu
Dia bertanya kenapa aku tidak mahu meninggalkannya?
Dengan tenang ku menjawab kerna aku diciptakan untuk dia...

Dia juga diciptakan untuk aku
Ingin aku ikati dengan kasih suci
Dengan kasih yang halal bagi ku
Dengan keyakinan aku di ciptakan hanya untukmu..

~kumbang jingga~

P.S Puisi ni aku tulis untuk 'dia' yang bakal menjadi isteri ku

KEBAIKAN KURMA

kurma
Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Aktiviti di Malam Puasa

Aku nak start dari aku kecik dulu..slalu pas bukak posa mandi solat pastu ikut abah g masjid solat tarawikh..slalu solat lapan rakaat je..abis je tarawikh aku balik rumah main mercun bola.mercun mancis, mercun ketupat dan mercun papan kaler merah..kalau takde duit aku main mercun pop ja..mercun tu baling kt dinding meletup...kenkadang aku terlebih kreatif aku wat mercun sendiri guna belerang bunga api..tapi slalu aku main meriam paip ngn meriam tin je..meriam2 lain pun aku expert gak..hehe..slalu kalau kat kampung..aku main challenge ngn kg sebelah..tengok bunyi meriam sapa paling kuat..aku main jauh dari rumah org..kalau tak memang kena maki ngn org hehe..kg bese lah rumah jarang2 pastu sawah padi luas..

Kenkadang aku main UFO..UFO tu cara nak main dia korang kena amik surat khabar pastu ikat bucu2 dia pastu bakaq empat2 penjuru..bila dah abis bakaq nanti dia terbang sbb udara panas akan tolak ke atas sbb malam udara dia sejuk..susah aku nk explain hehe

Bila aku dah besaq sikit aku dah baik dan sopan lg..pas solat tarawikh lapan rakaat aku tak balik umah terus dah...aku stay kt masjid lg..bukan aku baca quran ke ape ke kt dlm masjid tapi aku tunggu sampai rakaat yg last aku g solat balik sama2 ngn imam..pastu abis je terus g makan..ada moreh lah hehe..mkn2 hehehe..tunggu sebab nak makan je punya pasal hehe..

Khunsa musykil perlu pengesahan pakar, mahkamah

KUALA TERENGGANU: Golongan "khunsa musykil" perlu mengesahkan jantina mereka dengan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perintah mahkamah bagi memudahkan penukaran jantina dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Terengganu, Khazan Che Mat, berkata khunsa musykil atau kecelaruan jantina terjadi disebabkan sesetengah individu mempunyai dua alat kelamin sejak dilahirkan.
"Disebabkan hal ini, mereka akan keliru tentang jantina sebenar mereka dan pembedahan penukaran jantina akan berlaku disebabkan mereka tidak pasti mereka adalah wanita mahupun lelaki.
"Namun, sebelum melakukan pembedahan jantina, mereka seharusnya memohon kepada mahkamah untuk menukar jantina agar pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah dengan mudah tanpa berlaku sebarang kemusykilan kemudian hari," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian dana Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah, di sini hari ini.

Khazan berkata, selepas mendapatkan pengesahan pakar perubatan, mereka mesti merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk memastikan mereka boleh membuat penukaran jantina atau tidak.

Katanya, disebabkan kemusykilan tersebut, fatwa sudah dibuat bagi memberi kelonggaran kepada mereka yang mempunyai masalah kecelaruan jantina dengan merujuk kepada fatwa "khunsa musykil".

"Saya berharap individu yang mempunyai kekeliruan atau kecelaruan jantina tidak membuat tindakan sendiri tanpa memikirkan akibatnya kerana dalam Islam secara mutlak meletakkan hukuman penukaran jantina adalah haram.
"Bagaimanapun, mereka yang tergolong dalam khunsa musykil diberi kelonggaran dengan melihat kepada alat kelamin yang lebih dominan dengan mereka," katanya.

- BERNAMA

Bilangan lelaki bujang lebih ramai

pix_gal0
Lambat kahwin dedah pelbagai risiko negatif

KUALA LUMPUR: Lelaki berumur 15 tahun dan ke atas yang belum berkahwin adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding wanita iaitu masing-masing 37.8 peratus dan 32.2 peratus mengikut data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang diumumkan, kelmarin.
Data itu juga menunjukkan penduduk berumur 15 tahun dan ke atas yang belum pernah berkahwin adalah 35.1 peratus manakala yang berkahwin 59.6 peratus.
Namun, perkadaran lelaki dan perempuan yang berkahwin adalah hampir sama, masing-masing 59.8 peratus dan 59.4 peratus.

