Kisah kali tentang pengalaman seorang pengamal perubatan islam iaitu darul manzil...kisah benar yg aku rasa agak menarik untuk kita baca. lagipun kalau korang ada masalah berkaitan ngn makhluk halus leh jupe dia..hebat betul
Saya didatangi sepasang suami isteri bersama anak remajanya yang berumur
16 tahun. Si ibu memulakan bicara mengatakan bahawa anaknya kelihatan
pelik sejak beberapa bulan ni. Kata si ibu, anaknya selalu menyanyi lagu
inggeris terutamanya selepas jam 12 malam. Bapanya pula mencelah
mengatakan bahawa anaknya tidak tahu berbahasa inggeris dan lembap dalam
pelajaran.
Tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni,
pelajarannya meningkat secara mendadak dan ia turut mengejutkan
guru-guru disekolahnya. Seringkali juga si ibu mendengar anaknya
menangis selepas menyanyi lagu inggeris tersebut.
Jika dilihat
secara fizikal, tiada apa-apa yang pelik pada anaknya. Setiap soalan
yang saya tanyakan juga dijawab dengan jawapan normal. Untuk tidak
menghampakan kedua ibu bapanya, saya rukyah anaknya dengan rukyah asas
yang selalu di amal RIDAM.
Selepas membacanya hampir 10 minit, kelihatan kaki dan tangan remaja menggeletar. Pernafasan remaja tersebut semakin kencang.
Saya: Dengan nama Allah, siapa kamu wahai hamba Allah?
*Tiada jawapan..Maka saya ulang soalan sebanyak 3 kali..
Pesakit: Nama saya Antony. Apa yang kamu baca sampai saya rasa begini tenang?
Saya: Saya hanya membaca ayat Al-Quran. Kamu tak pernah dengar bacaan Al-Quran wahai hamba Allah?
Pesakit: Pernah. Tapi ayatnya sejuk. Kebanyakkan yang saya dengar, badan saya sakit.
Saya: Ayat mana yang kamu terasa sejuk tu?
Pesakit: Saya tak tahu nak baca, tapi ada nama Ibrahim dalam ayat tu.
Saya:
Oh..itu ayat yang mengisahkan peristiwa Nabi Ibrahim A.S ketika hendak
dibakar dengan api. Tapi api itu sejuk dengan izin Allah dan tidak
membahayakan Nabi Ibrahim..
Pesakit: Kenapa Ustaz tak bakar saya macam Ustaz lain.
Saya: Ustaz lain?
*Kemudian
saya bertanya pada ibu bapa remaja terbabit dan RIDAM adalah pusat
rawatan ke-3 setelah sebelum ini berubat dengan pusat rawatan di Utara
dan Kuala Lumpur.
Saya: Wahai hamba Allah. Bukan tujuan saya nak
bermusuh dengan kamu dan saya juga tidak mahu bersahabat dengan kamu.
Tapi saya menghormati kamu sebagai makhluk. Saya seperti makhluk yang
ada dalam dunia ni seperti manusia, jin, tumbuhan dan haiwan. Tapi apa
yang kamu lakukan pada anak remaja ni salah. Kenapa harus 'duduk'
dengannya? Kan kamu boleh hidup bebas. Adakah kamu bertuan?
Pesakit:
Saya tidak bertuan. Saya suka dengan budak ni sebab dia baik. Saya juga
kesian sebab tengok budak ni selalu kena buli dengan budak-budak
sekolah. Mak bapak dia pun selalu marah dia sebab dia bukan budak
pandai...
*Seiring dengan itu jin tersebut menangis.. Sayu pula
bila mendengar ceritanya. Saya juga melihat ibu bapanya serba salah bila
nama mereka turut disentuh dalam luahan jin tersebut.
Saya: Antony.. boleh ceritakan dimana kamu mula mendampingi budak ni? Saya berjanji tidak akan berkasar kalau kamu bekerjasama..
* Pesakit mengangguk
Pesakit: Saya bukan dari sini (Malaysia) Ustaz. Saya dari La Habana..
