Titik Misteri, Bukit Graviti dan Bukit Magnetic


Satu lagi fenomena aneh alam yang menjadi tamparan hebat bagi hukum Graviti Newton. Diwilayah Santa Cruz, California terdapat suatu fenomena alam yang sangat menakjubkan, dimana terdapat banyak kejadian pelik yang mungkin membuat kita kebingungan apabila mengunjungi tempat tersebut.

kenapa?? ditempat yang merupakan hamparan hutan subur itu hukum gravitii seakan-akan sudah tidak ada erti sama sekali kerana semua pepohonan berdiri condong, bahkan boleh dikatakan hampir tumbang. Jika manusia berada disekitar "titik misteri" sekalipun, seluruh badannya tanpa dikehendaki juga terikut-ikut condong, walaupun berusaha untuk berdiri dengan tegak.



Anehnya, walaupun dalam keadaan posisi yang condong dalam sekala yang besar,seluruh benda yang ada tidak akan terjatuh atau kehilangan keseimbangannya. Jika berjalan, langkah kita tetap stabil dan berjalan tanpa kesulitan walaupun dalam posisi condong. Bila berkunjung ketempat ini, kita boleh melihat keanehan-kenehan seperti rumah yang hampir roboh (padahal sebenarnya masih kukuh), penyapu yang boleh berdiri sendiri dalam keadaan yang condong, manusia yang dapat berdiri ditembok, dan keanehan-keanehan yang lain.

Peliknya lagi ialah apabila, haiwan-haiwan hutan tidak ada yang mahu merangkak dan mencari makan disekitar "titik misteri ini", meraka mungkin ketakutan ataupun apa??

Titik Misteri atau "Mystery Spot" boleh membuktikan akan kelemahan teori Gravitasi, Sir Issac Newton dengan hukum gravitasinya menyatakan bahawa semua benda akan ditarik kearah semua benda lainnya oleh kekuatan graviti.

Kekuatan ini bergantung pada seberapa banyaknya zat yang tergantung dalam benda dan pada jarak diantaranya. Hukum itu menerangkan mengapa orbit planet dan bulan berbentuk elips. Hukum itu menerangkan juga gerakkan semua benda dalam alam semesta yang maha luas. Dengan adanya fenomena ini, hukum graviti Newton yang bertahan kurang lebih selama 4 abad mungkin sudah saatnya untuk direvolusi. Namun pada saat ini, para ilmuwan belum dapat menjelaskan bagaimana fenomena ini boleh terjadi. mungkin masih menunggu beberapa waktu lagi untuk memecahkan misteri ini, atau mungkin anda yang belajar fizik mempunyai sebuah teori atau persoalan untuk memberikan penjelasan bagaimana fenomena ini boleh berlaku??

Sebenarnya, fenomena-fenomena seperti ini tidak hanya terjadi diwilayah Santa Cruz, California sahaja. tetapi ditempat lain yang boleh ditemui. Memang kebanyakannya di USA, tapi di wilayah Eropah juga dapat ditemui tempat ini contohnya disekitar Warsawa,Polandia. Hal serupa juga terdapat disebuah wilayah di China, namun merupakan tanjakan jalan raya.



Malaysia
  
BukIt aJaib ...kEnInGaU-KiMaNiS

Jalan Keningau ke Kimanis jaraknya hanya 53 km sahaja dan memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke Simpang Kimanis. Jalan raya ini dahulunya adalah untuk mengangkut kayu balak oleh syarikat-syarikat pembalakan.
Kini setelah dinaik taraf jalan raya Keningau - Kimanis merupakan jalan utama dari Daerah Keningau ke Bandar Kota Kinabalu. Boleh dikatakan jalan raya inilah digunakan oleh pengusaha teksi dan bas dari Pekan Keningau Ke Kota Kinabalu saban hari.
Percaya atau tidak terdapat satu bukit di km 11 dinamakan Bukit Ajaib oleh sesetengah pengguna jalan raya kerana keunikannya. Bukit ini kalau di pandang dengan mata kasar ia menurun tetapi apabila kereta kita letakkan dalam posisi gear free kereta itu sepatutnya meluncur menuruni bukit tetapi sebaliknya pula berlaku seolah-olah kereta tersebut di tarik sesuatu dan kereta itu mengundur menaiki bukit. Secara logik jika benda bulat di letakkan disitu benda tu akan bergolek ke bawah tetapi sebaliknya berlaku..Itulah antara keunikan bukit ajaib yang terdapat di jalan Keningau - Kimanis
 