Umur minimum perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28.0 tahun berbanding 28.6 tahun pada 2000. Sebaliknya, umur bagi perempuan meningkat kepada 25.7 tahun berbanding 25.1 tahun pada 2000.

Mengulas perangkaan itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata aliran lelaki yang belum berkahwin lebih ramai daripada wanita selaras dengan pertambahan golongan itu berbanding wanita.

Katanya, aliran itu sudah lama dikesan dalam setiap bancian pendudukan yang dilakukan di negara ini malah keputusan itu juga lebih kurang sama dengan kebanyakan negara di rantau ini dan peringkat global.
“Hasil bancian LPPKN pada 2004 sudah mengesan trend lelaki kahwin lebih lewat dan hasil bancian 2010 mengesahkan bahawa lelaki berkahwin pada purata umur 28 tahun berbanding wanita 25 tahun,” katanya dihubungi Berita Minggu.

Kelmarin, dilaporkan penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.

Aminah berkata, dari segi kesan sosial, gejala kahwin lambat di kalangan lelaki itu menunjukkan golongan itu akan berkahwin pada usia lebih matang, kukuh dari segi ekonomi untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Kesan negatif pula katanya, tempoh yang lama membujang akan mendedahkan lelaki muda kepada cara gaya hidup yang tidak sihat dan risiko yang berkaitan dengannya.

Perkara itu dipersetujui pakar sosiologi dan antropologi, Prof Dr Abdul Rahim Md Nor yang bimbang jika ia berlarutan akan menyebabkan pertambahan jumlah gejala sosial.

“Dalam satu aspek, saya melihat pertambahan jumlah penduduk lelaki akan membawa kesan negatif kepada masyarakat iaitu kebarangkalian golongan itu terbabit dengan jenayah berat seperti pembunuh dan rompakan selain terbabit gejala sosial seperti samseng jalanan atau mat rempit. Ada kemungkinan juga wujud pertambahan kemalangan jalan raya kerana lelaki biasa memandu dengan agresif, sering timbul masalah di jalan raya dan laju,” katanya.

Dr Abdul Rahim yang juga Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau melihat apabila lelaki lebih ramai maka wanita mempunyai banyak pilihan untuk mencari suami yang lebih berkualiti.

Maka, katanya akan wujud persaingan di antara lelaki dan ini mewujudkan tekanan kepada mereka untuk dipilih menjadi suami.

Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bilanganlelakibujanglebihramai/Article/

Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam..(*_*)

Sumber: http://www.informasi.my/mimpi-pelajar-uia-berjumpa-nabi-muhammad/

Kisah Puasa Masa Kecik

Tingat posa masa aku kecik..masa aku kecik ni bukan masa aku kurus tau..tapi masa aku budak2 lg k..skang pun kecik lg hehe...mcm bese mak ngn abah aku akan bagi duit kalau posa...inilah trick yg di amalkan sejak dulu kala lg..budak2 zaman dulu mahupun skang semuanya mata duitan termasuk aku kihkihkih...duit tu aku guna beli ice krim pop yg jenis kepak dua tu. Ais krim tu aku suka kepak dengan hentak dua kat kepala lutut aku mcm ahli gusti wat tu..korang leh imagine tak hahaha.dasyat giler skill aku dulu hehe...takpun duit tu aku beli dora ngn dendang..takpun aku beli helikopter yg pusing pakai tangan tu...lupa nak ckp..aku beli pas raya tau semua tu..hehe..


Ais krim ni lebih femes dari ais krim connetto hahaha..

Masa kecik memang aku pun start posa separuh hari je..org panggil posa yang yuk..separuh hari dapat 50 sen je..kalau posa penuh dpt singgit..30 hari dpt 30 ringgit..bnyk tu kalau dulu....Aku ingt lg hari pertama posa balik sekolah terus bukak peti ais sambil minum ..gulp gulp gulp..pastu tingat "Eh posa arini"..seyes memang tak ingt...hehehe..

Masa bukak posa plak bila aku dengaq ja azan terus aku minum ayaq..pastu tetiba mak aku ckp.."Eh tak leh minum lg..itu bunyi azan dari tv..baru azan kl". Pastu aku cakap."Dah termakan nk wat camne..terus makan lah erk mak"hehehe...

Masa adik sedara aku kecik lagi la, masa tu dia nak berlatih puasa sebab mak dia janji setiap hari dia puasa dia akan dapat duit raya lebih. Jadi dia pun puasa la, cuma ada satu hari dia tak bangun sahur. Bila dia bangun dah pukul lapan pagi jadi lepas sahur, itu membuatkan dia tidak puas hati. Lalu adik sedara aku pun makan breakfast pada pukul 8.30 pagi lepas tu sambung puasa tanpa rasa bersalah he.he.he.


