EKSKLUSIF Permodalan
Nasional Berhad (PNB) mengesahkan ketinggian projek ikonik Warisan
Merdeka kini ditambah kepada 600 meter, yang memungkinkannya menjadi
bangunan ketiga tertinggi di dunia.
Bagaimanapun,
syarikat pengurusan berkaitan kerajaan itu semalam menafikan khabar
angin bangunan itu akan ditambah sehingga menjadi 120 tingkat.
"Pada permulaan projek ini, ketinggian asal dijangkakan melepasi 509 meter.
"Sejak itu,
kami semak semula kepada 600 meter dan ketinggian tambahan semata-mata
untuk puncaknya," kata jurucakap PNB kepada Malaysiakini.
Syarikat itu juga menjelaskan bahawa kawasan boleh sewa kekal 100 tingkat.
Aktivis warisan negara Teoh Chee Keong sebelum ini mendakwa Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat.
Dengan
ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj
Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab
Saudi.
Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 - pencakar langit tertinggi antara tahun 2004 sehingga 2010.
Menara
Warisan bagaimanapun kini berdepan persaingan apabila beberapa bangunan
pencakar langit sekitar 600 meter juga sedang dibina di China dan India.
http://www.malaysiakini.com/news/208777
P.S/ sekali tgk bangga...2 kali tgk pembaziran...3kali tgk dunia dah makin sampai penghujung
No comments:
Post a Comment