Di dalam kesamaran mimpi
Dia hadir menguntum senyuman
Aku terpana lantas tersedar
Ku pasti itu adalah petunjuk...
Hadirnya tidak diduga
Ku dekati dirinya
Ku selami lubuk hati nya
Bagi mencari secebis ruang kosong...
Berapa ramai antara mereka yang tahu dia menderita?
Berapa ramai yang tahu dia sengsara?
Tahukah mereka tawanya itu hanya dusta?
Menutup helai-helai duka yang ada di setiap lapis hatinya...
Lupa kan duka dan kisah lama mu
Berikan aku peluang untuk mengasihi mu
Dia bertanya kenapa aku tidak mahu meninggalkannya?
Dengan tenang ku menjawab kerna aku diciptakan untuk dia...
Dia juga diciptakan untuk aku
Ingin aku ikati dengan kasih suci
Dengan kasih yang halal bagi ku
Dengan keyakinan aku di ciptakan hanya untukmu..
~kumbang jingga~
P.S Puisi ni aku tulis untuk 'dia' yang bakal menjadi isteri ku
jiwangnya kumbang jingga...hihi..smoga 'dia' mendengar..dan semoga ALLAH memberkati :)
ReplyDeletebila dia nak jadi isteri hang..?
ReplyDeletehehe tunang pun belum lg hehe..dalam proses..insyallah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteso sweet kj....romantika btl,...=)
ReplyDeleteromantiknya kj..huhuhu.. bertuah si dia tu kan?hehe.. selamat menempuh alam perkahwinan nti ye kj..hoho ^^
ReplyDeletewah~~jangan lupe jemput sis nana nanti makan nasi minyak..hihi..
ReplyDeletetahniah KJ..gembira melihat kwn2 gembira (^_^)
ReplyDelete