Masa aku kecik-kecik dulu, sebelum puasa diumumkan, aku selalu nampak atok ensem (pemegang mohor2 besar diraja) dalam tibi. aku pernah tanya mak masa itu, “mak, depa tau mana esok posa”. Mak kata ” depa teropong tengok anak bulan, kalau nampak anak bulan kat langit, haa esok bleh posa la”. Aku kata ” Oooooo, anak bulan”.

Masa tu aku memang ada teropong, aku pon ambik topong tu dan tengok ” Haa, betul la ada anak bulan..yeay..yeay esok posa”.

Masa aku pi sekolah, aku tanya cikgu tadika.. “cikgu, malam saya nampak anak bulan.nak tanya cikgu bleh tak?”. cikgu kata “haa, apa tu”. aku pon tanya ” anak bulan x sunyi ke sebab saya tak nampak bapa dan mak dia?”. Habis satu kelas ketawa aku sebab tanya solan tak cerdik. cikgu tanya “kenapa kamu kata macam tu?” Dengan yakin aku kata ” semua orang ada ayah dan mak, tapi bulan saja tiada mak dan ayah.. mereka da meninggal ka”.. Kali nie cikgu dan pelajar lain gelak-gelak kat aku ..hahaha.. itulah peristiwa lama, biasala masa tue kecik lagi..

P.S Korang mesti bnyk citer masa korang posa kan...ce citer ce citer hehehe

Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Puasa Dan Doa Selepas Berbuka.

Sapa tak ingt doa bukak posa??cepat angkat tangan..saye saye saye hehehe....sebelum tu jom tengok upin dan ipin baca doa bukak posa..upin dan ipin??betul3

Doa bukak posa edisi upin dan ipin


 Ni plak niat berpuasa edisi upin dan ipin

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Surah Al Fatihah: 10 Qiraat

Aku Yang Chubby...

Sudah lama aku tak mengupdate blog aku yg poyo ini hehehe..aritu balik kg org kg ckp aku semakin chubby dan montok..montok tu aku tipu je hehehe..dorang tanya makin hepi ke duk kl..huhuh jgn lah ckp makin chubby ckp lah makin comel ke sedap hati aku yg cute ni hehe...

Kalau dulu aku makan banyak mana pun tak gemuk..maintain je.ramping je pinggang cam kerengga kihkih..maybe bila dah usia semakin lanjut dah tak leh maintain mkn je terus serap..metabotalisma dah kurang agaknya sbb tu bila makan je terus serap..hehe..dulu aku rajin jogging kt tasik titiwangsa bila takde keje nk wat kt umah.ye lah dulu single mingle je hehe..dulu??hehehe.masa tu aku sewa kt segambut dalam..so dekat ar sikit g..skang bila pusat dah makin tenggelam, sluar semakin mengecut...pewut makin ke depan.paha dah mcm paha fara fauzana hehe.terasa ingin kembali jogging..tapi kali ni aku g jogging kt taman tasik bandar pemaisuri...aku dah jatuh cinta dengan kehijauan kat taman ni..rasa mcm jogging dalam hutan hijau khatulistiwa...jom tengok pic2 kat taman ni dulu


Pakar kesihatan g tau suh kita exercise atleast 30 minit 5 hari seminggu..5 kali??tak mampu aku nk wat 5 kali seminggu..kalau ikut cara yg sebenar exercise 3 hari pastu rehat sehari..exercise 2 hari balik pastu rehat sehari..kalau ikut mcm ni memang confrom aku tinggal tulang...

Sebelum jogging minum sedikit air kosong dulu..pastu setiap 15 minit masa exercise pun kena minum sikit air..kalau tak korang boleh pengsan disebabkan kekurangan air..pastu minum air selepas exercise..bagi mereka yg exercise lebih dari sejam digalakkan minum air erotic..eh silap air tenaga mcm hundred plus, gatorade....hehe...

Apa korang tunggu lagi..nk tunggu gemuk cam aku baru nk exercise.jom exercise cepat.akhir kata

"Terlajak perahu boleh diundur terlajak lemak bukan senang nak kendur hehehehe"

9 Sebab Untuk Minum Air, dan Bagaimana untuk Membina Tabiat Minum Air

Kita semua tahu bahawa air adalah baik untuk kita, tetapi sering kali kita tidak mengetahui kelebihannya. Dan jika kita tahu mengapa kita tidak minum air, ia bukan satu tabiat yang ramai orang boleh bentuk.

