Baru-baru ini, seekor burung gagak ‘menumpang’ burung helang di udara pula mendapat perhatian umum, sememangnya kejadian seperti ini jarang sekali dapat dilihat dan berlaku.
Gambar tersebut diambil oleh seorang jurugambar amatur, Phoo Chan dan ianya berlaku di Washington, Amerika Syarikat.
Kelihatan burung gagak hitam itu begitu 'berani' mendarat di atas burung helang itu yang dipercayai sedang mencari mangsa untuk dijadikan santapan.
Difahamkan gagak tersebut hanya menumpang burung pemangsa tersebut selama beberapa saat sebelum kembali terbang membawa haluan sendiri.
Mungkin permuafakatan yang ditunjukkan oleh kedua-dua burung tersebut boleh dijadikan amalan buat masyarakat Malaysia.
sumber semua foto : MYNEWSHUB.CC
|
No comments:
Post a Comment