Jalan ini lah dikata Bukit Ajaib ...kalau di pandang secara kasar ia menuruni bukit

Sah pada pandangan mata kasar bukit ni menurun

Jalan yang curam dan mencabar ..pemandu di nasihatkan agar sentiasa berhati-hati

Papan tanda mengingatkan pemandu supaya menggunakan gear rendah semasa menuruni bukit yang curam

sempadan antara dua daerah
Jarak dari Simpang Kimanis ke Daerah Keningau hanya 53 km....so kalau nak cuba datanglah dan rasailah sendiri keunikan bukit ajaib ni...

Sumber:http://rockstep.blogspot.com/2011/05/bukit-ajaib-keningau-kimanis.html

Sumber-sumber lain:
1)http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_magnetic_hills
2)http://en.wikipedia.org/wiki/Gravity_hill

P.S Sapa yang tak paham..senang je..bende ni macam ilusi optik yang semulajadi...kagum tak kagum tak?hehehe

Deja Vu


Hampir semua dari kita pernah mengalami apa yang dinamakan deja vu iaitu sebuah perasaan aneh yang mengatakan bahawa peristiwa baru yang sedang kita rasakan sebenarnya pernah kita alami sebelumnya. Peristiwa ini biasanya merupakan sebuah tempat baru yang sedang dikunjungi, percakapan yang sedang dilakukan, atau sebuah acara TV yang sedang ditonton. Lebih aneh lagi, kita juga seringkali tidak mampu untuk dapat mengingat bila dan bagaimana pengalaman sebelumnya itu terjadi secara terperinci. Yang kita tahu hanyalah adanya perasaan sensasi yang membuatkan kita tidak merasa asing dengan peristiwa baru itu.

Keanehan fenomena deja vu ini kemudian melahirkan beberapa teori metafizik yang cuba menjelaskan sebab musababnya. Salah satunya ialah teori yang mengatakan bahawa deja vu sebenarnya berasal dari kejadian serupa yang pernah dialami oleh jiwa kita dalam salah satu kehidupan sebelumnya(reincarnation) di masa lampau.

Pada awalnya, beberapa ilmuan beranggapan bahawa deja vu terjadi ketika sensasi optik yang diterima oleh sebelah mata sampai ke otak (dan ditakrifkan) terlebih dahulu daripada sensasi yang sama yang diterima oleh sebelah mata yang lain, sehingga menimbulkan perasaan biasa(familiar) pada sesuatu yang sebenarnya baru pertama kali dilihat. Teori yang dikenali dengan nama “optical pathway delay” ini dibuktikan pada bulan Desember tahun lalu bahawa orang buta sekalipun boleh mengalami deja vu melalui indera hidu, dengar, dan sentuhannya.

Selain itu, sebelum ini Chris Moulin dari University of Leeds, Inggeris telah menemui pula pesakit deja vu yang kronik: orang-orang yang sering dapat menjelaskan secara terperinci peristiwa-peristiwa yang tidak pernah terjadi. Mereka merasa tidak perlu menonton TV kerana merasa telah menonton acara TV tersebut sebelumnya (padahal belum), dan mereka bahkan merasa tidak perlu pergi berjumpa doktor untuk merawat ‘penyakit’nya kerana mereka merasa sudah pergi ke doktor dan dapat menceritakan hal-hal tersebut selama kunjungannya!

Baru-baru ini, sebuah eksperimen pada tikus mungkin dapat memberi pencerahan baru mengenai asal-usul deja vu yang sebenarnya. Susumu Tonegawa, seorang neuroscientist MIT, membiakkan sejumlah tikus yang tidak memiliki dentate gyrus, sebuah bahagian kecil dari hippocampus, yang berfungsi normal. Bahagian ini sebelumnya diketahui berkait dengan ingatan episodik, iaitu ingatan mengenai pengalaman peribadi kita. Ketika menjumpai sebuah situasi, dentate gyrus akan mencatat tanda-tanda visual, audio, bau, waktu, dan tanda-tanda lainnya dari panca indera untuk disuaikan dengan ingatan episodik kita. Jika tidak ada yang sesuai, situasi ini akan ‘didaftarkan’ sebagai pengalaman baru dan dicatat untuk pembandingan pada masa depan.