Tetapi terdapat beberapa sebab yang sangat kuat untuk minum air yang banyak setiap hari, dan membentuk tabiat itu tidak lah sukar dengan tumpuan yang sedikit.

Perkara yang mengenainya, kita tidak sering memberi tumpuan kepada tabiat ini. kita akhirnya minum kopi, dan banyak soda, tidak terkecuali jus buah-buahan dan teh dan susu dan mempunyai banyak kemungkinan lain. Kita tidak minum air yang secukupnya, dan kita mengalami dehidrasi - dan itu tidak baik untuk kesihatan kita.

Berikut adalah 9 sebab-sebab yang kuat untuk minum air (dengan tips bagaimana untuk membentuk tabiat minum air selepas itu):


1. Menurunkan berat badan
      
Air adalah salah satu alat terbaik untuk menurunkan berat badan, pertama sekali kerana ia sering menggantikan minuman berkalori tinggi seperti soda dan jus dengan minuman yang tidak mempunyai apa-apa kalori. Tetapi ia juga penahan selera yang besar, dan kerap kali apabila kita rasa kita lapar, kita sebenarnya hanya dahaga. Air telah tiada lemak, tiada kalori, tiada karbohidrat, gula tiada. Minum banyak untuk membantu regimen berat badan anda.


2. Jantung yang sihat
      
Minum jumlah air yang baik boleh menurunkan risiko serangan jantung. Satu kajian selama enam tahun yang diterbitkan pada Mei 1, 2002 American Journal Epidemiologi mendapati bahawa orang-orang yang minum lebih dari 5 gelas air sehari adalah 41% kurang kemungkinan meninggal dunia akibat serangan jantung dalam tempoh kajian daripada orang-orang yang meminum jumlah yang kurang daripada dua gelas.


3. Tenaga
      
Nyahhidrat boleh menyerap tenaga anda dan membuatkan anda berasa letih - dehidrasi walaupun ringan hanya 1 atau 2 peratus daripada berat badan anda. Jika anda dahaga, anda sudah mengalami dehidrasi - dan ini boleh membawa kepada keletihan, kelemahan otot, pening dan simptom lain.


4. Penawar sakit kepala
      
Satu lagi tanda-tanda dehidrasi adalah sakit kepala. Malah, sering kali apabila kita mempunyai sakit kepala ia hanya satu perkara yang tidak meminum air yang mencukupi. Terdapat banyak sebab-sebab lain sakit kepala, tetapi dehidrasi adalah salah satu sebab yang biasa.


5. Kulit yang sihat
      
Air minuman yang boleh membersihkan kulit anda dan kulit akan lebih lembab dan beramya selepas air minuman. Ia tidak akan berlaku dalam sekelip mata, tentu saja, tetapi hanya seminggu meminum jumlah air yang sihat boleh memberi kesan yang baik pada kulit anda.

6. Pencernaan
      
Sistem penghadaman kita memerlukan jumlah air yang banyak untuk menghadamkan makanan dengan betul. Seringkali air boleh membantu mengubati masalah asid dalam perut, dan air bersama-sama dengan serat boleh menyembuhkan sembelit (selalunya disebabkan oleh dehidrasi).


7. Pembersihan
      
Air yang digunakan oleh badan boleh membantu mengusir toksin dan bahan buangan daripada badan.


8. Risiko kanser
     
Minum sejumlah air yang sihat telah juga didapati mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak 45%. Banyak minum air juga boleh mengurangkan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50% dan berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara.


9. Senaman yang lebih baik
      
Ternyahhidrat teruk boleh menjejaskan aktiviti-aktiviti sukan anda, memperlahankan anda dan membuat ia lebih sukar untuk angkat berat. Senaman memerlukan air tambahan, jadi pastikan anda minum air sebelum, semasa dan selepas senaman.


Bagaimana untuk membentuk tabiat air


Jadi anda yakin bahawa air adalah sihat, tetapi anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk membuat air minum satu tabiat harian.

Berikut adalah beberapa tips yang telah membantu saya:


* Berapa banyak air?
      
Ini adalah satu soalan yang boleh dibahaskan. Apa yang jelas adalah bahawa yang syor lama "lapan 8 auns gelas sehari" tidak betul, kerana beberapa sebab..anda mesti minum air sebelum anda dahaga..kerna dahaga adalah satu proses dehidrasi


* Bawa botol
      
Ramai orang mendapati ia berguna untuk mendapatkan botol minum plastik besar, isi dengan air, dan membawa sekitar dengan mereka sepanjang hari. Saya suka untuk menyimpan segelas air di meja saya, dan saya minum sepanjang hari. Apabila ia kosong, saya isi semula, dan terus minum.