Saya: Dimana tu..?
Pesakit: Di Cuba Ustaz..jauh...sangat jauh..
Saya: Dah tu, macam mana kamu boleh sampai sini?
Pesakit:
Saya rasa nak merantau Ustaz. Oleh kerana saya tak boeh terbang, maka
saya tumpang kapal. Banyak juga tempat saya singgah. Hinggalah saya
menetap di Pelabuhan Kelang.
Saya dah menetap di sini dekat 10 tahun. Saya bersumpah Ustaz, saya tak pernah kacau manusia sehinggalah saya jumpa budak ni..
Saya: Ooo...macam mana pula kamu boleh jumpa budak ni?
Pesakit:
Masa tu waktu petang. Saya tengok budak ni duduk sorang-sorang kat atas
batu tepi Pantai Tanjung Harapan. Kesian saya tengok dia Ustaz.
Kawan-kawan dia satu rombongan tak peduli dia pun. Saya tengok dia
menangis. Masa tulah saya terasa nak kenal dia..
*Pada masa tu, ibu remaja terbabit mengiyakan bahawa anaknya pernah mengikuti rombongan sekolah ke Tanjung Harapan, Klang.
Saya: Kamu ke yang bantu dia pandai..
Pesakit:
Ya Ustaz..Umur saya dah beratus tahun.. Saya pun pernah curi-curi
belajar kat beberapa universiti. Antaranya University Of London... (dia
menyebut beberapa nama universiti).. Tapi masa saya di University
Al-Azhar, ada sorang Syeikh dapat tengok saya. Tapi dia tak marah. Cuma
dia kata jangan ganggu orang.
Saya: Bidang apa yang kamu pernah belajar?
Pesakit:
Macam-macam..Ada ekonomi, engineering, philosophy, fizik, chemistry dan
yang paling saya suka adalah Math (matematik). I suka buat
algebra..Sampai sekarang saya masih suka..
*Ibu remaja terbabit mengiyakan lagi..Memang anaknya tiba-tiba pandai dalam Matematik dan boleh bercakap beberapa bahasa.
Saya: Boleh saya tanya lagi wahai hamba Allah? Lagu apa yang selalu kamu nyanyikan tu?
* Seraya itu dia menangis...
Pesakit: BEAUTIFUL MARIA OF MY SOUL.. Itu kisah lama Ustaz..
Saya: Kisah lama? Boleh ceritakan pada saya?
* Dia menyanyikan lagu tersebut. Sayu mendengar suaranya. Ibarat kekasih menagih kasih..
Pesakit:
Maria tu cinta pertama saya. Tiada yang awal dan yang akhir. Selepas
dia ditangkap Raja Agira untuk dijadikan perempuannya, hubungan kami
putus secara terpaksa. Lepas tulah saya merantau membawa diri. Sampai
hari ni saya masih terkenangkan dia..
Saya: Siapa Raja Agira tu?
Pesakit:
Dia raja jin di Cuba. Tak ramai yang berani melawan sebab dia berkawan
baik dengan Raya Emiratus. Salah satu raja di BERMUDA TRIANGLE.
Saya: Erm, adakah kam rasa Maria masih hidup?
Pesakit: Naluri saya kuat Ustaz..Saya yakin Maria masih hidup...kenapa ustaz tanya macam tu?
Saya: Jika saya dapat melepaskan Maria dari genganggaman Raja Agira, mahukan kamu keluar dari jasad budak ni?
Dengan wajah yang gembira, dia mengangguk dengan gembira..
Saya:
Baiklah..Saya tidak menyatakan janji. Tapi, saya akan berikhtiar..
Insyaallah, kalau diizinkan Allah, kamu ada dapat bertemunya sebelum
tengah malam ni...
Pesakit: Betul ke apa ustaz cakap ni?
Saya: Semuanya dengan izin Allah...Saya akan cuba..
Saya
tidurkan pesakit dengan membaca ayat tahiyat solat dan selawat
tafrijiyyah. Kemudian, saya minta keizinan untuk solat hajat di bilik
rawatan.