Menurut Tonegawa, tikus normal mempunyai kemampuan yang sama seperti manusia dalam menyuaikan persamaan dan perbezaan antara beberapa situasi. Namun, seperti yang telah diduga, tikus-tikus yang dentate gyrus-nya tidak berfungsi normal kemudian mengalami kesulitan dalam membezakan dua situasi yang serupa tapi tak sama. Hal ini, tambahnya, dapat menjelaskan mengapakah pengalaman deja vu meningkat seiring bertambahnya usia atau munculnya penyakit-penyakit degeneratif seperti Alzheimer: kehilangan atau rosaknya sel-sel pada dentate gyrus akibat kedua hal tersebut membuat kita susah untuk menentukan apakah sesuatu ‘baru’ atau ‘lama’.

Sumber:https://www.facebook.com/note.php?note_id=236075689747848

P.S Entry ni spesel untuk doraemon dan pingu yang mengalami dejavu semasa semasa memandu hehe..cing..

Malaysia 0 - 4 Arsenal (13 July 2011)

Tadi baru je abis perlawanan persahabatan antara malaysia dan arsenal..malaysia dibelasah teruk 4 kosong...malam ni safee sali tak main..tak sembuh lg...pastu separuh masa pertama keeper mana tah..khairul fahmi masuk secondhalf...

Malaysia hanya mampu pegang bola sekejap je pastu arsenal rampas..cepat giler...memang terbukti arsenal memang hebat..bukan tandingan malaysia..kalau masa mokhtar dahari dulu mungkin dorang kalah hehehe...asaari stiker ganu pun masuk dh lewat huhuh..harap malaysia dapat belajar camne arsenal main..

Robie van persie pun tengok cam main rileks je hehe..tapi aku rasa perlawanan dengan team2 yang hebat camni dapat memperbaiki mutu player malaysia..sbb kalau kite main dengan yang terer kite akan jadi terer gak sikit hehe..betul tak..style omputih main tak sama ngn org asia main..macam anak ayam hehehe...ops jgn marah gurau je...

Lupa nak cakap..goal keempat arsenal sepatutnya tak kira sbb bola dah kuaq sebelum rosicky cross..laju sgt sampai penjaga garisan pun tak nampak..pas replay baru nampak huhuh..ini tidak adil tidak adil tidak adil bagi nya..nyanyi lagu yuna hehe

Apa pun malaysia boleh!!!!!

Gadis pengsan setelah rakam gambar sedang mandi dengan tangan ‘lembaga’

PERCAYA ATAU TIDAK: Kelihatan tangan makhluk (anak panah) yang dipercayai ‘hantu’ cuba mencekik
mangsa melalui gambar yang dirakam. SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan  Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.


Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.

“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.

“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.

Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.

Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.

“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.

Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.

Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.

Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.

Percaya atau  tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.

Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.

Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.

Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’.

Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.

Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.

Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.

Sumber: http://scripters.ning.com/group/mistik/forum/topics/gadis-pengsan-setelah-rakam

Monyet Curi Kamera Pengunjung Dan Snap Gambar Sendiri

Seekor monyet mengejutkan semua pengunjung apabila dia mengambil kamera seorang pengunjung. Semua orang lari seolah-olah monyet ini akan mengamuk. Tetapi semua kembali apabila monyet ini mencuri kamera untuk mengambil gambarnya sendiri.











Sumber:https://www.facebook.com/notes/misteri-keajaiban-alam-fake-fact/monyet-curi-kamera-pengunjung-dan-snap-gambar-sendiri/235715453117205

Balik Kampung

Weekend lepas aku balik kampung...hari ahad wat kenduri arwah..aku balik pagi sabtu pas subuh..pas subuh tu kul 8 hihihi..balik ikut jalan cheras sbb tak mao kena tol kalau ikut jalan lain..sampai kat kl jalan kuching pun polis tutup..angkara bersih punya pasal..so terpaksa pusing luaq kl sampailah masuk ke tol duta...