* Tetapkan peringatan
      
Set jam tangan anda ke bip di bahagian atas setiap jam, atau menetapkan peringatan komputer berkala, jadi anda tidak lupa untuk minum air.


* Gantikan air
      
Jika anda biasanya akan mendapat soda, atau minuman manis, mendapatkan segelas air. Cuba air mineral


* Penapis
     
Beli penapis air daripada membeli air mineral yang dijual di kedai..lebih jimat dan menguntungkan


* Latihan
      
Bersenam boleh membantu membuat anda mahu minum lebih banyak air. Ia tidak perlu untuk minum minuman sukan seperti Gatorade apabila anda bersenam, melainkan jika anda melakukan lebih daripada satu jam. Hanya minum air. Jika anda akan bersenam, pastikan minum air dua jam lebih awal daripada masa, supaya ia akan mendapatkan melalui sistem anda dalam masa, dan sekali lagi, minum semasa dan selepas senaman juga.


* Track
      
Ia sering membantu, apabila membentuk tabiat baru, untuk menjejaki - ia meningkatkan kesedaran dan membantu anda memastikan bahawa anda tinggal di landasan yang betul. Pastikan log kecil (ia boleh dilakukan pada kad indeks atau buku nota), yang boleh jadi semudah sebagai tanda semak bagi setiap gelas air yang anda minum.
 

P.S Abaikan tatabahasa dan kosakata dalam entry ni sbb aku dah malas nak edit..penat aku translate ke melayu hehe..paham2 amik lah erk..:-)

Jiran, PhD dan Ayaq Tebu

So apakah kaitan di antara jiran, phd dan ayaq tebu?..lupa nk ckp aku tulis entry ni guna loghat utaqa sbb aku rasa itu lah diri aku yg sebenar..cewahh hehe..sapa x paham leh bukak kamus dewan bahasa utaqa..aritu aku balik kampung kt parit buntaq..dari sini lah aku dpt citer pasal jiran aku yg kat teluk kumbaq, penang..kami dulu duk penang..umah tu masih ada lagi tapi abang ipaq aku je duduk..abah mak dh duk parit buntaq...

Lama gak aku duk penang ni dari form 2 sampai lah aku masuk matrix reloaded hehe..so berbalik kpd kisah jiran aku ni..jiran2 aku kt situ kebanyakkanya memang miskin giler..majoriti nelayan..kalau korang tengok umah depa mesti korang menangis tak berlagu dek daifnya rumah dorang .he.he...tapi itu semua dulu..dulu..skang ada sowang jiran aku tu dh agak kaya sikit dari dulu..anak dia dah beli persona dengan hanya jual ayaq tebu...

Jual ayaq tebu je??kowang jgn ingt ni ayaq tebu bese punya..ayaq tebu ni kalau kena boleh wat kepala jingga owang utaqa cakap hehe...owang penang cakap ayaq biak..owang skema plak cakap air daun ketum (tangan di dada mata ke atas)..wah skemanyaaa ehehe....aku dulu ingt apa lah yg dorang ni duk jual ayaq tebu kt tepi umah aku ni..g lah jual kt pasaq malam tu....


cam ayaq tebu kan hehe..

Jadi apa kaitan PhD plak dlm citer ni..jiran aku yg lagi satu yang memang nelayan sejati duk sebelah umah jiran yg jual ayaq biak tu..pas je depa ni beli pesona pas mengaut keuntungan yg berlipat ganda jual ayaq biak ni..jiran aku ni jeles tak ingt so dia pun report kt polis hihih..so jiran aku yg lg satu tu pun dpt PhD (Perasaan Hasad Dengki)..tp aku rasa PhD jiran aku ni baik kot sbb dia dengki bende yg tak elok..

Pastu kena tangkap lah depa ni..tammat..kihkihkih

Sedikit info tentang daun ketum

klik utk tumbesaran
Daun ketum atau daun biak  adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.
Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.
Ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar.

Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).

Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 ??? 5 hari.
 
Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap. Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal.

PROFAIL PENGGUNA

·         kelompok pengguna:
·         pengguna sebenar (ubat tradisional)
·         golongan yang menyalahgunakan ketum (narkotik)
·         Petanipeladang kecilburuhnelayan
·         Jarang diguna oleh perempuan
·         Umur permulaan penagihan:
·         30an di Thailand
·         kalangan remaja di Malaysia (drug gantian untuk ganja)
·         Pengguna baru perlu beberapa helai daun sahaja
·         Pengguna kronik perlu 10-30 helai daun sehari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)