Jempol: Kehilangan seorang penduduk di Ladang Sawit FELDA Raja Alias
2, di sini, sejak Jumaat lalu menggemparkan orang ramai apabila timbul
khabar angin kononnya lelaki berusia 33 tahun berkenaan dilarikan ‘orang
bunian’.
Pekerja kontrak yang hilang, Mohd Nizam Ahmad, kali terakhir
ditemui rakan sekerja kira-kira jam 5.30 petang pada Jumaat lalu,
selepas dia yang pulang menaiki van bersama rakan lain dari tapak
pembinaan di Kuala Klawang, dekat sini, berhenti membuang air kecil di
ladang itu sebelum pulang ke rumahnya di FELDA Raja Alias 4.
Namun, rakan sekerja yang menunggu Mohd Nizam di dalam van terkejut
selepas mendapati lelaki terbabit tidak membuang air kecil, tetapi
sekadar menghadap sebuah pokok sebelum berlari ke dalam ladang
berkenaan.
Hampir seminggu tidak ditemui, sebuah badan bukan
kerajaan bersama 80 penduduk akhirnya menjemput ustaz dari sebuah pusat
rawatan Islam kelmarin, bagi menggerakkan operasi mencari selepas
keluarganya bimbang kehilangan itu.
Dalam solat hajat, bacaan Yasin dan zikir, pengamal perubatan Islam,
Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaighu mengetuai gerakan mencari bersama penduduk
jam 9.45 malam.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Ghaibketikanakbuangair//Article?BeritaUtama
P.S / Hati2 lah masa buang air kt dalam ladang atau hutan ye..jaga adab..jgn buang dalam lubang2 tanah atau lubang pokok..sbb tu tmpt tinggal jin dan binatang mcm ular..jgn buang air di tempat yg air bertakung atau tenang..kena buang kt tempat mcm sungai yg mengalir
x jumpa lagi ke lelaki tu erk?xde khabar pun...
ReplyDelete