Masa kat umah aku nampak ada sekoq kucing baru..mak cakap ada orang buang...mak ckp mak dah suh abah g buang kt pasar kt tanjung piandang jauh gak lah dalam 5 km mcm tu..tapi mak cakap tak sampai 3 jam kucing balik sendiri hehe..aku cakap lah kt abah aku.. kucing tu tahan bas kot..mungkin dialog kucing tu mcm ni

Kucing:Stop..stop..nak g umah pak din boleh
Drebar bas:Hah masuk lah...memang lalu situ pun
Kucing:nanti sampai benti erk..nk tekan loceng tak sampai
Drebar bas:oraitttt..(sambil dengaq lagu geng bas sekolah)


Pas kucing tu balik sendiri..abah dh tak sampai hati nk g buang lg skali..cian tengok..so bagi lah makan sikit2..janji tak berak kencing dlm umah je..kalau tak confirm kena sembelih hahaha...

Malam ahad tu mak g tau kt aku suh g tengok belakang umah jap..anak ayam duk bising kt blakang..takut ada ulaq ka, biawak komodo ka nak mkn dorang..abah aku sejak tak keje ni suka bela binatang..abah cakap elok time raya nanti leh terus sembelih wat ayam barbeque..hehe..aku pun g amik lampu suluh..masa nak lalu g reban ayam tu aku nampak macam kucing yang abah buang tu..telantar..aku pun panggil lah.

meowwww..meow meowwwwww (dalam bahasa manusia.."awk ok ke"..aku memang terer berbahasa kucing)

kucing tu tak sahut..aku pun gerak2 kan badan dia..dh tak gerak..aku ingt kucing ni tidoq mati cam aku...tp tengok perut dia duk bernafas lg..so aku pun panggil abah mai tengok..so kami amik kucing tu letak kt tempat cerah...anak ayam pun dh tak bunyi...kagum aku..anak ayam cuba nak selamatkan kucing tu walaupun nyawa dorang belum tentu pasti masa raya nanti hehehe...

Kami try corak(dalam bahasa melayu baku menjiruskan air) ayaq atas muka kucing tu tapi tak berhasil..kami tak leh buat apa2 selain mendoakan kesejahteraan ke atas kucing tu...aku cakap kt kucing tu..erm...esok baru nk wat kenduri arwah..ko yg mati dulu..huhuhu..actually kucing tu tak mati lg..perut dia duk bernafas cuma dia lembik dan longlai tidak bermaya..kami dh plan nk korek lubang esok pagi tanam..

Pagi ahad tu kami bangun kucing tu dah takda..tanya mak abah..ingt dah tanam mak abah ckp dok aih..rupa2nya kucing tu dah sihat siap boleh berlari riang gembira lagi..malam tu bukan main nazak lg..perpatah omputih pernah berkata-kata..cats have 9 lives..tingat iklan dragonballz..Yang sebenarnya, Dragon Ball ada 7 biji semuanya.. eh apa kaitan plak hehe


So ahad kenduri arwah wat lepas asaq..adik beradik ada gak datang tolong..buat bihun sup, cucuk badak, roti kirai kuah durian..roti serabai kuah durian gak..dan bermacam2 lg kuih yng tidak dapat aku kenal pasti apakah nama scientific dia hehehehe...aku tengok tuk imam dua kali tambah bihun sup hehehe...

kisah sedih - Dia perampas kebahagian keluarga ku

Ayahku dan si "dia"

*Coretan seorang guru wanita di salah sebuah felda di selatan tanah air.... 

Seorang murid dari kelas 3 Mawar telah bertemu denganku. Semalam dia meminta untuk bertemu dengan aku karana hendak menceritakan tentang ayahnya. Liliana, merupakan seorang pelajar yang aktif dan riang sebelum ini. Hanya kebelakangan ini sahaja dia kelihatan murung dan sedih.

Kadang-kadang sesi "Bahasa Inggeris" yang aku ajarkan bagaikan tidak mengundang keminatannya. Dia sering termenung dan kelihatan sugul. Kini dia di hadapanku, harapanku, jika ada masalah yang dia hadapi akan cuba kubantu sedaya mungkin.

