Ajal dirempuh pengiring polis
Seorang pemain hoki Sekolah Kebangsaan Kampung Salang dalam perjalanan menjalani latihan menemui ajal apabila dirempuh kereta pengiring polis dalam kemalangan di Jalan Kaki Bukit, di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika murid Tahun Lima Mohamad Akmal Daniel Che Azni, 11, dikatakan mengayuh basikal untuk menyeberangi jalan menuju ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, terletak kira-kira dua kilometer dari sekolahnya.
Bagaimanapun, kereta berkenaan yang datang dari arah Padang Besar gagal mengelak lalu merempuh mangsa menyebabkannya tercampak kira-kira 100 meter.
Dalam kejadian itu, mangsa yang mewakili sekolahnya untuk perlawanan hoki hari ini mati serta-merta di tempat kejadian dengan badannya hampir putus di bahagian pinggang.
sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Aj...polis//Article
P.S / Walaupun iring org kenamaan pun nk cepat..kt depan sekolah bawak lah slow sikit..ini sampai tercampak 100 meter lagi budak naik basikal...yg nak iring tu bunyi kan siren kuat sikit..pasang lampu...aku rasa polis yg bawak tu boleh kena pecat nie..
sampai nak putus dua badan budak tu.. memang laju gila la tu. Nyawa orang besar je nak jaga.. nyawa orang kecik ingat boleh beli kat pasar malam ker?? ke undang2 hanya untuk golongan bawahan jer.. yg besar2.. pak2 menteri.. sultan raja bagai semua tak payah ikut undang2?? Kata undang2 untuk keselamatan.. jadi elok la patuhi undang2 tak kira la pak menteri ker.. puan seri.. ke hapa ker
ReplyDeletePANAS >>PELAKON AZEAN IRDAWATY DI DOAKAN MAMPUS
Terbaru >>Perisai Wajah yang menghalang Penuaan.Jom tengok
FLIGHT MURAH >>TIKET FLIGHT KE JAKARTA RM1 JE. CEPAT SELAGI PROMOSI ADA
Innalillahiwainnailahirojiun..sedihnya.Harap keluarga mangsa tabah dgn ujianNya.
ReplyDelete