Di akhir sujud, saya membanyakkan bacaan ayat Hajat.
Sesudah itu, saya duduk bersila dan membuat ritual Mata Batin bagi
mengesan kedudukan Maria berada. Hal perjalanan rohani begini tak
perlulah saya ceritakan kerana kisah agak panjang dan susah untuk
difikirkan secara akli. Setelah berjaya menjejaki Maria dan mendapat
keizinan Raja Agira, saya tamatkan ritual amalan. Lenguh dan bisa badan
mula terasa. Syukur pada Allah, proses kebenaran dari Raja Agira
berjalan dengan baik kerana dia juga Muslim.
Saya menjenguk pesakit di ruang rawatan.
Saya: Dengan nama Allah, bangun lah kamu dari lena.. Allahuakbar!
*
Saya menyambung bacaan dengan ayat dari surah Az-Zumar:42 dan menepuk
dahi pesakit perlahan-lahan. Pesakit bangun dan duduk berlunjur mengadap
saya.
Pesakit: Terima kasih Ustaz. Maria ada disebelah saya sekarang. Tapi dia tak dapat saya sentuh. Hanya boleh lihat. Kenapa Ustaz?
Saya: Sebab kamu bukan Islam. Mahukah kamu memeluk agama suci ini?
Pesakit: Kalau kerana Maria, saya mahu memeluk Islam..
Saya:
Kamu tak boleh masuk Islam kerana Maria. Saya khuatir, kamu akan murtad
jika Maria mati. Semua makhluk akan mati wahai hamba Allah..
Pesakit:
Demi Tuhan Islam, saya ingin menjadi Islam kerana hati Ustaz. Saya
terpaut dengan apa yang Ustaz nyatakan. Bolehkah Tuhan Islam
mengampunkan saya Ustaz?
Saya: Tuhan Islam adalah Tuhan seluruh
makhluk di alam ini. Allah nama agungNya. Allah akan mengampunkan setiap
hambaNya jika memilih kebenaran. Dia Maha Pengasih lagi Maha
Pengampun...
Pesakit: Macam mana caranya saya boleh menjadi Islam Ustaz?
Saya: Mengucaplah wahai hamba Allah...
* Saya menyuruhnya mengucap dan dia mengikutinya..
Saya:
Sekarang, kamu telah Islam. Saya cadangkan kamu ke XXXXXXX... Ada kadi
dari kalangan kamu di sana. Berkahwinlah dengan Maria dan moga kamu
hidup dalam rahmat Allah.Mulai hari ini, saya gelarkan kamu dengan nama
Abu Rahim (hamba yang penyayang).
Pesakit: Terima kasih Ustaz. Saya berjanji tidak akan mengganggu manusia lagi..
Sebelum
keluar dari badan pesakit, Abu Rahim mencium tangan saya. Pesakit
kemudiannya terpinga-pinga seperti baru sedar dari mimpi yang
panjang....
Terpanggil dengan lagu yang pernah dinyanyikan oleh
Abu Rahim, saya melayari laman Youtube. Beautiful Maria Of My
Soul...lagu cinta ala barat...
-----------------------------
In the sunlight of your smile
In the summer of our life
In the magic of love
Storms above scattered away
Lovers dreaming in the night
Reaching for paradise
But as the dark shadows fade
Love slips away
On an empty stretch of beach
In the pattern of the waves
Drawing pictures with my hand
In the sand, I see your face
Skipping pebbles on the sea
Wishing for paradise
Sand castles crumble below
The restless tides ebb and flow
Listening to a shell
Hoping for your voice
Beautiful Maria of my soul
Though we'll always be apart
Locked forever in a dream
If I ever love again
Even then, nothing will change
And the taste of you remains
Clinging to paradise
But as the distance from you grows
All that my heart ever knows
Hunger for your kiss
Longing for your touch
Beautiful Maria of my soul
Filling all my nights
Haunting all my days
Beautiful Maria of my soul
--------------------------
Sumber:
http://darulmanzil.blogspot.com/