Cikgu, ini mengenai ayah saya. Air matanya terus berlinangan. Aku hanya mampu memegangnya dan mengurut-urut lengannya, dan menantikan dia meneruskan kalimat-kalimat dari bibirnya yang kecil itu. Dia meneruskan kata-katanya:

"Ayah saya telah berubah sejak tiga bulan yang lalu. Semuanya kerana kehadiran dia. Kehadiran dia ke rumah kami telah mengubah suasana di
dalam rumah . Memang pada asalnya, dia memang dinanti-nantikan untuk
bersama kami. Malah, ibu sayalah yang telah mencadangkan kepada ayah untuk
dia tinggal bersama kami. Pada awalnya kami amat gembira bila dia ada bersama kami. Mungkin kerana dia masih baru dan kami masih terlalu teruja mendapatkan dia di dalam rumah kami.

Keadaan telah berubah apabila ayah sudah mula rapat dengan si dia. Walaupun pada asalnya ibulah yang banyak bersama dengan dia, namun akhirnya ayah pula yang berjaya dikuasai oleh si dia. Semenjak itu ayah tidak memperdulikan ibu lagi. Kami juga sudah tidak ayah pedulikan juga.

Hubungan ayah dengan dia semakin intim. Pulang sahaja dari kerja, ayah terus mendapatkan si dia. Kadang kala ayah sanggup untuk mengambil cuti semata-mata untuk bersama dengan si dia. Kami geram sungguh!

Pada bulan Jun yang lalu, krisis kami dengan ayah mencapai kemuncaknya. Ayah sudah tidak pedulikan ibu lagi. Ayah sudah tidak tidur dengan ibu lagi semata-mata untuk bersama dengan si dia. Ayah sudah melampau.

Ayah sanggup mengorbankan waktu tidurnya dan juga waktu bersama ibu hanya
untuk bersama si dia. Lebih menghangatkan darah kami lagi, di pagi hari kami
lihat ayah terdampar bersama si dia. Satu contoh yang amat tidak sihat buat kami anak-anak. Ibu tetap boleh bersabar. Banyak kali juga kami mendengar ibu menasihati ayah, tetapi ayah tetap tidak berubah. Ibu tidak mahu derhaka, hanya nasihat sahajalah yang boleh ibu berikan. Malangnya tidak nampak pun riak-riak ayah akan berubah. Bahkan kini ayah semakin teruk.

Siang, malam, pagi, petang....ayah lebih meluangkan masa untuk bersama
dengan dia. Saya tidak mahu digelar anak derhaka, tetapi keadaan ayah semakin melampau. Akhirnya cikgu...."

Dia terus menangis teresak-esak. Aku terus memujuknya, "sabar, setiap orang ada masalah masing-masing. ..". Aku terus memeluk Liliana.

"Cikgu Ros, saya tidak mahu menjadi anak derhaka, tetapi demi ayah, saya terpaksa lakukannya.. ."

"Apa yang kamu telah lakukan?", tanyaku dengan nada yang lembut.

"Saya terpaksa menelefon tempat asal si dia. Saya telah mendail 1300-82-3838, dan meminta mereka memutuskan hubungan ayah dengan "dia""

"Siapa dia tu?", aku binggung...

"Astro!"

Aku: ???????



Hahahahaaa ngoi betul lah

Kursus Kawin:Utk Kapel Dan Tunangan Sahaja???

Aritu aku g kursus kawin ngn housemate dan opismate aku..yang dah tunang cuma opismate aku tu je nama dia fahrin ahmad (sah2 bukan nama sebenar),,aku tanya dia dh g kursus kawin belum..ko tu dh tunang..dia ckp eh aku x g lg..lupa plak...boleh plak lupa hehe..kursus ni dua hari..penceramah dia memang hebat2 belaka..

Dulu kengkawan aku dah ajak g kursus kawin kt UTM....masa tu belajaq g mana da awek marka semua tu..dorang g ngn awek masing2 boleh lah huhuh...kalau ikut gak sedeh beb..lara hati ini tengok kebahagiaan dorang kihkihkih....masa tu aku dok ingt org yg g kursus kawin ni semua dah bertunang atau yg nak kawin dlm masa terdekat..so pas aku g kursus kawin tu aku rasa mereka yang takda makwe pakwe pun leh g..boleh blajaq camne nk kawin hehe..kawin itu simple dan mudah sebenarnya....

Aku masih ingt lagi kata2 sorang ustaz yg bg ceramah tu..ta'rif tunang dalam islam sebenarnya adalah apabila sorang lelaki menyatakan hasratnya kepada seseorang wanita untuk mengahwininya dan perempuan itu setuju untuk berkahwin maka jadi lah dia tunangan org...simple kan..tak macam adat melayu kena bawak tepak sirih semua...kalau ikut definasi tu aku dah meminang seseorang..hehehe..sape kah dia..mcm bese biar lah rahsia..bg korang suspen lg hehehe....

Masa kursus tu ada sorang cina duk sebelah aku...aku rasa dia cina muslim sbb masa dia sign kehadiran aku nampak nama dia.nama bapa dia chinese.pastu dia pakai long sleeve tapi aku ada ternampak tatu kt tangan dia..so memang confirm dia chinese convert..masa nak balik nampak dia jalan ngn pompuan melayu..rasa dia nak kawin ngn pompuan melayu tu kot..semoga dia menjadi muslim yg sejati...

Masa datang ngn balik plak ada scene yang tak manis dipandang plak..yg dah bertunang datang naik motor pastu berpelukan rapat atas motor..kena bersangka baik..mungkin kete takde kot....hehehe..scene yg kelakar pun ada gak..ada sorang mamat ni datang kursus memang smart giler siap pakai songkok..dia duk depan aku..memang rasa kagum aku ngn dia sbb dia sorang je pakai songkok...so apa yg kelakarnya ngn dia..masa dia angkat songkok garu kepala pastu aku nampak rambut dia oren berkarat2..ceh sorok rambut oren karat tu ke...terus hilang rasa kagum tu hahahaha..

So korang apa lagi..g kursus kawin cepat sebelum anda dikursus kan kihkihkihkhi....

Kisah Kawan-Kawan Yg LUCU BANGAT!!!

Takde sorang pon kat dunia ni sebenarnye boleh hidup tanpa kawan, btol tak??? Walaupon kawan datang silih berganti, sekurang2nye mesti nak gak kene ade kawan sorang. Biler time down ker, time jiwang ker, time lapar ker, leh gune kawan2 tuh.

Melibatkan 2 watak utama, sorang namenye Yau (bukan name sebenar) dan sorang lg namenye Fah (pon bukan name sebenar). Sebelom aku teruskan citer, meh aku describe sket 2 org kawan aku nih. Si Yau ni orgnye cool jer, tp suke buat lawak2 syial. Kebanyakkan lawak die sume jenis mengutuk org kaw-kaw, sampai org yg kene kutuk tuh takleh nak ckp aper dah. Nak-nak lagi lepas die kutuk org, disusuli ngan gelak tawa yg, kalu korang sendri tgk, konfom korang pon tibai gelak. Yang si Fah pulak.. jenis orgnye relax, dan blur2 sket. Jarang cakap byk, ckp biler perlu jer. Tapi...sekali die buat lawak, ataupon bukak mulut...memang da very da nice lah ayat die. Boleh pecah perut sbb tak sangke aper yg akan kuar.

Nak dijadikan citer, harituh member aku si Mero (pon bukan name sebenar..huhu, kang pakai name sebenar tak pasal2 aku kene saman), sampailah rezeki die utk kawin. Majlis perkahwinan die ade 2 tempat, tapi citer ni berlaku mase majlis dekat belah pengantin perempuan. So kenduri ni dibuat di luar KL, kat negeri lain, jadi kawan2 aku ni, Yau, Fah, dan beberapa org lagi pon bercadang nak buat road trip ler alang2 nak ke kenduri tuh.
 

Dipendekkan cerite, sebabkan kendurinye jauh, maka kawan2 aku nih pon menumpanglah satu malam di rumah seorang awek ni. Jgn risau, awek tuh ngan family die ade skali. Niat baik jer. Yang bestnye awek ni...seorang awek yg...sangatlah cun. Superb. Marvellous. Tres Bien~. Korang tau2 jerlah laki jd camne kan kalu jumper awek cun. Name awek tuh.. Z (mcm bese, still bukan name sebenar). Sumernye berjalan dengan lancar..takde mende2 tak baik berlaku...

Tapi...

Beberapa minggu lepas kenduri kawin member aku tuh, kitorang lepak2 lah kat kedai mamak. Tah camne, terkeluar balik citer awek cun gile babas tuh. Masing2 dok angau ngan citer masing2. Nak2 lagi kawan2 aku yg pergi kenduri dan berpeluang tido kat rumah awek cun tuh. Sampai satu part..si Yau ni pon reveal lah satu secret... mase ni ramai2 ade nih.

Yau: Aku..seblom kite balik KL arituh...sempat aa gi bilik Z.

One: Hoih. Cilake lu. Aper ko buat kat bilik die?

Yau: Tak, tak. Die takde pon dlm bilik tuh..

Aku: Demmit. Amik kesempatan. Ko buat aper?

Yau: Ni yg aku nak cite. Aku gi kat katil die, amik bau die. Memang special aa bau bedak die. Waaa..best giler. Termimpi2 aku.

Gagak: Ye ker??!! Ko biar betol??

Yau: Aku amik bau katil, bantal...mmg sedap giler.

Astaga mamat Yau ni...

Tetibe..

Fah: Kejap2. Ko amik bau katil die? Tapi, aku yang tido atas katil tuh pagi tuh.

Sumer org tercengang. Sumer ready dah nak burst gelak. Aku yg tengah menaip ni pon nak tergelak teringat balik.

Yau: Hoiii. Ko tipu aaa.

Fah: Betul la. Z siap kemas katil lg, pastu ckp "U can sleep here". Maknenye ko bukan amik bau Z, tp bau aku!!!

Kitorang: MUAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!!! (selame 10minit)

Yau: Oii, mane ade ko tido bilik die. Ko tido bilik sebelah tuh. Aku tau la. Bau harum bedak die.

Fah: Laaa..tak percaye pulak. Aku laa yg tido bilik die pagi tuh. Ko bau bedak aku tu. Ko ade termimpi2 pasal aku tak? (bigggg grin)

Gagak: Btollaa Yau, Fah tido bilik Z pagi tu. Aku nampak. Hahahaha.

One: Oh no~~~ Yau u sicko!!! Hahahaha.

Mase ni sumer org mmg takleh stop gelak dah. Bayangkan pervert punye pasal, tak pasal2 terbau member sendri. Hahahahaha.

Yau: Tipu aaa. Tipuu aaa.. Ko saje make up story. Ko nak kenekan aku..

Maka malam tu sesi melepak kitorang menjadi sangat precious sbb kekantoian Yau. Satu sebab die pervert..dua sebab die tersalah bau. Hahahahahaha.

Moral of the story: JGN JADI PERVERT LAA WEII!

Wordless Wednesday : Siti Nurhaliza Mengaji



Laksa Dan Cucur Udang Mak Aku

Pagi semalam aku tengah makan jamuan anjuran department aku..tetiba henpon aku bunyi (Ringtone Jason Myraz lagu Im Yours)

Tertera nama di henpon "Abah"

Abah:Iz cuti ka skang...
Aku:Tak Iz tak cuti lagi..arini keje petang..
Abah:Mak habaq kalau iz nak makan laksa ka cucur udang ke balik lah kampung..
Aku:Ooo..mak jual kat depan rumah balik ke..
Abah:Tak lah..mak cakap kalau iz nak makan mak buat lah...bila iz nak balik kampung?
Aku:Ermm..minggu depan iz balik..sabtu ngn ahad ni ada kursus
Abah:Ooo..nanti abah habaq kt mak


Actually aku rasa pelik sbb mak aku tetiba tanya aku nk mkn laksa atau cucur udang...jadi bila abah aku tanya bila nk balik kg aku terus jawab minggu depan sbb aku rasa dorang rindu kt aku kot hehehe..minggu ni tak leh balik sebab ada kursus kahwin hehehe..last aritu balik kg 25hb bulan lepas...


P.S I love my family hehehe

Anak Merantau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)